Sunday, March 3, 2013

Rock Oo.. Rimba Bara Kembali Filem Review

Filem sequal biasanya dibuat bila filem pertama dapat box office so ia dilakukan dengan harapan yang kejayaan tu akan berulang kembali. Or in other termnya nak dapat duit pulangan yang lebih kurang sama besar gak ar. Tapi masalahnya banyak filem-filem sequal ni either tempatan or luar negara kebiasaannya kureng tahap nak tak nak je ar. Mungkin alasan utamanya sebab ramai yang akan cuba bandingkan ngan filem pertama kot.


Korang lahir era 80-an? Or lebih tepat korang membesar pada era 80-an? Then korang pasti melalui satu era yang cukup rock kapak kat Malaysia ngan lelaki or perempuan rambut panjang tapi tak ada sorang pun guna shampoo Sunsilk so semuanya rambut cam kutu jalanan. Seluar lak semua skinny-skinny ngan baju ketat-ketat. Mungkin ia nampak cukup janggal dan pelik sekarang ni tapi percayalah yang kalau korang membesar era tu dan korang tak pakai benda yang sama then korang lah yang pelik dan janggal. Hmmm..

Aku lahir 1985 menjadikan aku hanya kanak-kanak jer masa tu. Tapi aku waktu tu cukup yakin yang pak cik aku sorang ni ialah ahli kumpulan Search sebab ada beberapa poster Search bergantung kat rumah dan pakaian dia pun sebijik sama cam members band dalam gambar tu ngan rambut dan baju dan penampilan. Memang saling tak tumpah berbeza. Tapi hanya bila aku dah ada akal untuk fikir sikit then baru aku tahu yang uncle aku tu rerupanya die hard fan kumpulan tu jer rerupanya. Wakaka

Tapi betapa ar musik era tu cukup dekat ngan aku so aku ada banyak lagu-lagu era tu dalam simpanan aku yang kalau aku join rancangan Jangan Lupa Lirik tu setakat pejam mata pun aku leh nyanyi ar punya. Hmmm..


...


Korang ingat filem Rock tahun 2005 arahan Mamat Khalid dulu tentang bebudak kampung kat Perak ni yang bercita-cita nak mencipta Rock band terkenal? Waktu tu teraju utamanya Hasnul Rahmat yang bawak watak Zack last-last mengguburkan cita-cita Rimba Bara ngan jadi sorang postman. Ending cerita tu sangat epic gak ar sebab ketika cita-cita diaorang terkubur then tetiba si Zack ni terjumpa balik surat yang ditulis oleh peminat Rimba Bara.

Dan Filem Rock Oo.. Rimba Bara Kembali ni ialah kesinambungan filem tu. Cuma watak Zack ni dimatikan. Plus kalau korang tonton filem pertama gak then ada part dimana watak Que Haidar bernama Amy ni muntah-muntah masa pertandingan ni so bermula lah part di mana Amy tersingkir dan Rimba Bara mulai mencipta nama.

 
Bagi aku cerita ni cukup best. Ia tak berat, menghiburkan, jalan cerita kemas dan sentimental ngan moral value yang jelas. Aku ketawa sepanjang masa. Aku menyanyi kuat-kuat dalam hall masa lagu bermain. Ada beberapa part agak sedih dan beberapa part yang mampu menampar pipi agar berhenti bermimpi ar. Cukup pasti bab peleraian filem ni cukup epik lagi ar dari filem seterusnya walaupun endingnya aku kureng sikit tapi still okey gak. Cukup tabik sebab pelakon dalam filem ni memang menjayakan watak ngan berkesan ar terutama Que Haidar, Kher Rahman dan mamat sengau yang bernama Black tu. Orang may be kata yang watak tu bodoh ar tapi seriously bila pelakon hebat bawak watak bodoh then ia gempak tapi bila orang bodoh bawak watak bijak then it disaster ar.










 Plus aku baru tahu yang lagu Kuala Lumpur yang dinyanyikan oleh hujan rerupanya tu lagu lama. Hmmm







Filem Hussien, Mon dan Jin Pakai Toncet bagi aku ialah trilogi yang tak berjaya ar. Mungkin sebab ia terlalu berada dalam bayang filem Hantu Kak Limah balik rumah. Plus publisiti yang ditaburkan ke atas filem tu pun terlampau besar yang mengatakan bahawa ia akan jadi filem terlawak tahun ni etc menjadikan expectation penonton mostly fail bila ia tak sampai standard lawak yang dikehendaki. 

Berbeza ngan filem Rock Ooo ni. Ia adalah sequel dari filem Rock yang tak terlalu besar pulangannya.Tapi bila korang tengok dari filem sequel ni then korang yakin yang ia cukup jujur tahap dibuat dari hati. Hmmmm..

3 comments:

enasong said...

saye akan tengok lagi cite rock oo.. bg sy rock ooo adalah sebuah perjalanan peribadi buat diri sy.. rock ooo terbaik!!!

Aj Abdullah said...

Ha'aa. Aku pun rasa cam nak tengok lagi cerita tu. Malah aku rasa cerita tu leh relate ngan semua orang sebab semua orang ada cita-cita yang susah untuk menjayakannya kan? btw ROCK OOOOO..!!!

Kakiwayang.com said...

style gile filem ni...seronok je layan...gelak2 kat panggung...


jemput baca review kami di Kakiwayang.com yeah...