*Terlebih dahulu post kali ni bukan menjatuh atau menghina mana-mana pihak atau kumpulan agama-agama tertentu. Ia sekadar pandangan dan teguran penulis dari apa yang dia sendiri lihat, dengar dan rasa. TQ..
Teringat masa sekolah menengah dulu ada sorang cikgu pelatih ni. Dia sorang perempuan yang bertudung labuh ar. Dia just seat in kelas kami sebab cikgu yang sepatutnya mengajar kelas tu that day emergencenya tak dapat datang. Dipendekkan cerita cikgu ni dengan sepantas kilat serang aku ngan tuduhan aku ni ialah manusia akher zaman yang akan membawa kepada ciri-ciri kiamat. Sebabnya? Jari aku berinai.
p/s: Aku berinai sebab kuku jari aku berlobang-lobang akibat PSORIASIS dan emak aku kata inai tu herba yang leh guna untok ubat. Hmmm..
Ada sorang kenalan zaman U dulu ni. Dia ni mengkelaskan diri dia as 'Islamik' ar. Dia sangat tak suka tengok perempuan Melayu yang tak pakai tudong, perempuan Melayu pakai tudong tapi baju ketat, perempuan Melayu yang seksi dedah sana sini etc. Even kalu tengok rambut perempuan Melayu keluar sehelai pun dia dah membebel panjang. Tak cukup ngan bebel mulut then dalam blog dia pun bebel sekali gak. In other wordsnya dia seorang yang sangat sensitif bila masok issue aurat wanita Islam. Best je ar bunyi dengar ada gak belia zaman sekarang ni yang masih cam tu. Cuma masalahnya dia sendiri tak tahu had batasan aurat lelaki. Setiap kali main bola then dah nampak cam pakai boxer jer. Belom lagi kalau dalam hostel. Ke hulu hilir ngan boxer jer sepanjang masa.
...
Soalan: Korang pasti pernah jumpa kan manusia-manusia yang mengkelaskan diri mereka sebagai islamik ngan serban 7 hasta, celak hitam-hitam, ngan janggut tebal, dahi hitam dan bila cakap pun cam bunyik P. Ramlee cerita Ahmad Albab lagi ngan larang buat itu ini, sana tak boleh, sini tak boleh, tengok itu geleng kepala, tengok ini geleng kepala etc. Tapi masalahnya kedian meludah sesukahati, buang sampah sesukahati, mulot racist, etc. It seems mereka amalkan certain sunnah tapi abaikan yang selebihnya.
Or
Sama gak cam golongan-golongan extremist yang kononnya berjuang atas nama Islam tapi berjihad, membunuh atas penilaian kepala hotak mereka sendiri jer tentang budaya dan kandungan Islam itu. Sekaligus menjadikan Islam tu cam tak sempurna jer. Hmmm...
...
Sorang mat salleh ni muallaf. Dia menjawab persoalan oleh masyarakat dunia yang menyatakan Islam kononnya agama yang mengalakkan kedamaian tapi kenapa masih ada umat Islam yang mengamalkan hubungan seks bebas, bogel sana sini, bunuh orang etc? Jawab dia senang jer. Muslim tu tak sempurna tapi Islam tu sangat sempurna.
As sorang kawan Cina aku pernah kata: dia penganut Budha tapi dia bukan pengamal ajaran Budha yang baik. Ada perkara dia buat tapi ada perkara yang dia langgar. Sama gak cam penganut agama lain. Tak semuanya mengamalkan ajaran agama mereka sepenuhnya tapi tak menjadikan agama tu teruk. So jangan mudah judge sorang based on apa tindakkan dia then tuduh dia buat sebab dia agama itu ini. Tak adilkan?
...
Cuma dari apa cerita aku ni aku just nak share tak puas hati aku pada certain golongan yang mewujudkan kelas seolah-olah dia ni lain special kes so dia leh tegur orang ngan mudah as buat salah. Memang ar tegur menegur tu baik. Amalan ingat mengingati tu sangat digalakan oleh agama sebab lumrah manusia ni pelupa dan perlu selalu ditegur.
Cuma masalahnya sorang makhluk tuhan yang baru aku kenal ni ar. Dia kelaskan diri dia Islamik ngan idealogi-idealogi dia. Aku woke jer bila dia kuar ayat-ayat yang dia dapat dari ceramah itu ini yang dia hadiri or dia seru orang gi solat etc. Tapi masalah dia yang aku tak leh nak terima ialah bila dia ngan tenang jer bila ada perempuan yang bukan muhrim pegang-pegang dia etc. It seems like aku nak kuar statement dalam hati "Haaa, Islamik lah sangat..."
That why moderation is always a better choice.. Hmmm
6 comments:
Kita nasihatkan orang,sebab kita sayang orang itu.
tapi ramai yang nasihatkan orang...
sebab cuma sayang diri sendiri.
jadi
fikirlah
:-)
sebab tu before tegur orang kita kena cermin diri sendiri dulu. adess..
Me, aku terasa plak.. :P Tapi aku memang jenis sedaya upaya x nak nasihat org lain melainkan rasa tanggungjawab kalau tak nasihat aku akan rasa aku ni sangat tak berguna, dayus etc. Hmmmm..
Rainy, yap3. Kalau setakat tegur tp diri sendiri lagi lebih memerlukan teguran then better diam je ar.. Btw tahniah sebab berjaya konvo ngan jayanya...!!
tak,maksud me.
kebanyakan orang,bagi nasihat...berkobar2,petik hadis,petik al-quran,petik ceramah...tapi,mereka sendiri tak laksanakan.
mereka cuma sayangkan diri sendiri.
mereka mahu nampak 'ELOK' di mata orang.Mereka pentingkan lupa luaran mereka,lebih dari hati yg terisi.
mereka risau,jika orang ada fikiran negatif ttg diri mereka.
itu sebab..me cakap ' mereka cuma sayangkan diri sendiri '.
nasihat yg paling baik.
datang dari teguran paling halus.
me selalu berpendapat.
tuhan ciptakan angin...kerna itu bahasa-Nya,yang paling enak...untuk didengar dan terima.
Walaupun tak akan dapat baca blog Me lagi tapi dapat baca komen dari Me pun dah buat rasa cam best sangat. Hmmmm..
Dulu, angin and unsur alam lain seems selalu 'bercakap' and warm ngan aku. Then sehingga aku decide it quite nonsense and ridiculous then ia semakin menghilang sehingga sekarang angin seems sekadar udara kosong yang tak bawak apa-apa melainkan kesejukkan jer.
As Me kata, angin adalah teguran halus untuk kita. Mungkin dan sememangnya ia masih terus bersuara tapi mungkin sebab aku pernah pilih untuk tak nak mendengar jer.. Hmmmm
yay~kamu benar buat me rasa bersalah.hohohohohoho.
entahlah.
me bukan jenis pemarah sangat.
siapa kenal dan rapat..tahulah.
me punya marah...hangat2 air meggi jerk.Panas sekejap,2 minit sejuk sudah.
Bagi me,dunia bukan milik manusia.
Selagi yg buruk itu..datang dari manusia,tiada apa yg perlu di kisahkan sangat.
Jangan risau k.
Mana tahu,besok me terbuka hati untuk menulis lagi.Masih ada 300 keping pic,utk me load...dan 2 muka surat 'monolog' untuk dikongsi.Terbazir saja bukan,jika semuanya hanya tersimpan di dalam diari.
:-)
Me mebesar tanpa kasih sayang.
Sejak me umur 5 tahun...apa yg ada disekeliling,adalah teman.
Me percaya tuhan itu ada.
dan dia mendengar,melihat..dan bersuara dengan bermacam cara.
Kita sebgai manusia,bukan saja perlu mencari-Nya.
tapi....kita perlu berhati sabar
dan duduk sebentar,untuk mendengar.
Post a Comment