Thursday, October 13, 2011

Worst Employee Ever

Kalau zaman dulu-dulu, sekolah sangat suka guna istilah budak bodoh, lembap, malas, suka main, tak serius, baghal etc tapi as time goes by sekarang dah sekolah dah ada istilah lain cam dyslexia, hyper active then diubah sistem pengajaran bersesuaian dengan kemampuan penerimaan pelajar. Sebab manusia ni ada banyak jenis. Tak semuanya fast and smart learner. Ada slow, ada kuat hafal, ada good in practical, ada yang punya kekurangan dan kelemahan sendiri or in other wordnya: tak ada sesiapa yang benar-benar bodoh. Hmmm..


Teringat masa sekolah dulu, aku tak kelaskan diri aku as sorang yang pandai. Walaupun sepanjang 5 tahun di sekolah menengah aku dapat nombor 1 lebih 80% setiap tahun but still aku tak kelaskan diri aku as pandai. Aku cuma faham konsep apa yang diajar dan aku kuasai certain subjek cam math etc. But still aku lemah on other subjek cam sejarah etc. 

Aku suka math sebab jawapannya memang tepat dan aku suka something yang aku boleh praktiskan. Berbanding sejarah yang lebih kepada pembacaan dan penghafalan fakta, nama orang, nama tempat, tarikh, tahun bla bla bla peristiwa silam yang mostlynya aku tak dapat relate ngan hidup aku (or sama gak cam rumus algebra etc yang aku tak dapat guna masa beli ikan kat pasar basah). Sebab realitinya aku bukan kaki hafal.

Tapi masa form 6 aku jumpa 2 orang kawan seangkatan yang selalu dapat nombor 2 dan 3 kelas yang selalu score subjek sejarah. Dan kalau korang baca essei mereka then korang akan dapati yang jawapan mereka sebijik cam apa yang ada dalam buku teks sejarah form 6. Sebijik. What I'm nak kata sekarang ialah bukan mereka meniru masa exam tapi mereka memang jenis kaki hafal sebijik-sebijik. Nak buat cam ne ar kan kalau sistem otak manusia tak sama ar kan..?Hmmm..




...




Semalam adalah genap 1 bulan aku bekerja di suasana baru ni. So mereka buat assessment ke atas aku based on buku SOP company. Kalau korang tak tahu apa benda SOP tu ialah Standard Operation Procedure aka cam buku manual kalau korang beli gadjet ar yang mostly kita tak akan ada hati nak baca. Buku SOP untok company ni plak ada 1 masalah. Apa yang ada dalam buku SOP tu tak semua dipraktiskan dalam aktiviti business. Then after 3 bulan aku di sini kelak, aku akan diadili oleh Area Executive yang akan buas assessment based on SOP tu. Dan terlalu banyak fakta, nombor, jargon, istilah-istilah yang perlu aku hafal yang mostly tak sama ngan apa yang aku diajar waktu handling real stuff.









So aku fail kesemua assessment yang dijalankan semalam. Dan aku dikelaskan oleh mereka sebagai pekerja  (not including crew) paling teruk dalam company.
















Atas alasan apa? Aku tak hafal seluruh buku SOP tu...!!




















Okey, nak buat cam ne ar kan? Aku bukan jenis kaki hafal.Then operate sistem otak aku dan tukar cara otak aku tafsir data? Gosh..















Mungkin kerja ni bukan ditakdirkan untok aku. Tapi aku tak akan mengalah dengan mudah. Kalau aku memang tak ditakdirkan untok kerja ni then aku akan redha. Aku yakin tuhan tahu apa laluan dan penghujung perjalanan aku ni kelak. Hmmmm..

No comments: