Thursday, August 30, 2012

Aku Menulis

Aku x tahu kenapa Tuhan bagi aku bakat melukis. Aku hanya tahu setiap aku pegang sebatang pencil mekanikal dan melakar pada sehelai kertas putih lalu menghasilkan satu bentuk muka manusia. Sedangkan ada manusia lain yang sanggup menghabis ratusan ringgit untuk menghadiri kelas-kelas tertentu semata-mata untuk menghasilkan satu bentuk lukisan yang sama. Dan aku x mahu menjadi seorang pelukis. Lalu kenapa Tuhan memberikan aku secebis bakat tersebut? Hmmmm


Pada usia 27 tahun, aku menganggur lebih separuh dari tahun ini untuk mencari sesuatu: bukan kerja dan bukan juga duit tapi sesuatu. Kalau aku kata aku masih lagi mencari diri sendiri pada usia 27 tahun then may be ada kebenaran gak di situ sebab perjalanan mencari diri sendiri ialah life time journey yang hanya akan tamat bila kehidupan kita dah tamat aka mati. Bagi aku kehidupan ialah seperti satu buku di mana dalam babak demi babak kita mulai faham teka-teki yang cuba disampaikan oleh si Penulis. Lalu pada usia 27 tahun ni babak dalam buku cerita aku sedang mencari kepuasan hidup. Hmmm..




Aku mengkelaskan diri aku sebagai seorang lelaki yang pendiam. Yap, walaupun bila bersama kawan-kawan aku agak banyak bercakap tapi ia sekadar satu special mode. Sebab bila di luar kelompok kawan-kawan aka bila di rumah bersama keluarga, aku seorang anak yang lebih gemar berdiam dan berada di dalam bilik. Aku x suka bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup aku atau apa masalah yang sedang berlaku pada aku kepada family members aku. As aku selalu terfikir: kalau aku mati then aku akan jadi seperti satu teka-teki yang tak ada jawapan dan tak ada soalan untuknya. Hmmmm..

Aku bukannya x percayakan family aku, I do believe them cuma aku seorang anak yang berbeza. Berbeza dari bentuk muka ngan adik beradik lain dan berbeza dari segi perangai. It seems like adik beradik aku ialah cerita Ahmad Idham yang penuh dengan skrip humor meanwhile aku ialah cerita Yasmin Ahmad yang most of the scene kosong tanpa kata-kata. I just dont talk.













I used to have few journal dan diaries before aku start blogging. Diari tu dulu aku x suka diari yang dibeli sebab ruang menulisnya sikit. Diari aku pulak biasanya sangat penuh. Rasanya aku berhenti menulis di diari bila aku dah start berblogging. Kira tiga/empat tahun lepas gak ar. Bagi aku blogging lebih kepada diari yang lebih bersifat komersial, x dapat nak tulis perkara rahsia sangat sebab ia leh dibaca oleh seluruh manusia di dunia dan di boleh dikomen. Tak berbeza gak ngan diari ar sebab masa aku universiti dulu, sorang roomate aku ni suka baca diari aku secara sembunyi-sembunyi tapi dia selalu bising "Aj, apsal ko tulis sikit jer tentang aku ar...?" LOL









Bagi aku menulis ialah satu kepuasan. Walaupun aku nak sangat menulis dengan pendek tapi punya makna besar dan hebat cam Megat Eusofe menulis dalam blognya tapi aku x dapat. Im not as wise as him. Aku perlu menulis dengan detail untuk menjelaskan sesuatu yang detail. Itu cara aku nak berkongsi cerita aku. Hmmmm..















...










Last May aku menulis satu proposal kepada satu syarikat penerbitan buku ni. Setiap hari aku check e-mail dengan harapan there will be a reply tapi hari berganti minggu berganti bulan. As a writter ni pernah kata: kalau 3 bulan x ada jawapan that mean dah tiba masa untuk gi ke syarikat penerbitan lain. Tapi bila fikir-fikir balik, x mungkin ada syarikat penerbitan lain nak terima proposal tu sebab hanya penerbitan tu saja yang cukup gila untuk mempublishkan cerita segila tu. Hmmm..

Yap, aku gave up sehingga aku check e-mail seminggu sekali jer itupun untuk membuang spam e-mail yang asyik nak membesarkan penis  or ada putera raja Afrika yang nak bagi duit free jer. Until pagi tadi aku dapat 2 reply.

Reply yang pertama tu ialah dari syarikat penerbitan tu yang bila aku baca ia totally buat aku terkesima sambil azan Suboh sayup-sayup kedengaran. Walaupun ia x bagi apa-apa waranty yang proposal aku tu totally akan dipublishkan as a book tapi ia sangat-sangat buat aku gembira sebab ia kata penerbit akan call me soon. Oooh, happynyer.

Second reply pulak dari orang yang pernah upah aku untok tulis tessis master dia dulu. Yap, aku dapat A untuk tessis master tu sehingga buat dia nak ambik PHD pulak dan suroh aku buat tessis PHD untuk dia lagi. Gila ke apa? Dah ar bayaran ciput then streesnya besar. Bagus aku sendiri jer yang ambik PHD kalau cam tu. 















Btw doakan aku agar aku dapat hasilkan sebuah novel sendiri. Huhuhu.

4 comments:

MORIBAYU said...

:-) I didn't trust it for a moment,
but I drank it anyway,
the wine of my own poetry.
It gave me the daring to take hold
of the darkness and tear it down
and cut it into little pieces.  

Anonymous said...

then, i'm looking forward to read your masterpiece,bro! All the best!

Aj Abdullah said...

Oooh Muhammad, betapa aku mencemburui bakatmu dalam berkata-kata.. Hmmmm

Anon, harap2 berjaya ar. Diaorang janji nak call tapi x da bunyik pulak

MORIBAYU said...

huik ini bukan me punya kata-kata lah.
ini petikan puisi dari hafiz of persia.

bila me dalam masalah.
me akan baca hasil karya-karya beliau.
dan itu buat me tenang.

me tak peduli.jika masalah itu selesai atau tidak.
me cuma risau..jika hati tak tenang.
jadi me cuma mahu...



tenang