Wednesday, December 28, 2011

Love or Sex?

Aku pernah argue ngan GAY friend aku bila dia kata yang dia sangat cintakan balak dia then aku kata ia bukan cinta sebaliknya just sekadar hawa nafsu yang nak kan kepuasan SEKS semata-mata. But still dia kata perasaan tu ialah cinta sejati. Then aku mintak dia buktikan kalau perasaan tu benar-benar cinta then boleh x kalau dia couple ngan sorang lelaki tanpa having SEKS ngan dia. Then dia terus argue ngan fakta-fakta dia. Aku malas layan. Sebab lepas tu dia couple ngan lelaki lain atas nama cinta, have sex, putus, cinta balik, ngan orang lain, putus bla bla bla. Semuanya atas nama cinta yang saling bertukar ganti setelah 'kepuasan' tu tiada. 

Yap, aku a bit homophobic. Hmmmm..


Most of the time aku sangat happy pada keadaan aku yang solo dan sendirian berhad ni. Aku tak perlu pakai kemas-kemas semata-mata nak nampak sesuai ngan dia dating, aku tak perlu kawal tutur kata or tak perlu terlalu bersopan santun masa bercakap ngan dia, aku tak perlu whole the time suroh dia decide tempat mana nak makan lepas ni or movie apa nak tengok or station radio mana yang perlu dibukak masa dalam kereta, simpan duit untuk mas kawen, kereta, rumah, future anak etc.


Lebih best aku ada kawan-kawan yang leh berkongsi kegilaan, gi mana-mana lewat malam, lepak berjam-jam, mengata orang, tengok wayang, kongsi hobi dan minat yang sama, share everything sesama etc.



Tapi bila part kawan yang tepuk tampar, ketawa, menganggis sesama  dirisik, bertunang, kahwen, mengandung, ada anak bla bla bla then waktu tu rasa cam kalau aku ni ialah pokok bungga dalam pasu cam satu persatu daun tu dicabut or gugur dan hilang.










Yap, sememangnya ar aku gembira atas kegembiraan kawan-kawan aku tapi ada satu rasa yang hilang. Hmmmm...
















Relationship ni bukan sekaar untuk memenuhi keperluan rasa cinta or seks semata-mata. Ia lebih kepada tanggungjawab dan amanah. 






















Satu perkara yang aku tak mampu nak tanggung. 



















Hmmm..

Tuesday, December 27, 2011

Aku Mengajar Photoshop 2

Aku sangat suka pada kamera sebab bagi aku kamera ialah medium untuk menangkap apa yang dilihat oleh mata aku dan ia disahihkan oleh hasil gambar tu. So gambar itu ialah dunia sebagaimana ia dilihat melalui pandangan mata aku. Then most of the time aku suka ambik gambar orang kedian mereka-mereka tu pun bertanya "Aj, tak nak aku ambik gambar ko ke?" then aku refuse atas few reasond:

a) It feel weirdo bila kita tak tahu what to do when orang tengah nak snap gambar kita
b) Biasanya jarang sangat-sangat gambar yang diaorang ambik tu berjaya aka tak cantek laa.Yap, mostly because of the second reason laa. Wakaka


Technically aku tak ada sijil or diploma dalam graphic design ni tapi sebaliknya aku just cuba-cuba then orang suka then diaorang upah aku buat itu ini, design itu ini etc. Then disebabkan aku bersimpati pada certain-certain individu yang cara sangat best edit gambar then upload jadi profail picture kat FACEBOOK tapi bila kita tengok then kita rasa cam simpati jer then dalam hati kata "Anak buah aku yang umor 5 tahun kalau guna aplikasi 'paint' yang sangat classic tu guaranty jauh lebih cantek dari kerja dia" so aku nak share basic things in Adobe Photoshop laa..


Berikut ialah gambar-gambar yang aku nak edit:


'a' ialah gambar yang aku ambik manakala 'b' ialah gambar yang DIDI, a friend ambik. Somewhere somehow gambar 'b' cantik tapi cam tak stabil. So aku ambik keputusan nak edit gambar ni. So pelajaran pertama yang nak aku ajar ialah guna Clone Stamp Tool yang ada kat Tools Box sebelah kiri Adobe Photoshop korang. Matlamat aku nak remove imej aku. 



Hasilnya ialah pada gambar 'c' di atas ni. Disebabkan real pic agak kusam then most of the time aku akan main guna Brightness, Contras, Saturation and Selective Color yang korang akan jumpa kat Image>Adjustment.


Gambar 'd' ni plak aku kira pose okey sikit ar then aku guna Polygonal Lasso Tool untok crop bentuk badan aku slow-slow dan menghasilkan 'e' kat bawah ni


So aku just tindihkan 'e' pada background 'c' dan terhasillah imej bawah. Tapi ia seems a bit pelik ar kan. Yap, rule nak jadikan graphic yang diedit tu berjaya ialah pastikan ia tak terlalu sempurna. Yap, setiap gambar ada kecatatan. Plus buat apa kita nak edit gambar kalau orang tak tahu gambar tu gambar diedit ar kan?













Then aku edit-edit lagi, masukkan font etc menjadikan yang berikut plak.



















So selamat mencuba.. hohoho

Monday, December 26, 2011

Facebooker Melayu

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul". Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud "Aku suka Israel". Penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin, "U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "


Korang pernah terbaca statement ni tru kawan-kawan di FACEBOOK tak? Then apa reaksi korang:
a) Korang terus melarang anak-anak or adik-adik korang tengok Upin Ipin then bagitahu kat mak cik-mak cik sebelah rumah yang Upin Ipin ialah propaganda Yahudi yang nak menyesatkan orang Melayu (yang Islam hanya pada IC jer)

b) Korang ngan maniac like status tu then share link dengan matlamat agar seantero Malaysia gempar dan sedar bahawa ada anak Melayu yang sanggup makan duit haram Yahudi semata-mata nak menyesat lagi menyesatkan anak bangsa sendiri. Hmmm

c) Korang ketawa terguling-guling kat lantai sebab ada jugak orang Melayu yang bodoh leh percaya benda  buduh ni. Wakaka


...


Realitinya mungkin sebab Upin dan Ipin ialah cerita tempatan then logiknya kita leh fikir ar. tak  kan anak Melayu sanggup makan telunjuk Yahudi nak menyesatkan agama sendiri ar kan (tapi kalau benarpun siapa tahu)? Tapi selain benda tu ada berapa banyak dah statement yang korang yang Melayu yang beragama Islam yang dah forward, share, like bila ia melibatkan teknologi barat, makanan dari barat, lagu dari barat, penyanyi dari barat yang dikatakan ia haram, ia menghina Islam, ia berasal dari Yahudi yang korang sangat yakin ia benar tapi tindakan susulan yang korang lakukan sekadar sebarkan benda tu tanpa sebarang kajian lanjut?


Teringat bertahun dulu ada satu restoran baru ni dibukak then sambutannya sangat hebat sehinggakan ia penuh dan orang sanggup beratur panjang untuk makan kat situ. Then one day tersebar satu cerita yang kata owner kedai tu letak babi dalam makanan then dengan cepat berita tu tersebar sehingga dalam seminggu restoran tu korang dan few week ia dah tutup. Realitinya tak ada sesiapa pun yang buat kajian or tanya jabatan agama Islam negeri ker, datang buat kajian sendiri ker tapi mereka just judge by apa yang mereka dengar dari orang lain yang mereka tak kenal cakap jer. 

Sebab rumusnya sangat senang: orang Melayu either yang setiap hari minum arak pun akan jadi cukup sensitif bila dapat tahu makanan mereka ada BABI. Mereka lebih refer makan kat kedai yang tukang masaknya bukan Islam tapi ada sign tulis 'serve no PORK' or ada banyak orang Melayu pakai tudung makan kat situ.

So orang Melayu yang mudah menghasilkan hasad dengki makin senang ar nak buat business







...





Then korang ketawa cam Inspektor Sahab seraya berkata "That why ar aku tak layan FACEBOOK". 









Mungkin FACEBOOK tak berjaya memperbodohkan korang tapi cam mana ngan media lain cam berita? Kalau tak ada yang percaya then tak mungkin cukup ramai jadi mangsa diperbodohkan mentah-mentah dengan percaya sebijik-sebijik maklumat yang disampaikan di berita tempatan? Then korang kata sekali lagi "That why aku percaya berita dari internet" Look, korang pun percaya maklumat hanya dari satu sumber sahaja tanpa buat penilaian dari sumber lain.












Or paling basic: bagaimana iklan mempengaruhi otak kita ngan kata jenama tu lebih bagus dari jenama ni etc. Then korang kata sekali lagi "Iklan hanya berjaya pengaruhi otak budak kecik je r" then kenapa kita masih beli baju-baju berjenama mahal, melancong ke negara luar dan menjadikan music luar as better then our own?
















Teringat sorang kawan pernah tegur aku kata "Aj, STARBUCK tu haram bla bla bla"














Just jangan mudah melatah

Thursday, December 22, 2011

Nak Buat Gay Porn Blog

LOONG, sorang kawan ni kata tempohari yang dia ada sorang kawan blogger yang leh jana pendapatan sampingan RM1000++ setiap bulan untok support yuran pengajian universitinya. Blognya ialah tentang fotography. No wonder ar sebab ia satu subjek yang diminati dan difahami oleh seluruh dunia no matter what language dia guna sebab gambar dia ambik dah cukup untuk jadi bahasa yang akan difahami semua ar kan. Then dia tanya tentang perkembangan blog aku. Haaa?


Then aku jawab ar ngan LOONG yang aku punya blog just tentang personal life aku jer. Aku punya earn tak sampai RM50 pun sedangkan dah 2 tahun aku berblogging. Itu pun aku update ikut suka hati jer bila aku free or kelapangan. Kekadang sehari sekali tapi kalau busy or tak ada idea then seminggu sekali pun susah. Sedangkan aku ada kawan yang serius in bloging dan pendapatan almost RM2000 sebulan tu upload 20 post sehari ngan maklumat-maklumat seluruh dunia. Hmmm..

So LOONG dengan bijaknya suggest kepada aku yang cukup gemar menjadikan berhenti kerja as hobi aku ngan idea why not jadikan blogging as kerja tetap ngan buat blog tentang PORN. Buat aku teringat balik fakta yang aku pernah baca dari BLOGSERIUS tentang industry PORN yang berkembang maju di USA di mana keuntungan buat PORN ialah equal ngan keuntungan semua industry cam Google, Apple, Yahoo etc. Even it said that 42.7% internet viewer ialah penonton PORN. Hmmm..

Itu baru fakta tentang USA yang dah lama terdedah ngan PORN ni so untok negara-negara dunia ketiga cam Malaysia yang masih tak terlalu OPEN LAH SANGAT ni pasti viewer 'disebalik tabir' pun tak kurang banyaknya. Akulah kira salah sorang tu eh? Tapi realitinya aku tak layan sangat pun local PORN ni so aku tak tahu sejauh mana ia dah benar-benar berkembang. Ulang balik penegasan 'tak layan sangat'. Wakaka.

Dan disebabkan lelaki ni punya sense of aktif SEKS yang terlampau then kajian gak membuktikan yang PORN viewer terbanyak ialah terdiri daripada kumpulan lelaki dimana ia adalah 6 kali lebih banyak dari viewer wanita. Mungkin disebabkan zaman sekarang lelaki dah ada lebih banyak pilihan iaitu selain leh buat SEKS ngan girl mereka juga leh buat SEKS ngan jantina sejenis or kedua-duanya sekali.

So aku kata ngan LOONG nak buat GAY PORN BLOG. Sebab melalui NUFFNANG, ADVERTLET dan BLOGGER STATS aku membuktikan yang berikut:

Most viewer aku datang ke blog aku atas carian GAY MELAYU. Hmmm..



























Nampaknya aku leh jadikan blog ni as pendapatan tetap aku ar pas ni. Even mungkin leh dijadikan perniagaan yang dapat diwarisi kot. Wakaka..

Wednesday, December 21, 2011

Senangnya Buat Anak

Balak kepada kawan aku yang couple for years pernah kuar satu statement one day ni yang bunyik agak menyakitkan hati tapi sangat realistik "Dulu masa saya nak pikat awak memang ar saya perlu susah payah nak buat itu buat ini jadi itu jadi ini semata-mata nak memikat awak tapi sekarang saya dah dapat awak then buat apa saya nak buat benda-benda tu balik?" Hmmm..


Masa zaman sekolah-sekolah dulu most student dari pra sekolah lagi dah diterapkan oleh parents, cikgu cikgi, saudara mara, media massa etc bahawa matlamat belajar ialah agar sampai ke menara gading. Kiranya itu ialah kemuncak aka destinasi terakhir yang harus ditujui oleh semua pelajar setelah melalui kepayahan 13 tahun belajar dan ujian dan belajar dan ujian yang susah payah di sekolah. 

So aku jadi salah seorang pelajar cam tu dulu dan menjadikan ia lebih dramastik aku antara yang berjaya melangkah masuk ke menara gading yang aku sendiri tak jumpa mana menara or mana gadingnya. As a result: tahun pertama aku dapat pointer yang bagus tapi second year aku dah 'lari'. Aku tak tahu kenapa aku kat situ, apa matlamat sebenar aku bla bla bla.

Yap, kita terlalu inginkan satu yang cukup sukar dan jauh dari kita then kita berusaha kuat-kuat untuk dapatkannya tapi bila dah dapat then kita tak tahu apa lagi yang nak dibuat dengannya.







Sama cam kes kawan aku tadi tu: lelaki mahukan perempuan yang susah nak mereka dapat (that why aku selalu advice girls supaya jual mahal. Jangan jadikan nilai diri tu rendah sangat. Lelaki x layan slut murahan). Lelaki akan sedaya upaya untuk dapatkan 'habuan mahal' tu. Tapi bila dah dapat, memula bangga ar tapi lama-lama dah boring. Hmmm..














Sama gak cam kes buat anak ni. Pasal senang sangat nak buat. Just keluar masuk keluar masuk then kemuncak then 9 bulan kemudian dah kuar. Kalau yang illegal then buang dalam tong sampah. Kalau yang legal terutama yang first baby bukan main teruja ngan ambik gambar dari day 01 lagi sehingga each-each moment tapi lama kelamaan dah boring. Anak dibiarkan je buat tak peduli sesuka hati. 









Sedangkan ada yang bertahun-tahun dah try tapi tak berjaya.

















Technically apa yang aku tulis kali ni agak tak berhubung kait satu sama lain kesnya. Sebab sebenar aku kuarkan post ni ialah sebab sorang kawan aku ni melahirkan anak sekali lagi. Bunyik memang ar cam best tapi  kes dia sangat berbeza bila baby pertama sebab dia ialah hasil 'terlanjuran' then dia 'terpaksa' kawen ngan lelaki tu then year alter keluar plak baby kedua yang dengar khabar berita yang sahih leh dipercayai bahawa baby tu ialah hasil dengan bukan suami dia dan kali ni few years later keluar pulak baby ketiga yang menjadi tanda tanya ramai cam rancangan realiti  "Siapakah pulak bapak baby kali ni?"














Akibat senang sangat nak buat baby tapi tak tahu nak guna kondom. Hmmm..

Tuesday, December 20, 2011

Misi Mustahil Songlap

Sorang crew masa aku kerja kat GSC dulu pernah kata: each and everytime dia part time kerja situ waktu cuti sem then it take months after dia berhenti untok dia cooling down before dia leh tengok wayang lagi. Betapa menunjukkan persekitaran kerja wayang ni not as semudah or seenjoy yang dijangkakan oleh orang ramai yang mostly datang just tengok wayang je ar. Tapi bagi aku plak, 2 hari after resign then terus je tengok wayang dan aku sangat happy bila selama ni jadi slave melayan karenah orang tapi kali ni aku plak jadi raja yang dilayan slave-slave sana.. Wakaka


Semalam aku dan LOONG, sorang kawan (yang bekerja as cikgu KPLI yang sangat best sebab leh cuti panjang sepanjang cuti sekolah but still gaji as cikgu yang besar tu still berjalan gak) keluar tengok wayang. Tengok cerita paling hangat sekarang ni: MISSION IMPOSSIBLE 4. Cerita ni memang tak rugi tengok tapi kalau korang yang belum tengok then aku just leh kata: ia sama je cam cerita-cerita agen-agen perisikan yang tipikal.

What makes it so tipikal ialah apabila seperti biasa agent Ethan Hunt sekali lagi diberikan dengan satu misi yang mustahil dan a group of pembantu then mereka akan buat aksi-aksi ganas but agent Hunt sentiasa bernasib baik then akan terselamat in what ever aksi yang merbahaya terlampau dan group member dia just bawak watak sampingan dan kalau nasib tak baek then salah sorang or semua akan mati. But the end of the story once again agent Hunt akan meng-accomplished-kan mission tu. Yap, itu kira happy ending ar.

Buat aku mempersoalkan kat IMF (agensi perisikan US tu) tak ada agent lain lagi ke or sememangnya agent Hunt tu memang IMF's Best Worker Or The Year ar agaknya. Sebab kalau kita tengok filem-filem terdahulu cam agent-agent lain tu cam senang sangat dibunuh sedangkan dia sentiasa jer bernasib baik. Kalau ada letupan or kereta terpelanting then pasti hampir-hampir je terkena dia. Pendek kata kalau kita lepaskan 100 butir peluru tembak dia then semuanya nyaris-nyaris jer terkena dia. Or tulang dia diperbuat dari besi ke sehingga melompat dari tempat tinggi tak pernah patah riuk tulang temulang dia. Even leh lari ngan stabil lagi. Dia ada 9 nyawa ker r what?

Perbezaan filem kali ni ngan filem-filem MI terdahulu bagi aku dan aku yakin semua setuju ialah ada unsur lawak yang banyak diselitkan dalam cerita ni. Dan agent Hunt most of the part cam kurang yakin ngan apa yang dia buat. Mungkin selalunya dalam filem terdahulu dia just buat kerja sorang tapi kali ni dia ada group yang mostly ditengok just cam budak universiti tahun akher yang tengah bwat field work yang mostly akan buat silap or perlukan trainer untok bimbing. Sebab sepanjang perjalanan cerita group member dia seem kurang membantu dan perlu diback-up oleh agent Hunt balik. 


Kesimpulannya, MI4: Ghost Protocol ialah sebuah cerita agent perisikkan yang biasa cuma dibezakan dengan misi dan aksi dan penyamaran yang perlu mereka lakukan. Plus satu lagi ciri tipikal dalam cerita ni ialah Rusia ialah kuasa jahat. Hmmmm..



...



Dan kebetulan lewat petang tu hujan lebat dan aku plan naik motosikal dan bila LOONG blah aku manfaatkan saki baki usia remaja aku ngan nonton SONGLAP. Realitinya dah lama nak tengok cerita ni. Masa awal-awal kuar trailer cerita ni lagi. Pasal nampak cam lain. Tapi rancangan asal biar seminggu dah berlalu then harga tiket murah sikit ke baru nak layan. Huhuhu.

Satu statement jujor SONGLAP ialah sebuah cerita tempatan yang lain. It seems cam layan cerita karya Arwah Yasmin Ahmad versi komersial yang tak berlatarbelakangkan bandar Ipoh. Sebab jalan ceritanya lurus jer most all the time. Tak ada klimak or turun tapi ia tak ada ruang kosong yang kosong sehingga kita leh sms kawan yang dah bertahun tak dengar khabar berita etc. Ia membuatkan aku tak sempat nak rasa boring walaupun perjalanan cerita yang mendatar tapi aku nak tahu apa yang akan berlaku dan lagi dan lagi.

Lakonan Sam sangat berbeza. At  least ia jauh lebih hidup dan mampu diingati berbanding watak-watak yang dia bawak dalam filem-filem cam Bini-biniku Gangster (aku terpaksa tengok), Ngangkung (sebab kakak aku beli DVD Pirate), Alamak Toyol (dia berlakon eh?) etc yang mostly cam ar.. But still Shafie aka Mukhsin still better. Sarah Ali ar... no komen. It seems watak dia berakhir sama cam bagaimana ia bermula.

Ada part bab dalam cerita ni dapat dibaca lebih awal cam Omar Abdullah rogol Sarah Ali or Normah Damanhuri ialah emak kepada Ad dan Am tapi kalau Cerekarama tipikal then emak yang pelacor ni bila dapat tahu itu anak dia then akan bertaubat tapi cerita ni lebih realistik. Dan aku suka ending dia. It not so happy ending sangat ar. Dunia ni tak adil.

Dan ia berlatarkan sisi-sisi yang kurang dipertontonkan dalam kaca TV tentang Kuala Lumpur cam Hentian Pekeliling (tempat aku gi Kuantan tempohari even bas yang aku guna pun kuar gak) etc yang sangat menarik ngan teknik videography. Even pelakon-pelakon sampingan ngan watak tak seberapa penting pun walau watak kecik tapi leh menimbulkan emosi best.

Bab paling aku tak leh tahan sehingga terkesima mengalir air mata aku bila part Am peluk Ad tak nak kasi lepas suroh Am ikot diaorang lari dan tinggalkan dunia tu.






Pendek kata aku leh bagi 3.5-4 bintang untok filem ni. Memang tak rugi dan akan tengok sekali lagi.

















Tamat cerita ni tengok nama watak rerupanya Ad dan Am kongsi nama yang sama: ADAM. Hmmm..

Thursday, December 15, 2011

Cerita Seram

Apa cerita yang paling seram buat korang?
a) Ju-On
b) al-Hijab
c) Mak Lampir
c) Hantu Kak Limah Balik Rumah


Last three year aku secara tak sengaja telah termasuk ke dalam sebuah kedai buku bundle ni. Dan aku plak ada satu bad habit dalam bab bila beli buku ni di mana aku tak akan beli 1 buku je dalam satu masa. So aku terbelilah 2 naskah buku ni. Satu buku ni titled I.T (yang pernah dijadikan 2 buah filem sekitar awal 90-an cam tu ar) by famous author Stephen King dan buku kedua titled The Ignored by author yang aku tak pernah kenal pun masa tu iaitu Bentley Little. Itu pun secara kebetulan buku tu ada kat ruang paling depan ngan pintu masuk. Aku baca sinopsis dan aku terus ambik. 

Dan nak dijadikan cerita aku baca  buku Stephen King tu first sebab aku masa kecik dulu sangat takut ngan cerita I.T tu sehingga terbawak-bawak hingga besar yang aku ni takut ngan clown sebab aku anggap disebalik benda tu ada evil things. Tapi masalahnya penulis yang dikatakan sangat seram oleh pembaca novel dunia ni bagi aku sangat lame sebab jalan cerita dia tak berjaya menarik minat aku. It takes almost a week dan aku tak baca buku tu sampai habis pon.

Then aku pindah baca buku kedua tu. Daripada unexpected apa-apa then dalam masa few hour buku tu aku habis baca. Realitinya jalan ceritanya sangat simple tapi cara dia menulis dan aku sendiri dalam link-kan ngan kehidupan aku so feelnya lebih dekat. Effectnya aku terbawak-bawak sampai ke hari ni. Damn.

Sekaligus menjadikan ia adalah cerita terbaik yang aku pernah baca selama tempoh tu dan di setiap kedai buku aku akan carik author tu: BENTLEY LITTLE. Satu persatu kedai buku di Kuching aku cari dari kedai biasa sampai ke kedai-kedai buku besar tapi FAIL. 3 years berlalu masih tak jumpa.

Sehingga last 2 day aku berkesempatan ke KINOKUNIYA di Suria KLCC then aku cari dan cari then lastly menggunakan carian komputer sana hasilnya cuma ada 3 naskah jer buku. Dan ngan excitednya aku terus je beli 3-3 buku tu. Maunya nak beli satu jer. Entah bila lagi aku akan jumpa buku Bentley Little yang lain pas ni.








..









Dan hari ni masa nak tunggu flight aku then aku start baca salah satu buku titled The Vanishing. Few hour dan half buku tu aku baca. Then aku terhenti. Damn. Aku menyesal. Betapa aku terlupa yang effect buku pertama sangat kuat dan melekat ngan kuat dalam diri aku. Dan buku kedua ni dah buat aku goosebumps terlampau.. BODOH...














Terngiang-ngiang bunyi 'miaw...miaw' as dalam buku tu..

1st Timer

There a joke about new parents yang sangat maniac ngan anak pertama mereka sehingga mereka sangat excited bila anak mereka baru first time merangkak, first time berdiri, first time berjalan, first words, first time panggil pa or ma bla bla bla sehingga mereka nak rakam jer each and every special moment tu. Kalau boleh nak je mereka rakam gambar dari day 01, 02 dan setiap detik baby pertama tu. Tapi as time goes by mereka akan bosan terutama bila anak dah mulai dewasa dan ada baby kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa passionate tu dah hilang.. Hmmm..


Teringat satu bait dalam lirik lagu Aishiteru bab jalani hidup tanpa rasa ghairah (yap, ghairah may cam bunyik 18SG tapi look it at positive side ar). Just imagine kalau tanda passionate or rasa teruja or ghairah ni then hidup akan jadi sangat mendatar aka membosankan. Tak ada apa-apa yang menjadikan tujuan untuk hidup. Kita just go wtih the flow: hidup-kahwen-ada anak-anak kawen-ada cucu-mati. 




Dan setiap apa yang berlaku disekitar kita seolah-olah sama dan mebosankan... sebab kita yang pilih untuk lihat ia sama dan membosankan..




Pernah berada satu situasi cam ni x bila korang ngan excitednya gi satu tempat baru ni dan mintak kawan korang advice tempat-tempat yang best kat situ tapi unfortunately kawan korang kata tempat tu membosankan, lame, tak seronok or buat apa datang sini, better gi tempat lain bla bla bla. Then korang explo senidi tempat tu dan korang realize betapa tempat tu sangat menarik, magnificent etc totally berbeza as pandangan kawan korang tu tadi. 

As orang selalu kata orang luar lebih hargai nilai tempat kita berbanding kita sendiri..

Or may be sebab itu ialah tempat asing yang pertama kali mereka datang so mereka lebih hebat  menghargai nilai tempat tu.










Tapi sebenarnya kita tak perlu pertama kali melalui satu perkara untuk hargainya. Kadang-kadang benda yang biasa yang ada disekitar kita adalah lebih afdal (what such an Islamic term rite?) untuk kita hargai. So sorang kenalan siber aku kata: dia sangat suka melihat matahari terbit dari celah bukit-bukau setiap pagi di hadapan rumah dia. Tapi mostly akan kata buat apa nak hargai benda-benda 'biasa' cam tu? Ia terlalu 'biasa' dan tak ada nilai.. 

Hei imagine korang sangat tak suka ngan bebelan emak korang yang itu tak boleh, ini tak boleh but then suddenly mak ko meninggal dunia then korang akan rindu akan bebelan dia walaupun bebelan tu sangat annoying and irritating buat telinga korang sehingga korang nak menghargai bebelan dia dan dia sekali namun hanya selepas dia pergi. It better kalau korng hargai dia semasa dia masih ada lagi kan?

So satu perkara yang boleh kita buat untok timbol rasa passionate tu ialah anggap as semuanya cam perkara baru bagi korang..









...









So selama tiga bulan ni banyak betul benda yang aku hargai yang aku yang even tho ia perkara remeh yang biasa tapi effectnya sangat besar cam:

1. Tandas cangkung. 3 bulan berlalu dan aku hanya guna tandas dudok jer so bila first time guna tandas cangkung then rasa cam tak stabil dan nak jatuh jer.

2. Fisheye 2. Yap aku beli camera ke 5 dalam tahun ni dan ia sangat menerujakan aku. Gi FACEBOOK aku dan ada file gambar guna camera lomo tu.. Hmmm

3. ASTRO. Sebelum ni aku sangat membebel ngan ASTRO yang asyik ulang-ulang banyak kali tapi bila 3 bulan tak tengok ASTRO then rasa sangat ketinggalan zaman tapi terharu bila first time tahu banyak rancangan baru kat ASTRO cam Money Drop, Master Chef etc.

4. LRT. Last three month LRT masih lagi guna sistem lama yang sama masa aku belajar dulu tapi sekarang ni semuanya dah berubah ngan sistem token. Aku leh sesat plak sedangkan routenya masih sama lagi. Hmmm..

5. Perak. Yap aku baru first time datang Perak dan ia sangat menerujakan aku walaupun tempoh lawatan sekitar 3 hari jer dan ia tak cukup tapi sangat best dan aku akan sharekan nanti dan sekaligus menjadikan aku dah melawat ke setiap negeri di Malaysia.











dan selebihnya lepas ni aku akan hargai bintang pada waktu malam, layan angin masa naik motosikal, gaduh ngan abang dan adik (nephew and niece), layan porn sampai lewat pagi guna tenet yang laju, keluar malam ngan kekawan bachelor then lepak Mc D dan layan wayang sampai lewat pagi etc...


























Hmmmm

Wednesday, December 14, 2011

Rumah

Definisi rumah bagi aku ialah satu tempat di mana aku boleh pejam mata dan sepanjang tempoh aku pejam mata tu aku tak perlu risau tentang apa-apa yang mendatang untuk menyakit or mencederakan aku. Yap, aku sudah punya tempat yang aku panggil as a rumah.
.

Berjalan sorang diri di pusat bandar Kuala Lumpur di malam hari menjadikan mata aku terbuka. Aku dapat lihat masih ramai manusia yang masih cuba mencari sedikit rezeki pada saki baki terakhir malam dengan jual barang-barang 'biasa' untuk mendapatkan nilai sesuap nasi untuk mengenyangkan perut mereka. Dan ramai juga yang sedang lena beradu di kaki-kaki ruang luar kedai tak peduli tentang malam yang sejuk dan basah. Lelaki, perempuan dan anak-anak kecil. Menjadikan ruang itu adalah rumah untuk mereka pada malam tu.


Menjadikan aku merasakan yang aku seorang lelaki yang cukup manja dan mementingkan diri sendiri. Aku bising pada katil yang tak empuk, air cond yang tak sejuk, makanan yang kurang rasa, line wifi yang sucks, kopi Starbucks yang tak mixed welly, customer service Burger King yang teruk, kegemukan makan Dunkin Donuts etc yang bagi mereka tak peduli selagi mereka dapat jumpa lantai yang kering then mereka akan selesa di bawah langit malam dan itu adalah kegembiraan mereka tanpa peduli apa yang akan masuk ke dalam perut mereka esok hari kelak.












Dan aku dengan senang berhenti kerja ketika manusia di sekitar aku sedang berlapar sebab tak bekerja..

















Mungkin sebab aku ada rumah. Menjadikan aku manja dan mementingkan diri sendiri.

Tempat Jumpa Tuhan

Di negara-negara barat yang maju, agama adalah satu entiti yang cukup terasing dengan gaya hidup sehingga banyak rumah-rumah keagamaan terutamanya gereja ditinggalkan. Disebabkan ramai yang dah tak nak pergi lagi ke gereja-gereja ni so banyaklah gereja-gereja yang kosong di barat dan ia terpaksa dibangunkan semula untuk tujuan lain cam dijadikan, perpustakaan, muzium, kelab malam etc daripada dibiarkan kosong terus. 


Realitinya pun tak jauh beza jer ngan tempat kita. Walaupun Islam adalah agama rasmi dan Melayu tu antara majoriti utama tapi Islam hampir menjadi agama yang dipisahkan dengan cara hidup masyarakat. Tanya pada orang-orang Melayu sekarang ni then ada yang sembahyang setahun sekali jer masa hari raya Aidilfitri or ada yang just seminggu sekali jer yang datang masjid. Itu belum lagi masuk mereka yang bising-bising bila tau ada sausage yang guna usus babi, or tengok minah pakai tudung pegang babi etc lagi. 

Aku tak ar kata yang aku ni Islamic sangat. Kadang kala dalam 5 waktu tu pun ada gak yang termiss. Kalu jalan-jalan then ada masa memang tertinggal sebab itu ini. Tapi most of the time aku memang akan sedaya upaya nak gak mesti buat solat kalau dah masuk waktu. Kalau selagi tak buat then rasa dalam hati rasa gelisah jer. 





Bagi aku kalau fizikal kita perlukan makanan then rohani kita juga perlukan makanan gak. So it unfair kalau aku bagi fizikal aku terlebih makan tapi biarkan rohani aku lapar tanpa sebarang makanan ar. Tapi seperti mana aku ada bagi benda tak berkhasiat untok fizikal aku so aku ada masa gak terbagi benda yang tak berfaedah untok rohani aku.











...












Sebenarnya perkara aku nak share dalam post kali ni ialah tentang surau-surau terdapat kat Malaysia hari ni or lebih specifiknya yang terdapat dalam shopping-shopping complex hari ni. 

Yap, memang ar kita tak datang ke shopping complex nak sembahyang tapi sebaliknya nak shopping barang. Cuma secara kebetulan waktu tu dah masuk waktu solat dan korang plak jenis yang tak nak terlepas waktu solat then korang terpaksa gak cari surau dalam mall tu kan?Dan sejauh mana keadaan surau yang terdapat di mall-mall di Malaysia pada pandangan korang?

Aku tadi baru balik dari Sungai Wang Plaza dan aku nak perform Zohor so aku tanya ar kaunter pertanyaan situ. Dan setelah aku almost sesat nak carik tempat yang dia nyatakan then aku jumpa. Alhamdulillah keadaannya better ar dari tempat-tempat lain.

Sebab previous day before aku gi Central Market then waktu tu Asar 1/2 jam lagi nak tamat so aku ikut ar sign surau dalam tu then lastly aku dibawa ke satu tempat yang jauh dan terasing. Suraunya agak daif (walaupun ada feel nostalgic dan photogenic) dan berada pada ruang luar atas Cenral Market. 











Memanglah it not fair tapi at least biarlah ada usaha nak menjadikan surau yang bagi most of as tak penting tu kalau tak sama cantik at least cantiklah sama taraf ngan mall tu. Sebab as aku dengar dan baca ada mall yang cukup hebat di Malaysia ni tapi jadikan ruang bawah tangga as surau. Then apa pandangan orang bukan Islam or pelancong Islam dari negara luar terhadap negara yang bertunjangkan Islam ni?















Tapi it better punya surau daif tapi masih dikunjungi daripada masjid cantik berjuta-juta ringgit tapi kosong kan?

Tuesday, December 6, 2011

27. Almost

Hari ni 6th Disember. Beberapa hari (realiti berminggu lagi) aku akan masuk 27 tahun. Tapi masih lagi ramai yang tanya "Masih belajar lagi ker?" or "Umur 22?".Aku tak pasti either ia satu pujian untuk memberitahu yang aku punya wajah yang jauh lebih muda dari usia sebenar or satu teguran untuk aku sedar yang aku ni terlalu tak matang untuk lelaki pada usia aku. Hmmm..


Dah lama tak layan FACEBOOK then baru tahu seorang kawan yang selalu join lepak malam-malam ngan geng bachelor rerupanya dah tukar status dari single ke in relationship. Realitinya dah ramai kawan-kawan gelak ketawa, tepuk tampar, sama belajar selama ni dah bertunang, kahwin, ada anak, cerai dan kahwin lagi etc. Mereka yang selama ni depan mata kita as kawan solo dah melalui fasa-fasa kehidupan yang berbeza sedangkan aku masih lagi di tampuk yang sama.

Yap, memang ar aku pilih untuk bersendiri, tak nak couple, tak nak in relationship, tak nak kahwen etc tapi jujor kata selama mana seorang manusia tu leh hidup ngan kawan jer all the time. Kawan semua akan kawen then tak kan nak keluar ngan suami or bini or emak or bapak budak then balik lewat pagi lagi? Kang aku plak punca penceraian mereka.. Naya...


















Usia almost nak 27 tapi masih lagi buat keputusan bodoh resign kerja. Ketika orang susah-susah nak dapat kerja then aku ngan mudah je lepaskan kerja yang ada jawatan tinggi dan bergaji leh tahan besar. Orang lain dah ada asset banyak tapi aku masih bernafas dalam lumpor lagi.














Yap, aku membebel seperti orang tua tapi bagi orang lain aku masih lagi kanak-kanak yang terperangkap dalam diri seorang remaja (sebab orang masih lagi kata aku masih awal 20-an yang sedang belajar di universiti tempatan). 
















Then teringat satu bait pada lagu Melly Goeslaw "Ada dan tiada cinta, bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku"




















2 hari lagi aku akan tinggalkan Kuantan, mengembara bersama seorang kawan yang berjanji jika pada usia 40 tahun kami masih lagi sendiri then dia nak aku kahwini dia. Hmmm..













40 tahun...? Mungkin pada waktu tu orang akan kata usia aku baru masuk 27. Hmmm..

Tuesday, November 29, 2011

Retold & Remixed

Ada ahli sejarah kata: history is written by the victors as kalau ditranslate (yang recently aku kononnya sangat fail nak translate statement oleh senior kaki bodek kat tempat kerja aku yang then report kat big boss yang cakap omputeh dia sendiri pun tak betul) akan jadi pemenang yang akan menentu or menulis sejarah. As sama gak cam antara baris awal buku teks sejarah aku masa form 1 dulu kata akan ada term 'BIAS' (bukan pembiasan cahaya yang kita akan belajar dalam subjek sains) di mana pejuang kita akan dianggap as wira oleh kita tapi as riot makers oleh penjajah. Hmmm..


Last week aku beli satu buku ni title Malaysian Tales: Retold and Remixed. Niat nak cari buku by authors favorite aku tapi masalahnya kat Kuantan cuma ada 1 kedai buku besar plus pilihan buku omputeh tak banyak plak. Disebabkan novel aku sebelum ni kena tahan oleh senior yang kononnya atas alasan aku baca buku masa layan customer yang sangat-sangat tak masuk akal so aku perlu buku bacaan baru. Or walaupun realiti aku tak ada masa nak baca buku but at least perlu ada 1 buku dalam beg harian aku sebab no body know kalau-kalau aku ada kelapangan masa secara tak sengaja then leh ar aku baca buku tu.

So petang tu before masuk kerja jam 4 petang aku sempat melencong jauh ke satu shopping complex lain dan masuk POPULAR Bookstore dan ada satu buku ni totally menarik perhatian aku. Selain ia ada 20% discount plus aku teringat yang abang aku ada specialty di mana office tempat dia kerja ada benefit di mana mereka akan bagi RM200 untuk pembelian bahan bacaan kepada pekerja. 

Buku ni as aku bagitahu title dia Malaysian Tales: Retold and Remixed. Tengok dari tajuk je pun leh tahu cam mana jalan cerita ni kan? Ia akan menceritakan semula beberapa cerita dongeng tempatan tertentu dalam versi mereka sendiri. So ada versi modern but ada gak versi lama tapi dari sudut pandangan yang berbeza tapi still ngan jalan cerita yang sama. 

Pendek kata macam cinetron Indoensia yang selalu di ulang tayang pada weekday masa cuti sekolah jam 3 petang yang merosakkan dongeng barat jadi versi indonesia yang merapu entah apa-apa entah tu ar. Or lebih dekat cam usaha TV3 untok menghidupkan dongeng lama dalam versi drama bersiri setiap petang. So ada ar cerita Merah Putih, Nenek Kebaya etc yang aku jarang ada masa nak layan.

Jujor kata idea yang cuba dibawak oleh buku ni sangat best: Kisah dongeng lama bawak pengajaran tapi mostly terhad kepada kanak-kanak sahaja sebab bagi orang dewasa cerita ni agak ketinggalan. So the idea is kenapa tak cerita tu dibawak ke versi yang lebih baru yang lebih dekat dengan pembaca sekarang?

Dan dalam berberapa siri yang aku dah baca memang ada yang buka minda aku untok melihat things in different point of view tapi tak terkecuali ada yang terlalu modern dan mengecewakan ar. Contoh terbaik cam retold story of Bawang Merah Bawang Putih yang boleh buat kita terfikir: kalau tolak unsur emak jadi ikan, buaian ajaib etc yang mostly kita tahu banyak unsur penambahan dari generasi ke generasi then apa unsur asalnya yang lebih realistik?


Tapi as a simple review: Malaysian need to read this book la. Walaupun ratenya aku just bagi 2.5-3 per 5 bintang tapi ia bukan buku yang akan buat korang rasa nilai duit tu tak berbaloi ngan  apa yang korang dapat ar.








...









Aku kerja kat tempat wayang so sepanjang 2 hari lepas baru layan Puss In Boots. Aku dibesarkan dengan  cerita dongeng tempatan dan tak terkecuali dari barat. One of my aunt sangat suka beli buku-buku cerita untok kami adik beradik. Thanks Abok. Sebab dialah yang menyemai sikap gemar membaca pada aku dan tahu pada tales dari barat ni. Antara buku yang dia pernah beli untok kami adik beradik ialah Puss In Boots. Dan bila tengok filem tu, yap ia menghiburkan tapi mana cerita asalnya?










...








Plus sejauh mana sejarah yang kita pernah baca dalam buku sejarah tu tulen sumbernya? Kita tak wujud pun pada era tu, kita bukan mata yang memerhati apa yang benar-benar berlaku pada zaman tu. So kita hanya menerima semuanya melalui buku sejarah dan gambar-gambar lama. Sama cam kalau pada zaman akan datang anak muda kata buku sejarah bagi tahu perhimpunan BERSIH 2.0 yang dilakukan pada 2011 ialah protes aman  yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang mahukan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu then boleh ar kita kata: FAKTA TU SALAH.














So sejauh mana sejarah kita di retold dan remixed.

Re-Publish Journey To Kota Kinabalu 02

Satu post aku title Journey To Kota Kinabalu 02 yang aku publishkan 3 tahun lepas masih sehingga hari ini dibaca dan dikomen secara 'cukup serius' oleh certain-certain pembaca yang most of the time aku tak faham reason reaksi mereka. Mungkin realiti dasar orang Melayu ni tak kira tempat or masa memang tak boleh ditegur or dengar ayat yang tak best terhadap mereka. Sebab mereka hanya nak dengar orang puji-puji mereka je. So dengan ini aku re-publish post yang sama dengan ayat-ayat yang jauh lebih 'memuji' dengan bahasa yang jauh indah-indah. 


Aku masih ingat waktu tu seawal jam 6 pagi aku dan Uda: my bro tinggalkan Marriot Hotel sebab mode beriya-iya nak menjejakkan kaki buat pertama kali sekaligus nak gak ronda-ronda di negara jiran yang cukup terkenal dengan kekayaan hasil bumi semula jadinya iaitu Brunei Darul Salam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama: Sabah negeri di bawah bayu.

Dan tak lupa kebetulan hari kami berdua menjejakkan kaki ke Brunei adalah kebetulan jatuh pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei iaitu Sultan Hasanal Bolkiah. So almost di setiap pelusuk ruang jalan akan ada banner, bunting dan fishtail yang memperlihatkan kasih sayang sepenuhnya masyarakat Brunei terhadap pemerintah utama mereka. Even sepanjang masa kami bukak radio channel Brunei pun rakyat turut menyampaikan kasih sayang tak berbelah bahagi mereka kepada pemerintah utama, permaisuri-permaisuri (waktu tu Azrinaz Mazhar Hakim masih lagi Pengiran Isteri Sultan) dan pemerintah-pemerintah besar lain.

Aku dan Uda just tersenyum. Hmmm..

(Passport kedua aku: Passport terhad ke Brunei. Passport pertama: antarabangsa yang warna merah)
Jujor aku katakan yang aku punya expectation yang cukup besar terhadap Brunei disebabkan oleh publisiti-publisiti dan cetakkan-cetakkan media terhadap negeri Brunei. Kira macam Dubai versi Asia Tenggara ar. Mana taknya persamaan kedua-dua negara tu ialah hasil utama pendapatan negara ialah melalui Petroleum. Dan yang tak mengejutkannya ialah harga minyak di Brunei ialah serendah $B0.53 perliter jer (tu nilai 3 tahun lepas ar. Sekarang tak tahu lagi).But still at that time harga minyak agak tinggi dan ia turut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hidup masyarakat kat sana.Tapi whose cara kalau pemerintah sana sangat prihatin terhadap permasalahan dan penderitaan rakyat ar kan?

Kehidupan masyarakat Brunei pulak sangat mewah dan makmur. Imagine walaupun rumah tu just rumah kayu tapi siap ada 2-3 bijik kereta mewah lagi. Dan sepanjang beberapa jam kami berada di Brunei, kami hanya berkesempatan tengok 5 bijik je motosikal: 2 milik Pizza Hut delivery, 2 milik polis dan sebijik rakyat biasa. Itupun motosikal dia dah bukan main mewah lagi. So pendek katanya kereta Produa Kelisa yang kami berdua pandu tu lah kereta paling naif dan daif kat sana. 



Brunei ialah negara yang cukup terkenal dengan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Permaisuri dan isteri-isteri pemerintah pakai tudung. Even kat jalan-jalan penuh dengan tulisan jawi dan pujian-pujian...





















Okey STOP.





















Aku tak boleh teruskan lagi buat benda ni. Ia sangat menyeksakan diri aku. Baru je previous post aku publish yang aku anti kaki bodek so aku tak akan puji-puji or bodek-bodek orang. Plus aku lebih refer orang yang depan-depan kata kelemahan aku daripada puji aku itu ini depan-depan tapi belakang entah apa yang berlaku.

Yap, memang ada rakyat Brunei yang terkenal dengan sopan santun, budi bahasa, kekayaan budayanya tu memaki itu ini pada ruangan komen aku. So what? Itu hak mereka ar kan. Sama cam bila ada beberapa immature blogger dari Indonesia yang keluarkan cerita pelik-pelik burukkan Malaysia dengan cerita itu ini tapi mostly rakyat Malaysia yang tahu kebenaran just buat tak layan jer. Sebab mereka tahu kalau mereka layan balik dengan caki maki so ia akan menjelaskan sikap buruk yang ada pada diri mereka gak kan?

Dan aku 3 tahun lepas just seorang yang mengembara ke tempat baru. Sama cam aku masuk tempat kerja baru or kenal kawan baru. Kalau aku rasa ada yang tak betul tentang tempat tu or orang tu then aku bagitau ar. 












Plus jangan biarkan diri selalu dipuji dengan pujian-pujian tanpa boleh ditegur sikit pun. Sebab puji-pujian tu hanya milik Dia jer. Dan kita manusia memang tak sempurna. Perlu ditegur. (yap aku akui yang teguran aku agak teruk tapi kalau berbunga sangat nanti ramai pulak yang tak faham kan?) Buat rakyat Brunei yang terasa aku mintak maaf tapi buat yang faham apa yang aku nak share then aku ucap terima kasih sebab faham.


















Btw kisah perceraian Azrinaz Mazhar Hakim (or previous wife, Mariam Abdul Aziz) buat aku teringat pada satu cerita pendek dari buku Malaysian Tales: Retold and Remixed. Pengolahan semula cerita Bawag Puteh dan Bawang Merah. You guy should read it.

Tuesday, November 22, 2011

Dunia Kaki Bodek

Ada satu perkara yang aku tak pandai nak buat, tak tahu nak buat dan sedaya upaya untuk tak nak buat ialah membodek. Membodek seems bagi aku cam korang menunjukkan kemaluan korang then korang kata kemaluan orang yang korang nak bodek tu as jauh lebih besar, diameter yang sempurna, bagus untuk aktiviti senggama etc berbanding yang korang punya semata-mata bermatlamat nak orang tu ngan yakin percaya yang he do have the great 'kote' ever..


Aku bekerja dalam persekitaran manusia yang penuh ngan kaki bodek. Si kaki-kaki bodek ni depan boss bukan main lagi tunjok pandai, tunjuk hebat, tunjok itu ini, tokok tambah cerita kecil jadi besar etc tapi bila boss tak ada then buat dono, main game, mengata orang, sebar cerita buruk itu ini, reka cerita itu ini. Yang aku pelik tu boss plak leh kena tipu senang-senang jer. Mungkin sebab basic membodek ni mesti ampu boss then boss yang dah terampu tahap terbang di awangan ngan mitos tipu helah tu terus percaya ar pada mereka.

Nak dipendekkan cerita semalam ni boss suddenly suroh sorang kaki bodek ni bagi brief pada aku tentang fungsi office. Dan dah nama kaki bodek ni kosong so ngan sedaya upayanya dia berlagak pandai cakap apa sahaja yang dia tahu dan dia merendah-rendahkan aku as orang baru yang tak nak belajar dari senior-senior , lebih rapat kepada pekerja, baca buku SOP lama-lama tapi tak ingat bla-bla-bla. 

Tapi masalahnya dia sendiri pun 2 kali 5 gak. Dia buat kerja pun banyak salah walaupun dah hampir setengah tahun kerja. Kalau aku yang baru 2 bulan kerja ni lain kes ar kan. Dan semalam gak bila keluar part data-data yang dia tak tahu tapi dia sepatutnya tahu then anak mata dia dah lari. Boss plak ada kat dalam office. Sebelum tu suara bukan main tinggi, dada naik so dah tetiba gelabah. Then buat ayat nak mengelak. Semak buku SOP tak jumpa fakta yang dia kata ada. Itu belom lagi dia bagi fakta yang salah. Wakaka.






Aku dalam hati ketawa besar. Tengok sejauh mana dia boleh berlakon.















Jujor kata mungkin ada gak orang yang cuba membodek aku selama ni ngan buat-buat baik dan aku plak jenis yang lurus bendol akan percaya yang mereka benar-benar baik buat baik tanpa mintak balasan but manusia tak semuanya sama ar kan. Tapi reaksi aku mostly layan jer tapi bila aku nampak yang dia cam something so aku terus neutral jer ngan dia. Dan dia dah tak nak membodek aku lagi. Gave up.















Aku tak nak mengata orang lama-lama. Dosa aku sedekah kat dia jer nanti. Cukup aku katakan: tak ada faedah nak jadi kaki bodek ni. Memang ar realitinya dunia ni kaki bodek akan dapat tempat yang tinggi tapi aku tak akan berada kat tempat tinggi tu melainkan aku nak ia adalah atas usaha aku sendiri. Hmmm..

Wednesday, November 16, 2011

An Alien From Sarawak

Apakah nama negara or nama tempat yang korang tak pernah dengar langsung seumur hidup korang? Yap, jawapan paling kurang ajar akan kata "Macam mana aku nak bagitahu nama negara tu kalau aku memang tak pernah dengar nama negara yang aku tak pernah dengar lagi tu?". Hmmm..


Technically aku dah kerja kat tempat ni lebih 2 bulan. Antara fakta menarik dan agak lucu serta menyedihkan yang aku jumpa kat tempat ni ialah: most of pekerja sini tak pernah lagi secara live jumpa mana-mana manusia yang berasal dari Sarawak sekaligus menjadikan aku ialah satu-satunya manusia dari Sarawak yang mereka pernah jumpa. Hmmm.. Quite ridiculous ar kan?

It seems selama ni kita pernah dengar tentang burung dodo (Raphus cucullatus) yang known widely as burung yang dah lama pupus then suddenly ada sekor burung tu muncol dan jadi tarikan utama orang ramai. Semua orang nak tahu tentang rupa sebenar, saiz, cara hidup etc. Sebabnya: tak ada sesiapa yang hidup era ni yang pernah tengok burung dodo secara live selama ni. Ia just sekadar melalui bualan mulut, gambar dan mitos jer. Hmmm..

So waktu aku mula-mula datang sini dulu antara persepsi or tekaan awal mereka (selain kata aku ni Cina) ialah yang aku ni asal dari Indonesia, Thailand, Sabah, Perak, Kedah etc. It seems Sarawak ialah satu pilihan di luar kotak tekaan minda mereka. Then mereka mulai try nak cakap like a Sarawakian tapi aku perbetulkan: itu orang Indonesia cakap or paling koman itu orang Sabah cakap ar. Hmmm..







Or macam tadi masa tengah lepak then ada mat salleh ngan 2 orang local (sorang Sabahan ar) yang cakap-cakap then si Sabahan and the other Malaysian ni ngan mudah je kuarkan fakta pelik-pelik yang tak masok dek akal tentang Sarawak. Teringin je nak masok campor tapi biar je ar mereka ngan kejahilan mereka.


















It seems like aku satu-satunya manusia yang cukup alien yang berasal dari satu tempat yang cukup alien. Hmmm..




















Lawak? Sometime. Menyedihkan? All the time. Hmmm