Tuesday, December 6, 2011

27. Almost

Hari ni 6th Disember. Beberapa hari (realiti berminggu lagi) aku akan masuk 27 tahun. Tapi masih lagi ramai yang tanya "Masih belajar lagi ker?" or "Umur 22?".Aku tak pasti either ia satu pujian untuk memberitahu yang aku punya wajah yang jauh lebih muda dari usia sebenar or satu teguran untuk aku sedar yang aku ni terlalu tak matang untuk lelaki pada usia aku. Hmmm..


Dah lama tak layan FACEBOOK then baru tahu seorang kawan yang selalu join lepak malam-malam ngan geng bachelor rerupanya dah tukar status dari single ke in relationship. Realitinya dah ramai kawan-kawan gelak ketawa, tepuk tampar, sama belajar selama ni dah bertunang, kahwin, ada anak, cerai dan kahwin lagi etc. Mereka yang selama ni depan mata kita as kawan solo dah melalui fasa-fasa kehidupan yang berbeza sedangkan aku masih lagi di tampuk yang sama.

Yap, memang ar aku pilih untuk bersendiri, tak nak couple, tak nak in relationship, tak nak kahwen etc tapi jujor kata selama mana seorang manusia tu leh hidup ngan kawan jer all the time. Kawan semua akan kawen then tak kan nak keluar ngan suami or bini or emak or bapak budak then balik lewat pagi lagi? Kang aku plak punca penceraian mereka.. Naya...


















Usia almost nak 27 tapi masih lagi buat keputusan bodoh resign kerja. Ketika orang susah-susah nak dapat kerja then aku ngan mudah je lepaskan kerja yang ada jawatan tinggi dan bergaji leh tahan besar. Orang lain dah ada asset banyak tapi aku masih bernafas dalam lumpor lagi.














Yap, aku membebel seperti orang tua tapi bagi orang lain aku masih lagi kanak-kanak yang terperangkap dalam diri seorang remaja (sebab orang masih lagi kata aku masih awal 20-an yang sedang belajar di universiti tempatan). 
















Then teringat satu bait pada lagu Melly Goeslaw "Ada dan tiada cinta, bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku"




















2 hari lagi aku akan tinggalkan Kuantan, mengembara bersama seorang kawan yang berjanji jika pada usia 40 tahun kami masih lagi sendiri then dia nak aku kahwini dia. Hmmm..













40 tahun...? Mungkin pada waktu tu orang akan kata usia aku baru masuk 27. Hmmm..

3 comments:

Azra Farrah Irdayu Azmi said...
This comment has been removed by the author.
Azra Farrah Irdayu Azmi said...

Waaa.. Best juak... Me teperangkap dlm wajah yg tua tp sbnrnya gik mudak... Mudak kerrrrr... Hahaha.. Org salu igt mek tua dr kakak .... Tp ada mek kesah???~ kesah la juak sikitttt... Sikit kerr?? Haha

Aj Abdullah said...

ha ha ha.. x pa.. muka nampak mudak ka.. nampak tua ka.. x kisah.. janji dalaman yang sentiasa memberontak jadi selamanya mudak.. wakaka