Friday, August 27, 2010

Kristinisasi

(Post kali ini mungkin akan membuatkan aku direjam guna batu or worst case scenario: di panah kilat. Hmmm)

Bila aku bagitau kkawan semenanjung di universiti dulu yang aku pernah bersekolah di sekolah naungan gereja then masa tu mereka sangat shock: either mereka fikir aku just main2 or aku tersalah sebut tentang gereja. Realitinya most kawan aku di Sarawak and even my sis and bro(s) memang pernah bersekolah di sekolah naungan gereja. And aku sendiri pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja: SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei.


Sekolah naungan gereja cukup sinonim di Sabah dan Sarawak. Korang perlu baca buku sejarah sekolah menengah dulu untuk tahu asal usulnya. Dah nama pun naungan gereja then dekat sekolah mesti r ada gereja. So gereja dah kira jadi tempat permainan kami sejak kecik2 dulu. Not such a big deal pun. Dengan sister2 yang selalu masuk sekolah pun dah kenal beberapa org antara mereka. Dan di Sarikei dulu, setiap pagi musti ada morning prayer before start belajar. Mintak terang hati dan berkat katanya. Then setiap Ahad, sebab duduk rumah flat paling atas dan dekat plak ngan sekolah then tengok ramailah yang berkunjung untuk Sunday Prayer.

Kkawan sekolah majoriti ialah Cina and Bumiputra (yang beragama Kristian r). Bukannya x ada students Melayu cuma mereka agak kekwat sikit. Jejiran di Flat Polis (Bintawa & Sarikei) pun banyak yang Kristian then setiap kali Kristmas musti datang ziarah rumah mereka. Makanan yang dihidang tu memang khas ditempah dari orang Melayu khas untuk tetamu Melayu yang datang. Kat sekolah menengah plak pernah baca Bible kepunyaan kawan Iban beberapa kali. So pendedahan awal sejak dari kecik menjadikan budaya dan agama berlainan bukan satu kejutan budaya baru untuk aku dan keluarga.





Then teringat tentang sejarah perkembangan awal Islam di Madinah. Masyarakat di Madinah lebih mudah dan terbuka menerima kedatangan Islam berbanding di Mekah disebabkan di Madinah disebabkan telah berlaku pendedahan awal oleh masyarakat di situ terhadap agama-agama wahyu terawal: Yahudi dan Nasrani (Kristian).











(bersambung)














Episode akan datang:
Tapi bagi orang laen, pendedahan awal aku memperlihatkan impak negatif terhadap cara pemikiran aku. Yap, aku akui setiap perkara sentiasa akan memberi kesan pro dan kontra. Ia menjadikan aku agak liberal dalam hal2 agama. Tapi kemudian Allah swt dengan kuasanya meniup satu seruan suci ke telinga aku. What the hack aku cakap ni, baca r post sambungan. Hmmmm

4 comments:

ajim said...

aku the other way round.born,grown up among malays until masuk U.very xcited nk dpt kwn non-malay or non-muslim.tp aku sgt segan ble tgk most malays/muslims frens time socialize dgn nonmalay/muslim.=(

Aj Abdullah said...

nak wat cam ne r bro.. satu2 manusia tu rambut sama hitam (kalu x di color r) hati laen2 then react pon laen gak.. so jangan nak ubah dunia kalu diri sendiri pun x berubah.. plus walupon aku x sokong sama itu PM tapi semangat 1 Malaysia tu penting..!!!

MORIBAYU said...

Semasa kecil dulu.
me membesar dengan keluarga angkat berketurunan india dan china.

sebelum masuk tingkatan satu.
me dah kenal apa itu dewi Guanyin.Begitu juga dengan konsep Trimurti di dalam agama hindu.Sejak itu,minat terhadap agama-agama lain mula berkembang.

Toaism,Christianity,Judaism,Buddhism,Shinto,Sikhism,Bahai,Jainism dan sufism.Semuanya cabang agama ini,me cuba untuk ambik tahu.Sampaikan seorang teman sampaikan berkata " Apa ko nak convert dah ??? ",bila melihat me membaca buku ttg jesus.

Cetek sungguh pemikiran orang kita.
adakah dengan membaca buku ttg christianity,itu bermaksud mahu bertukar agama ???.Adakah dengan hanya membaca sebuah buku yang kurang dari 50 muka,dalam masa kurang dari satu jam..( akan buat me convert ke aliran russian orthodoks ???).Jika itu berlaku,sia-sia sahaja...selama bertahun-tahun ini...my abah dan mak ajar me ttg apa itu agama yang benar. ( iaitu islam ).

sebelum kenal apa itu kristian dan hindu.Me amat takut bila melihat tanda cross dan kuil.Sebab,orang melayu kita..suka buat momokan tentang agama-agama ini.Tetapi,selepas bertahun-tahun..me mula memahami.

Kejahilan dan kebodohan hanya membawa ketakutan yang sia-sia.
Kita perlu memahami mereka.
Dari situ,kita akan lihat..apa itu persamaan.Dan bukanya hanya mencari perbezaan dan kekeliruan.

Aj Abdullah said...

Yap... kita selalunya takut pada something yang kita tak tahu. then kita lebih rela ambik jalan cepat: menghukum, membenci that thing tanpa fikir panjang..



cetek fikiran dan simpati pada orang2 itu.. kan?