Wednesday, November 2, 2011

Lab Rat

Doktor tu tanya ngan muka tak seberapa nak percaya "Cam mana awak leh yakin yang awak ada psoriasis?" then aku jawab "Sebab saya di diagnose dari umor saya 2 tahun dan since then saya dah dapatkan rawatan dari skin specialist since then...". Kedian dia tengok muka aku sekali lagi ngan dahi bekerut tu "Awak betol-betol yakin..?". Mengenangkan muka dia a bit cam Zizan Nin (bukan Zizan Raja lawak) plus depan nama dia ada 'tengku' then aku decide tak nak balas balik ngan ayat separa perli etc sebaliknya aku just senyum jer.. Hmmmm..


Yap, semalam aku ngan julong-julong kalinya pergi dapatkan rawatan kulit di Hospital Government sekali lagi. Itupun kalau tak disebabkan arthritis aku dah sakit sangat rasanya then tak mungkin aku nak habiskan satu-satunya hari off day aku dalam seminggu tu ngan gi hospital kerajaan. Second sebab last Friday aku try gi ksatu-satunya klinik kulit swasta di Kuantan ni but that clinic yang tak cam sebuah klinik ngan that doctor yang lebih cam sorang lelaki tua yang nak tak nak jer yang kurang 5 minit kata "You got this psoasis so long then I do believe that you know more about the fact that psoriasis got no cure bla bla bla" and lastly dia suroh aku gi government hospital.. Damn..

So aku korban hari cuti aku ngan harapan there will be 'something' happen kat government hospital kali ni yang walaupun realiti aku tahu ia akan berlaku sebaliknya. Dan as awal as 8 pagi lepas hantar kakak ipar di tempat kerja dia then aku masok Hospital Tengku Ampuan Afzan buat satu pusingan, pusingan ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 sehingga aku sedar rerupanya parking dalam hospital ni hanya dikhaskan untok pekerja sahaja agaknya kot. Gi satu parking lot then ada sign 'Hanya untok Pekerja Hospital' then gi area lain ada gak, then gi tempat lain ada sign lock tayar and tempat parking awam pun jadi tempat parking pekerja gak. Almost nak gave up but lastly aku decide untok parking jauh luar kawasan hospital jer. Hmmm..

Waktu masok bilik doctor then coincidently nya waktu tu ialah waktu doktor pelatih buat pra-amali diaorang so bebelas orang bakal doktor tu melihat dan menilai aku as 'subjek' mereka. Realitinya aku dah tak kisah pun nak tunjok most part of my body to them. Gosh, I got psoriasis since Im 2 and half of my life aku spend masa aku kat specialist nih. Cuma mereka sahaja yang a bit gusar aku akan rasa malu bila aku show my 'not as same as their skin' to them. Naa..









Cuma perkara yang aku dah syak akan berlaku tu berlaku gak. 5 tahun lebih dah aku tak dapatkan rawatan di skin specialist tapi ubat yang di prescribe untok aku masih lagi ubat yang sama yang aku dapat since dari first time aku buat rawatan dulu. Tak kan ar 15 tahun berlalu still tak ada penemuan ubat baru kat goverment nih sedangkan realiti kat luar sana dah banyak ubat-ubatan baru aku jumpa kat tenet. I do expect at least mereka bagi aku suntikkan  yang aku tak tahu nama ubat yang selalu aku jumpa nama dia masa seach on forum about psoriasis. 


























So dengan itu maknanya sekali lagi aku dah serahkan diri aku as tikus makmal untok kajian mereka. Buat aku teringat dulu aku pernah setuju untuk jadi percubaan satu ubatan baru ni. Then entah berapa banyak dah pill-pill yang aku pernah aku telan dan entah apa-apa effect berlaku pada dalaman aku sepanjang tempoh tu. So kali ni mereka dah tak bagi ubat tu pada aku then it mean kajian tu tak berjaya dan aku menjadi bahan ujikaji yang gagal..

























Buat aku lupa yang doktor tu belajar untuk bagi ubat jer, mereka tak diajar untuk bagi harapan. Hmmm..

3 comments:

Unknown said...

elek la J...setiap penyakit ada ubatnya (kata2 semangat yg biasa org mdh..=)) heheh...yang penting skali ko happy..ya jak..ok!

Aj Abdullah said...

Wohoho.. Tunangan orang dah jadi blogger juak eh.. wohoho.. Most of the time aku x mengharap ubat or keajaiban berlaku.. Aku just mok mentally kuat dan sentiasa ready jak ngan semua benda tok.. Hmmm.. btw tq untok kata semangat ya.. Walaupun ia biasa jak tapi bila ada yang wish ia akan jadi luar biasa.. tq3

MORIBAYU said...

me ada gigi depan yg besar.
selama bertahun2..me takot n fobia nak senyum or bergambar.

me selalu rasa..
diri ini buruk dan tak ada rupa.

selama 20 tahun,even my family pun..banding2 kan me,dengan adik beradik or sepupu yg lain.

....dan me hilang keyakinan diri.


sehinggalah~me kenal seorang kawan.
dia bertanya " Me..kenapa kamu tak selalu senyum ?".

me jawap~ " Gigi saya besar...."

dan dia cuma jawab " tapi..kamu ada senyuman paling cantik di dunia.Jadi senyum...tuhan tak berikan kamu gigi paling cantik.Tapi dia beri kamu senyuman..jadi senyum lah!! "

sejak dari hari itu.

me senyum

sebab hasil kerja tuhan terlalu adil..untuk diperkesalkan.