Thursday, May 31, 2012

Snow White And The Who...?

Tahun ni rasanya cukup banyak remake Snow White. Ada series Once Upon A Time, Mirror Mirror dan Snow White & The Huntsman. Tiga tu dah kira banyak ar daripada x ada langsung kan? Aku x layan Mirror Mirror but still aku yakin Snow White versi ada Huntsman tu still better ar.


Kalau korang dibesarkan dengan realiti sejak dari kecik then korang tak pernah tahu who the fuck is Snow White then aku simplekan sinopsis tipikal Snow White as: 

Permaisuri mati-Raja kawin baru-Mak tiri is an evil witch-Snow White the fairest of them all-Mak tiri jeles-Upah Huntsman bunuh tapi x jadi-Jumpa 7 Dwarfs-Makan epal beracun then mati-True kiss-Married and live happily ever after. Tamat.

Cuma apa yang menjadikan filem ni berbeza ialah apabila ia cuma memasukkan unsur realistik sikit walaupun there still ada magic and fairy but ia lebih realistik ar. Plus Charlize Theron yang hot tu jadi evil queen yang bercakap ngan cermin ajaib with magic word yang aku x akan lupa since dari kecik-kecik dulu lagi ar "Mirror mirror on the wall, who the fairest of them all..!!"

Kristen Stewart: what else can you expected ar kan? Tak kan ar ko berharap yang dia akan suddenly berlakon dengan penuh emosi la pulak kan? Dia dalam penjara muka cam tu gak, dia tersiksa dalam dark forest muka cam tu gak, dia happy jumpa prince charming muka cam tu gak. Muka dia memang jenis x ada emosi ar aku rasa. Fail sangat..

The Huntsman lakonan Chris Hemsworth pulak bermula ngan scene tipikal hero iaitu sorang kaki arak yang looser yang suddenly jadi someone important. Cuma bagi aku watak Huntsman ni cam tak bagi apa-apa effect besar pun walaupun tajuknya Snow White & The Huntsman. Ianya cam ada x ada cam not such a real big deal sangat pon. Korang pasti setuju kalau aku kata x ada scene pun yang menunjukkan Huntsman or Snow White develop apa-apa perasaan memasing suddenly true love kiss tu milik Huntsman pulak.

Then aku annoyed ngan enchanted forest yang penuh ngan haiwan-haiwan magis ngan fairy yang first aku lihat terus teringat kat watak Ang dari Avatar: The Last Air Bender. Rasanya babak ni sangat mengarut nak mampus. Dalam keseriusan cerita ni tetiba ia jadi ridiculous. So apalagi girl-girl dalam hall tu apa lagi semuanya buat bunyi kata "So cute...!!" Aargh....

Kedian aku x puas hati pada endingnya. Punya ar kuat dan kejam Evil Queen ni tapi mati senang cam tu jer. Bukan ker orang jahat liat nak mati tapi filem ni rasanya kurang 5 minit dah mati sehingga buat aku terkesima sesorang. 













Tapi best part tentang cerita ni ialah buat mereka-mereka yang dibesarkan bersama fairy tale cam aku then korang pasti happy bila remake cerita ni masih mengekalkan part-part asal cerita cam magic mirror, dwarfs, poison apple, true love kiss etc.













Heharap akan ada lagi fairy tale yang diremake ngan idea realistik pada masa akan datang. Huhuhu

Snow White vs Bella Swan

Kalau korang belum tengok Snow White & The Huntsman then aku nak bagi spoil tapi kalau korang dah tengok then aku nak korag fikir balik apa yang aku nak share dalam post ni. Cerita Twilight saga ada persamaan ngan Snow White & The Huntsman. Tak pasti sama ada ia kebetulan or ia dah dirancang tapi aku yakin sangat-sangat. Hmmmm..


Aku bukanlah penyokong or peminat setia Twilight saga sebab bagi aku pelakon dia tak kira si vampire or girl tu sangat berlakon cam kayu or lame or omputeh kata. Dah ar tu si werewolf tu pulak sekadar nak tayang body hot tu jer. Rasanya bab selebihnya nothing pun. But still aku tengok film pertama disebabkan die hard fan nya kata cerita tu best tapi kedian aku nyesal beli dvd pirate tu, second movie sebab aku terpaksa tengok kat wayang, dan last sekali sebab aku kerja kat wayang. 

So that how bila aku tengok cerita Snow White ni, aku terus dapat relate ngan Twilight. Berikut ialah scene-scene yang korang x caya then korang bandingkan ar:

1) Scene Snow White lari dari istana Evil Queen melalui kawasan kumbahan najis istana. Korang bandingkan ngan scene Bella Swan nak terjun dari tebing yang berhadapankan laut tu. Then korang akan terus automatic kata: hei, sama ar.

2) Scene Snow White lepas makan epal beracun tu dan terus mati dan bila dia dapat true kiss tu dia bangun balik. Masa tu mulot aku yang lepas ni terus je keluar word 'Vampire..' sebab otak aku teringat babak Bella Swan mati dan bangkit semula. Scene ni memang jelas ar.

3) Last but not least bab lakonan Kristen Stewart tak kira dalam Twilight or dalam Snow White both sangat lame dan tak ada emosi. Korang tak akan tahu sama ada dia sedih, happy, marah or what ever sebab mukanya all the time hanya mengeluarkan emosi yang sama jer. 































Buat aku yakin it either Bella Swan ialah kelahiran semula Snow White ataupun Snow White ialah nenek moyang kepada Bella Swan. Hmmmm..

Wednesday, May 30, 2012

Malaysians Driver

Most Malaysians agree kalau aku kata kan yang Malaysians totally akan jadi individu yang berbeza each and every time mereka menjejakkan kaki ke dalam apa-apa bentuk kenderaan. It seem like there a curse yang mengubah ciri ketimuran yang sopan kepada beast yang ganas. At least ia berlaku kepada aku sekaligus membuktikan bahawa saya sememangnya rakyat Malaysia yang sejati. Wakaka..


Aku punya moto dalam pemanduan ialah aku always beranggapan bahawa kenderaan dan aku ialah satu unsur. Sound so lawak tapi aku ada imaginasi kanak-kanak yang memberitahu bahawa kenderaan juga ada 'roh' tersendiri yang mereka leh tahu siapa owner dan driver mereka. So kekadang  tu bila kita bersatu ngan unsur kenderaan tu leh menjadikan pemanduan kita lancar tanpa banyak ragam yang tak best ar. Peliknya aku. Wakaka..

Dan bila aku di atas jalan raya pulak, aku akan beranggapan bahawa aku sedang berada dalam game cam Need For Speed dan kenderaan-kenderaan di kiri kanan aku sebagai pesaing untuk capai ke garisan penamat. So sebab tu ar kekadang (or most all the timenya) aku memandu cam sial. Then bila ada orang tanya kat mana aku belajar memandu cam sial tu then aku kata pengalaman memandu di KL as punca semua tu berlaku. Wakaka.

Tapi as time goes by aku x akan memandu secara merbahaya bila aku ada pemandu. Even aku lebih refer agar orang lain yang memandu or aku akan lebih menjadi pemandu berhemah buat seketika.












Cuma bagi aku one things yang cukup SUCKS tentang Malaysians driver ialah: Memandu slow di line laju. Aku tak tahu ar masalah pemandu jenis cam ni. Sama ada dia tak tahu peraturan line sebelah kanan adalah untuk mereka yang laju but still mereka ni nak bawak slow. Or dia fikir yang dia drive laju nak mampos kot. Dah ar line kiri pun slow menjadikan jalan makin jam.
Satu perkara yang aku masih lagi tak faham sampai sekarang apabila waktu solat Jumaat ialah apsal para lelaki-lelaki di sekitar aku majoritinya menguap banyak kali, muka sangat-sangat mengantuk, tleh ertidur sambil duduk etc sedangkan aku masih lagi dalam keadaan normal aka khusyuk mendengar khatib membaca khutbah tanpa ada sedikit rasa boring sikit pun. Hmmm.. May be aku yang tak normal kot..

Or sama gak masa aku buat kerja komuniti kat rumah orang tua kat Sungai Buloh masa belajar dulu. Waktu tu aku fikir yang semua pelajar sana faham apa yang atok Cina tu share sehingga bila kami blah mereka kata yang mereka x faham sepatah haram apa yang dia kata sehingga buat aku yakin bahawa mereka hanya pura-pura mendengar sekaligus menjadikan hanya aku sorang sahaja yang faham apa dia kata. No wonder end of that day dia cuma kata kat aku suroh janji akan datang balik kat sana lagi nanti.







Sorang kawan pernah kata “Semua orang punya telinga tapi tak semua orang mampu mendengar” Sebab rasanya kemahiran mendengar bukan kemahiran yang semua mampu belajar. Ia sangat berbeza ngan kemahiran bercakap. Kan…?







But still ada yang punya mulut tapi bermasalah untuk menyuarakan suara mereka gak ar kan?

















Aku punya telinga dan aku mampu mendengar. Cuma aku tak punya ingatan yang cukup kuat untuk ingat semua yang telinga aku dengar. So itu the other kemahiran yang perlu semua orang ada gak: Kemahiran Mengingat. Hmmmm..

Monday, May 28, 2012

Manusia & Pasu Kosong

Megat Eusofe ialah seorang lelaki yang punya bakat hebat dalam berkata-kata. Kata-katanya bukan sahaja indah pada bunyi malah juga pada maknanya.


Tetiba sekali lagi aku teringat kata-katanya tentang manusia dan pasu bunga. Katanya manusia itu sama sahaja seperti pasu bunga yang sedikitpun tak kisah apa yang mengisi mereka. Mereka cuma x nak kekal kosong.














Sedangkan aku masih lagi melawan arus membuktikan aku selesa sebagai sebuah pasu kosong yang akan kekal kosong tanpa perlu ada apa-apa atau sesiapa mengisi kekosongan aku.














Sejauh mana dan selama mana..? Hmmmm

Saturday, May 26, 2012

Apa Punya Nama Daa..

Orang Melayu zaman dulu-dulu bagi nama based on benda yang mereka lihat pada persekitaran mereka. Contohya cam Mawar, Melur, Bulan etc yang memperlihatkan kecantikkan alam ditukar kepada nama milik manusia. Cuma kekadang aku heran gak sebab bukan semua benda cantik yang mereka namakan kepada anak mereka cam Lesung, Kemenyan (cam dalam cerita Musang Berjanggut), Siput, Bawang Merah etc yang rasionalnya boleh dipersoalkan. Dah x ada nama lain lagi ke nak bagi..?


Terfikir mungkin si emak or bapak tu dulu suka makan bawang merah so bila anak lahir terus kasi nama tu or mungkin tengah tak tahu nama apa nak bagi then tengok ada sekor siput then terus bagi nama anak Siput. Or may be zaman dulu pun ada sistem cam e-mail zaman sekarang yang tak benarkan ada 2 nama yang sama or duplicate nama so terpaksa susah payah nak carik nama lain lagi. Tapi si anak x malu ke bila orang panggil di Siput or Bawang masa kecik? Duh lupa sebab yang lain pun nama pasti x jauh beza gak.

Kedian bila pengaruh Islam datang then rasanya ramai yang convert dan tukar nama ikut nama Arab pulak cam Aisyah, Hussain, Muhammad etc yang rasanya mulai sedar bahawa nama tu bukan sekadar nama tapi sebaliknya ia juga membawa makna tersendiri di sebaliknya..

Next bila pengaruh barat mulai datang so reramai gak ar orang Melayu yang try nak masukkan nama anak yang ada bunyik mat salleh sikit cam Aaron, Danny, Suzanne, Julia (nama jiran depan rumah aku) etc. Mungkin bagi tipikal Melayu then ia agak an big issue ar bagi aku it not such a big deal pun.







...







Semalam aku terbaca satu surat jemputan bapak aku ni. Kawan aku satu kampung akan buat majlis kesyukuran atas baby sulung dia. Kat surat tu tertulis nama baby dia. Reaksi aku: First: aku tak tahu ia adalah nama manusia. Second: aku tak tahu ia dalam bahasa apa? Sebab ia totally bukan Melayu, Arab or English name. Ia lebih cam Ibrani or Germany yang susah nak disebut dan susah nak tahu maknanya.

Kedian lama-lama aku perhatikan nama emak, bapak dan grandparents dia then aku yakin bahawa ia adalah gabungan nama mereka semua tu. Pelik tapi itulah manusia.

Friday, May 25, 2012

Epic Ending

Apa penamat yang korang refer kalau korang tengok movie, drama or baca novel? Adakah korang lebih suka pada happy ending di mana orang jahat menyesal or akan mendapat balasan setimpal, pasangan kekasih yang terhalang akhirnya bersatu dalam perkahwinan, segala masalah akan selesai bla bla bla atau korang lebih suka penamat yang berakhir dengan tragic atau ending yang tergantung.


 
Korang pasti tahu cerita Romeo & Juliet kan? Atau paling tidak kisah Qaisy dan Laila (or orang selalu guna Laila Majnun sedangkan majnun tu maknanya gila)? Apa pendapat korang tentang ending cerita tu? Adakah selayaknya kisah cinta agung tu berakhir dengan tragic di mana Romeo dan Juliet masing-masing mati manakala Qaisy mati dan Laila menjadi gila or in simple wordsnya: tak ada sesiapa yang dapat cinta sebenar pada sebuah kisah cinta yang dianggap suci tu.

Jika korang diberikan peluang untuk rewrite atau buat satu remake movie or play about it then adakah korang akan mengekalkan endingnya atau korang akan tukarkan ia kepada happy ending di mana perbezaan darjat antara si lelaki dan perempuan tu berakhir dengan perkahwinan dalam taman, penuh gelak ketawa, penjahat dihukum dengan hukuman setimpal dan paling penting both pasangan live happily ever after sama cam karya fairy tale yang lain?

Tapi jujor aku katakan yang kalau either cerita Romeo & Juliet atau Qaisy dan Laila berakhir dengan happy ending then ia tak akan diingati sebegini hebat seperti yang sepatutnya. Malah mungkin ia akan berakhir sebagai salah sebuah watak cartoon animasi dalam koleksi princesses Disney’s yang paling koman anak korang akan beli sebuah beg berwarna pink ngan muka watak tu kat depannya. Itu jer. Tapi disebabkan ia berakhir dengan tragic so ia diingati dengan lebih jelas dan lebih dekat kepada setiap sanubari manusia yang tahu kisah tu.


Menjadikan siapa boleh lupa pada saat Romeo datang kepada Juliet dan melihat kekasihnya terbaring kaku yang disangkakannya mati sehingga dia sendiri sanggup menelan racun dan mati bersama atau ketika Laila yang terlalu mencintai Qaisy dan apabila dapat berita kekasihnya mati dibunuh sehingga menjadikannya gila. Ia akan buat kita terdiam dan berfikir panjang about cinta







Cerita bersiri Korea Fashion Kings dah pun tamat dan ia berakhir dengan tragedy. Walaupun aku sesangat berharap mamat kaya yang spoil tu akan lose everything tapi the end sebaliknya berlaku. Orang kaya yang jahat bertambah kaya manakala orang miskin kekal miskin. Lebih dramatik bila hero mati sesorang kena tembak leh mamat kaya tu. So logicnya sebab tak ada sesiapa tahu hero ada kat sana so x akan ada sesapa yang akan tahu bahawa hero dah mati termasuk heroin. Dan mamat kaya spoil tu mungkin akan kahwen ngan heroin tu but still ia hanya akan dapat fizikal girl tu dan bukan perasaan dia sampai bila-bila. Ceeewah, ayat.








Mungkin it sound cam tak adil tapi aku rasa itu ialah ending yang terbaek untuk cerita tu. Hmmm..

Wednesday, May 23, 2012

Debat Budaya Barat

Waktu aku first time dengar sorang pak menteri kuar statement "Debat ialah budaya barat.." then aku terkejut pasal rerupanya selama ni aku dibesarkan ngan budaya barat sebab kat sekolah dulu kami pernah diajar dan berlatih debat. Maka kami sedang mengamalkan budaya barat. Duh, ni buat aku rasa marah pada mereka-mereka yang mengubal dasar-dasar pendidikan yang masukkan budaya barat kat minda budak sekolah. Hmmmm..


Tapi bila aku tengok Debat PTPTN last night kat ASTRO AWANI between Rafizi dan KJ buat aku mempersoalkan balik tang mana part budaya barat dalam berdebat ni? Adakah ia dikira budaya barat disebabkan kedua-dua Debater tu berbaju kemeja ngan blazer dan sepatutnya berbaju Melayu or mereka berdua tak menggunakan pantun, seloka, gurindam dan sebaliknya hanya peribaha 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..' ?

...

Debat PTPTN malam tadi seharusnya menjadi satu titik tolak yang positif dalam keterbukaan minda oleh masyarakat Malaysia dan Malaysians seharusnya memuji usaha yang dilakukan Rafizi dan KJ yang sanggup sekali lagi berdebat malah kali ni ditonton secara terbuka oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang mahu melihat apa sebenarnya berlaku. 

As moderator malam tadi kata demokrasi bukan just sekadar kebebasan membuang undi malah bagaimana masyarakat bebas menerima informasi. Sebab selama ni kita tahu bahawa semua media arus perdana di Malaysia adalah umpama HARAKAH versi BN so kita tak akan tahu kewajaran satu-satu informasi melainkan dari sumber alternatif yang once again BN kata sebagai sumber yang boleh diragui kesahihannya. Maka untuk mendapatkan sumber yang kesahihannya tak diragui maka media arus perdana harus terbuka cam malam tadi ar.

Melalui usaha cam debat malam tadi at least leh buat kita tahu sejauh mana pemimpin yang bakal kita pilih mampu menyuarakan dasar parti mereka yang seterusnya akan mempengaruhi kehidupan kita keseluruhannya. Ia membolehkan kita tahu sama ada pemimpin kita sebenarnya bijak dalam melontarkan idea tanpa suntingan video atau sekadar bijak membalas kata-kata tapi sebenarnya kosong.



















Tapi paling tak boleh blah malam tadi ialah bila pusingan ketiga di mana KJ diminta tanya soalan kepada Rafizi dan soalan yang sepatutnya peluang untuk KJ bertindak bernas turn sebaliknya sekaligus buat aku kurang yakin sama ada KJ tahu ke apa perbezaan senarai tugas persekutuan, negeri dan bersama? Gosh, benda ni aku belajar masa Pengajian Am form 6 dan ia benda yang wajib hafal untuk memastikan kita tahu tak keliru apa tugas persekutuan dan negeri. So rafizi jawab pendek sama as apa yang sepatutnya Malaysia tahu. Hmmm..

Tuesday, May 22, 2012

Kenapa Aku Berpuasa

Apa yang buat korang annoyed tentang FACEBOOK selain dari certain orang yang suka like status korang tanpa sebab musabab sebenar? Bagi aku selain tengok mamat ambik gambar sendiri shirtless depan cermin ialah status yang disertakan dengan sign in kat tempat-tempat tertentu: cam lepak ngan kekawan sambil menikmati aroma kopi sebenar at STARBUCKS buat aku yakin yang orang tu mesti baru first time masok STARBUCKS or dia masih fikir bahawa STARBUCKS ialah tempat yang akan buat dia ada kelas tersendiri. Hampeh...


Or sama gak ngan orang suka upload status yang cuba memperlihatkan amal ibadah dia cam: tengah mendengar khutbah Jumaat. Best pulak issue minggu ni buat aku sah-sah yakin yang dia sebenarnya tak fokus pada khutbah sebab waktu tengah khutbah leh upload status or status cam: lauk berbuka puasa sunat hari ni biasa-biasa jer buat aku yakin yang dia nak menunjuk-nunjuk kat semua orang bahawa dia hari ni berpuasa sunat.

Mungkin ar ko sikit pun tak berniat nak menunjuk-nunjuk tapi dah disebabkan habit kau upload status setiap 5 minit sekali tapi once again korang pernah dengar tak wisdom word kata orang yang beriman yang buat amal ibadah diumpamakan kalau tangan kanan dia bersedekah sehingga tangan kiri yang cukup rapat tu sendiri tak dapat nak kesan. Noktah.


...


Rejab ialah bulan yang aku cukup tunggu-tunggu dalam satu tahun selepas Ramadhan. (after Rejab it will be Syaaban dan kemudian January. Wakaka) Ramadhan aku gambarkan sebagai satu bulan anugerah dari Allah yang cukup-cukup tak terhingga untuk umat-Nya berbuat amal ibadah sebab sepanjang tempoh 1 bulan tu pahala cukup mudah didapati buat mereka yang nak mencari. Then Rejab dan Syaaban pula ada hadiah sampingan still untuk mereka yang mahu mencari pahala tambahan.

Since dari zaman akhir sekolah menengah dulu lagi aku dah start berpuasa almost sebulan dalam Rejab. Kekadang aku teruskan dalam Syaaban dan sambung masuk sekali Ramadhan. Then persoalan yang sering muncul di mulot-mulot orang yang kekadang dari non Muslim or kekadang dari orang Musli sendiri ialah: Kenapa nak menyeksa diri lapar-lapar sedangkan puasa wajib hanya start masa Ramadhan jer.

Then keluar ar spekulasi kata: Aj sebenarnya nak diet ar tu sebab sah-sah perut dah cam perempuan mengandung 5 bulan dah. Walaupun realitinya puasa bulan Rejab leh buat aku kurang almost 10 kg berbanding puasa Ramadhan yang akan buat aku naik 10 kg tapi itu bukan sebabnya. Or mereka akan kata: Aj ada masalah kewangan ar sebab tu dia berpuasa aka nak jimat duit. Yap, duit memang leh jimat kalau berpuasa bulan Rejab sebab godaan jualan murah x ada tapi still ia bukan alasannya.


So waktu bekerja nga kekawan yang non Muslim then jawapan aku guna kaedah Merit-Dimerit. (kat sekolah form 6 aku dulu guna kaedah Merit-Dimerit ni dan ada kalangan pelajar yang sengaja buat baik dan berebur nak jumpa cikgu nak dapat merit. Duh, bagi aku ia cam buat baik bersebab jer). Aku kata ar yang aku ni bukannya a great Muslim yang leh senang dapat merit besar-besar for the Judgement Day nanti so apa yang aku leh buat ialah kumpol merit yang kecik-kecik sikit-sikit. Mostly mereka tak akan faham tapi what to do kalau mereka bukan the believer ar kan?


Dan kekadang tu lebih suck bila dapat soalan dari kekawan Muslim yang siap leh pujuk rayu suroh aku pecah poosa plak. So untuk kekawan cam ni jawapan aku biasanya 'Kalau aku buat benda berdosa then tak ada yang nak halang tapi bila aku buat benda baek then semua start nak protes pulak...'




















So untuk mereka yang menyambut kedatangan Rejab so aku pun nak cherish sesama korang. Plus lupa plak satu ciri yang buat aku annoyed tentang FACEBOOK ialah si kaki  instagram ni. Hmmmm

Monday, May 21, 2012

Mockingjay: A Book Review

Aku dah habis baca buku Mockingjay aka Trilogi terakhir The Hunger Game last two day. Aku malas nak buat review once aku tamat membaca sebab bagi aku buku ketiga ni agak mengecewakan sikit ar. Biasa ar bila satu benda yang terlalu banyak sequel cam series Smallville, Lost, Heroes, Gilmore Girl yang semakin ada season tambahan then ia akan jadi mengarut tak tentu pasal. Hmmmm..


Mengecewakan bagi aku sebab bila ia masuk bab peleraian ia jadi cam sangat berebut. Just imagine ia ada 3 buah buku so kira analoginya buku satu ialah pengenalan, buku dua pula as klimaks utama so buku ketiga seharusnya peleraian tapi yang berlakunya pula pada buku ketiga berlaku pengenalan baru, klimaks baru dan peleraian or penutup keseluruhan 3 buku jadi just beberapa muka surat jer.

Aku rasa cam saat Rebellion serang Panem, Prim terbunuh, President Snow kena tangkap cam berlaku sangat pantas. Sememangnya ia diterangkan dalam kurang 10 muka surat jer. Buat aku fikir: gosh, what happen sebab tetiba jer Katniss dah berada balik kat District 12 dan cerita tamat. Sedangkan kalau keseluruhan buku ketiga lebih difokuskan tentang part tu pasti lebih best. Lebih banyak emosi yang leh di share kepada pembaca.



Tapi still ada beberapa part yang berlaku dalam Mockingjay yang bagi aku sangat leh bring big effect ar cam bila part Peeta tak ingat perasaan cinta dan sangat-sangat yakin bahawa Katniss adalah orang jahat buat aku tersentap few minit gak ar. Terus buat aku imagine muka Jennifer Lawrence nanggis tengok muka Josh Hutcherson yang kurus menderita diseksa kat tahanan Panem. 

Second masa scene Panem dah ditawan so President Coin tanya group of victor yang tertinggal sama ada mereka setuju untuk diadakan The Hunger Game yang melibatkan kanak-kanak Panem untuk balas dendam terhadapa kanak-kanak District yang jadi mangsa sepanjang 75 tahun lepas. Dan paling mengejutkan bila jawapan Katniss ialah dia setuju. Part ni sangat-sangat buat aku terkesima dan menyumpah seranah sebab ia dah masuk beberapa helai terakhir jer. Ia sepatutnya panjang lagi ar.

Dan part terakhir ialah perengan kedua terakhir sebelum epilog di mana Peeta tanya satu soalan romantis pada Katniss. Hohoho













Cerita ni menjadikan aku tak sabar nak menunggu pilihanraya Malaysia yangjust around the corner sekarang ni. Aku nak tengok apa yang first akan berlaku setelah parti yang selama ni kalah dan sering ditindas then menang dan menguasai kerajaan yang sedia ada. Adakah apa yang berlaku pada Katniss dalam Mockingjay juga akan berlaku pada politik Malaysia? No body know.


Tapi sememangnya buku ni cukup provokatif ar. Wajib baca.

Bintang RTM Versus Mania

Few month before program realiti MANIA start, beberapa iklan di hebohkan sana-sini ngan issue kata 3 komposer besar terlibat include sorang komposer dari seberang ngan barisan penyanyi-penyanyi hebat negara akan bertanding so waktu tu expectation aku that program akan jadi big things laa. So tengok first episode, may be masih belum ada apa-apa kot sebab masih agih-agihkan penyanyi dalam group memasing then bila semuanya dah ada team sendiri then tengok aaaaar x da beza pun.


Lepas tu aku dah tak layan MANIA lagi. Bagi aku MANIA ialah satu program di mana artis-artis tu sekadar berkaraoke nyanyi lagu penyanyi lain jer. Dan aku x faham apa matlamat 3 orang komposer tu dalam menjadikan artis kita as superstar kononnya. Bagi aku ada or tak ada komposer tu tak bawak apa-apa impak pada penyanyi-penyanyi tu. Sebab penyanyi tu semuanya cam dah biasa sangat bawak lagu tu kat mana-mana show sebelum ni.

Kemudian aku tertengok Semi Final di mana EBI leh berjaya sampai tahap tu buat aku yakin yang dia mungkin ada peningkatan ar tapi rerupanya hampeh. Still memalukan sebab sms menyebelahi dia. Dalam hati aku kata "Orang Sabah.. What to do...?" Hazama dan Hafiz sangat-sangat cam tak nak keluar dari zon selesa bawak lagu biasa-biasa mereka. Jaq memang power dan kalau dia tak ke final then memang ada bias ar pada pengundi ni. Dan persembahan paling best milik Aril dan Adira (lagu Hujan) sebab ubah lagu tu jadikan ia cam milik mereka.

Final pun tak ada 'wow factor' sikit pun. Hazama membosankan, Stacy biasa-biasa, Aril malas nak kata, Jaq memang vocal terbaek dan Hafiz bawak lagu I believe I can fly? Memang lah lagu tu menjadikan nyanyian dia terbaek tapi dia nak nyanyi lagu yang sama berapa kali haaa? Bosan..




....




VERSUS TV9. Aku tak pernah dengar promo realiti series ni. Secara kebetulan aku terbuka Hot.fm dan tahu itupun aku bukak dah episode 3. Tapi once aku bukak then aku tak pernah miss satu episode pon. Ia adalah rancangan realiti pertama di Malaysia yang bawak konsep segar di mana 5 band local akan diberi tugasan mingguan untuk mengubah lagu sedia ada ikut selera mereka.

Bagi aku band-band yang terpilih tu memang power ar. Lagu-lagu diberi memang lagu yang hebat-hebat dan mereka jadikannya jauh lebih hebat dengan nafas baru mereka sendiri. Jujor aku kata kalau aku tak tahu kewujudan lagu tu sebelum ni then aku akan sangka kan yang ia adalah lagu milik band tu. 

Plus tak ada episode penyingkiran yang dah skiptikal kot. Huhuhu..











Then korang tanya "Bintang RTM tu cam ne lah, AJ..?"

Aku jawab balik "Bintang apa...?"

Korang kata "Bintang RTM...!!"

Aku masih tak faham "Apsal ngan Bintang RTM...?"

Ko jelaskan "Kan tajuk post ni kata ada Bintang RTM..."

Balas aku "Typo kot..."














Poor to RTM kalau diaorang masih lagi gunakan propaganda yang sama kata Bintang RTM mampu menghasilkan bintang cam Dato Siti Nurhaliza dan yakin yang masih ada rakyat Malaysia percaya benda tu boleh berulang balik.Hmmm

Friday, May 18, 2012

AWAS.. Rahsia Popcorn Sedap..!!

Bekerja dalam cinema menjadikan aku tahu most all of apa yang berlaku dalam satu produksi wayang nih dari tiket, hall, management, housekeeping, cara susun filem, dapur bla bla bla. Dan salah satu part yang most of all akan kaitkan ngan wayang ialah POPCORN. Kadang-kadang ada customer tu beli satu bucket of POPCORN dan bila wayang habis still bucket tu penuh lagi. It seem ia ada satu benda yang mesti beli tapi tak wajib di makan. Hmmm.


Bila masuk bab POPCORN ni aku pernah buat POPCORN sepanjang satu hari suntuk kerja untuk beberapa hari. Realitinya semua yang kerja bahagian Concession wajib tahu buat popcorn dan akan bergelumang ngan minyak, caramel, sugar, corn seed sehingga end of the day korang akan perasan yang baju korang sangat manis. Dan bila direndam then airnya jadi kuning. Huhuhu

Dan Golden Screen Cinemas (GSC) sangat famous with it POPCORN laa. Jujor aku kata yang x ada cinema lain yang pandai buat POPCORN cam GSC. Even management pusat GSC pernah kata POPCORN GSC East Coast Mall (yang mana aku pernah kerja dulu) as POPCORN paling sedap antara GSC lain. Kalau korang nak tahu POPCORN GSC Mid Valley, mat-mat Bangla yang buat sebab tu rasanya spicy rempah ratus sikit. Wakaka..

Satu fakta yang penting masa korang beli POPCORN then korang perlu tahu yang popipng POPCORN ni tak semudah korang makan POPCORN. Ia sangat meletihkan. Popping machine tu bukannya cam kuali tapi keseluruhannya dah cam besar sebijik van ar. Plus bukannya kerja tu sekali dua jer tapi berpuluh-puluh kali semata-mata nak memenuhi kehendak rakus customer. Sehingga kita fikir 'Customer ni makan popcorn cam makan nasi jer..' tapi part yang tak best habis satu filem tengok hall berterabur POPCORN atas jalan, bucket masih penuh. Rasa cam usaha korang tak dihargai jer.

Waktu tu baru aku faham iklan Jalaluddin Hassan ngan Raja Farah waktu kecik dulu cuma kali ni jadi cam sebutir popcorn/ corn seed tu umpama setitik peluh pekerja yang popping POPCORN tu. Sebab kerja ni sangat panas, berpeluh macam mandi tapi percayalah yang rahsia menjadikan POPCORN sedap bukan sebab peluh tu. Wakaka..









Satu perkara pelik yang aku belajar tentang POPCORN ni ialah setiap kali orang berbeza masak akan menghasilkan rasa POPCORN yang berbeza. Yaa it sound ridiculous tapi ia berlaku among pekerja. Walaupun rupanya kuning keemasan dan rasa manis tapi kekadang feel sedap tu lain-lain. Kekadang tu kita leh tahu hari ni sapa yang popping sebab rasanya lain.

So rahsia yang menjadikan popcorn tu sedap ialah keikhlasan dan kasih sayang. Sebab kalau orang yang buat tu tak ikhlas, marah-marah then feel sedap tu tak ada. So kesimpulannya korang masak ar apa benda sekalipun kalau ia disertakan ngan kasih sayang so sedap ar makanan tu melaikan kalau makanan tu sememangnya tak sedap langsung then tak ada apa yang dapat membantu. Hmmmm


















Post ini aku tujukan untuk STARBUCKS tadi yang tak sedap langsung sebab tak ada kasih sayang. Pekerjanya sekadar berebut nak siapkan pesanan pelanggan sehingga nilai kasih sayang tu lupa nak diletak pada kopi tu. Hmmmm.. Kecewa..













Btw akibat terlalu asyik membuat POPCORN aku bawak balik rumah berplastik-plastik besar popcorn untuk dimakan oleh abang, kakak ipar dan anak buah aku.. Wakaka..










Btw bila aku type POPCORN then aku akan teringat porn jer. Sah-sah otak kotor.. Hmmmm

Trivia Ini Hari


Berikut ialah trivia apa yang berlaku kepada aku sepanjang hari ni tadi mengikut urutan masa:
1. First time aku layan video porn bertemakan 'live in action' aka kira cam realiti ar membuatkan aku yakin apsal ramai prefer layan filem hindustan berbanding filem tamil sebab sesungguhnya realiti kehidupan itu tak best apabila dirakam secara live tanpa ada edit-edit. Hmmmm.

2. Aku telah membeli trilogi terakhir The Hunger Game iaitu: Mockingjay dan selepas aku baca almost 150 muka surat then aku realize yang buku pertama lebih best dari buku kedua manakala buku kedua lebih best dari buku ketiga. Nanti aku bagi review lepas habis baca keseluruhan.

3. Aku akhirnya layan gak Foldover Chicken Mc D. Walaupun rasanya saiznya semakin mengecil berbanding previous Foldover tapi rasanya still leh mengimbau kenangan lalu. Aku ambik masa 3 jam untuk menghabiskan keseluruhan hidangan sebab makan sambil baca novel sehingga pekerja Mc D tu dah bising gak kat aku. Wakaka.

4. Happy Hour STARBUCKS kedua aku menjadikan aku mengeluarkan satu rumusan: less price, less taste. Mengecewakan ar. Kali kedua aku minum Dark Mocha yang rasanya cam milo jer. Sebab ramai customer nak dapatkan Frapppucino 50% so pekerja berebut buat so rasa kopi 'kurang kasih sayang'. Kecewa...

5. Balik rumah bukak FACEBOOK then ada 1 lagi jemputan kahwen. Buat aku teringat yang cuti sekolah dah cukup dekat. Hmmmm..





























Hmmmm..

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu & Soalan Buduh

Di hari guru yang separa mulia ni buat aku nak kuarkan satu post khas. Teringat 1 basic rule before kita mengajar ialah: there are no such students yang bodoh maka setiap soalan yang ditanya walau se-ridiculous mana sekalipun ia tak akan pernah dikira as soalan buduh. Dah namanya pun pelajar so mereka masih dalam proses pembelajaran lagi tu dan kau pulak cikgu then ajar ar students kau benda yang mereka tak faham tu. Ada paham..?



Last few week aunt aku gi umrah so one evening ni dia call rumah kami dan bercakap ngan my 6 years old niece. Habis cakap then niece aku tu tanya "Apsal kat Mekah masih siang sedangkan kat sini dah malam..?" Wow bijak soalan anak buah aku sorang ni. Memperlihatkan deria otaknya cukup bernas untuk bertanyakan soalan cam tu. So kami sekeluarga terangkan ar.



Cuma masalahnya korang percaya tak kalau aku kata yang aku pernah dengar soalan yang sama dari mulot seorang lelaki yang berusia 23 tahun. Memula aku ingatkan dia bergurau tapi rerupanya dia memang tak tahu kenapa peristiwa cam tu berlaku. 


Membuatkan jauh di dalam hati aku memberi beberapa persoalan cam: Dia tahu ke yang bumi ni bulat or dia percaya bahawa dunia ni sebenarnya rata dan kalau kita berterusan berlayar kat lautan then kita akan jumpa penghujung dunia as cam dalam Pirates Of Carribean tu.


Dia tak pernah ambik subjek Geography ke masa sekolah dulu or dalam kelas masa subjek tu dia tidur ker or cikgu dia lupa ajar ke benda basic bahawa bumi ni berbentuk sfera..?








































Ketika berhadapan dengan manusia cam tu then aku cukup yakin bahawa memang ada manusia yang betul-betul bodoh dalam dunia ni. So x leh nak salahkan cikgu gak. Hmmmm.

Punggong, 100 Plus dan Melayu

Tempohari jual burger depan rumah orang ngan matlamat protes kerugian peniaga masa perhimpunan BERSIH 3.0. Sekarang dah buat senaman punggong depan rumah orang pulak. Kemudian kuar statement kata orang Melayu Islam tak minum 100 Plus dan kata orang Melayu Islam tak cakap omputeh. Matlamat? Mengesahkan bahawa diri anda sememangnya buduh piang..? Hmmmm..


Teringat zaman penyebaran Islam dulu ada sorang perempuan Yahudi leh berak depan rumah Nabi Muhammad setiap hari tapi sekarang ni pulak orang yang awal-awal ngaku Melayu Islam tapi leh buat benda yang x jauh beza kat depan orang yang Non Muslim lagi. Apa matlamatnya? Nak menyebarkan kebenaran Islam...? Sah-sah try nak membuktikan perkara yang sebaliknya ada ar kan?



























66 tahun sepatutnya adalah satu tempoh usia yang mampu memperlihatkan kematangan politik sesebuah parti tapi sebaliknya sekarang it seems like ia cuma membuktikan betapa 66 tahun itu ialah usia untuk seseorang jadi tua dan nyanyuk jer. Hmmmm..

Tuesday, May 15, 2012

Catching Fire: A Book Review

Semalam sepatutnya aku gi Mc D untuk melepaskan kerinduan pada foldover tapi disebabkan aku sampai 10:50 am so it still breakfast so aku gi bookstore kat shopping mall Tun Jugah belakang tu. Gi shelf demi shelf tengok-tengok buku dengan harapan tak akan jumpa buku best sebab budget dah lari sikit tapi entah apsal mata aku terjumpa satu buku yang dah lebih 2 bulan tak ada stock kat mana-mana kedai buku di Sarawak: Catching Fire aka sequel The Hunger Game. Itu pun bukunya hanya sebijik jer so aku beli ar.


Kalau The Hunger Game ialah sebuah buku yang wajib baca bagi aku then sama gak ngan sequelnya nih. Memang ar kalau dari segi effect paling besar ialah pada buku pertama disebabkan kekejaman permainan Hunger Game tu tapi buku kedua punya kelebihan sendiri. We know yang there nothing happens to Capitol dan Capitol cam ada plan jahat pada Katniss sebab memberontakan pada District-Disctict lain pada ending buku pertama. Then ia membuatkan kita nak tahu apa berlaku seterusnya.

So ia terjawab pada buku kedua. Buku kedua bagi aku ia lebih berbentuk politik to these world ngan President Snow, penduduk Panem, Quarter Quell etc. Sinopsis pendek buku ni yang aku leh bagitau ialah cam mana President Snow nak menghapuskan Katniss yang dianggap sebagai individu yang mampu membakar semangat pemberontakan 11 District untuk menentang kekejaman pemerintah Panem include Hunger Game tu sendiri.


Betapa bestnya cerita ni dapat aku gambarkan ngan: aku plan nak baca buku ni slow-slow sebab aku x ada duit nak beli buku terakhir tapi it just takes beberapa jam jer untuk aku tamatkan keseluruhan buku tu. Menjadikan aku nak beli buku terakhir tu esok.. Wakaka..


...


In other sidenya buku ni in real world memberi inspirasi untuk kita bangkit menentang kekejaman pemerintah. Buku ni diceritakan dalam bentuk metafora Katniss, Peeta, Hunger Game, President Snow, Panem, District yang sebenarnya mengambarkan kita as an individual, orang sekitar kita, politik, pemimpin, kerajaan dan institusi negara itu sendiri.

Selama ni kita dibesar dan dimomokkan dengan propaganda dan gambaran-gambaran oleh pemimpin melalui media massa tentang isu itu ini untuk mewujudkan culture of fear dalam masyarakat. Pemimpin hanya mahu kita berfikir ikut telunjuk mereka dengan idealogi cam semua demonstrasi itu tak membawa kebaikkan, berdebat budaya barat etc tanpa memberi kita peluang untuk berfikir sendiri either statement tu betul or sebaliknya.

Lebih suck bila kita tahu kita ditindas tapi kita rela tanpa nak bertindak apa-apa sebab propaganda tu semua.



Aku nak gambarkan kalau Hunger Game tu diadaptasi ke dunia sebenar then ia akan jadi cam Kuala Lumpur ialah Panem dan setiap negeri ialah District. Setiap tahun setiap negeri wajib menghantar 2 orang teens as a tribute untuk bermain permainan Hunger Game di mana dalam 24 orang wakil paksa rela tu akan berbunuhan sesama sendiri sehingga the end sorang akan jadi juara. Dan lebih suck bila Panem sebuah kerajaan yang kaya dan kuat menjadikannya satu event yang wajib diraikan dan ditontonkan secara live kepada seluruh District semata-mata untuk mewujudkan culture of fear tu. Dan tak ada sesiapa yang memberontak sebab mereka takut sehingga menjadikan mereka redha jer.





















Teringat pada buku sejarah zaman sekolah dulu cam mana zaman before merdeka, bahan yang menjadi pencetus rasa pemberontakan menentang penjajah ialah surat khabar yang dalamnya ada cerpen cinta dan puisi-puisi yang tak ada menulis word langsung tentang idea nasionalisma tapi still maknanya mampu difahami. Sama cam buku ni gak. Ia mewujudkan kesedaran secara tak langsung.

Monday, May 14, 2012

Tanah Kubor lah Sangat

Korang tengok tak rancangan Tanah Kubor kat ASTRO OASIS? Pernah tak korang mempersoalkan 'Apsal orang kat kampung tu semuanya bermasalah masa nak kena kuborkan? Diaorang tu tak pernah tengok dan belajar ker dari pengalaman masa kat kubor tu? Ni x, asyik-asyik bila nak kubor then ada jer problem pok cik lakonan Naser Bilal Khan ngan anak dia nak handle...' Hmmmm..


Parents aku sangat suka tengok drama tu. Aku selalu dengar dari dalam bilik aku, suara mereka akan kata 'Haa, patutlah kena balasan cam tu' or 'Baru padan muka, buat lagi benda tu masa hidup, kan dah kena...' etc. Sedangkan kalau aku tengok sendiri drama tu ia akan buat aku ketawa sesorang sebab rasa cam tengok series Indonesia Mak Lampir jer.. Lawak

Teringat masa sekolah menengah dulu-dulu era majalah Mastika bukan main laris lagi dikalangan pelajar. Tau-tau je lah yang Mastika ni bahan ceritanya bukan main mistik tahap gaban lagi ar. Bukan jer pokok berhantu, jelmaan itu ini malah sampai cerita UFO lagi ar. So satu hari ni lepas solat Jumaat ada ar sorang orang kampung ni ninggal so ramai gak gi sana. Dan kebanyakkanya budak sekolah yang dudok asrama ar. 

Tanah kampung kami jenis pasir dan berpaya so kalau gali kubor then memang berair lah tapi bebudak asrama tu akibat terlalu banyak sangat membaca Mastika leh ngan senang berbisik sesama mereka kata 'Entah apa amalan orang meninggal ni sampai kubornya penuh air'. Haaa.. itulah akibat suka sangat baca buku Mastika. Buku ilmu cam Geography tak nak baca.. Kan dah dapat sijil TOLOL secara percuma..















Aku rasa most of orang yang tengok cerita Tanah Kubor tu mostlynya cuma nak tahu apa balasan orang tu masa kena kubor jer daripada belajar untuk jadi someone yang lebih baik sebelum menonton episode tu. 










Teringat satu malam aku layan drama tu ngan anak buah aku so aku kata: lepas ni pasti mamat tu mati dan kemudian memang mamat tu tergelincir depan rumah dan mati so anak buah umor 6 tahun tu pun tanya "Cam ne Usu leh tahu...?" Duh. Setiap episode jalan ceritanya sama jer. Cam cerita ultraman: lawan-lampu merah-charge power-lawan balik- ultramen menang. Yang peliknya apsal setiap episode bandar Tokyo cepat jer membangun balik..?

There Something About Mc D

Semalam tengok TV ada iklan Mc D ngan Foldover Ayam yang kembali. Duh, rasanya kali terakhir Mc D ada foldover either penghujung 2007 or awal tahun 2008 aka waktu tu aku masih tahun 3 kat UKM sebab kalau aku gi Mc D then Foldover ialah benda yang aku akan request tapi after Foldover dah tak de then aku dah beralih arah pada Big Mac. Hmmm...


Aku punya sejarah yang banyak ngan Mc D.Even ada kekawan yang kata kalau diaorang gi Mc D then benda pertama yang terlintas dikepala hotak diaorang ialah aku. I dont know laa tapi I used to sangat-sangat suka ngan Mc D dulu so kalau x ada apa-apa event so aku akan ajak kekawan lepak sana, Malah aku pon berjaya merecruit beberapa orang yang tak suka Mc D previously kedian dah jadi gian Mc D afterward. Wakaka..

Aku pernah makan Mc D 2 minggu berturut-turut tanpa henti sekaligus menjadikannya as cam makanan ruji ar pulak. Waktu zaman belajar dulu-dulu ar. Tak ada aktiviti nak dibuat malam-malam so ajak sorang kawan ni then lepak Mc D berjam-jam. Cerita ar banyak benda. Kalau zaman belajar UKM dulu then pasti kuar ngan Ence Isyraf aka rumate either kat Mc D kat warta or Mc D kat Kajang. Aku suka feel Mc D Warta sebab ia cam warm sikit plus kami ada port sendiri. Waktu tu memang both akan order Foldover ar. Dia jugak yang mempengaruhi aku guna blackpaper dan word dia mempersoalkan Mc D as '100% Daging Lembu Asli..' Maknanya ada daging lembu x asli ke?

Cuma yang tak bestnya Mc D warta cuma bukak untill 11pm jer so kena berambus awal ar berbanding Mc D Kajang 24 jam. Masalahnya Mc D Kajang jauh, jalan berlobang-lobang, lampu jalan banyak x da. Hmmm..


Then masa di GEMs pulak selalu lepak ngan geng satu kumpulan. Kalau diaorang tak nak then lepak ngan Koland aka rumate gak dalam masa memang setiap malam ar. Destinasi either Mc D Airport or Mc D Tun Jugah sana.


Kedian masa kerja kat Pahang tempohari still kalau tak Mc D then KFC ar makanan utama aku. Sebab tempoh masa kerja aku panjang menjadikan aku malas nak ambik tengahari. Balik kerja around 2-3 pagi then gi Teluk Cempedak dan beli ar makanan tu. Aku makan separuh then separuh lagi aku simpan untuk sarapan. Hasilnya almost 4 bulan sana aku dapat kurangkan berat badan hampir 10 kg. Hmmm..
















Hanya sebuah restoran makanan segera mampu menyimpan banyak kenangan. Hmmm. Korang..?

Friday, May 11, 2012

Psoriasis Dan Haid

Aku sentiasa rasa bahawa psoriasis dan haid punya persamaan di mana ia masing-masing melibatkan darah, kitaran dan emosi. Tapi disebabkan semua wanita di dunia majoritinya punya haid so it no a real big deal berbanding bilangan mereka yang menghidap psoriasis jauh lebih sedikit daripada jumlah manusia yang menggelar diri mereka normal. Hmmmm


Psoriasis aku berada pada kitaran yang menjadikan ia jauh teruk. But still masa kat Pahang dulu adalah tempoh paling worst dan aku yakin tempoh kali ni masih lagi diperingkat awal sebab kalau based on pola pemerhatian aku akan turn worst than before once ia kembali pulih untuk sesuatu tempoh. 

Ke mana-mana aku pergi manusia lebih melihat kulit aku berbanding diri aku sendiri. Aku makin rimas dengan semua tu. Dan cuaca di luar makin membahang dan memakai baju lengan panjang di bawah terik matahari sikitpun tak membantu. Orang-orang yang aku kenal lebih banyak cuba menyembuhkan kulit aku daripada cuba menerima aku seadanya. Seolah-olahnya aku ialah barang rosak yang perlu mereka baiki. Semuanya membuatkan emosi aku terganggu sekali lagi.







Yap, tak lupa sakit di kaki aku dulu datang lagi.Sakit rasa nak berdiri or berjalan. Membuatkan aku terfikir alangkah best kalau manusia ni cam patung Barbie yang kita leh cabut kaki kita dan ganti ngan kaki lain bila-bila kita nak.













Teringat masa kat bandar ada 2 orang remaja yang bertembung aku dan kemudian mereka buat bunyi babi dan aku tahu mereka merujuk pada aku. Sebab aku dah biasa dengan semua tu. Even aku sendiri pernah guna frasa 'Sumpahan Babi' untuk merujuk kepada kulit aku dalam sebuah penulisan sehingga ia menjadi bahan soalan oleh beberapa orang students. Aku tak mengutuk kulit aku malah aku terima ia seadanyCuma buat mereka yang tak faham tapi cuba nak menilai then aku bersimpati atas kejahilan korang.












EMO.

Thursday, May 10, 2012

Budak Kampung. Budak Bandar

Korang pernah tengok animasi Budak Kampung/Kampung Boy oleh Dato Lat kat ASTRO? Gosh, ia totally mengecewakan kalau nak dibandingkan ngan versi novel grafiknya kan? Ia seolah-olah tak mengambarkan budak kampung yang sebenarnya. Plus sebab dulu bapak kami ada beli semua koleksi novel graphic nya cuma as time goes by, kami selalu berpindah then buku tu dah hilang entah ke mana but still aku dah tebus balik ngan beli untuk buat koleksi aku sendiri. 


Sewaktu kami sekeluarga baru pindah ke Kampung Santubong aka rumah aku sekarang ni sekitar tahun 1996 dulu, budak kat sekolah panggil aku as budak bandar antaranya sebab aku tak buat apa yang mereka buat dan perbendaharaan kata aku dalam Dialek Melayu Sarawak waktu tu adalah sangat terhad sehingga beberapa part they always make fun of me. 

Mana taknya aku ialah anak polis yang hidup secara nomad aka berpindah randah, bersekolah kat tempat yang majoriti bukan Melayu so kawan banyaknya Cina dan pribumi Sarawak, emak pulak orang Johor dan walaupun bapak orang Sarawak tapi as a marine police dia selalu outstation, kawan anak-anak polis kat Flat Polis mostly pribumi Sarawak cam Iban, Melanau, Bidayuh etc.

Jadi bila pindah ke sekolah dan kejiranan yang totally Melayu plus kampung then ia menjadi pengalaman baru. Bukannya ia bermakna aku tak pernah balik kampung before ni, memang pernah tapi jarang ar. Aku masih ingat waktu darjah 6 geng-geng sekelas ajar aku satu word ni dan aku selalu sebut sehingga depan arwah nenek saudara aku dan buat dia terkejut. Rerupanya word aku cakap tu ialah benda lucah. Cilanat punya kawan. Hmmm..



...



Tapi as time goes by aku belajar tempat lain then gelaran yang diberikan kepada aku bertukar. Aku dah tak jadi budak bandar lagi sebaliknya jadi budak kampung. Tapi sejujornya aku lebih refer digelar as a budak kampung daripada budak bandar sebab banyak benda yang budak bandar tak akan dapat belajar or lihat sendiri benda yang ada kat bandar refer than kampung. Boleh ke korang experience bila bukak tingkap rumah then benda pertama yang korang lihat ialah group of dolphin liar yang melompat-lompat atas permukaan air kat sungai belakang rumah or korang pernah makan berry liar yang tumboh kat belukar tepi rumah korang? 

















So bila ada orang bandar rujuk as sorang mamat kampung tu berfikiran so kampung then it okey laa kan sebab dah nama pun dudok kampung api kalau orang bandar berfikiran kampung laa sangat then ia agak simpati. Sama cam belajar tinggi-tinggi tapi berfikir sama cam budak sekolah rendah. Simpati kan?

Wednesday, May 9, 2012

Apsal Kau Asyik Nanggis Je Haa?

Korang pasti pernah tengok drama, drama bersiri or filem di mana watak utama perempuannya menanggis sama ada disebabkan kekejaman emak dan kakak tiri, dibuli penjahat, dirogol bapak tiri, ditipu oleh kawan baik, kekasih curang ngan perempuan lain, or paling koman jadi mangsa keadaan. Bila si heroin tu mengalirkan air matanya buat ko rasa cam rasa sedih tu berpindah pada kau sehingga tanpa sedar air mata ko pun mengalir gak bak Niagara Falls.


Kemudian babak demi babak berlalu then korang mulai perasan yang si heroin ni kerja dia asyik nak menanggis jer sepanjang masa. Dari benda besar sehingga ke benda yang remeh temeh pun leh buat dia nanggis. Tengok matahari terbenam, dia nanggis. Dapat birthday card, dia nanggis. Lelaki yang dia suka bagitahu perasaan pada dia pun dia nanggis. Cuci pinggan mangkuk pun dia nanggis. Membuatkan korang mempersoalkan either kelenjar air mata dia ada masalah ker? 

Memang ar kali pertama tengok rasa sedih, kesian, terharu tapi bila setiap scene pasti nak nanggis jer then ia dah membencikan. Minah ni tak pandai berlakon aksi lain selain menanggis ker? Bawah mata dia dah merah kembang dah sebab menanggis jer all the time. Kalau dia nanggis guna air mata Eye Mo then rasanya dah kaya raya dah syarikat Eye Mo tu.















Tak dapat imagine kalau orang cam tu betul-betul wujud kat dunia realiti then apalah yang akan terjadi pada dia ek? Either dah lama kena pelempang or mata dia dah buta cam Kassim Selamat dah.. Hmmmm..

LGBT

Kalau kau tak datang ngan kawan aku malam tadi then aku akan mati-mati percaya yang kau ialah seorang lelaki yang beriman sebab muka kau cam sorang yang layak masuk rancangan realiti Imam Muda musim yang terbaru tu. Tapi sebab kau datang ngan kawan aku tu so it either kau ialah boyfriend, skandal or anak ikan baru kawan aku tu. Dan satu lagi: you re GAY. Hmmm..


Zaman dulu-dulu kalau kita jumpa 2 orang lelaki selalu kuar gi mana-mana bersama then kita akan kata mereka tu kawan tapi sekarang ni pilihan jawapannya lebih banyak. Kira kalau exam then akan buat kita keliru nak pilih A, B, C, D. So they could either be just friends, friends with benefits, skandal, couple, married couple or semua di atas.

Disebabkan dunia sekarang dah punya lebih daripada satu pilihan then it a bit hard untuk kita tahu apa pilihan individu-individu tertentu tu sebenarnya sebab kalau dari physically nya ia mungkin memberi kekeliruan. Or disebabkan banyaknya pilihan gak sehingga kita sendiri tak tahu apa label yang kita nak define diri kita sendiri. Then kita pilih untuk tak nak labeling apa sex orientation kita sebaliknya just open and love sex. That it.


...


Aku tanya umor mamat tu dan dia jawab baru 19 tahun. Then aku beralih pada kawan aku. Aku kata both umor kami 27 tahun dan selera dia makin lama makin muda. Mungkin dia sekarang ni selera dia lebih kepada daging mentah yang rasanya jauh lebih segar dan sihat untuk badan. Plus susunya pun masih banyak dan jarang diperah.

Aku tak tahu apa nak dikata pada mamat tu. May be tahniah sebab pada usia 19 tahun kau dah leh jumpa dan experimen ngan kawan aku yang sangat berpengalaman. Sebab kawan aku tu punya first sex scene pada usia 12 tahun so banyak position yang dia leh tawarkan pada dia. Even kalau bernasib baik kawan aku tu siap leh pakai uniform kerjanya yang warna biru tua kehitam-hitaman tu lagi dan mamat tu lak leh bawak watak pelajar (sebab dia pun masih belajar kat Poli pon)














Aku membesar ngan kawan tu. Dia pernah dan aku yakin dia masih akan kata yang dia cinta pada lelaki tu sama seperti dia cinta pada puluhan or may be dah masuk 100 lebih lelaki-lelaki lain sebelum mamat tu. Cinta..? Pada beberapa teman lelaki yang dia pernah kenalkan pada aku, pada gambar-gambar atas ranjang yang dia upload dan share kat handphone aku, pada cerita demi cerita yang dia kongsi kepada aku, aku masih mencari part di mana dia gelarkannya as cinta














Aku tak menentang tak bermakna aku sokong. Kan?

Tuesday, May 8, 2012

Somebody That I Used To Know

Korang ada dengar lagu Gotye: Somebody that I used to know x? Aku dapat tahu kewujudan lagu tu pon tru ASTRO Channel 705. Aku suka ngan muziknya yang leh buat badan aku bergerak tanpa perlu dipaksa dan liriknya pulak sangat best dan rasanya cukup sesuai ngan aku. Hmmm..


Pernah tak korang kuar ngan kawan or awek then terjumpa sorang ni so ko borak-borak pendek then blah. So kawan/awek ko tanya siapa orang tu so korang jawapan pendek 'Somebody that I used to know..' ngan harapan kawan/awek ko faham makna jawapan tu tanpa perlu ko perjelaskan dengan lebih detail.

...

It happens 2 years ago ar yang aku almost in relationship with someone tapi bersyukur gak ia tak menjadi ar. Ia baru awal-awal ar but something pelik tentang dia. Ada masa dia berjaya buat aku yakin bahawa dia ialah the one that right for me tapi pada masa yang lain dia treat aku cam like a stranger and it make me feel so rough. Lebih sucks bila ada masa dia buat cam there nothing happens and we are nothing. Tapi kemudian dia akan kembali baik dan ia  terus berulang-ulang cam dia ada 2 identiti berbeza.




Tapi selamat gak ia just bertahan beberapa bulan jer tapi ia still an ache yang aku x akan lupa sampai bila bila ar..




BTW ini lirik lagu tu:

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know
















Hmmmm..