Saturday, December 24, 2016

Gadis Kecil Tepi Jendela

Kalau baca tajuk post pasti ada terfikir ‘Hey, post ni tentang drama radio RTM zaman awal 90-an ke?’ Naa. Tolak markah. Langsung tak ada kaitan. Hahaha.


Semuanya bermula apabila aku makin gemok dan bila doctor check yang kadar kolestrol dan tekanan darah aku agak tinggi untuk lelaki muda (muda ke) seusia aku. Walaupun realitinya ramai orang yang aku kenal yang dah telan ubat kencing manis, darah tinggi secara berkala sejak dari 10 tahun lepas lagi. So doctor sarankan aku untuk jogging or paling bagus untuk berjalan laju 40 minit sehari. So untuk beberapa bulan kebelakangan ni aku dah start buat rutin dalam seminggu ada ar 3-4 hari berjalan laju or bahasa bebudak wechat as jogging kononnya keliling kampung berjarak masa 30 minit pergi balik. Dan disebabkan aku ada social anxiety yang ada masanya agak merungsingkan so aku pilih masa paling selamat untuk tak terserempak dengan mana-mana manusia iaitu awal pagi selepas waktu subuh sekitar 5.30 macam tu.

Permasalahan awal-awal dulu ialah anjing. Walaupun kampung aku 98% Melayu tapi anjing peliharaan non-Malay yang membiak dan membiak sehingga membentuk kumpulan-kumpulan anjing liar agak bermaharajalela gak ar. Kalau naik basikal memang garenti semput kena kepung ar. At least bila jalan kaki diaorang just menyalak beramai-ramai dalam jarak dekat ar. Menakutkan awal-awal dulu tapi sekarang aku dah jumpa trick and hint bila berjumpa anjing ar. The great part tentang anjing ialah mereka ni tak macam kucing yang main hendap-hendap then terus serang so mereka kalau terkejut or takut baru ar mereka GONG-GONG-GONG. Plus jangan lari sebab mereka akan kejar. Buat donno dan hush kan je diaorang then mereka akan boring dan bila hari-hari dah jumpa kau then mereka dah tak ambik port lagi dah (melainkan kalau mereka ada anak kecik then mereka akan jadi extra garang tanpa henti).

Beberapa bulan berlalu then aku dapat rasa perbezaannya. Berat badan aku tak turun ar malah makin naik sebab bila selera makan makin bertambah bila keletihan. Tapi benda yang aku tak boleh makan dalam kuantiti banyak sebelum ni such as ayam panggang, telur or makanan orang kahwin sebab boleh buat pening satu haru then aku dah boleh  mencekik sepuas hati tanpa apa-apa effect pada kepala hotak aku. Cumanya part tekanan darah tu susah gak ar nak turun. Hmmm..



Then korang tanya ‘So apa kaitan semua ni dengan drama radio RTM zaman awal 90-an tu tadi?’


That the paranormal partnya. Semuanya okey-okey je selama ni sehingga minggu ni tadi. Pagi Isnin lepas, entah kenapa mata aku pandai meliar pulak. FYI, aku seorang lelaki yang agak penakut but at the same time aku suka cabar diri aku buat benda yang aku takut tu. So mata aku tertenggok ar satu bintang ni kat atas bukit depan aku tu. Memang tak ada bintang-bintang lain ar malam tu. Mula-mula ia static tapi tiba-tiba bintang tu bergerak dalam formasi yang tak terkawal macam lalat dan suddenly out of nowhere ia hilang. Aku tak nak fikir pelik-pelik then aku bergerak makin laju walaupun bukit tu memang dah ada sejarah ‘spooky’nya yang tersendiri sebelum ni.

Kemudian pada hari Khamisnya pula another ‘thing’ happen. Tengah aku mengelamun jauh dalam kesejukkan dan kesunyian pagi sambil kaki aku berjalan laju tiba-tiba ada suara budak kecik menegur aku. Memang terkejut aku ar. Aku toleh pada suara tu, tengok ada silhouette sorang budak perempuan dari jendela yang terbuka. Aku tau pemilik rumah tu. Ia milik pasangan yang kiranya dalam list tertua gak ar kat kampung but still kesihatan mereka masih lagi tip-top. So seperti biasa mulut aku berfungsi lebih cepat dari otak so aku berbalas jawab ngan budak tu then blah.

Then aku terfikir, selalunya couple tu just tinggal berdua je. Anak-anak dah besar dan ada rumah sendiri kat bandar. Mungkin sekarang ni cuti sekolah so mungkin anak cucu mereka bermalam kat situ kot (walaupun aku tak nampak mana-mana kenderaan kat rumah tu pagi tu) still aku positifkan diri tak fikir pelik-pelik. Walaupun realitinya memang pelik pun untuk seorang budak kecik umur 4-6 tahun bangun seawal tu, buka tingkap dan menegur stranger yang dia nampak dalam gelap awal-awal pagi. But still ia tak semustahil manapun dalam masa yang sama.

Cumanya apa yang dia kata pagi tu agak creepy bila aku fikir-fikir balik. Dia kata:

“Kitak nak ke seney? Kitak mok ke kedey kah? Iboh jalan laju gilak. Kamek mok ikot..”
(terjemahan Bahasa Melayunya agak kurang creepy)
“Awak nak ke mana? Awak nak ke kedai ke? Jangan ar jalan laju sangat. Saya nak ikut.”






Then otak aku terfikir, kalau buat drama 1 episode or cerpen horror then pasti best kan? Narratornya lelaki yang jogging tu. Mamat tu pun macam kes aku yang obess, social anxiety so jogging awal pagi masa hari masih gelap untuk elak jumpa mana-mana manusia. Semuanya okey sehingga pada satu hari ni dia ditegur sorang gadis kecil di jendela sebuah rumah using ni. Dan kemudian hampir setiap pagi dia jumpa budak tu dan ada masanya dia berhenti, berborak singkat dan berjenaka ngan budak tu. Dan entah kenapa dia tak fikir apa-apa yang pelikpun. Sehingga pada part epilogue dari sudut pandangan ketiga.

Seorang perempuan tua muncul belakang gadis kecil tu tanya ‘Adik cakap ngan siapa tu?’. ‘Tu haa, ngan kawan adik’ Cucunya melambai-lambai ke luar tingkap. Diperhatikan ke luar dan dia tak nampak sesiapa. Hatinya berdebar kencang. Terus dia teringat kes seorang lelaki berjogging pada pagi hari yang dilanggar oleh kereta yang dibawa oleh pemandu mabuk beberapa minggu lepas. Dan ia berlaku kat jalan besar depan rumah tu. Tamat.


Saturday, October 15, 2016

Siti Nordiana, Tomok,.? Eeeww

Aku bersekolah form 1 sampai form 5 kat sebuah sekolah kampung (yang jarak sekolah ngan rumah tak sampai 5 minit pun) sekitar akhir 90-an dan awal 2000. Aku yakin tak kira kat mana kau sekolah (budak sekolah awam dalam Malaysia mostlynya) yang seusia aku then korang pasti faham apa yang aku nak cerita dalam post kali ni.


Kat zaman sekolah-sekolah dulu, kita suka sangat labelkan manusia. Yang duduk depan as kaki nerd, yang duduk belakang either kaki anarkis or geng budak popular dan yang tengah pulak golongan yang berkecuali yang mostly akan kerja kerani kat jabatan kerajaan. So tempat duduk yang kau pilih pada hari pertama setiap tahun sesi persekolahan bermula adalah sangat-sangat penting. Kau tak nak duduk ngan geng surau kalau kau jenis mudah terbakar setiap kali dengar bunyi azan, or kau sangat-sangat tak nak duduk sebelah mamat yang setiap kali satu subjek habis then dia berebut nak bawak buku cikgu ke bilik guru sebab jenis manusia kaki ampu mudah berjaya tapi sangat menyedihkan etc. 

Tingkatan 1 mungkin belum nampak sangat mode 'cinta' dalam udara. Mostly abang or kakak-kakak senior mudah tertarik kat korang sebab muka masih bersih tanpa noda jerawat or kesan jeragat so banyak ar jenis muka jambu, comel-comel, budget comel akan jadi mangsa adik-adik angkat. Buat kanak-kanak terpilih, jangan terlampau teruja sangat dan buat yang tak terpilih, jangan kecik hati sebab benda angkat-angkat ni biasanya tak tahan lama. Manusia hanya cenderung dengan benda-benda comel je but once switch 'aqil baligh' turn on then semua yang comel akan nampak macam muka pecah rumah dan semuanya akan tamat. Sepanjang 5 tahun aku kat sekolah menengah, aku tak pernah berada dalam permainan tu. Bukan tak ada pelawaan cuma aku tak tahu fungsi sebenar benda tu sebab aku dah ada abang dan kakak kandung so kenapa aku nak ada kakak or abang angkat pulak?


Tingkatan 2 bermula so bermula juga ar musim mengawan di sekolah. Budak perempuan dah start pakai wangi-wangi, bedak tacap sana sini, cakap pun dah lemah lembut dan budak lelaki zaman tu akan buat style rambut belah tengah guna minyak rambut jenama apa entah yang sangat licin sehingga kalau lalat hinggap then terus terkehel kaki lalu tergelincir, butang kemeja sekolah kancing sampai atas leher dan idola mereka: Tomok Newboyz or Naqiu Boboy. Damn, waktu tu ar muncul boyband dengan nama mostly start dengan S macam Spin, Scoin, Spoon etc yang so sure lagu diaorang sangat menyakitkan hati dan telinga yang mendengar. Dengan Tomok nyanyi dengan suara keluar dari hidung pada lagu-lagu meleleh habis memang tahap mati pucuk ar waktu tu. But still ramai gak yang menjadikan lagu diaorang as pujaan especially budak-budak yang tengah bercinta or masa putus cinta. Dan kalau tulis surat (yap, zaman tu belum ada apps or smartphone ya, adik-adik) so akan disertakan sekali dengan lirik lagu. Perlu ke?

So wujud ar edisi label melabel lagi based on music mereka layan. Yang suka dengar lagu Siti Nordiana, Syura, Achik, Bola-bola Api tu akan digroup as soo kampung (bila fikir balik, jahat pulak kan?), yang layan Back Street Boys, Britney Spears or mana-mana penyanyi omputeh tu kira group budget modern sangat ar, yang layan group yang kita jarang or tak pernah dengar langsung waktu tu macam Dead Mushroom or Butterfingers pulak ialah group budget diri cool and lastly mereka-mereka yang tak ikut mana-mana genre specific sebaliknya minat semua lagu mainstream yang dimain kat radio yang sekali lagi akan berakhir kerja as government servant sampai hari pencen. Hmmm..

Teringat kazen aku tu tulis surat untuk ex dia dan dia tulis ayat buat kekasih gelapku (yap, pengaruh Sheila On 7 sangat kuat waktu tu) dan bila kami geng tahu then sampai sekarang ar dia kena bahan. Hmmm







Lebih 10 tahun berlalu, pada usia 30an tiba-tiba nama Siti Nordiana muncul balik, lagu Memori Berkasih yang pernah buat telinga menanah dulu dah jadi siulan ramai balik. Then muncul entah dari mana ada sorang mamat nama Aiman Tino dengan penampilan macam Tomok dulu-dulu, nyanyi lagu macam Tomok dulu-dulu gak (jenis lagu layak kena panah petir) tu semula dan anak buah aku yang umur 10 tahun tu asyik-asyik nyanyi lagu-lagu tu berulang-ulang kali manakala anak buah lelaki aku yang umur 14 tahun pergi sekolah dengan rambut licin guna benda alah pomade tu. DAMN.., sejarah memang akan berulang kembali.










But at least Tomok dah tak nyanyi macam Fran Drescher lagi. Hmmmm 

Sunday, October 9, 2016

Miss Peregrine's Home for Peculiar Children Review


Kalau korang peminat komik X-Men then korang realize yang tak semua mutant punya kuasa hebat tahap omega macam Jean-Grey or Wolverine etc or at least kuasa yang benar-benar boleh berfungsi dalam kehidupan. Kalau korang tengok kat sekolah Xavier For Gifted Childrens tu tak semuanya mampu join team X-Men melawan orang jahat. Sebabnya ada mutant yang punya kuasa keluarkan air besar paip setakat mampu sirap pokok dalam pasu bunga je, suruh orang berlari setiap kali disentuh or mostly mutant sebab physically berbeza macam ada leher panjang or kulit warna biru or muka macam burung tapi tak ada power apa-apa. Yap, ia macam belajar persamaan algebra or mana-mana bab subjek math kat sekolah dulu yang mostly tak membantu sikitpun dalam kehidupan sebenar. Hmmm..


That what happens pada cerita Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni. Pengetua rumah anak yatim tu seorang mutant yang boleh manipulate time (selain leh transform jadi burung) unfortunately dia hanya boleh ulang masa 24 jam je so satu hari yang sama tu berulang selama berpuluh-puluh tahun. Anak-anak yatim rumah tu sorang ni leh manipulate udara tapi most of the time dia hopeless, sorang ni halimunan dan suka berbogel still dia tak guna kelebihan dia kat mana-mana pun, sorang ni boleh hasilkan api tapi pada skala kecil je, sorang ni pulak ada kuasa super human strength still tak ada sesiapa ajar dia nak guna kuasa dia, sorang leh manipulate tumbuhan bla-bla-bla. Itu belum masuk part kuasa dia ada mulut kat belakang kepala or leh projek mimpi (or ramalan yang tak sepenuhnya sahih) guna mata yang mostly tak membantu. Sebab tu ar Usop Wilca selalu membebel 'Itulah pentingnya mutant education diajar oleh the right mutant'..

Pengarah filem ni ialah Tim Burton aka pengarah yang sama menghasilkan Sweeney Todd, 2010 Alice In Wonderland, Edward Scissorhand etc yang setiap sentuhan dia pasti ada ciri-ciri dark goth. Kalau nama dia tak muncul pada skrin then aku tak terfikir yang ini ialah filem arahan dia. Sebab filem ni terlalu banyak warrna ceria dan gelak ketawa. Yap, most of the time aku lupa yang ini adalah family movie under rated P13, hall penuh ngan budak-budak ngan emak bapak diaorang or a small group of budak-budak sekolah menengah rendah yang baru nak up keluar in geng hujung minggu. Dan filem ni seperti mana filem-filem ganas bawah Disney's, bahasanya sangat dijaga sehingga hell pun tak disebut dan ditukar jadi hello, tak ada adegan berdarah dan penjahat yang mati pun tak nampak macam mereka-mereka yang terkorban kat Syria. 







Tapi secara keseluruhan, ia menghiburkan. Selepas melihat kejatuhan Batman vs Superman, X-Men Apocalypse etc then filem ni sekurang-kurangnya boleh buat kau menyandar dengan tenang kecuali certain part at the end apabila ia start bermain dengan masa dan ruang waktu yang boleh buat pening kepala sikit ar. Hmmmm










Dan kalau ikut novelnya then akan ada banyak sequel lagi. Tengok wayang untuk movie-movie seterunya? Naa melainkan aku kena ugut atau ada yang nak belanja. 

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Friday, August 12, 2016

Tips Menulis Novel/Drama Melayu Tipikal

Adakah anda salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang suka menonton drama jam 7 TV3 or drama jam 10 kat Astro 104 or mana-mana drama or filem Melayu adabtasi dari novel-novel cinta keluaran tempatan? Or kau bercita-cita untuk jadi penulis novel cinta dengan idea yang sama tapi kau rasa semua tajuk dah dijadikan cerita: Suamiku Encik Sotong, Suamiku Encik Perfect 10, Suamiku Ustaz, Suamiku Jatuh Dari Langit, Playboy Itu Suami aku, Suami Tanpa Cinta, Suamiku Ahli Suicide Squad (hmmm), Suami Sebelah Rumah bla-bla-bla. So post kali ni didedikasikan untuk mereka-mereka di luar sana yang nak mencari inspirasi or tips menulis novel yang seterusnya akan menjadi drama Melayu tipikal. Hmmm..



1.
Perempuan naif vs Lelaki berlagak. Semuanya bermula apabila seorang perempuan naif plus clumsy dari kampung (kalau boleh pakai tudung) terjumpa dengan seorang lelaki kaya (or anak orang kaya) yang disukai ramai perempuan. Perempuan tu boleh jadi orang gaji, pekerja kat office si lelaki, anak kepada kawan baik emak si lelaki or sekadar mereka asyik terserempak dan setiap kali ia berlaku, sikap clumsy si perempuan such as selalu terjatuh, minuman tertumpah kat baju lelaki, cakap laju budjet cute, tak ada confident dalam diri, buat muka bersalah yang comel sehingga akhirnya memikat hati lelaki tanpa sedar.

Konsep ni banyak berlaku dalam novel cinta tempatan sebab target marketnya ialah perempuan naif yang sentiasa berharap agar kes cinderella: perempuan biasa-biasa leh kahwin dengan lelaki kacak+kaya tu juga akan berlaku pada mereka in real life. Yap, anda boleh mencuba nasib dengan  jadi orang gaji kat rumah seorang lelaki bujang, kacak, kaya, badan sado yang tinggal sorang diri which the end possibility could be either dia tak mungkin akan jatuh cinta dengan orang gaji dia sendiri or kau realize dia asyik bawak kawan lelaki ke rumah, upload gambar shirtless selfie memanjang kat Instagram dan OPS... sila isi tempat kosong sendiri.



2
Lelaki baik vs. Perempuan ego. Versi berlawanan dari yang pertama di mana kali ni si perempuan ialah a spoil anak orang kaya yang ego bukan main tinggi yang terjumpa dengan seorang lelaki baik (baik tahap annoying untuk manusia normal macam aku) or mereka dijodohkan oleh keluarga si perempuan. Si perempuan tu of coz laa tak nak sebab dia liar, masih muda dan jalan hidup mereka totally bertentangan tapi seperti mana-mana drama Melayu lain, akhirnya sedikit demi sedikit, ego si perempuan start cair. Kalau sebelum ni dia pakai baju ketat, kurang kain then dia mulai pakai tudung bla-bla-bla dan cakap pun dah start budjet ayu. Such a typical ending kan?

Sekali lagi target market novel cinta tempatan ni memang khas unutk perempuan naif. Sebab mereka suka sangat tengok perempuan yang ego ni saat dijatuhkan. Kalau dah dijadikan drama then sepanjang sejam drama tu berjalan, sepanjang tu jugak ar mulut mereka asyik buat ulasan sendiri "Apa masalah perempuan ni bla-bla-bla,,", "Padan muka kau perempuan bla-bla-bla..", "Aku tak faham kenapa betina sorang ni bla-bla-bla" dan disulami kata-kata mencarut lain. Memang tahap akak-akak or standard mak cik-mak cik kat kampung ar.



3.
Reaksi keluarga. Kalau cerita jenis jumpa terus kahwin, ada anak & live happily ever after memang tak best ar kan? Better layan channel National Geography je. Maka berlakulah halangan dari keluarga mostly dari keluarga lelaki yang kaya especially oleh si emak yang datin-datin. Sebabnya? Dia fikir perempuan kampung tu nak kikis harta anak dia je. Tapi kalau versi keluarga perempuan kaya pulak berlawanan. Mostly mereka lebih sopan santun dan memang nak bermenatukan lelaki baik-baik supaya mampu mengubah dan mendidik anak perempuan mereka yang spoil tu. Hmmm..



4.
Halangan Orang ketiga. Sentiasa ada je orang ketiga especially apabila melibatkan lelaki kaya yang suka dengan perempuan naif. Watak mereka digambarkan sebagai perempuan kaya gak, fasionista yang glam habis, make-up tebal-tebal dan dalam berjuta-juta lelaki di dunia ni, still dia tanpa putus asa dan istiqamah berusaha untuk memutuskan hubungan si couple tu. Dia akan upah photographer ambik gambar si perempuan naif dengan lelaki lain, dia akan mengapi-apikan kat mak si lelaki, dia akan menggoda si lelaki tapi tak sampai scene 18SG etc but of coz laa tak akan berjaya. 







TAMAT.







Then kau tanya "Aj, macam mana kau tahu semua ni? Kau layan drama-drama tu gak ke? Hahaha Kantoi" Tak ar. Sebabnya aku ada kakak, emak, anak buah perempuan so dari situ aku tahu dan boleh buat pola-pola tu. Ia dah sama macam tengok drama Tanah Kubur di mana kat kampung tu mostly semua orang memang perangai setan habis dan tak nak pergi setiap kali ada orang kampung mati dengan  balasan dunia muka make-up hodoh dan seterusnya belajar agar tak senasib dengan mereka in the next episode. Hmmm..

Thursday, August 11, 2016

Suicide Squad Movie Review

Kat kebun aku ada banyak pokok durian tapi dalam banyak-banyak pokok durian tu, ada satu pokok yang cukup special. Setiap kali datang musim durian, aku hanya akan makan buah tu je. Even ramai yang puji setiap buah dari pokok-pokok lain tu sedap tapi aku hanya pandang sebelah mata je. Sebabnya buah dari satu pokok tu memang paling sedap. Orang yang dah biasa beli durian dari kami pun sanggup beli harga tinggi untuk buah tu. Malah ada yang pernah makan durian musang king dan kata buah musang tu sedap tapi bila merasa buah dari pokok sebijik tu pun akan berpaling tadah kata buah dari pokok tu jauh lebih sedap. In another wordnya, once kita pernah merasa the best thing then the next best thing tu just too ordinary je. Hmmm..


Suicide Squad sepatutnya boleh jadi permulaan kepada sequel-sequel film-comic adaptation yang epic sayangnya in end up jadi terlalu biasa-biasa je. Trailers yang keluar sangat hebat, soundtracks 'heathens' sangat hebat, barisan pelakon bukan calang-calang hebat tapi bila dah layan, ia tak sehebat mana. Mungkin kalau ia ditayangkan sebelum filem Dark Knight or Heath Ledger tak pernah bawak watak Joker then cerita mungkin Suicide Squad akan berjaya dan jadi siulan ramai tapi unfortunately ia tak. 


Suicide Squad ialah sekumpulan super villain yang dipaksa buat task-task mustahil oleh organisasi kerajaan di bawah penyeliaan mak cik bernama Amanda Waller ni. Aku suka part bila Superman mati dalam film Batman vs Superman ditunjukkan dalam movie ni cuba nak bagitahu yang filem ni berada dalam satu DC universe selain ada part memperlihatkan Batman & Flash. Viola Davis memang pelakon yang hebat tapi sebab aku dah layan How To Get Away With Murder then watak tu macam orang yang sama a.k.a Annalise Keating berhenti jadi lawyer, tukar nama dan masok govern but still enjoy manipulate otak & perasaan manusia. 

Supervillain dalam filem ni pulak totally tak jahat langsung. Orang jahat sepatutnya tak boleh kalah dengan emosi. Ni macam dah tengok Dragon Ball apabila setiap (hampir) orang jahat the end akan insaf dan join Goku melawan orang jahat lain. Duh. Dalam Suicide Squad animated movie (Batman: Assault On Arkham), walaupun mereka dikawal dengan letupan kat kepala but still mereka melawan balik dan memperlihatkan  kejahatan mereka. Dalam filem ni, kejahatan mereka buat ialah Harley Quinn setakat pecah cermin kedai untuk dapatkan beg tangan, Captain Memerang (Boomerang of coz) curik anak patung unicorn and even sepanjang misi tu, mereka langsung tak cedera. Jared Leto pulak yang sebelum filem keluar wayang dikatakan ambik betul-betul feel Joker tapi bila tengok filem, boleh tergelak sorang pulak bila teringat balik. 

Filem ni terlalu banyak sangat babak cuba memperkenalkan watak kot menjadikan the real actionnya terlalu kurang. Mungkin diaorang boleh guna pakai konsep Marvel buat filem individu before gabungkan semua watak besar cuma masalahnya watak yang mostly non comic-geek kenal pun setakat Joker ngan Harley Quinn je pun. Bab dalam penjara tu pulak mostly melewah-lewah, nak kata lawak-tak lawak (DC bukan Marvel so tak perlu jenaka murahan kot) dan totally membuang masa sangat sehingga kualiti watak penjahat tu tak ada. Ada yang kata filem ni nak main emosi guna idea good bad guy which orang jahat adalah mangsa keadaan (macam Maleficent) tapi eerk.., pendekatan itu pun tak menjadi. Enchantress dan abang dia yang punya god-power yang punya experience beratus tahun, punya kuasa teleport, manipulate otak orang, create unlimited zombie army (melalui ciuman which is sangat meletihkan and unhygiene) etc senang-senang je dikalahkan dengan tektik budak tadika. Jujur aku tak tahu apa matlamat dia menari tarian tradisional lama-lama kata nak cipta senjata tapi hasilnya kosong. 


Penjahat sepatutnya jadi betul-betul jahat. Contohi Joker lakonan Heath Ledger. Kita tak tahu asal usul dia, apa motivasi sebenar dia tapi dia just serang-serang dan serang bertubi-tubi tanpa kita dalam expect apa yang akan berlaku seterusnya or at least penjahat mesti ada rasa hilang ciri-ciri kemanusiaan sehingga ia boleh bagi effect pada kita.


Plus kenapa mamat yang mencurik bank yang nun jauh kat Australia menggunakan boomerang boleh join team tu? Itu dikira sebagai meta-human gak ke? Watak dia mostly tak lawak dan tak bagi apa-apa fungsi kot.







Sekarang aku dah faham kenapa Rotten Tomatoes bagi bad review tentang movie ni









Kalau korang ada layan Batman vs Superman dan tak puas hati dengan filem tu then Zack Snyder (pengarah) kata itu bukan dia punya cut. So few week ago ada keluar ultimate edition with extra 30 minit. 30 minit tu memang memberi kelegaan (kecuali part code name:Martha yang still lawak) kepada penonton or at least aku. Tapi untuk Suicide Squad pulak, David Ayer kata lak itu ialah director's cut dia. Damn, betapa statement tu mengecewakan. Kalau ada pun, setakat 15 minit extra Joker part. Harap-harap bila version tu dah keluar then ia akan bagi effect kegembiraan sikit ar kot. Or not.. 








Part yang aku paling ingat? El Diablo keluar api serang manusia berkepala blackberries tapi itupun sekadar being there done that moment. Tapi watak paling berjaya ialah Harley Quinn lakonan Margot Robbie. Harap-harap Harley Quinn akan ada filem ia sendiri kelak dan ia diarahkan oleh Christopher Nolan. Wah..., harapan setinggi gunung betul.

Monday, June 20, 2016

Hari Bapak

Apabila tiba hari-hari tertentu yang berbentuk personal seperti hari ibu, hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan etc then akan timbul beberapa kumpulan manusia tertentu di social media. Disebabkan semalam 'Hari bapak' then kita ambil contoh utama dari kes tersebut. Antara golongan yang dimaksudkan ialah:


Golongan 1. 
Kau masih tinggal serumah dengan bapak kau, bapak kau tak ada akaun mana-mana social media dan apa yang kau buat ialah kau 'paksa' dia ambik wefie, senyum palsu untuk 5 saat, upload gambar dan buat ucapan se-gramatis yang mungkin. Tapi masalahnya kau tak ucap kat depan-depan dia pun. Hmmm..


Golongan 2.
Bapak kau ada akaun social media, kau wish kat wall Facebook dan upload untuk public view dan korang dua masing-masing reply komen dengan bukan main kencang lagi dan the end of the day korang berdua jumpa dan buat dono macam tak ada apa-apa pun yang berlaku atas dunia social media selama ni tadi.


Golongan 3.
Bapak kau dah meninggal so kau upload gambar masa bersama dia or gambar snapshot surah al-Fatihah dan tulis ayat sedih-sedih mendayu. Tamat kat situ. Sedangkan in reality kau tak sedekahkan apa-apa doa pun kat dia. What? Kau harap statement Facebook kau tu boleh ringankan beban siksaan kubur dia ke?


Golongan 4.
Kau ada bapak dan kau tak wish bapak kau apa-apa tapi kau asyik nak membebel je tentang mereka-mereka yang upload status kat social media. Kau kata dia tu sekadar nak mintak perhatian je ar, jenis manusia akhir zaman yang ketagih like je, just ikut trending semasa orang sambut itu ini dia pun nak sambut gak, hari bapa ialah sambutan untuk orang bukan Islam nak menyesatkan iman orang Islam etc a.k.a semua orang buat ada je yang tak betulnya. 









Kesimpulannya
Buat apa yang kau nak buat kepada orang yang kau sayang selagi kau yakin yang ia adalah perkara yang betul. Peduli ar orang nak kata apa. Mereka dah dibagi tuhan otak & mulut then mereka akan kata ar apa mereka nak. Tapi jangan yang tuhan juga dah bagi kita akal dan telinga untuk tapi apa yang terbaik untuk kita dengar. Cumanya setiap apa yang kita buat, niat kena betul ar.

Saturday, June 4, 2016

Mati Sebelum Ramadhan

Kalau korang seusia aku then korang pasti pernah melalui zaman sekolah rendah apabila cikgu BM suruh tulis karangan bertajuk 'Kemalangan yang saya saksikan' which is most of the kids at that time realitinya tak pernah berkesempatan pun melihat mana-mana kemalangan secara live and even kalau ada sekalipun then none of us akan punya detail tentang apa, kenapa, bagaimana ia benar-benar berlaku melainkan parents bebudak waktu tu ialah tipikal Malaysian yang akan busy body bawak perlahan or berhenti tepi jalan nak join crowd sekadar nak jadi penyiasat tanpa upah or kalau zaman sekarang sekadar nak snap gambar selfie then upload kat Instagram. Hmmm..


Pagi ni tadi aku, emak dan mak cik aku pergi pasar basah untuk beli persediaan Ramadhan so dalam perjalanan ni tengok depan ada beberapa kereta berhenti. Bila dekat tengok sorang mamat pangku kepala another mamat yang dah menggelupar macam ikan hidup yang dibiarkan atas darat dengan muka penuh darah mengalir. At that moment betapa kau cuba untuk ingat balik setiap scene kematian dalam filem or mana-mana drama then ia sedikitpun tak dapat nak dibandingkan dengan keadaan melihat saat manusia dihujung hayatnya dalam situasi yang sebenar. It totally different. 


Pada usia 31 tahun, aku mulai melihat mereka-mereka yang lebih muda sebagai 'jauh lebih muda' dari aku. Sama macam mamat tu. Dia masih muda. Perjalanan hidup dia panjang lagi kalaud ia masih hidup. Banyak yang dia boleh buat dan jauh dia boleh pergi dalam 5-10 tahun mendatang. Mungkin dia dah punya baju raya dengan dalam otaknya perancangan rumah siapa dia nak pergi raya kelak. Mungkin dia dah kahwin dengan anak kecil menanti di rumah. Atau macam mana kalau dia ada banyak dosa dan baru merancang nak kembali ke pangkal jalan pada Ramadhan kelak. Sayangnya dia sedikitpun tak mampu merancang yang hidupnya akan tamat di tepi jalan tu pada waktu tu. 












Ramadhan ialah satu anugerah dari tuhan untuk umat Islam. Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya dan setiap amal ibadah akan digandakan berlipat kali pahala. Jujur aku tak takut mati tapi aku takut kalau amal ibadah aku terlalu rendah sehingga aku tak mampu masuk syurga. Atau paling tidak aku takut kalau-kalau aku tersungkur ketika kaki selangkah lagi di depan pintu syurga. 

Friday, May 27, 2016

Hospital & Hantu

Hospital ialah antara tempat-tempat dalam checklist tertinggi yang cukup terkenal dengan kes paranormalnya. Sebab kat situ banyak berlaku pendarahan sama ada melalui kelahiran, kemalangan, pembedahan or paling koman kematian. Lokasi paling femes pula ialah rumah mayat. Even bak kata orang may be setiap baju or katil kat hospital tu mungkin pernah dipakai oleh orang yang dah mati. So tak hairanlah kalau kita biasa dengar kes-kes orang dengar or jumpa budak kecil main sorang diri seawal jam 2-3 pagi, bunyi orang mandi kat toilet lewat malam tapi bila check kosong or jumpa minah tipikal berbaju putih dengan rambut panjang lurus mengurai dalam lift bla-bla-bla.


Bapak aku masuk emergency Jumaat lepas dan esoknya sehingga lima hari lepas tu ditahan diwad disebabkan kurang garam dan gula dalam darah. Benda pertama yang bermain dalam kepala hotak aku masa tu ialah: Aku nak tidur malam kat hospital. Mungkin atas faktor ubat buat aku jadi hypomanic or it is naturally aku tapi sejujurnya aku memang teruja gila bila dapat peluang keemasan tu. Feelnya macam kau diberi peluang oleh Doraemon untuk masuk dan hidup dalam mana-mana filem yang kau suka dan kau pilih Ju-On. Oh wait, no one survived dalam filem tu. Hmmm.. 

Realitinya kalau kau kenal aku then kau tahu yang aku ialah seorang penakut. Kalau aku layan filem ganas or seram yang aku download then it either aku selalu pause sehingga aku dapatkan balik keberanian aku, aku skip certain part or aku berhenti dan terus tak tengok cerita tu lagi. Tapi ada masanya aku buat sesuatu tanpa aku sedar yang aku sebenarnya takut benda tu. Teringat zamanbelajar UKM dulu, kalau mata tak dapat nak tidur then pagi-pagi jalan sorang diri pergi masuk fakulti itu ini, jalan sana sini sehingga kalau jumpa guard meronda naik motorsikal then bila dia toleh aku then dia akan terus pecut laju. It either dia fikir aku hantu or dia nampak aku bersama hantu. Hmmmm...



Sewaktu kat emergency, malamnya kakak dan abang aku jaga, malam kedua kakak aku jaga dan malam ketiga pula giliran aku. Damn, aku gila teruja. Tengah malam tu bila bapak aku dah lena then aku turun tangga dari tingkat 8, jalan kat bahagian luar bawah, duduk beberapa tempat untuk seketika, naik lift dan balik semula ke katil bapak aku. Pukul 4 macam tu aku turun sekali lagi. Kau nak tahu apa berlaku? OMFG ia sangat membosankan. Hampir setiap tempat ada je orang. Tak ada peluang untuk aku feel seram sejuk. Hospital Umum Sarawak dah terlampau padat ar. 

Malam esoknya pula bapak aku demam panas seabb infeksi kuman so aku memang tak dapat pergi mana-mana. Malam seterusnya pula aku terlebih nyenyak. Esoknya bapak aku discharged.











Kesimpulannya: aku sentiasa kurang bernasib baik dalam hampir setiap perkara termauk part paranormal. Hmmmm

Friday, May 20, 2016

X-Men Apocalypse Movie Review

Amaran: Post ini mengandungi spoiler untuk mereka-mereka yang belum menonton filem yang dimaksudkan.

Bila dapat tahu yang Apocalypse akan jadi main villain untuk trilogy kedua X-Men then aku sangat teruja. Untuk seorang kipas susah mati tapi kipas tangan (poser amature) X-Men, Apocalypse ialah salah seorang mutant yang banyak melakukan kemusnahan besar-besaran sekaligus menyusahkan hidup X-Men a.k.a dia ialah antara mutant dengan kuasa yang cukup kuat. Hari ni tadi aku tengok filem tu namun unfortunately ia agak mengecewakan. Hmmmm..


Aku tak against Oscar Isaac sebab dia memang seorang pelakon yang hebat tapi untuk membawa watak Apocalypse, physicallynya plus team costume plus make-up plus graphic editing tak membantu kot. Aku expect Apocalypse macam The Mountain dalam Game of Thrones yang mana bila tengok badannya besar bagak tu dah boleh buat kita kecut perut. Sebaliknya Apocalypse dalam filem ni ialah seorang atok tua yang keras kepala, saiz badan biasa-biasa dengan kulit warna unggu. Kalau dalam filem, Apocalypse ialah villain yang merancang semuanya dengan detail sehingga bila dia buat appearance, semuanya dah totally tak terlawan. Namun dalam filem ni, Apocalypse jenis jumpa sorang minah mutant ni then terus angkut jadi orang kanan tanpa fikir panjang. Kemudian dalam beberapa hari lepas terbangun dari kubur terus nak serang satu dunia. Duh…


Jalan cerita kali ni pulak totally dah dijangka ar. Semuanya macam been there done that. Ooh orang suka tengok scene Quicksilver dalam previous film then kita kena ulang balik. Kita kena culik Charles Xavier then baru ar team X-Men akan datang selamatkan diaorang. Sekali lagi Charles Xavier a.k.a one of the most powerful mutant ever jadi lemah dan perlukan bantuan. Magneto akan jadi jahat dan kemudian insaf balik. Unexpected? Naa. Tak ada mana-mana scene yang akan melekat dalam otak kau once kaki kau melangkah keluar dari hall wayang tu. Jalan ceritanya totally macam nurse suap nenak tua yang tak ada gigi di mana nenek tu tak terfikir sedetikpun untuk mempersoalkan apa yang sedang masuk dalam mulut dia, sebaliknya dia terus telan dan telan. Jalan cerita ni terlalu linear sehingga kita tak perlukan otak kita untuk berfikir langsung. Dah tiba masa untuk menyingkirkan Bryan Singer untuk mana-mana projek X-Men yang akan datang.


Masalah dengan movie banyak superhero ialah it hard untuk bagi equel time screen pada setiap watak. Kena bagi ini sikit, itu sikit, yang dah memang academy award kena lebih skrip dan masa tayangan, penonton suka watak tu dalam filem sebelum ni then kena bagi lebih, sana sikit, sini sikit then last-last ia jadi celaru, tergantung dan rumit.  Sehinggakan motivasi watak tu tak sampai. Even jujur cakap ada part or ada watak tu totally tak perlu kot. Contoh: part Wolverine macam dah terlebih masa pulak. Yap, ada yang kata scene tu perlu untuk trilogy terakhir filem solo Wolverine tapi still bagi aku ia dah melebih sangat. Sebaliknya aku nak tengok kuasa Jubilee (walaupun kuasa dia tak sehebat mana pun) sebab antara gambar leak keluar awal tentang filem tu ialah part mereka berempat keluar shopping. Dalam filem pulak part tu nampak sangat dah dipotong sehingga ada tak ada scene tu tak bagi apa-apa effect pada filem tu. Tak sabar tunggu director’s cut. Macam dalam filem sebelum ni ada Rogue’s cut yang bila kita tengok then baru kita faham kenapa-apa berlaku. Hmmm


Havoc mati. Angel (archangel) mati. Aku dah expect Havoc akan mati sebab dalam trailer dia tak berlawan sekali dengan the 4 horsemen. Kematian Alex Summers kiranya bagi motivasi untuk Scott untuk balas dendam ar. Unexpected? Still naa. Tapi Angel antara watak utama dalam komik terawal X-Men kot. Tapi dalam X-Men tak ada watak yang benar-benar mati yang akan kekal mati selamanya. Sentiasa ada cara nak menghidupkan watak tu balik. Mungkin bapak diaorang guna teknologi angkasa dia untuk transport anak dia tu dan Angel pula tak mati sebaliknya sekadar cedera so bapak dia yang kaya rawat dia balik or guna kaedah paling desperate: guna teknik undur masa balik macam dalam Day of The Future Past. Hmmm..


Once Sophie Turner buat penampilan then terus mulut aku terkeluar nama ‘Sansa’. Kalau Sansa ada power Jean Grey dalam Game of Thrones kan bagus. Tak ar dia jadi mangsa buli oleh para-para lelaki tak gentlemen kat Westeros. Disebabkan semua orang sayang Sophie Turner (termasuk aku) so aku suka watak dia. Tapi sekali lagi, disebabkan oleh banyak watak lain then watak dia tak berkembang mana pun. Yap, the end dia jadi Dark Pheonix. Not a surprise of coz. Even ada ura-ura kata next filem ialah tentang watak Dark Pheonix sekali lagi. Harap tak seteruk filem ketiga X-Men The Last Stand dulu as Jean Grey kata dalam filem ni third one’s always the worst.


Filem ni sepatutnya berlangsung dalam 80’s. Part 80’s nya? Hmmmm


Final battlenya? Aku harap berlaku aksi yang lebih dengan scene yang unexpected ar. Sekurang-kurangnya tak ada part ‘Martha’ macam dalam Batman vs Superman which is aku fikir ia akan berlaku masa Quicksilver nak kata kat Magneto yang dia ialah anak dia. At least that did not happen. The four horsemen tu pulak tak sekuat mana. Paling hampagas ialah bila endingnya Magneto & Mystique jadi baik. OMFG betul. Juju raku expect yang Magneto mati dan Quicksilver buat group Brotherhood of Mutants ke. Paling tak, Moira dapat balik ingatan dan bagitahu Xavier yang budak dalam gambar tu ialah anak diaorang bersama (which is anak diaorang akan jadi another one of most powerful mutant)




Part aku suka: Masa Magneto tahu yang dia ada kuasa earth bending (terus teringat masa Toph: The Last Air Bender dapat tahu yang dia boleh bend selain tanah), Quicksilver belasah Apocalypse dalam versi slow motion, anak Magneto tunjuk power mutant dia, Cyclops tunjuk power membelah pokok, Mystique menyamar jadi Olivia Munn, Jean Grey tunjuk power baru bla-bla-bla.



Aku harap next movie tak akan mengecewakan  seperti ni ar. Ia tak ar teruk sangat especially kalau ini ialah filem X-Men pertama yang kau baru tengok dan kau langsung tak pernah baca mana-mana komik X-Men. Filem ni mengecewakan sebab ia ia sama level macam filem terakhir. Still bagi aku the best X-Men movie ialah First Class. Harap next movie akan ada Emma Frost balik dengan circle of psychic groupnya or Mr Sinister or group mutant underground yang aku tak ingat nama diaorang or mutant angkasa yang still aku tak ingat nama diaorang or kembar Charles Xavier yang jahat ke. Tapi kalau dari end credit scene, ia macam Mr. Sinister ar cumanya ia tak menjanjikan apa-apa ar.  Yang penting kena carik pengarah lain.






So sure in the nearest future Wolverine alone movie akan keluar (Watak terakhir Hugh Jackman as Wolverine), Gambit Origin (yang aku masih lagi tak jumpa kerelevenan filem ni untuk keluar sedangkan banyak lagi watak-watak lain perlu stand alone terlebih dahulu), The New X-Men (ura-ura), Deadpool kedua (harap akan ada banyak lagi watak X-Men akan buat crossover) dan bla-bla-bla. 

Thursday, April 28, 2016

Sarawak, Politik & Pilihanraya

Tak kira siapa kau, apa orientasi politik kau atau di mana korang berada, pastinya korang akan setuju yang pilihanraya ialah aktiviti yang sepatutnya djalankan yearly. Atau paling tak pun buat monthly. Sebabnya? Semasa kempen sedang berlangsung, banyak keajaiban dunia yang berlaku seperti muka-muka pemimpin yang langsung tak pernah nampak batang hidung or jenis pemimpin muka ketat suddenly selalu je turun padang dengan muka tak lekang dengan senyuman memanjang. Itu belum masuk part janji-janji setinggi langit ke tujuh yang ditabur macam effect CGI je. Hmmmm...


Kalau korang seorang rakyat Malaysia yang prihatin then korang pasti dah tahu tapi kalau tak then korang pasti akan mempersoalkan 'Kenapa kebelakangan ni banyak sangat rancangan dan berita tentang Sarawak dan ia tak ada kaitan sedikitpun dengan buaya?'. Kalau kau berada di Sarawak then korang akan mempersoalkan 'Kenapa banyak sangat jalan raya ditar semula ni? Or kenapa khutbah Jumaat asyik-asyik kata jangan khianati pemimpin, kekalkan kepimpianan sedia ada etc?' Hey, itu ialah ciri-ciri biasa menunjukkan yang pilihanraya negeri Sarawak just around the corner. 

Apabila menyentuh tentang politik dan Sarawak, ia agak berbeza (sedikit je kot) dengan politik di Semenanjung (Im not sure tentang Sabah). Ada partnya ia berbunyi kelakar tapi dalam masa sama boleh buat kau geram, marah, kecewa or kelakar balik. Post ni aku dedikasikan untuk semua Malaysians and especially rakyat Sarawak tentang apa yang kita buat tapi kita tak perasan tentangnya (p/s: ia tak merujuk kepada semua rakyat Sarawak tapi it happens). 


1.
Apabila toll jambatan Tun Salahuddin dibuka, antara reaksi pelik yang aku sendiri dengar ialah 'Bestnya, Sarawak sekarang dah ada toll (realitinya ada toll lain lagi sebelum tu). Sekarang Sarawak dah sama maju dengan Semenanjung. Tak sabar ar nak bayar toll bla-bla-bla'. Kemudian as time goes by mereka membebel setiap kali bayar toll dan lastly bila diumumkan semua toll di Sarawak akan dimansuh then ada lagi suara-suara kata 'Eh bestnya dah tak perlu bayar toll lagi. Tok Nan her kami. Sekarang Sarawak bebas toll. Pasti orang Semenanjung cemburu bla-bla-bla..' Masalahnya tak ada sesiapa pun yang nak mempersoalkan kenapa perlunya kewujudan toll tu at the first place? Sungai Sarawak tu kontot je kot. Kalau nak dibandingkan dengan Jambatan Pulau Pinang memang akan jadi bahan gelak je ar. Tak kan ar kerajaan negeri Sarawak miskin sangat sampai tak mampu buat jambatan sehingga terpaksa konsesikan kepada pihak swasta pulak? Hmmm..



2.
Orang Sarawak sangat fobia apabila datang part UMNO akan masuk Sarawak. Aku tak pasti siapa yang start tanamkan culture of fear tu kepada Sarawakian tapi dari aku kecik lagi benda tu dah aku dengar. Konon ceritanya kalau UMNO masuk then orang Sarawak yang berbagai kaum akan berpecah belah disebabkan oleh idealogi UMNO yang radically racist. Cuma masalahnya kenapa tak sokong UMNO tapi support BN sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang BN tu dimonopoli dan diketuai oleh UMNO itself? Ia macam orang Melayu yang tak makan babi tapi tak kisah untuk sirup sup babi. Sebabnya? Sup tu air dan Fizikal daging babi tak nampak. Faham tak? Lagipun kalau UMNO masuk Sarawak, penyertaan Melayu akan jadi sikit sebab Melayu di Sarawak around 30% je. Mungkin akan jadi macam di Sabah di mana Bumiputera lain akan diberi pengecualian untuk join sekali. Cuamnya sekali lagi, kalau awal-awal Sarawakian dah rejected UMNO then tak akan ada sesiapa pun yang akan berjaya paksa mereka untuk masuk UMNO, paksa pakai baju Melayu puith dengan samping merah or paksa buat-buat ketawa masa dengar ucapan kat perhimpunan agung UMNO ar kan? 



3.
Part paling taku tak suka setiap kali masuk pilihanraya ialah pada poster-poster yang berselerakkan yang ada kat mana-mana. Simpang jalan, atas pokok, bawah pokok, atas bulatan (yap, Sarawak ada banyak bulatan), kat tiang-tiang, atas bangunan, dindng bangunan bla-bla-bla. Untuk orang yang susah nak fokus macam aku then ia sangat menganggu masa pemanduan aku. Last week aku hampir nak accident melanggar sebijik kereta sebab bendera dipasang kat tempat yang tak sepatutnya. Plus aku selalu terfikir kalau budjet yang diguna untuk print, upah pasang tu semua disalurkan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan (paling tak pun untuk selesaikan hutang 1MDB) then pasti kemiksinan di negara ni dah lama selesai. Bagi aku matlamat poster masa pilihanraya ni dah macam sorang perempuan hodoh yang punya perangai buruk yang nak tak nak terpaksa tacap make-up tebal-tebal semata-mata nak dapat satu like kat Instagram. Hmmm...



4.
Part paling lawak apabila masuk pilihanraya pula ialah bila kau dengar or baca statement dari mereka yang tak tahu macam mana sistem piliharaya or kerajaan tu berfungsi. Then it normal setiap kali pilihanraya untuk dengar statement macam 'Kerajaan dah bina hospital, sekolah, jalan raya. Apa pembangkang dah buat selama ni?' Orang-orang jenis tu biasanya tak tahu perbezaan antara parti politik & kerajaan or fikir BR1M ialah duit Najib yang dia sangat baik hati sebab nak bagi kat rakyat etc. Realitinya mereka-mereka tu tak tahupun kuasa sebenar ialah pada tangan mereka. Sebab utama pilihanraya diadakan ialah supaya kita-kita semua boleh pilih sorang mamat yang dipercayai untuk urus wang-wang kita. Yeah, we are the tax payer. Duit kita itulah yang digunakan untuk bina hospital, sekolah tu semua. Malah duit kita itulah yang bayar gaji wakil rakyat (yap wakil kepada rakyat) tu semua supaya mereka berkerja dan bukannya guna duit kita untuk pergi melancong guna jet peribadi untuk beli cincin or beg tangan etc. So kenapa pulak kita nak persoalkan kenapa pembangkang tak buat kerja tu semua?  It seem kita upah A untuk bina rumah kita tapi kita salahkan B sebab tak buat kerja.











Kalau korang baca apa yang tertulis kat atas then nampak sangat aku ni jenis anti-kerajaan ar kan tapi dalam masa yang sama sebenarnanya aku bukan ar pro-pembangkang mana sangat pun. Pembangkang di Sarawak ni macam tangkap muat je. Jenis nak tak nak je. Masalahnya pula pemimpin tempatan sedia ada jenis yang lebih kurang sama. Orang-orang Sarawak kata Tok Nan berbeza berbanding pemimpin sebelum dia (you know who). Bak kata golongan veteran, Taib masa mula-mula jadi Ketua Menteri dulu pun lebih kurang pijak semut tak mati gak.Macam orang dah lama kahwin, baru ar nampak taring masihng-masing. Lagipula kalau kau tengok betul-betul ia dah macam guna psikologi 'Bad Cop, Good Cop'. Ambik contoh: Taib menamatkan legasinya dengan toll dan Tok Nan muncul dengan menghapuskan toll tu lalu menampakkan yang dia ialah hero. Sedangkan realiti mereka ialah satu team dan semuanya dah dirancang jauh lebih awal. Teori konspirasi? Perhap yes perhap not. Who know laa kan?




Jujur cakap Sarawak dah jadi makin tak selamat sejak dua menjak ni. Kecurian, pecah rumah, samun itu ini dah makin kerap. Nak tak nak kena akui gak ekonomi tak stabil, harga barang makin naik, gaji tak naik, kos sara hidup meningkat jadi punca. Walaupun Ahmad Maslan asyik kata GST akan menurunkan beban rakyat tapi kita tahu ia tak. Jadi, jangan pilih lebih banyak menteri dengan CGPA 3.85 tapi hanya tahu buat lawak je kerjanya.







So sure, buat pilihan terbaik masa pilihanraya nanti. 

Monday, March 28, 2016

Projek Plushie oleh Aj Abdullah Part 3: The Plushie

Kau ada masalah setiap kali nak memilih hadiah untuk yang tersayang? Kau nak bagi anak patung tapi mostly semua toys yang ada di pasaran sekarang ni terlalu mainstream sedangkan kau nak sesuatu yang totally bertentangan. Kau nak sesuatu yang punya ciri-ciri personal dari kau khas untuk si dia yang tersayang tu. Kalau boleh kau nak tetapkan sendiri apa yang perlu ada pada hadiah tu sehinga ke sekecil-kecil detail. Tahniah kerana anda sedang berada di page yang tepat kerana aku akan cuba untuk menyelesaikan masalah korang tu. 


Projek Plushie oleh Aj Abdullah aku ni ada 2 produk utama: Plushie Kosong & The Plushie. The Plushie ni pendek katanya plushie ar. Panjang katanya pulak ialah

1. Kau create design plushie yang kau nak. Kau boleh lukis atas kertas then scan, lukis atas screen smartphone, kau ada gambar plushie yang kau jumpa kat internet or paling tak pun kau bagitahu aku apa yang ada dalam otak kau kat aku.
2. Kita bincang itu ini, apa yang dapat dan tak dapat dibuat dan akhir sekali kita sepakat.
3. Then kau bayar aku.
4. Aku jahit plushie seperti mana yang kau nak and lastly
5. Aku pos kat kau dan kau akan milikki The Plushie yang hanya ada satu-satu di dunia ni.


Q&A
1. Q: Dari sekecil sehingga ke sebesar mana saiz yang aku boleh demand?
Ia terpulang kepada kau. Yap, customer always right kan tapi jangan ar demand yang melampau-lampau sangat. Kau nak plushie saiz sebenar Ant-Man or Groot memang nak kena pelempang ar kan? Contoh macam gambar bawah ni kira kecil yang boleh diterima lagi ar. 


2. Q: Macam mana pula dengan standard price for the standard sizenya?
Harga bergantung kepada saiz dan complicated designnya. Tapi aku letakkan perbandingan untuk plushie saiz dibawah dengan harga RM30. Tapi sekali lagi semuanya bergantung pada saiz dan serumit mana design yang kau nak tu.


3. Q: Aku ada satu idea ni tapi aku tak pandai melukis so macam mana eh?
Kau just bagitahu aku apa kriteria or ciri-ciri yang kau nak. Kalau kau jumpa kombinasi gambar-gambar di internet yang boleh mengambarkan apa yang kau nak pun lebih baik. Contoh macam dalam gambar dibawah ni.


Dan hasil akhirnya seperti di bawah:




4. Q: Kalau plushie aku tu tak berbentuk manusia or binatang boleh tak?
Kenapa tidak. Aku sukakan cabaran. Kalau kau nak buat plushie pizza ke, jam ke etc aku on je. Kalau aku tak dapat buat then awal-awal lagi aku akan bagitahu kau.


5. Q: Anak aku yang umur 3 tahun tu baru pandai melukis dan dia lukis muka aku. Walaupun rupa aku dalam lukisan tu macam lelaki cacat yang dilanggar lori tapi ia sangat sweet. Boleh tak kalau kau realisasikan lukisan tu?
Ya, of coz la boleh sebab sejujurnya ia adalah antara inspirasi awal yang membawa kepada Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni dulu.


6. Q: Aku ada simpan baju baby anak aku dulu. Boleh tak kau buat plushie baby ikut saiz baju anak aku tu.
Bak kata Ipin ‘Boleh-boleh-boleh’


7. Q: Aku ada jumpa satu gambar plushie ccantik kat internet ni. Kau boleh tolong buatkan tak?
Kalau boleh aku akan buat tapi kalau tak boleh then kita bincang untuk alter sana sini sampai boleh. Tapi kalau memang tak boleh tu, aku memang akan cakap awal-awal lagi ar.


8. Sample lain?
Kau suka kucing dan ada kucing belang-belang & kau minat character Puss in Boot dalam karya klasik. So kau nak mix semuanya so terhasillah imej di bawah:






So jadilah antara yang terawal untuk dapatkan the plushie korang tu dengan:



e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie






Perhatian
Plushie yang dihasilkan oleh Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni ialah produk handmade hampir sepenuhnya a.k.a ianya bukan buatan kilang dari China. Makanya ia sangat fragile, jahitannya takkan selamanya kemas, gamnya ada yang akan mudah tertanggal or in other wordnya ia tak sempurna. Sama macam manusia, tak kesempurnaan itulah yang menjadikan setiap seorang kita special ar kan (ayat poyo). Dan untuk sesesiapa yang dah pernah beli benda handmade then korang tahu yang setiap satu karya tu istimewa sebab ada raasa connection between you and si pembuat. Rahsianya? Ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang (aaaa~~.., so poyo punya ayat)

Projek Plushie oleh Aj Abdullah: Part 2 Plushie 'Kosong'

Korang pernah terfikir tak yang mostly anak patung hari ni tak benar-benar berfungsi sangat. Balak beli teddy bear saiz gergasi bagi kat awek, awek peluk happy, ambik lebih 1000 selfie bersama then upload kat Instagram, bawa balik rumah letak atas katil then start main phone tanpa henti. Parents beli anak patung, mainan itu ini bagi kat anak, anak happy tapi tak sampai 5 minit then dah kembali bermain dengan tablet. Mungkin sebab teddy bear, anak patung or mana-mana permainan hari ni dah terlalu mainstream, banyak sangat melambak kat pasaran, senang didapati, murah dibeli, (plus imaginasi manusia dah terkikis oleh teknologi) sekaligus menjawab soalan kenapa ia tak dihargai sangat. So there come Plushie 'Kosong'.



There a wisdom word kata there are no two men alike or translate BMnya tak ada dua manusia yang secara fizikalnya sama. Tapi masalahnya semua teddy bear mukanya mostly sebijik je. Korang google je word teddy bear then kau pasti setuju kata-kata aku tadi. Barbie jangan cakap lagi ar. Dari zaman 50-an sampai sekarang memang sama je. Dah macam mangsa pembedahan plastic kat Korea pulak. Ia tak ada ciri-ciri special yang mampu membezakan patung A dengan patung B,C,D sampai Z langsung. So there come an idea of Plushie 'Kosong'.


Q&A:
1. Plushie 'Kosong' ni apa sebenarnya? 

Ia adalah Plushie plain satu warna (korang boleh minta lebih sebab you are the customer & customer always right plus korang yang bayar untuk semuanya) tanpa ada apa-apa rekaan atau apa-apa benda asing melekat padanya.






2. So kalau ia kosong then kenapa aku nak beli?

Sebab di dunia ni sentiasa ada manusia yang tak nak nampak sama dengan manusia-manusia yang lain. Dalam erti kata lain, mereka nak menghias sendiri plushie tu supaya ia nampak unik dan tak sama dengan mana-mana plushie yang ada di dunia ni. Cumanya mereka tak tahu nak jahit sendiri fizikal anak patung tu. Sama macam cupcake. Korang tak tahu or tak ada masa nak masak cupcake tapi korang nak hias sendiri cupcake tu dengan imaginasi yang dah ada dalam kepala hotak korang. So kau order cupcake kosong dari bakery, kau beli bahan-bahan hiasan, hias cantik-cantik, snap gambar dan berlagak kat Instagram. That it.


3. So apa yang aku perlu buat kalau aku nak Plushie 'Kosong' ni?

Korang just request reka bentuknya. Kau nak bentuk manusia muka segiempat, alien tangan panjang, kucing etc ke, kita bincang itu ini, aku jahit, pos kat kau dan selebihnya bergantung kepada kreativiti korang. Korang nak letak 3 mata ke, pakai tudung belit-belit ke, rambut terpacak, tahi lalat bawah bibir, ia adalah milik kau sepenuhnya. 


4. Mana nak beli barang-barang untuk mata, baju, segala benda alah hiasan pelbagai tu?

Laa, zaman sekarang semuanya boleh dapat dengan mudah. Kat kedai kain ada, kat mr. DIY ada, kat Daiso melonggok banyak dengan harga RM5 (dan GST 30 posen) satu bungkus of banyak colour, Kaison dan banyak ar lagi kedai dengan nama pelik-pelik jual benda ni.



5. Harga? Mesti mahal kan?

Harganya serendah RM15 jer. Tapi RM15 tu untuk saiz bermula sekitar14cm x 25cm dengan design mudah seperti contoh dalam gambar je ar (kalau semua murah then muflis ar pok cik). Makin besar saiz or makin complicated rekaan Plushie 'Kosong' tu then makin naik ar harganya. Tapi ia tak akan naik melampau mana sangat ar kalau tak melampau rekaanya. Lagipun ia kosong apa.







6. RM15 tu belum masuk delivery lagi kan? Lepas tambah itu ini pasti mahal.

Untuk permulaan aku letak harga RM15 (saiz yang dimaksudkan tu) termasuk delivery ke Sarawak je. Semenanjung & Sabah aku akan letak extra caj penghantaran bergantung pada saiz & berat permintaan kau ar (imagine paket prabayar Pos Malaysia je dah RM15 sebijik). Korang mesti kata ‘Macam terbalik je?’ Nak buat macam manalah kalau aku beroperasi dari Kuching, Sarawak. Tapi in the future aku tak boleh bagi kepastian sepenuhnya lagi ar. GST buat harga barang terus naik dan naik (thanks kepada certain pengundi). Kain felt permeter yang aku selalu beli pun dah naik hampir RM2 selang beberapa bulan. Hmmm..


7. Target market produk ni untuk siapa sebenarnya?

Untuk sesiapa pun boleh. Bagi parents yang ada anak-anak asyik melekat kat tablet 24/7 so korang boleh buat aktiviti 'quality time' sama-sama. Ia tak perlu siap sesegera mungkin sebaliknya mula dari pergi kedai pilih warna untuk rambut, lukis cadangan projek sama-sama, gunting mata, jahit baju, gam sana sini kat muka plushie. Saat tu pasti imaginasi kreatif anak kau yang kau sendiri tak perasan akan keluar. Of coz laa akan berlaku banyak episode gelak ketawa dan akhirnya kau dah menghasilkan memori terindah kat otak anak-anak kau dan siap dengan souvenir anak patung edisi satu-satunya di dunia lagi.

Untuk cikgu-cikgu sekolah, boleh buat aktiviti bersama anak-anak murid. Untuk anak murid boleh  buat plushie bagi kat cikgu sebagai hadiah penghargaan hari guru.

Untuk Hipster memang mainan diaorang ar benda ni kan?

Untuk yang suka mengamalkan ilmu hitam then boleh buat voodoo (dosa tanggung sendiri).

Untuk mereka yang mentally unstable then boleh puja plushie tu sampai jadi macam patung dalam filem Annabelle or The Boy ke..

Untuk otak asyik fikir 18SX memanjang then sukahati korang aar nak buat apa…


8. Sample Plushie Kosong yang dah tak kosong lagi?

Menggunakan sample atas tadi aku hasilkan 2 plushie:



1. Plushie Ipin dari animasi Upin & Ipin & kawan-kawan.





2) A hipster menggayakan fesyen 70-an.








So dah tak sabar nak decorate plushie korang sendiri then jadilah antara yang terawal untuk dapatkan plushie kosong korang tu dengan:

e-mail: projeckplushie@yahoo.com
Sms/Whatapps: 014-8865161
Facebook/ FB Messanger: Projek Plushie oleh Aj Abdullah
Instagram: projekplushie


Perhatian

Plushie yang dihasilkan oleh Projek Plushie oleh Aj Abdullah ni ialah produk handmade hampir sepenuhnya a.k.a ianya bukan buatan kilang dari China. Makanya ia sangat fragile, jahitannya takkan selamanya kemas, gamnya ada yang akan mudah tertanggal or in other wordnya ia tak sempurna. Sama macam manusia, tak kesempurnaan itulah yang menjadikan setiap seorang kita special ar kan (ayat poyo). Dan untuk sesesiapa yang dah pernah beli benda handmade then korang tahu yang setiap satu karya tu istimewa sebab ada raasa connection between you and si pembuat. Rahsianya? Ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang (aaaa~~.., so poyo punya ayat)