Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Drama Korea & Dadah

Drama Korea terakhir yang aku layan ialah Fashion King dan Rooftop Prince. Once tamat jer drama tu aku tanam niat dalam hati yang aku x akan layan mana-mana drama Korea lagi lepas tu. Sebab bagi aku once kita tertengok drama Korea ni then kita akan terus nak tengok dan tengok sehingga sedar tak sedar banyak masa dah dihabiskan untuk layan drama Korea ni jer. It cam kuaci or dadah. Both mengkhayalkan.


Apakah agaknya pandangan korang apsal drama Korea ni sangat addictive? Adakah:

a) Adakah disebabkan oleh kejayaan plastic surgery yang dilakukan oleh doktor kat Korea terhadap para pelakon sehingga menjadikan yang girl terlampau comel dan guys pulak terlampau girlish? Sebab we all know Korean ni hidung kemek, mata sepet etc tapi once dah operate suddenly jadi manusia berwajah sempurna pulak. Literally faktor ni pun leh diterima pakai gak sebab tengok cam Fasha Sanda yang ada rupa tapi lakonan hampeh but still leh menang berapa tahun berturut-turut dan anugerah pelakon drama wanita popular kan? Hmmmm..

b) Adakah disebabkan latar belakang or scenery tempat kat Korea yang sangat cantik, menarik dan memang daboom sehingga menarik perhatian penonton untuk terus melekat sambil menghayati cerita tu? Sebab kalau kita bandingkan ngan drama local kita ni sikit-sikit asyik gambar kat area segitiga Mc D-Lot 10-Bukit Bintang tu jer all the time. Kalau tak depan pon KLCC or Putrajaya. Duh, tak de tempat lain lagi yang menarik kat Malaysia ni ker?

c) Adakah jalan cerita drama Korea yang berbeza menjadikan cerita Koea addictive sangat. Contoh cam jalan cerita putera dari kerajaan lama Korea ttiba leh pergi ke masa depan or sorang girl ni terpaksa menyamar jadi lelaki untuk bekerja kat kedai kopi yang semua pekerja ialah lelaki etc. Sebab kalau nak dibandingkan ngan cerita local kita asyik-asyik korporat, pakai kot tengah panas, bapak kaya ada skandal ngan perempuan murahan bla bla bla.

d) Pelakon lelaki asyik bukak baju sambil menontonkan six pack diaorang.

e) Soundtrack yang sepatah haram tak faham tapi still bunyik cam best.

f) Atau apa ek...?






















Bagi aku kesemua faktor tu (exclude faktor keempat) saling membantu bagi menjayakan sesebuah drama Korea tapi faktor utama mesti ar jalan cerita. Pasal walau betapa anggun or kacak pelakon, scenery magnificently or soundtrack setiap kali keluar air mata tapi jalan cerita hampeh pun x best gak nak layan kan?












Tadi aku secara tak sengaja telah tertonton satu lagi episode drama Korea. Ia cerita lama gak ar. End of last year. Malah hero-Heroinnya pulak bukan jenis muka K-Pop. Even ada sorang tu aku rasa member K-Pop band tapi dalam drama ni dia totally berbeza ar: kuros, tak teratur dan lakonannya better. Tapi once again jalan cerita  sangat menarik dan cinematography pulak sangat cantik. Plus tak lupa satu faktor yang menjadikan tangan aku terclick pada drama ni ialah disebabkan oleh tajuk dia yang special: Padam-Padam. Hmmmmm.. 

Wednesday, July 4, 2012

Keluarga Iskandar: TV Review

Recently aku agak banyak beralih kepada menonton drama TV tempatan (lah sangat) dan semalam aku dah menambah satu lagi rancangan yang mostly aku akan ikuti setiap minggu iaitu Keluarga Iskandar di saluran 104  (or 105) ASTRO dan malam tadi ialah episode permulaan yang  bagi aku ia cukup berjaya secara keseluruhan. Hmmmm..


Keluarga Iskandar ialah sebuah drama yang berkonsep dokumendrama seems like The Modern Family (or Keeping Up with the Kardashians) kat US where al kononnya the whole members of this family ni segala perbuatan mereka akan dirakam oleh seorang jurukamera then the end mereka akan ditemuramah on what happens on it.

Cerita ni as apa yang aku katakan tadi adalah berkisarkan mesej kekeluargaan. Cuma aku x pasti Iskandar yang dimaksudkan dalam cerita ni either Iskandar anak kecik si Azhar Sulaiman tu or Azlan Iskandar lakonan Zain Ruffedge sebab ia tak bagitahu secara jelas sangat pada episode pengenalan ni. Tapi cukup pasti ia dirakamkan kat Johor dan mesti ar ia tak secara kebetulan berkaitan ngan Koridor Iskandar Malaysia kat Johor ar kan? Wakaka

Bab yang paling best bagi aku ialah pada keluarga lakonan Susan Lancester dan Sobri Anuar yang lebih relax  bersahaja dan tak tipu memang sangat menjadi. Susan Lancester ar kan ngan accent mat salleh dan muka blur then tambah pulak ngan skrip yang sangat lawak then memang menjadi ar. Sobri Anuar pulak yang selama ni selalu buat lawak dalam drama ni agak serius sedikit tapi sesuai pulak ngan watak dalam cerita ar.

Kedian aku suka gak part cerita ni bila tema kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan tu boleh relate ngan real life event ar. Contoh cam episode pertama ni tentang majlis kawen si anak yang tak nak dikawal oleh plan si Ibu ngan tak nak ada pelamin, tak nak itu, tak nak ini sehingga mengakibatkan si ibu merajuk lalu event tu terpaksa dibuat oleh adik beradik ngan ipar duai penuh kelam kabut. Ia totally buat aku teringat pada majlis kawen cousin aku kat Kota Tinggi nih. Cousin aku tu memang tak nak buat majlis kenduri ar ngan banyak alasan sehingga dari tempoh akad nikah ngan majlis bersanding tu beza masanya lebih dari 6 bulan (family kami selalu kuar statement nanti atas pelamin perut dah kembong bawak baby kang. 6 bulan tu wei. Lama). Uncle aku bukan maen merajuk lagi tak nak gi hantar pengantin ar, x pedulik majlis ar. 

Tapi disebabkan anak so dia x jadi merajuk. Anak kawen bukan selalu ar. Family kami ni Banjar tapi isteri uncle aku Jawa then ambik tema Jawa so pepaham ar betapa meriahnya majlis kawen Jawa. Majlis memang satu hari suntok ar. Bila fikir-fikir balik may be  salah satu sebab dia x nak majlis bersanding ialah sebab dia berkawen ngan janda anak satu so faham-faham ar.













Back to drama, cuma bagi aku part yang tak best ialah ada pelakon yang agak terkawal (or other wordnya: control ayu/kacak ar) cam Azhar Sulaiman, Anita Baharom dan Zain Ruffedge yang rasanya agak meng-gagal-kan part dokumendrama tu ar sehingga menjadikan ia cam lebih kepada lakonan dari cam nampak dokumentari. Kedian kualiti video tu pulak sangat cantik kualitinya dan lancar pergerakkannya sehingga mood dokumendrama tu fail ar. Sebab rasanya Malaysian sekarang ni dah terlebih biasa dijamukan ngan drama-drama lain ngan kualiti gambar yang sama cam dari drama-drama Michael Ong. So mungkin kalu kualiti video tu di downgradkan or paling tidak jurukamera ambik video a bit amatur ngan pergerakkan tak bterkawal then ia akan nampak lebih realistik lagi ar.

Kemudian episode pengenalan semalam cam ada missing partnya. Ia bermula ngan persediaan majlis kahwen yang riuh rendah ngan kelam kabut sana sini dan kemudian tetiba ambik gambar atas pelamin. So what happens in the middle? Mana rewangnya? Mana ahli keluarga yang besar kononnya wajib datang tadi? Mana meriahnya majlis tu? May be sebab nak save budged tapi kenapa x pinjam majlis kawen sebenar ke then baru penonton ambik feel meriah majlis kawen nih.. Kan?





Dan part paling fail dalam Keluarga Iskandar ni ialah: cerita ni berlaku di Johor tapi mana part 'Johor'nya? There something  missing in it kan Johorians?

Friday, May 25, 2012

Epic Ending

Apa penamat yang korang refer kalau korang tengok movie, drama or baca novel? Adakah korang lebih suka pada happy ending di mana orang jahat menyesal or akan mendapat balasan setimpal, pasangan kekasih yang terhalang akhirnya bersatu dalam perkahwinan, segala masalah akan selesai bla bla bla atau korang lebih suka penamat yang berakhir dengan tragic atau ending yang tergantung.


 
Korang pasti tahu cerita Romeo & Juliet kan? Atau paling tidak kisah Qaisy dan Laila (or orang selalu guna Laila Majnun sedangkan majnun tu maknanya gila)? Apa pendapat korang tentang ending cerita tu? Adakah selayaknya kisah cinta agung tu berakhir dengan tragic di mana Romeo dan Juliet masing-masing mati manakala Qaisy mati dan Laila menjadi gila or in simple wordsnya: tak ada sesiapa yang dapat cinta sebenar pada sebuah kisah cinta yang dianggap suci tu.

Jika korang diberikan peluang untuk rewrite atau buat satu remake movie or play about it then adakah korang akan mengekalkan endingnya atau korang akan tukarkan ia kepada happy ending di mana perbezaan darjat antara si lelaki dan perempuan tu berakhir dengan perkahwinan dalam taman, penuh gelak ketawa, penjahat dihukum dengan hukuman setimpal dan paling penting both pasangan live happily ever after sama cam karya fairy tale yang lain?

Tapi jujor aku katakan yang kalau either cerita Romeo & Juliet atau Qaisy dan Laila berakhir dengan happy ending then ia tak akan diingati sebegini hebat seperti yang sepatutnya. Malah mungkin ia akan berakhir sebagai salah sebuah watak cartoon animasi dalam koleksi princesses Disney’s yang paling koman anak korang akan beli sebuah beg berwarna pink ngan muka watak tu kat depannya. Itu jer. Tapi disebabkan ia berakhir dengan tragic so ia diingati dengan lebih jelas dan lebih dekat kepada setiap sanubari manusia yang tahu kisah tu.


Menjadikan siapa boleh lupa pada saat Romeo datang kepada Juliet dan melihat kekasihnya terbaring kaku yang disangkakannya mati sehingga dia sendiri sanggup menelan racun dan mati bersama atau ketika Laila yang terlalu mencintai Qaisy dan apabila dapat berita kekasihnya mati dibunuh sehingga menjadikannya gila. Ia akan buat kita terdiam dan berfikir panjang about cinta







Cerita bersiri Korea Fashion Kings dah pun tamat dan ia berakhir dengan tragedy. Walaupun aku sesangat berharap mamat kaya yang spoil tu akan lose everything tapi the end sebaliknya berlaku. Orang kaya yang jahat bertambah kaya manakala orang miskin kekal miskin. Lebih dramatik bila hero mati sesorang kena tembak leh mamat kaya tu. So logicnya sebab tak ada sesiapa tahu hero ada kat sana so x akan ada sesapa yang akan tahu bahawa hero dah mati termasuk heroin. Dan mamat kaya spoil tu mungkin akan kahwen ngan heroin tu but still ia hanya akan dapat fizikal girl tu dan bukan perasaan dia sampai bila-bila. Ceeewah, ayat.








Mungkin it sound cam tak adil tapi aku rasa itu ialah ending yang terbaek untuk cerita tu. Hmmm..

Tuesday, May 1, 2012

Babak Cium Mulot

Tadi aku tengok Enchanted ngan 2 orang anak buah aku. Bagi aku paling lawak semasa menonton filem tu ialah bila part hero-heroin kissing scene. So kedua-dua anak buah aku terus tutop mata memasing. Si adik yang mulot petah bercakap tu terus je kuar ayat dosa, haram etc. Buat aku ketawa tapi tak sampai berbunyik ar. Teringat masa kecik-kecik dulu kalau ada scene cium mulot ni pasti ada jer orang-orang tua yang akan tolong tutupkan mata kita aku guna tangan diaorang.. Hmmm..


Korang pernah tengok drama Korea part cium mulot tak? Gosh aku sangat tak suka tengok scene tu. Bagi aku ia cam diaorang just menempelkan mulot memasing ngan penuh keterpaksaan. Cam tak ada penglibatan emosi langsung. Buat aku nak mempersoalkan: Apa sedang berlaku ni? Korang tak pernah tengok video lucah ke? You guys should kiss like porn star ar..

Sama gak cam kalau tengok part cium mulot dalam cerita Indonesia. It seems like cam tengok bebudak Melayu yang masih belom ambik SPM yang lepak-lepak kat Bukit Bintang pada malam Sabtu dan rakam scene cium mulot ngan awek yang cam bohsia guna video kamera murah yang pecah-pecah jer. Naik geli.



...



Perlu ke produksi filem or drama Asia memasukkan scene cium mulot or sex scene dalam karya mereka? Kalu barat then it not such a big deal ar. Mereka bukan jer kissing, having a sex malah berbodel kat public dan tak ada sesiapa yang peduli. So bila ia diterjemahkan dalam bentuk filem or drama so ia adalah budaya hidup mereka yang biasa. Bukan nak kata kiss or sex tu tak sihat. Benda tu memang normal. Cuma di asia budayanya masih taboo lagi kan?

Even ada orang kata scene tu penting untuk membolehkan penonton benar-benar faham apa yang berlaku or supaya mesej yang cuba disampaikan pengarah tu berjaya diterima oleh penonton. Contoh cam Ombak Rindu part kononnya kontroversi Aaron Aziz dan Maya Karin atas katil tu. Bagi aku scene tu sangat lame. Ia tak mengambarkan realiti. Si lelaki pakai singlet dan perempuan pakai kain batik. Sebab otak aku yang selalu tengok porn dah termind set kata "Apsal tak ada bunyik aaargh.... aaaargh... harder.. harder....!!" (Bodoh jer statement)





Bagi aku kalau drama Korea nak melibatkan kissing scene then better jangan ar cium mulot cam terpaksa sangat. It better kalau scene tu tak ada terus. Ia cam memalukan jer tengok.. 

Dan kalau Indonesia pulak kalau pelakon tu Islam then percayalah yang matlamat tak pernah menghalalkan cara ar.















Or kalau di Malaysia pada masa akan datang akan ada pengarah dan pelakon yang berani buat scene cam tu then please jangan jumpa wartawan dan kuar statement kata "Alhamdullillah, saya berjaya melakukan scene cium mulot ala-ala porn star dengan jayanya.." Hmmmm..

Tuesday, April 17, 2012

First Episode

Pernah tak terjadi pada korang satu hari tengah boring-boring tak tahu nak buat apa so korang grab remote TV (or layan tenet) then bukak satu channel secara tak sengaja dan kebetulan waktu tu sebuah rancangan baru start dan ia adalah episod pertama untuk rancangan bersiri. Sehingga tamat episode pertama tu korang rasa tak sabar pulak nak tunggu next episodenya. Dan thanks goodness internet berfungsi dengan baiknya dimana kalau program tu ialah rakaman then korang leh tahu keseluruhan episode sepanjang season tu. Even kalau episode tu tengah airing kat negara asal pun korang sanggup untuk die hard fan negara tu upload free untok korang.


Dan terdetik dalam hati korang betapa menyesalnya gerak hati korang terbukak TV waktu tu. Realitinya cerita tu bukannya ada apa-apa yang special sangat pun. Sebab korang dah terbukak dan tertonton episode pertama. Kalau korang accidentally terbukak series dalam episode 10 or 15 ke then korang pasti dah malas nak layan sebab korang tak tahu beginningnya. So unfortunately sekarang korang dah jadi hamba abdi sepenuh masa kepada cerita tu. Duh.

Berikut ialah list of cerita-cerita sepanjang 2012 yang aku secara tak sengaja telah tertonton dan secara tak sengaja gak tak termiss satu episode pun. Thanks to my jobless status. Hmmm..


1. New Girl (In love with Zooey). On going



2. Once Upon A Time.On going



3. The Lying Game. End Season 



4. The Walking Dead. On going



5. Suits. End season



6. Smash (ooh Iam so gay). On going



7. Sungkyunkwan Scandal (Cerita 2010) Tamat



Lastly sehingga bulan April ini adalah series yang paling membuatkan mulot aku ngan ringan mengata "buduh..buduh..buduh" pada setiap episode tapi cerita ni penuh ngan lawak jenaka iaitu:


8. Rooftop Prince. On going








So adakah korang berkongsi kegilaan yang sama ngan aku or korang ada cadangan cerita lain yang leh buat aku bertambah gila. Suggest sementara aku still menganggur nih..huhuhu

Thursday, February 2, 2012

Aku Tak Puas Hati Tentang ....

Apa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian korang yang hari-hari korang  nampak, dengar, alami yang korang sangat tak puas hati yang sangat-sangat yang korang rasa orang lain pun sebenarnya tak puas hati gak ngan perkara yang sama gak tapi tak pernah sorang pun terdetik nak menyuarakannya such as fungsi koc wanita pada train komuter yang LOL aku sangat-sangat tak puas hati sampai bila-bila. Hmmm..


Aku layan-layan facebook or iklan-iklan kat tenet then aku terjumpa beberapa lawak yang mengesahkan aku yang sebenarnya seluruh dunia sedang share ketidakpuasan hati yang sama yang aku alami dan aku sampaikan ke dalam beberapa sub topik ni.



A. PEN HIGHLIGHT

Korang mesti pernah berada dalam keadaan masa tengah study then ada kekawan or sesapa saja akan kuarkan beberapa pen highlight yang pelbagai warna then start mengariskan nota-nota penting pada buku nota dia. Kalau setakat 1-3 baris ayat dalam satu muka surat tu di-highlight-kan then okey ar untok menunjukkan yang bahagian tu sangat penting tapi masalahnya mostlynya student hanya akan meninggalkan 1-3 ayat jer dalam satu muka surat tu yang TAK di highlightkan aka semua nota dalam buku tu penting.


Masalah utamanya bagi aku ialah colornya yang sangat terang tu sangat meng-annoying-kan mata aku. Dan ia jugak menjadikan permukaan kertas tu kembang sebab keseluruhan kertas tu dah basah. Plus ia gak meninggkalkan kesan tak best untuk ditengok or menghilangkan mood nak membaca pada helaian belakang kertas tu. Or worst kebiasaannya orang jenis suka guna highlighter ni sangat ketagih untuk menconteng buku teks sekolah yang perlu dipulangkan hujung tahun, buku yang dipinjam dari library include buku yang dia pinjam dari kita. Damn..



B. SELEKOH JALAN

Korang mesti pernah pergi mana-mana kat area pejalan kaki then bila sampai satu persimpangan then ada kesan manusia terlebih malas yang meninggalkan jejak tapak kaki diaorang aka merencatkan pertumbuhan rumput yang tumboh kat sana (sila tengok gambar kalau statement aku terlalu sukar untok difahami)


Aku tak puas hati tentang 2 perkara dalam bab ni:
Pertama: Apsal manusia yang ada kaki ni sangat malas nak bergerak lurus then belok 90 darjah then meneruskan perjalanan cam biasa tapi sebaliknya refer untuk berjalan atas rumput sekaligus merosakkan rumput tu then membebel kata orang tak nak jaga lanskap tempat tu. Btw apa matlamat malas tu? Nak menjimatkan masa ker or sesaja sebab orang lain pun guna laluan yang sama gak.

Second: Apsal orang yang bina laluan jalan kaki ni bina laluan yang bersudut 90 darjah kalau dia tahu sifat zahir manusia memang malas nak jalan lurus? Then apsal tak buat je ar laluan yang melencong terus dari awal kan? Hmmm



C. PENJAHAT FILEM/DRAMA

Apsal setiap kali dalam filem or drama bila part penjahat dah berjaya tangkap hero or heroin then plan nak bunuh tapi tak bunuh terus sebaliknya akan ambil masa yang agak lama untuk sesi bercakap dan ketawa gaya orang jahat.

Then bila dah beberapa saat before penjahat nak tarik picu pistol or nak menjatuhkan benda berat ke atas hero or menengelamkan heroin ke dalam air yang ada jerung then miracle datang cam suddenly polis datang etc. Buat kita menyumpah seranah kata "Tu ar buduh sangat, tak nak tembak awal-awal tapi refer nak cakap panjang lebar plak. Kan dah melepas..!!" 

I dont know why walau dalam cerita yang penjahat tu sangat bijak sekalipun but still bila part cam tu dia refer untuk berceramah tak tentu pasal daripada terus tempak hero tu. Sedangkan kalau watak tu tak penting tak pulak terfikir nak banyak cakap tapi terus mati oin few second jer. 

Or apsal penjahat sangat liat nak mati? Walau kena tembak, kena langgar kereta, terjun bangunan 50 tingkat still leh hidup lagi. Memang tak mati-mati lebih-lebih lagi kalau cerita tamil. Hmmm..











...bersambung...