Friday, February 11, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin

Korang pernah dengar tak tittle buku bertajuk "Siri Bercakap Dengan Jin" tak ? Kalau korang hidup pada era kanak-kanak aku dulu ia adalah antara sumber pembacaan disamping ilmu pengetahuan tahyul kira setanding dengan buku TWILIGHT bacaan kanak-kanak sekarang yang seusia kami dahulu lah. Cuma tak ada watak seorang perempuan yang keliru either nak jatuh cinta ngan vampire r werewolf r. Hmmm...

(Does cover buku ni cam muka Squid dalam series cartoon SpongeBob ek?Sapa tiru sapa r ni)

Kami ada beberapa koleksi buku tu masa kecik dulu. Semuanya own by UDA, my second brother. Entah kenapa dia sangat suka buku tu dan kami sangat suka membacanya. Mungkin sebab life as anak polis kurang mencabar so we need bahan bacaan yang boleh menambahkan pengembaraan imaginasi liar kanak-kanak kami disamping bermain ngan anak-anak polis lain di area flat polis kami jer.

Walaupun secara logiknya buku-buku ni sangat tak mengalakan idealogi modal insan yang baik dalam masyarakat sehingga mengakibatkan kami jadi takut on certain thing sebab percaya ada benda punya saka, puaka, hantu, jin etc makhluk ghaib. Tapi secara tak langsungnya ia menjadikan kami as kanak-kanak leh start  menanam sifat rajin membaca (walaupun tak punya ciri sastera yang elok) dan menimbulkan tahap imaginasi yang baik untuk masa depan mereka. Hei, that book antara penyumbang yang menghasilkan aku dan abang aku hari ni.




Semua berkaitan siri bercakap dengan jin ni start timbul tadi masa aku tengah download 1 system ni dari internet. Kemudian aku teringat satu novel English yang aku pernah baca yang aku tak pasti tittle dia. Then aku nak tanya korang: korang pernah baca agreement or syarat-syarat yang tertulis kat mana-mana laman web tak before korang nak download. Sebab majoriti kita just agree, tekan next, next and finish tanpa terdetik nak baca sebaris demi sebaris agreement and syarat-syarat yang tertulis sana.

Sebab kat novel yang aku baca tu tertulis ayat yang buat kita terfikir gak r: what if dalam perjanjian tu tertulis mereka akan jual soul kita kepada setan or what ever agreement yang akan buat kita jadi menyesal tak pernah terfikir nak baca before agree dan download.














Hmmm..tak masuk akal tapi tak menjadikan ia mustahilkan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

6 comments:

MORIBAYU said...

Owh my !!!!
ini buku fav me masa kecik2 dulu.
Selain dari Dewan Pelajar,Si Kuntum,gila-gila dan gelihati.
Ini lah buku yang paling me suka sekali.

Bercakap dengan jin~berjaya buat me,
jarang bercakap dengan manusia [ sebab selalu leka membaca ].

ps: jangan beritahu orang..pssttt..psstttt,antara buku lain yg me suka baca ialah ~ " Koleksi petua nenek kebayan ".

Aj Abdullah said...

Wakaka kita serupa rupanya me
Aku selamat r as anak bongsu then gila-gila, ujang, dewan pelajar or what ever bahan bacaan tu semuanya dari sumber abang dan kakak. Aku just pinjam and baca jer tapi tak r sampai kurang bercakap ngan manusia semata mata syok bercakap ngan jin pulok.. wakaka


koleksi petua nenek kebayan? hmmmm. buku tu tak pernah dengar plak..

MORIBAYU said...

yay,buku nenek kebayan tu.
adalah koleksi ruangan "Petua Nenek kebayan",dari majalah variasi.

baguslah buku tu.
memang kitab yang me selalu baca.
macam-macam petua ada.Ada diantaranya memang me amalkan sampai sekarang.

contoh~jika tertusuk sembilu kayu.Sapu kat luka itu,getah nangka.Wow mmg menjadi !!!.Tarik getah yg dah mengeras tu,sembilu kayu pun ikut keluar sekali.

nak tajamkan gunting..sila gunting daun jambu batu,dengan gunting yg tumpul tu.Wow !!menjadi gak petua tu.

Senang cakap,memang banyak lah petua yg me dapat.Sampaikan Nenek Kebayan tu,adalah orang yg paling berpengaruh dalam hidup me.Tempat ke-2,selepas Oprah !!!.

Aj Abdullah said...

Oooh benda tu. Tau2 tapi kurang port sangat r sebab kurang koleksi majalah tu. Baca pun masa dudok kat rumah Pak Cik jer. Kalu tak silap dalam majalah tu gak ada komik dewasa (bukan lucah r) sekali. Magazine tahap vintage tu. huhuhu

MORIBAYU said...

yups

me dulu,ada koleksi variasari punyalah menimbun-nimbun.But now,tinggal 2-3 naskhah jerk.Ramai yang pinjam..then buat harta dalam arkib sendiri.Hahahahahaha.

tu lah
mmg vintage dah.

Aj Abdullah said...

plus msalah sekarang ni lebih banyak majalah yang gosip artis tak berfaedah yang berlambak2 dipasaran sekarang ni. malajah yang kurang nilai estiteka... wakaka