Sunday, December 19, 2010

Kopiah dan Tudung Labuh

Apa reaksi korang kalu korang terjumpa lelaki yang berkopiah (or berserban), muka berjambang lebat, dahi ada kesan hitam, mata bercelak, pakai jubah ngan tangan ada tasbih OR jumpa perempuan yang bertudung labuh (or berfurdah)?

a) Korang akan segera berlari lintang pukang sambil menjerit mintak TOLONG then meraung kata "TERORIST..!!!"
b) Berjalan cam biasa tapi hati berdebar ngan kencang sebab ko takut mereka akan bagi ceramah agama kat korang.
c) Korang tak ada apa-apa reaksi luar biasa. Sebab korang tahu yang setiap orang punya pilihan either nak berkopiah, tudung labuh etc atau sebaliknya. Mereka pun manusia biasa jugak.



Kalu korang pilih C sebagai jawapan then aku respect habis ngan korang. Tapi kalu korang pilih A then I dont know either korang sangat fanatik ngan isu TERORIST ko korang ada mental problems. Sebab pilihan aku ialah B.

Tadi pagi pergi r satu kenduri kahwin sorang kawan ni. Awal gak aku ngan LOONG sampai. Ttiba jer kat depan rumah dia aku dah start gelabah. Tengok kiri kanan semua cam sama jer. Yang lelaki ngan jambang ngan kesan hitam pada dahi dan wanitanya plak ngan tudung labuh. Rasa cam berada kat MUKTAMAR TAHUNAN PAS jer (wakaka. statment rasist sungguh). Sebab aku ngan gelang dan cincin yang penuh. Rasa cam orang jahiliah masok kat taman Raudah jer. Hmmm..

Then teringat masa buat social work kat KELANTAN masa Universiti dulu. Masa masuk kampung boleh katakan semua tengok semacam kat aku. Nak dijadikan cerita masa tu rambut aku tengah berwarna MERAH MEMBARA ngan gelang dan cincin yang bukan main banyak lagi. Masuk plak kat kampung Melayu kat KELANTAN yang mostlynya penuh ngan budaya baik-baik. Bila kena serah ngan family angkat, bapak angkat aku tu masam jer muka pasal kena gelak dek orang kampung. Then bila jumpa bbudak kampung terus mereka kata aku ni "Mugo" or "Gomo" ngan reaksi ketawa mereka yang sepatah haram aku tak faham. 

Plus teringat gak masa sekolah menengah dulu. Ada sorang cikgu pelatih maktab perempuan ngan tudung labuh ni. Satu hari ni dia sit-in dalam kelas kami. Tengok jer dia aku terus mulut dia start serang bertubi-tubi tanpa henti pada aku tanpa fikir panjang. Aku pun heran apa kesalahan yang aku buat sehingga dia tanpa guna akal waras dewasa dia bertindak sesuka hati cam tu. So sorang kawan aku ni balas balik r: better bukak tudung jer kalau perangai lebih teruk dari perempuan yang telanjang. hmmm..

Kedian teringat gak masa zaman U lepak-lepak kat kantin kolej Ungku Omar ngan DIDI dan DAUS. Kamiorang tiga just lepak-lepak makan tengahari ngan ketawa-ketawa separa besar ngan sedikit tepuk tampar. Then ttiba datang sorang pak Arab ni ngan senyuman bagi satu risalah. Aku tak ingat tajuk penuh risalah tu sebab DIDI as usual memang akan naik benggong terus bakulsampahkan that piece of paper. Kira cam perempuan harus jaga pergaulan jangan jadi bebes r.






Aku  tak r kata yang aku ni quite fobia pada manusia-manusia yang berkopiah or bertudung labuh ni. Aku respek ngan keputusan mereka sama cam aku respek orang-orang tertentu yang pilih untuk tak berpakaian langsung. Even it not fair untuk judge mereka yang berkopiah or bertudung labuh ni as berfikiran sempit, kolot, anti pembangunan, or seangkatan.

Sebab aku pernah jumpa pensyarah kat Pusat Bahasa UKM dulu yang bertudung sangat labuh tapi sangat open dan liberal. Mungkin sebab dia belajar jauh sehingga ke Peranchis dan berjumpa banyak orang sekaligus menjadikan pemikiran dia jauh lebih terbuka. Berbanding orang yang berpakaian lebih terbuka tapi otak sangat sempit sebab belajar tamat SPM ngan kredit BM jer. hmmm...







Plus jangan fikir yang mereka berkopiah dan bertudung labuh ni iman mereka tinggi sangat tau. Sebab ada kawan aku pernah kuar statement bagus punya berkaitan golongan tabligh yang tak pernah ada pakaian  lain selain di badan ni. Sejauh mana mereka mampu mempengaruhi orang untuk percaya diaorang berbanding pendakwah yang berpakaian jauh lebih kemas dan sejuk mata memandang. Sebab most orang (include aku sendiri) pasti akan lari each time tengok geng-geng tabligh kalu mereka datang. Wakaka..
















Plus aku pun pernah tertarik ngan sornag gadis bertudung labuh ni. Kalu menjadi, garenti korang akan tengok aku kuar pakai kopiah.. hmmmm

7 comments:

pinafore purple said...

beb, dia bukan pak arab aa. dia lecturer ekonomi dekat FEP tu. mcm haram bagi risalah pasal pergaulan bebas n pemakaian wanita muslim. paling takleh blah tak agak-agak bagi risalah dengan tangan berlumur kuah kari. kot ye nak 'bertegur-sapa' pon, g la basoh tangan dulu. tak kena cara langsung. aku hangin bukan sebab kena tegur, aku hangin dengan cara dakwah yang ntahapehapentah.

Aj Abdullah said...

pak arab yg ajar FEP r tu... memang arab r.. aku ingat lagi muka dia.. sebijik cam pejuang berani mati kat pakistan tu.. eh salah palestine tuuu... hmmm... tp bab kari tu aku x ingat r pasal ko yg makan... huhuuhu

MORIBAYU said...

sekarang ramai yang nak jadi arab...dari jadi islam.Ikut membuta tuli sahaja.Jubah kalau boleh..biar menyapu tanah.Minyak ahtar..kalau semerbak satu masjid boleh bau.Bila bercakap memberi nasihat dah macam juzuk bergerak.

Ini buat me terfikir..kenapa harus bercakap seolah mereka baru turun dari langit ke-18.Manusia perlu jadi manusia.Apatah lagi bila bercakap sesama manusia.Adakah mereka mahu jadi tuhan atau wali ??. nilai sebenar kemanusian itu..adakah mereka benar-benar faham ??.

Bagi me,islam ada sisi kemanusian dan kasih sayangnya.Ianya tak perlu jadi melampau atau orthodoks.
Islam perlu jadi sifat alami.
Sama seperti hujan dan cahaya.
keduanya amat relevan...walau jatuh di mana sahaja.Jangan di jadikan islam itu jadi salji ??.Pelik bukan...jatuh meratanya di gurun sahaja ??.

Me pernah kenal seorang kawan.
dia baik.Tak pernah nak jadi arab or lebai.Tetapi,cara pembawakan diri dia..mmg macam malaikat.Cakap tak pernah meninggi diri.Pakai baju pun,seadanya jerk.Bagi me,itulah contoh jadi muslim.

:-)

Aj Abdullah said...

Woow.. Muhammad, ayat ko sangat cantik dan power. Sangat-sangat tak tipu.

Yap, youre tellin a true story r. masyarakat sekarang more refer to be pak arab rather be a real muslim.

Islam is addin aka cara hidup. so ia ialah bagaimana kita bawa diri kita sendiri as a muslim.


Sekalilagi, ayat ko sangat cantik: manusia perlu jadi manusia.. hmmmm

MORIBAYU said...

Hoh ???
Adeyappa...selama ini,me rasa penulisan bahasa malaysia sangat hancur.Tu yang menulis banyak ritma dan bunga-bunga.Hahahahahah.

hurmmm
tentang itu,apa yang me boleh ulaskan~

Agama patut jadi sinar..bukanya silau.

MORIBAYU said...

ps:Ini blog me lagi satu.
Me tak berani letak kat blog profile.
Sebab terlalu sesat,merepek..dan satanic pengunaan bahasa melayunya.

megateusofe.blogspot.com

Aj Abdullah said...

satanic....!!!



coool...