Saturday, August 21, 2010

Kenangan Arwah Nenek

Tadi semasa berbuka, disebabkan ahli malam ni sangat sedikit suddenly aku keluarkan satu cerita. Sepatutnya ia cerita lucu. Cerita sewaktu arwah nenek masih hidup. Beberapa hari selepas dia operate mata. Sebelah mata dia terpaksa dibuang disebabkan ketumbuhan nanah. So dia terpaksa pakai mata batu. So hari tu ttiba dia kata "Mata aku tertanggal..!!" dan masa tu hanya ada aku dan aunt: ANJANG sahaja yang ada. So kami jadi gila babun cuak yang terlampau.



Akibatnya tamat je aku cerita, aku ketawa sesorang sedangkan family member just senyum dan kembali makan. Yap. Walaupun sepatutnya ia cerita jenaka tapi mengingatkan kembali pada arwah yang belum lagi setahun pergi membuatkan ia jadi cerita sedih.

...

Sewaktu aku dilahirkan, 3 atuk dan nenek aku dah pergi menghadap ILLAHI. Satu-satunya yang tinggal ialah atuk SYAHID iaitu bapak kepada emak. Aku jumpa dia tapi aku terlalu kecil. Hanya memori yang sangat kecil dicampur cerita2 emak sewaktu kami balik ke BELAHAN TAMPUK (di Johor) sewaktu atuk sakit. Dan dia meninggal sewaktu aku di tadika. So aku x pernah dapat kasih sayang atuk dan nenek sebenar.

Tapi abik beradik atuk (bapak kepada bapak) still banyak lagi yang hiduip. So kepada merekalah dapat aku peroleh kasih manja someone yang lebih olders. Even tho aku bukan senarai teratas antara cucu2 kesayangan but still aku bangga sebab aku ada granny. As time goes by satu persatu granny yang ada meninggal dunia sehinggalah yang terakher: NEK CHIK. 

Dan kenangan bersama dia adalah jauh lebih banyak dan jauh lebih segar berbanding yang lain. Aku pernah menanggis dan dia redakan tanggisan aku. Dia sangat care. Dan aku bangga aku berada disamping dia semasa dia sakit dan semasa dia memerlukan. Cuma pada saat dia 'pergi' sahaja aku x ada. But still aku bersama dia sehingga dia bersemadi aman di pusaranya.










Beberapa hari awal puasa ni tadi aku termimpi, aku termimpi arwah. Cukup muda ngan rambut yang lebat hitam. Tersenyum. Lalu aku terjaga. Semoga di berbahagia disamping Maha Pencipta. AL FATIHAH

No comments: