Monday, December 20, 2010

Gaya

Korang mesti setuju kalu aku kata penampilan sesorang akan membuatkan korang ngan mudah judge yang sorang tu kerja as apa dan sorang ni pulak kerja as apa r kan. Tak paham? Just imagine satu hari ni korang pergi shopping then terjumpa sorang pak cik ni. Ngan kemeja tag-in, perut boroi, muka bersih tanpa sebarang bulu kat pipi, seluar warna biru gelap ngan kasut kulit, jam tangan etc then ngan mudah jer ko kata dalam hati: pak cik ni mesti kerja as a policeman tanpa dia perlu pakai uniform pun. Sebab dia pakai pakaian yang memang tipikal untuk setiap polis dulu-dulu pakai. Im judging that sebab bapak aku dan semua rakan seangkatan dia memang pakai pakaian cam tu.. huhuhu..


Hari ni tadi aku duduk di antara 2 orang senior. Memasuk jer sorang senior ni tadi terus dia tegur the other senior (both r male r). Dia tegur r "Baju ko ni beli kat SEED kan? Sebijik cam baju PADINI aku" kedian dia tegur pulak seluar the other kawan ni yang koyak "Seluar tu mesti seluar murah. Cepat koyak. Seluar mahal lain r" (merujuk pada diri sendiri).. Dan kemudian dia merujuk plak pada vest, baju dia etc.



Aku just dengar penuh kehairanan.



Dia pakai pakaian penuh bergaya, branded, mahal-mahal ni apa matlamat dia? Mana dia bekerja? Apa jawatan dia kat tempat kerja ni? Berapa gaji dia sehingga dia pakai baju mahal-mahal ni?









Jawapannya mudah: Aku dan dia kerja as an OPERATOR. Duduk kat seat untuk almost 9 jam menjawab call pelanggan tanpa pelanggan tahu pun either korang pakaian mahal or korang just berbogel. Mereka hanya dengar suara korang jer... Hmmmm...






















Kita berpakaian mesti bersebab r kan? Aku pakai pakaian cam pelajar masa aku belajar, pakaian cam cikgu masa aku mengajar, pakaian office wear masa kerja pejabat dan seterusnya. Aku tak pakai pakaian pejabat masa belajar, or pakaian pelajar masa jadi cikgu sebab ia sangat menzalimkan diri sendiri dan mata yang memandang.








Ingat lagi masa first day masuk kerja ni dulu. Emak aku hairan sebab aku tak pakai pakaian biasa masa kerja office dulu. Sebab aku kerja as an OPERATOR jer. So aku pakai pakaian operator je r kan? Plus kedian bila dah masuk ruang kerja, ada yang just guna jersi bola, jeans, seliapar jepun lagi.



















So dia ni apa kes? Janji dia bahagia sudah r... Kan?

2 comments:

diyanalicious said...

woah! heavennya dapat pakai sesuka hati ke tempat kerja! Same thing here, some lecturer just wear roundneck shirt yang ketat sendat and jeans hitam yang tak berapa nampak nak jeans (pompuan la). first day aku msk keje, aku memang formal gila. but then, in the end of the day, they mention THIS IS PRIVATE COLLEGE, u dont have to wear formal attire sangat. but still aku berpakaian formal sampai hari ni because we never know student's impression towards u.

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

yap sangat penting untok ko dress properly.. bak kata pepatah: kalu cikgu kencing berdiri nanti murid kencing berlari. kalu ko pakai singlet n mini skirt then nanti ada gak students ko yang shirtless kang.. huhuhu.. btw teringin jer aku nak dudok lam kelas ko tengok cara ko mengajar... musti poyo je r ko kan..?