Thursday, November 22, 2012

Parit Jawa vs Orang Jawa

Kalau korang pernah tengok drama Parit Jawa kat ASTRO then korang pasti akan kata yang ia sebuah cerita sedih. Agak-agaknya apakah punca kesedihan tu berlaku..?
a) Eman Manan cakap Jawa yang totally cam Tomok masa nyanyi lagu raya...? (Korang nanggis bukan sebab lagu raya tu sedih tapi sebab Tomok merosakkan mood raya korang)
b) Pelakon yang jadi orang Jawa totally tak ada muka iras-iras orang Jawa akibatnya cam feel tengok Fasha Sanda bawak watak budak kampung yang naif.
c) Banyak pelakon hebat-hebat tapi watak tak dikembangkan ngan baik dan mendalam.
d) Ia kisah keluarga yang bergaduh hanya disebabkan oleh tanah pusaka.

Jawapan aku: A


Emak aku kata orang Jawa ni kulitnya putih dan mata diaorang a bit sepet tapi tak lah cam sepet mata Cina zaman dulu-dulu (sebab mata Cina sekarang pon dah bolat-bolat gak ar kan?). Dan kalau dia masih Jawa yang kuat then tengok nama pun dah tahu. Contoh cam Suhaimi. Sah-sah nama Jawa. Even aku ada sorang junior masa universiti dulu yang nama Suhaimi, asal Batu Pahat dan cakap Jawa memang lancar giler tapi tune jer yang jauh lari. By the way, emak aku yang kuar statement tu lak bukan orang Jawa tapi Banjar.

Tapi banyak gak family member sebelah emak yang kawen ngan orang Jawa. Waktu tu rasanya sifat tak boleh kawen ngan orang dari bangsa berbeza dah tak wujud sangat ar. Tapi effect paling pelik ialah mostly family member tu akan hilang Banjar namun berasimilasi jadi Jawa pulak. Ada sorang cousin aku ni (yang umor dia lebih kurang sama ngan umor emak aku) kawen Jawa then cakapnya totally Jawa.

Then korang tanya: ada beza ke Jawa dan Banjar ni? Pendek kata Jawa asal dari Pulau Jawa manakala Banjar lak dari Banjarmasin aka kat Borneo sana tu. Kalau kita tak perasan memang cam tak ada beza bunyik intonasinya tapi sebenarnya banyak perbezaannya tu. Contoh kalau kita orang luar then berbual ngan orang Jawa yang masih pekat then dia cakap BM standard then bunyiknya leh buat kita makan hati tau. Mungkin kita akan kata dia tu kasar or marahkan kita tapi sebenarnya tak. Sebab intonasi Jawa ni agak tegas dan penekanannya tinggi. Manakala Banjar lak lebih lembut sedikit.

Tapi sebab zaman dah berubah then bila jumpa bebudak muda Johor ni then kita cakap-cakap mereka mostly kata mereka Melayu jer. Even ada yang malu nak kata mereka tu Jawa ke, Banjar ke or Bugis etc. Or mereka-mereka tak totally hilang jati diri mereka. Jangan tengok jaoh-jaoh ar. Family emak aku jer. Adik beradik cakap guna bahasa Melayu. Yang tahu tak nak dia ajar ke anak. Last-last hilang. Emak aku sendiri pun cakap Banjar tak pandai. Setakat kalau orang cakap dia faham. Itu jer.

Sayang wei..












Back to cerita. Kita tengok Eman Manan dalam Parit Jawa tu. Duh, dengar dia cakap sebijik-sebijik ngan muka terlebih emosi buat aku rasa cam 'Leh tak aku nak tukar channel lain sebab cara dia cakap cukup menyedihkan dan memalukan..'. Sama cam dalam drama Keluarga Iskandar yang konon-kononnya mereka ni Jawa mix Bugis tapi langsung tak ada tune. Memang ar orang kata dialek Johor ni sama je cam BM standard tapi sebenarnya tak sama lah. Sebab setiap kali balik Johor antara perkara terawal yang aku rindu ialah tune mereka bercakap. Seriusly.

Dan lagi bagi aku kegagalan utama Parit Jawa ialah bila ia memilih banyak gandingan pelakon-pelakon hebat tapi watak mereka sangat tak berkembang. Sepatutnya ia dijadikan drama bersiri so setiap anak-anak ngan masalah mereka ada cerita sendiri. Ini tak: anak yang jual tempe just itu jer, anak yang nak beli rumah sebelah just kurang 10 minit scene, menantu kena tarik kereta pun situ jer. Konflik tak kuat. Watak antogonis Jalil Hamid yang suppose to be kita benci cam terbantut. Sama cam Namron yang cam tak bagi apa-apa konflik besar. Hmmm..

Sayang, cerita yang sepatutnya leh jadi epic Jawa yang hebat jadi sekadar bolehlah jer. Hmmm

2 comments:

Shila said...

ko balik johor kt mana..?

aku jawa..nama bapak aku mmg jawa abis lah orang kata..

tp sedihnya aku tak reti ckp jawa pn..mak bapak aku kalo ckp bnda secret sikit, ckp jawa lah depan kitorng..

rugi rasa..

Aj Abdullah said...

Kampung emak kat Batu Pahat-Rengit-Belahan Tampuk. Tapi kalau balik mesti singgah Rengit or kat Kota

apa nama yang memang jawa habis tu? Kardjo? Supardi? Makonah?

Yap, sangat rugi kan bila bahasa tu tak diwarisikan? at least kalau kita tahu then kita leh ngata orang yang kita tak suka yang dia tak akan faham sepatah haram. wakaka