Wednesday, December 22, 2010

Minor Injury

Hari ni tadi aku kemalangan motosikal. Just a self-accident. Hujan lebat, jalan licin dan aku bawak kelajuan yang kurang sesuai untuk kawasan selekoh. Syukur sebab tak ada major injury. Sekadar luka pada telapak tangan, lebam pada kedua-dua belah kaki dan sakit-sakit sendi sikit jer. Then aku teringat pepatah Melayu lama: tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat ketawa. Membuatkan aku tersenyum sesorang..

Technically-nya aku dah lama tak accident. Jujur aku kata aku agak sedikit merindui 'that feel' kemalangan tu. Rasa yang membuatkan hati korang berdegup dengan kencang sama cam effect main roller coaster (bukan di Genting r). Cuma bab yang tak best ialah kecederaan yang sedikitpun tak sedap cam ayam KFC. Kali terakhir kalau tak silap sekitar akhir 2007 apabila ada kereta langgar belakang kereta UDA yang aku bawak. Then sepanjang tempoh tu hanya ada near miss almost purata setiap kali aku menaiki kenderaan bermotor. Hmmm..

Sejujurnya aku seorang yang agak POSITIF bila handling unfortunate events cam ni. Contoh macam masa accident form 5 dulu yang membuatkan aku cuti dari sekolah sekitar 2 bulan. Aku boleh berfikir ngan waras dengan bersyukur pada tuhan sebab membuatkan aku sedar yang tuhan sebenarnya sedang memberi aku peluang kedua untuk cover balik kesalahan aku before. Sebab ada beberapa rakan sebaya yang accident dan sekarang cacat otak, cacat fizikal and worst: MATI.

Tapi my COUSIN plak anggap perkara yang sama as sebaliknya. Dia pernah kemalangan masa tamat paper STPM pada bulan RAMADHAN (yang dia tak nak puasa hari tu). Dan dia persalahkan tuhan sebab buat dia accident plak. Hmmm...






Mungkin korang persoalkan apa motif sebenar aku upload post kali ni? Aku nak korang fikir in horizon yang lebih besar. Sama ada ia kesakitan luaran or kesakitan dalaman. Pernah tak ada orang yang cuba sakitkan hati korang? Apa tindakan korang? Contoh korang pernah couple ngan mamat or minah ni. Bercinta bukan main hebat lagi. Tapi suddenly break-up. Dia did something SUCKS pada korang. Apa tindakan korang? Adakah korang ambil tindakan yang POSITIF or tindakan yang sama yang cousin aku buat: membenci setiap lelaki or perempuan or worst tak percaya lagi cinta?











Kemalangan tadi membuatkan aku tersedar beberapa inciden lepas yang membuatkan aku quite terluka dari dalaman. Betapa SUCKS manapun dia buat, aku mulai sedar yang aku tak pernah membenci dia. May be terlintas di hati aku untuk tak suka dia lagi tapi HATES and DISLIKE are two different things rite?

Dan aku bersyukur sebab berkenalan dengan dia adalah satu hadiah yang cukup hebat yang tuhan pernah berikan. Aku tak anggap ia sebagai satu kesilapan yang kalu boleh aku nak erase dari hidup aku. Sebaliknya disebabkan berjumpa dia r aku belajar macam mana nak handle person like that. Yaaa.., may be kalau aku terjumpa dia satu hari kelak still dalam hati aku akan sumpah seranah dia tapi hey... dia ialah kenangan silam dan aku sedang melihat hadapan.. pada masa depan..








Bak kata pepatah omputeh plak: it better untuk jatuh lebih awal then kita leh ready untuk mengelak dari jatuh lain kali nanti. Hmmm..

4 comments:

Muhammad said...

Owh,me paling benci kemalangan.
Lagi bila kita kemalangan cinta.
tgh sedap2 berjalan..tiba2 terlanggar bahu awek nieh.
buku di tangan dia..jatuh bertaburan.
me nak tolong.
Dia membongkok turun..me pun sama.
Aduih..kepala kami berdua terhantuk.

aku lihat dia.
dia lihat aku.

lagu tamil malayalam pun berkumandang....dam dum dara dum!!!.

owh,me benci perasaan itu.

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

Oooh I hates that feel too r bro.. ia buat kita mengelamun aka anggau untok satu tempoh masa yg agak lama gak. then ngan harapan dia pun akan ada feel yg sama cam kita. plus harap leh jumpa laen kali lagi... huuu... tapi bab lagu tamil tu bab kemuncak r... huhuhu

Muhammad said...

sekarang soundtrack filem banyak.
15 runut setiap 30 minit.
tu yg babak pengenalan..sendat ngan lagu.hohoohohho.

Sekarang me senang jerk.

"Jika ada tu..adalah.Jika tak der tu..tak mengapalah"[ line nasha aziz dari filem laila isabella].

hohohohoh

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

runut..runut..runut... ayat power tu eeh... plus bunyik cambest jer... runut..runut..runut...


jika ada tu ada r.. kalu x da tak ada r tapi tetap gak mengharap agar ia ada r kan?


huhuhu