What if I told you guys that I m not working tapi setiap hari aku akan kuar ke bandar guna kereta (yap, KELISA jer tapi still kereta perlu minyak untok bergerak), shopping, lepak makan2 ngan kkawan, beli itu ini dan ttiba aku sedar.. wei duit aku still masih ada lagi. Musti andaian korang ialah aku sekadar nak bwat promo cara mudah dapat duit tru FACEBOOK or seangkatan atau paling tidak ko fikir bahawa aku ialah seorang GIGOLO. Hmmmm...Still aku lebih refer pada pilihan kedua..
Semalam aku kuarkan sekeping kertas RM50. Ari ni plak kuar 2 keping nilai yang sama untok bayar yuran bulanan BROADBAND. Then aku check dompet masa nak bayar toll still ada lagi sehelai kertas nilai yang sama gak. So aku check akaun bank. Wei.. duit aku masih ada lagi. Seingat aku last time aku cucok ATM pon last week dan each time aku kuarkan selalunya RM100 jer. Aku bayar PTPTN lagi, beli beg, beli baju beli itu ini lagi. Sedangkan aku dah sebulan lebih menganggur dan aku keluar bandar almost everyday dan berbelanja everytime aku kuar. Heran..
Orang yang kenal aku tahu betapa aku x ambik port sangat bab duit. Buktinya aku x tahupon berapa duit dalam dompet aku or korang leh periksa kat poket, baju, beg yang dah 10 tahun aku x sentuh ttiba jumpa duit RM10 yang entah sejak bila aku tinggalkan. Yap, duit akan membuatkan bumi berputar tapi bumi x akan berputar hanya sebab duit jer. In other wordnya: duit sekadar mesin dan kita adalah pengendalinya. Jika betul cara kita handle duit then betullah hasilnya.
May be aku patut berterima kasih pada parents aku sebab melalui mereka aku belajar secara x rasmi cara pengurusan kewangan dengan baik. Bapak aku kerja pon as POLIS MARINE yang pangkat biasa. Keluarga kami pon selamat r x besar sangat tapi still perbelanjaan adalah besar untuk tanggung rumah, anak beranak, adik beradik etc. Family aku dah bwat simpanan dan pelaburan untok each of kami adik beradik sejak dari kecik. So bila aku sekolah menengah aku dah ada akaun bank sendiri yang aku akan simpan duit sendiri in it.
As emak always said dan aku selalu cakap balik kat orang laen dan diri aku sendiri "It not on how much money do you have but how you manage it is important..!!" (emak aku x cakap omputeh r). Kekadang orang makin kaya makin banyak dibelanjakan. Makin banyak hutang keliling pinggang. Tambah emak lagi " Kalau gaji RM10 then jangan r makan RM11 setiap hari.. Miskin r jadinya..!!" . Betul gak kan cakap emak aku?
Ingat aku last time aku mintak duit ngan parents aku ialah masa tahun 3 di universiti dulu. Itu pon sebab ada masalah ngan kemasukan duit PTPTN so almost 2 bulan x ada duit dan selamat gak simpanan aku menolong waktu tu. Bila dah tahap kritikal muflis then barulah aku mintak. Itu pon malu rasanya nak mintak duit ngan parents sendiri. Pasal before tu sepanjang 3 tahun belajar (even start form 4 lagi rasanya) x pernah minta duit dari parents. Kalu mereka bagi then terima r. Tapi keluarga pon bukannya kaya sangat then faham2 r jumlah duit yang diberi.
So zaman universiti dulu cara terbaek untok dapat duit tambahan ialah tru melukis. Bakat dah ada so guna r. Ada kawan yang setia dah tempah awal2. Boleh r guna 1 lukisan untok makan seminggu dua. Lagipon zaman universiti dulu aku bukannya kuat makan.
Then bila plan bwat business baru2 ni x menjadi, aku x marah pada sesapa pon (x makan orang2 tertentu tu). A little bit kecewa and rasa bersalah pada orang2 yang aku dah janji bwat business ngan mereka dan cliens2 yang terpaksa dibatal tempahan tu. Nak bwat cam ner dah bukan nasib aku dalam bidang tu. Still aku x rasa kehilangannya dari nilai duit..
Then kalu kawan ada pelawa nak join skim cepat masok duit itu ini then aku sekadar dengar r. Memang r semua orang guna alasan nak tolong kawan sendiri r , x nak kawan miskin r itu ini r... macam2. Bukannya aku x nak percaya cuma menjadi kaya bukan dalam list hidup aku. Terlalu banyak aku akan kehilangan jika aku sekadar nak fokus kejar duit jer.
Pernah korang dengar yang something about duit ni.. The more you give then the more you get? Bagi derma pada orang yang kurang berkemampuan. Walupon jumlahnya x seberapa tapi nilainya yang penting. Even korang sendiri yang akan rasa lapang n lega. Plus bwat yang beragama ISLAM, jangan lupa bayar ZAKAT FITRAH x lama lagi ni..
p/s: mungkin aku belum berada pada tahap benar2 memerlukan duit desperately then boleh r aku kuarkan post cam ni. Tapi still aku tulis post ni untuk menyedarkan diri aku sendiri gak.. Hmmm
No comments:
Post a Comment