Thursday, April 18, 2013

Ask For No Bullshit, Get Some More..!! Book Review

Orang selalu kata kalau sebuah filem tu hits then sequelnya akan totally fail. Mostlynya sebab producer tak ada idea tapi still nak untung lebih so ambik kesempatan atas kutipan box office filem pertama. Ia berlaku bukan sahaja pada filem tempatan malah jugak pada filem antarabangsa. Dan lebih suck ia bukan sahaja berlaku pada filem tapi gak pada industri buku. Hmmm..


Aku pernah baca buku Harry Potter tapi hanya pada buku terakhir je so aku tak tahu idea sequel pada buku tu tapi aku baca ketiga-tiga trilogi buku The Hunger Game. Yap, second booknya tak best. Even buku ketiganya pun hanya pada part-part peleraian je yang kembali best. Tapi The Hunger Game aka buku pertama tu memang best dasyat ar. Ia cerita politik yang diserapkan pada buku remaja.


...


No More Bullshit, Please, We're All Malaysians ialah sebuah buku yang sangat best. Ia membincangkan politik semasa negara dari sutu sudut pandangan yang korang tak akan dapat kalau korang asyik tengok berita TV1 or TV3 ataupun dengan hanya membaca Utusan Malaysia yang so sure semua orang tahu cukup bias dalam membodek Barisan Nasional tahap dewa. 

Aku beli buku tu bulan April 2012 dan sekitar setahun aku beli sequelnya:Ask For No Bullshit, Get Some More..!!. Ia masih lagi ditulis oleh Kee Thuan Chye dengan gaya bahasa English yang cukup mudah serta penuh dengan jenaka dan ayat-ayat sinisnya. Tapi entah apsal aku rasa ia tak sepower or as pembaca aku tak merasa kepuasan sangat membaca buku sequel ni. 

Aku tak tahu entah apsal aku a bit kecewa sikit ngan sequel ni. Mungkin sebab buku pertama lebih best then sequel yang biasa-biasa tak bagi effect luar biasa kepada pembaca kot. Or may be sebab buku pertama lebih terarah sikit ngan pembahagian chapter-chapter yang lebih tersusun kot. Rasanya kalau aku baca buku kedua dulu then buku pertama mungkin aku akan bagi penilaian berbeza kot. Mungkin.

Tapi part yang aku suka tentang buku kedua ni ialah pada part skrip short play yang aku rasa cukup tajam dan dalam makna yang hendak dibawak. Antaranya cam Ideals and Principles tentang sorang journalist yang nak keluarkan satu artikel 'power' ni tapi masalahnya artikel tu boleh mengakibatkan dia masuk penjara or ISA, company news paper dia out of business dan bila dia cuba untuk dapatkan khidmat polis then keadaan jadi lebih complicated. Walaupun ia sebuah play tapi effectnya buat aku goosebumps gak ar. Sejauh mana kita mampu mengekalkan rasional dalam mempertahankan prinsip yang betul..?










Walaupun aku kata ia tak sehebat buku pertama tapi ia masih lagi bahan bacaan yang baik untuk memperkembangkan minda kita dari hanya menerima maklumat melalui satu sumber je kan. Sebab kalau kita betul-betul leh berfikir ngan waras then kita leh tahu betapa berita kat media arus perdana tu dah jadi sangat lawak. Berita TV3 dah jadi cam cerekarama ngan aksi lucah, pemimpin menanggis sebab lembu etc.










Pilihanraya dah dekat sangat-sangat. Buatlah pilihan dengan bijaksana.

2 comments:

Anonymous said...

hu2 aku yg first komen ..aj..hu2..mummy yaya

Aj Abdullah said...

tq mummy yaya tapi ada ke orang yang nak berebut first komen kat blog yng tak seberapa ni? tp tetap nak kata tq banyak2