Tuesday, December 20, 2011

Misi Mustahil Songlap

Sorang crew masa aku kerja kat GSC dulu pernah kata: each and everytime dia part time kerja situ waktu cuti sem then it take months after dia berhenti untok dia cooling down before dia leh tengok wayang lagi. Betapa menunjukkan persekitaran kerja wayang ni not as semudah or seenjoy yang dijangkakan oleh orang ramai yang mostly datang just tengok wayang je ar. Tapi bagi aku plak, 2 hari after resign then terus je tengok wayang dan aku sangat happy bila selama ni jadi slave melayan karenah orang tapi kali ni aku plak jadi raja yang dilayan slave-slave sana.. Wakaka


Semalam aku dan LOONG, sorang kawan (yang bekerja as cikgu KPLI yang sangat best sebab leh cuti panjang sepanjang cuti sekolah but still gaji as cikgu yang besar tu still berjalan gak) keluar tengok wayang. Tengok cerita paling hangat sekarang ni: MISSION IMPOSSIBLE 4. Cerita ni memang tak rugi tengok tapi kalau korang yang belum tengok then aku just leh kata: ia sama je cam cerita-cerita agen-agen perisikan yang tipikal.

What makes it so tipikal ialah apabila seperti biasa agent Ethan Hunt sekali lagi diberikan dengan satu misi yang mustahil dan a group of pembantu then mereka akan buat aksi-aksi ganas but agent Hunt sentiasa bernasib baik then akan terselamat in what ever aksi yang merbahaya terlampau dan group member dia just bawak watak sampingan dan kalau nasib tak baek then salah sorang or semua akan mati. But the end of the story once again agent Hunt akan meng-accomplished-kan mission tu. Yap, itu kira happy ending ar.

Buat aku mempersoalkan kat IMF (agensi perisikan US tu) tak ada agent lain lagi ke or sememangnya agent Hunt tu memang IMF's Best Worker Or The Year ar agaknya. Sebab kalau kita tengok filem-filem terdahulu cam agent-agent lain tu cam senang sangat dibunuh sedangkan dia sentiasa jer bernasib baik. Kalau ada letupan or kereta terpelanting then pasti hampir-hampir je terkena dia. Pendek kata kalau kita lepaskan 100 butir peluru tembak dia then semuanya nyaris-nyaris jer terkena dia. Or tulang dia diperbuat dari besi ke sehingga melompat dari tempat tinggi tak pernah patah riuk tulang temulang dia. Even leh lari ngan stabil lagi. Dia ada 9 nyawa ker r what?

Perbezaan filem kali ni ngan filem-filem MI terdahulu bagi aku dan aku yakin semua setuju ialah ada unsur lawak yang banyak diselitkan dalam cerita ni. Dan agent Hunt most of the part cam kurang yakin ngan apa yang dia buat. Mungkin selalunya dalam filem terdahulu dia just buat kerja sorang tapi kali ni dia ada group yang mostly ditengok just cam budak universiti tahun akher yang tengah bwat field work yang mostly akan buat silap or perlukan trainer untok bimbing. Sebab sepanjang perjalanan cerita group member dia seem kurang membantu dan perlu diback-up oleh agent Hunt balik. 


Kesimpulannya, MI4: Ghost Protocol ialah sebuah cerita agent perisikkan yang biasa cuma dibezakan dengan misi dan aksi dan penyamaran yang perlu mereka lakukan. Plus satu lagi ciri tipikal dalam cerita ni ialah Rusia ialah kuasa jahat. Hmmmm..



...



Dan kebetulan lewat petang tu hujan lebat dan aku plan naik motosikal dan bila LOONG blah aku manfaatkan saki baki usia remaja aku ngan nonton SONGLAP. Realitinya dah lama nak tengok cerita ni. Masa awal-awal kuar trailer cerita ni lagi. Pasal nampak cam lain. Tapi rancangan asal biar seminggu dah berlalu then harga tiket murah sikit ke baru nak layan. Huhuhu.

Satu statement jujor SONGLAP ialah sebuah cerita tempatan yang lain. It seems cam layan cerita karya Arwah Yasmin Ahmad versi komersial yang tak berlatarbelakangkan bandar Ipoh. Sebab jalan ceritanya lurus jer most all the time. Tak ada klimak or turun tapi ia tak ada ruang kosong yang kosong sehingga kita leh sms kawan yang dah bertahun tak dengar khabar berita etc. Ia membuatkan aku tak sempat nak rasa boring walaupun perjalanan cerita yang mendatar tapi aku nak tahu apa yang akan berlaku dan lagi dan lagi.

Lakonan Sam sangat berbeza. At  least ia jauh lebih hidup dan mampu diingati berbanding watak-watak yang dia bawak dalam filem-filem cam Bini-biniku Gangster (aku terpaksa tengok), Ngangkung (sebab kakak aku beli DVD Pirate), Alamak Toyol (dia berlakon eh?) etc yang mostly cam ar.. But still Shafie aka Mukhsin still better. Sarah Ali ar... no komen. It seems watak dia berakhir sama cam bagaimana ia bermula.

Ada part bab dalam cerita ni dapat dibaca lebih awal cam Omar Abdullah rogol Sarah Ali or Normah Damanhuri ialah emak kepada Ad dan Am tapi kalau Cerekarama tipikal then emak yang pelacor ni bila dapat tahu itu anak dia then akan bertaubat tapi cerita ni lebih realistik. Dan aku suka ending dia. It not so happy ending sangat ar. Dunia ni tak adil.

Dan ia berlatarkan sisi-sisi yang kurang dipertontonkan dalam kaca TV tentang Kuala Lumpur cam Hentian Pekeliling (tempat aku gi Kuantan tempohari even bas yang aku guna pun kuar gak) etc yang sangat menarik ngan teknik videography. Even pelakon-pelakon sampingan ngan watak tak seberapa penting pun walau watak kecik tapi leh menimbulkan emosi best.

Bab paling aku tak leh tahan sehingga terkesima mengalir air mata aku bila part Am peluk Ad tak nak kasi lepas suroh Am ikot diaorang lari dan tinggalkan dunia tu.






Pendek kata aku leh bagi 3.5-4 bintang untok filem ni. Memang tak rugi dan akan tengok sekali lagi.

















Tamat cerita ni tengok nama watak rerupanya Ad dan Am kongsi nama yang sama: ADAM. Hmmm..

2 comments:

MORIBAYU said...

songlap~hurm sangat cantik review kamu.

:)

Aj Abdullah said...

jangan terpedaya dengan trailer dan review yang cantek.. nanti tergadai duit.. wakaka