Esok Qhairi (workmate) akan pergi interview untuk ambilan baru KPLI yang akan datang ni. So antara keperluan yang mereka perlu buat ialah menyediakan 2 karangan yang salah satunya berbunyi: kenapa pilih jadi cikgu. So aku baca r draft kasar karangannya. Kesimpulannya kalau aku ialah seorang cikgu SKEMA then aku akan kata ia ialah penulisan terbaik yang ditulis oleh seorang bakal cikgu yang penuh komited, dedikasi, amanah, passionate etc untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Tapi kalau aku ialah cikgu yang TAK SKEMA then aku akan kata yang karangan tu hanya salah satu daripada ribuan SAMPAH yang dihasilkan oleh kaki-kaki bodek yang desperate nak jadi cikgu sebab dah give-up nak cari kerja lain. Hmmm...
So kalau aku berada di tempat dia (yang totally tak mungkin) then ini ialah contoh karangan yang aku akan hantar kepada juri-juri tu. So korang try jadi judge either ayat aku ni terlalu power tak untuk memikat hati korang untok jadi cikgu yang bakal mengajar anak-anak korang.
CONTOH KARANGAN:
Kenapa saya memilih untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya hidup saya?
Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan. Saya menemui pelbagai ragam guru. Ada guru yang berkerja untuk tempoh yang terhad disebabkan dia banyak menghabiskan masa pada cuti bersalin kerana setiap tahun dia memang akan melahirkan anak. Ada pula guru yang banyak menghabiskan masa berehat di kantin sekolah berbanding mengajar di kelas. Namun guru yang paling saya tidak akan lupa ialah pada seorang cikgu lelaki yang setiap kali masuk ke kelas, dia hanya membaca buku teksnya tanpa mempedulikan kewujudan pelajar-pelajarnya di dalam kelas. Malah untuk menghiburkan hatinya dia akan mendenda kami dengan hukuman yang cukup memalukan. Hanya unuk hiburan hatinya sahaja.
Sehingga saya dan rakan-rakan beranggapan bahawa guru itu hanya sekumpulan manusia yang pergi ke sekolah setiap pagi dan balik pada awal petang semata-mata untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan pada hujung bulan. Tidak lebih dari itu. Tidak sedikitpun ia pernah berkurangan.
Namun ketika saya memasuki tingkatan enam saya menemui seorang lelaki yang benar-benar layak untuk bergelar guru. Namanya akan sentiasa tersemat dalam diri saya sampai bila-bila. Namanya Mohamad Hazani bin Mahadi. Mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Tapi kewujudannya disekolah bukan hanya sekadar mengajar. Dia bukan hanya menjadi seorang guru. Dia seolah-olah seperti seorang bapa yang sayang dengan penuh tulus pada anak-anaknya.
Namun saya bukan lelaki yang mudah lentur disebabkan oleh kebaikanya. Sehingga suatu hari ketika guru-guru lain hanya memerhati saya yang semakin jatuh dan terus jatuh. Lalu dia muncul menghulurkan tangan dan memberi bantuan. Tanpa mengharapkan sedikit balasan pun.
Lantas pada saat itu saya mulai menanam niat mahu menjadi seorang guru. Kerana saya mahu menjadi seperti dirinya: seorang idola yang mampu membentuk laluan masa depan yang cerah kepada orang lain. Dan bukan seperti guru-guru yang lain: guru-guru yang sanggup memperjudikan masa depan anak-anak bangsa hanya kerana wang ringgit semata-mata.
TAMAT
So amcam?
3 comments:
huhuhu.. yeehaaa.. aku dah pass karangan untok KPLI.. kita terlalu honest untok jadi skema..
may be cikgu ya r yang anak muridnya selalu kuar dialog "Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola..." wakaka
kenapa saya nak jadi cikgu??
supaya saya boleh pakai costume latex warna hitam with geeky-look spec, pegang satu whip then paksa-rela student kachak duduk depan. kalo diorang hilang fokus je, aku terus spank manja bontot seksi mereka.
wakakakakakakakaka. eh, tak klaka.
betol ke ko post ko komen ni, b?
tu tajuk kenapa saya nak jadi pornstar, stripper, poll dancer, r. post lain tu... hmmm...
Post a Comment