Aku bekerja di sebuah pusat beli belah yang paling busy di negeri ni (agaknya kot). Aku masok kerja sewaktu kedai-kedai lain masih belum bukak lagi dan aku balik kerja sewaktu semua kedai dah tutup. Aku berada dalam ruang shopping complex tu tanpa aku dapat bezakan sama ada hari masih siang or dah malam, cerah or hujan, or itu hari apa or what everthing di luar tembok konkrit tu. Aku kerja 6 hari seminggu. Aku dudok serumah ngan abang, kakak ipar dan my 1 years old nephew tapi aku hanya sempat jumpa mereka sekitar 2-3 jam je dalam tempoh seminggu.
Do you know what I miss the most?
Aku rindukan bintang di langit waktu malam.
Kalau aku bekerja shift malam, waktu breaknya aku akan naik tingkat teratas complex ni. Aku akan duduk kat ruang tertinggi dan hisap beberapa batang rokok. Tapi langit malam di bandar Kuantan kosong. Mungkin sebab habuk, asap atau debu. Lalu aku tak pernah sempat berbaring, melihat bintang malam, pejam mata tanpa perlu peduli apa yang sedang berlaku di sekitar.
Makin ramai yang kata kerja ni tak sesuai untok aku. Dan rakan sekerja di sini plak kata aku tak sesuai untok kerja ni.
Dan aku sendiri?
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang 'hilang' dan aku semakin 'hilang' di dalamnya
2 comments:
pergi ke tanjung karang selangor.Jika mahu lihat,bintang berhimpun.
:-)
Tunjukkan di langit satu bintang yang akan kekal walau beribu bulan berlalu...
Post a Comment