Friday, March 8, 2013

Oz The Great & Powerful Movie Review

Kalau korang tahu kisah pengembaraan Dorothy bersama fellowhipnya iaitu Scarecrow, Tin Man & Lion yang coward di dunia Oz then korang pasti dah tahu tentang filem Oz The Great & Powerful ni. Ia kiranya cam prequel kepada filem The Wizard of Oz laa before kedatangan Dorothy. Hmmm..


Sebelum aku memulakan review aku so firstly aku nak jelaskan pada korang yang cerita ni diterbitkan under Disney so the great part tentang cerita ni ialah ia cukup ceria then the not great part tentang cerita ni gak ialah ia cukup ceria. Sedangkan cerita pirate berlawan dalam Pirates of Carribean pun tak leh ada setitik darah then apatah lagi kisah John Carter of Mars yang sepatutnya dark dan erotic bertukar jadi comel dan kelakar lak. Nak buat cam mana kalau Disney punya target market ialah untuk tontonan keluarga. 

Plus aku bagi hint satu lagi yang cerita ni tak ada elemen suprise melainkan kalau korang tak pernah tahu tentang Dorothy dan The Wizard of Oz then korang akan terngangga tengok cerita ni. Tapi kalau korang pernah baca novel or tengok filem or tengok cartoon or tengok remake demi remake then cerita ni sangat tak ada suprise. 

Sebab pertama: Korang tahu kan yang dalam pengembaraan Dorothy dalam Wizard of Oz tu berakhir bila mereka berempat berada dalam emerald castle tu dan nak cari wizard tu tapi rerupanya wizard tu tak ada kuasa nak bagi wish pada mereka berempat sebab Oz tu sekadar lelaki biasa. So kalau korang sangat naive dan yakin si Oz lakonan James Franco tu last-last ada magical power then jangan harap ar. Ia tak akan berlaku.

Sebab kedua: Korang awal-awal dah tahu yang 2 adik beradik witch lakonan Mila Kunis & Rahcel Weisz tu ialah East & West witch jahat yang akan ganggu perjalanan Dorothy dalam The Wizard of Oz. Cuma dalam cerita ni ialah perjalanan muka mereka jadi hodoh cam Star Wars saat-saat kita nak tahu cam mana Anarkin Skywalker akan pakai topeng Darth Vader tu jer. Hmmm..








Selebihnya cerita ni cam tengok Dora The Explorer versi manusia. Ngan laluan pejalan kaki yang skema dan ceria dan Oz lak ada kawan monyet yang pandai cakap dan sesekali ada persimpangan jalan yang mereka tak tahu nak pilih jalan mana. Cam Dora je bunyiknya kan?







Part kureng bagi aku tentang cerita ni ialah bila si Oz (bukan Os dalam OSBON) ni nak bunuh Glinda yang dikatakan sebagai witch jahat tapi bila Glinda cakap dia witch baik then terus je si Oz percaya tanpa ada pergolakkan perasaan langsung. Dan pengarah cam memang tak nak buat penonton tertipu sikitpun. Cuba ar suroh penonton mempersoalkan sapa yang betul-betul baik dan sapa yang betul-betul jahat.

Then masa Oz dan kekawan part akhir nak melawan evil witch tu totally rasa cam tengok part Merong Mahawangsa lawan lanun guna cermin pecah tu. Duh, lame ar sangat. Dan witch yang hebat dan bijak then diperbodohkan sedemikian rupa. Hmmm..








The great impact pada aku lak pada part Emma Stone nampak sangat naive membuatkan dia nampak sangat hot. Jauh lebih hot berbanding part dia dalam Friends With Benefit. Kedian masa dia kena tipu kakak dia dan dia marah pada Oz tu best ar. Sedikit tamparan di pipi aku. Hmmm

Kemudian cameo sikit-sikit watak dalam Wizard of Oz cam Lion yang aku yakin itu ialah the Coward Lion dan Scarecrow tu cam best ar. Cuma kalau dia buat statement sikit-sikit tentang Dorothy masa last-last best lagi ar. Plus magical creature dalam filem ni sikit sangat. Setakat monyet bersayap, baboon bersayap, pari-pari air dan ceramic girl tu je kot.










Kesimpulan: Cerita ni setakat boleh-boleh ar. Kalau korang tak nak tengok cerita ni then tengok Dora pun feelnya sama jer. Hmmm

2 comments:

Anonymous said...

Yup mmg so-so. Tp disney memang akan buat sambungan filem ni pasal dorothy pulak. Tak tahu la macam mana jadinya. Pendapat saya,hansel and gretel lagi banyak kandungan

Aj Abdullah said...

Kalu buat sambungan then kiranya remake The Wizards of Oz balik ke before dia gi sana? hmmm.. so-so gak rasanya hasilnya kelak kot. wakkaaka