Showing posts with label Batman vs Superman. Show all posts
Showing posts with label Batman vs Superman. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Justice League Movie Review

Waktu aku dapat tahu Zack Snyder akan direct Batman vs Superman dulu then aku sangat happy sebab based on arahan dia dalam Watchmen (dan Man of Steel) sangat marvelous tapi bila tengok wayang then aku jadi keliru sebab macam banyak sangat isi tempat kosong yang berlaku. Tapi bila tengok versi Ultimate Edition then baru faham. So tadi aku layan Justice League dan ini review dari aku plus ia ada spoiler so jangan kata abang tak warning..


Justice League berlangsung selepas Superman mati, dunia berkabung, harapan hilang, Wonder Women masih lagi buat part timer jadi superhero, Batman nak tahu tentang mahkluk asing yang bakal menyerang bumi dan dalam masa sama sedang merekruit team tu maka berlakulah pengenalan watak Flash, Aquaman dan Cyborg. Tamat.

Best part: Babak pergaduhan Amazon women ngan Steppenwolf yang menampakkan betapa warrior dan gagah perkasanya perempuan-perempuan kat pulau tu. Kat filem Wonder Women tak nampak mana power sangat tapi dalam filem ni lain ar. Babak tu totallu WOW ar..

Second part masa Superman hidup lepas mati dan dalam keadaan keliru dia serang team tu dan team tu langsung tak dapat nak lawan Superman sorang pun best. Part yang berjaya mengejutkan aku ialah Superman dihidupkan semula pada pertengahan movie. Aku fikir, bila filem dah nak tamat baru Superman muncul selamatkan keadaan. Tapi kalau Superman lama lagi keliru jadi makin best ar.

Aku suka dia selitkan easter egg Green Lantern

Jason Mamoa bawak watak Aquaman pun best gak walaupun perwatakkannya mengelirukan. Memula serius lepas tu goofy. Rasanya sebab Josh Wheedon ar kot (baca seterusnya). 



Part tak best: Filem ni diarah oleh 2 pengarah. Zack Snyder undur diri sebab anak dia bunuh diri so Josh Wheedon ambik alih. Josh Wheedon terkenal dengan adegan tengah serius-serius tetiba ada line lawak. Kalau yang tak layan Buffy or Angel then sila tengok filem Avenger. Kalau korang dah tengok filem ni then faham ar. Aku tak suka some of part lawak-lawak tu. DC comic terkenal dengan imej darknya. Plus adengan lawak terutama melibatkan Flash rasa macam tak perlu kot.

Dan disebabkan pertukaran pengarah so banyak adegan dire-shoot and even endingnya pun di tukar. So part kedua aku tak suka ialah pada ending. Kenapa filem superhero-superhero ni terlalu eager nak membunuh watak jahat sangat ar? Punya ar jahat, buat kehancuran sana sini, dah banyak planet dia hancurkan dan tiba-tiba tak sampai 10 minit, berlawan itu ini terus mati macam tu je. Dan dalam berjuta-juta parademons tu, tamat tak sampai seminit je. Aaaargh..!!!

Ketiga: Batman. Dalam komik or animation, Batman seorang yang bijak, pandai strategi dan paling penting ego nak mampus. Tapi dalam movie ni dia seorang yang clueless dan seorang lelaki yang dalam hati ada taman je. Ending dalam filem ni dia dan Superman jadi BFF. OFMG mengarut nak mampus. Batman dalam komik, punya ar keras kepala semua idea orang lain dia bangkang, walaupun ada Justice League tapi dia masih buat kerja sorang-sorang dan siap sediakan kelemahan dan cara menewaskan setiap member dalam team tu.

Dan kemudian ada scene yang sangat tak boleh diterima akal yang waras. Contoh: Steppenwolf nak cari 3 motherboxes untuk hancur dan recreate balik dunia seperti yang dia mahu. Kotak pertama, punya ar hebat perlu berlawan dengan tentera Amazon. Yang kedua, dia berpotensi kalah sebenarnya sebab berlawan dalam air tapi tentera Atlantis setakat 5-6 orang je kot manakala kotak ketiga yang paling senang dicari pulak ambik masa paling lama. Perlu culik orang ar, culik pulak ambik masa baru nak temuramah dan last-last jumpa tak sampai seminit terus blah. 








Dan korang juga akan mempersoalkan scene-scene yang ada kat trailer tapi tak ada dalam filem. Yap, kat barat mereka cenderung buat trailer yang tak ada kaitan dengan movie or mungkin gak ia ut scene kot. Heharap macam Batman vs Superman, ada edisi Ultimate Edition gak.

Tak sabar untuk filem Aquaman dan Flash. Cyborg? Harap dia join Teen Titan dan buat movie tentang tu pulak.







Kesimpulannya: Cerita ni tak ar seteruk Suicide Squad tapi tak ar sehebat Dark Knight. Cuma just imagine kalau Christopher Nolan mengarah Justice League sebab dia tak suka guna CGI.

Thursday, August 11, 2016

Suicide Squad Movie Review

Kat kebun aku ada banyak pokok durian tapi dalam banyak-banyak pokok durian tu, ada satu pokok yang cukup special. Setiap kali datang musim durian, aku hanya akan makan buah tu je. Even ramai yang puji setiap buah dari pokok-pokok lain tu sedap tapi aku hanya pandang sebelah mata je. Sebabnya buah dari satu pokok tu memang paling sedap. Orang yang dah biasa beli durian dari kami pun sanggup beli harga tinggi untuk buah tu. Malah ada yang pernah makan durian musang king dan kata buah musang tu sedap tapi bila merasa buah dari pokok sebijik tu pun akan berpaling tadah kata buah dari pokok tu jauh lebih sedap. In another wordnya, once kita pernah merasa the best thing then the next best thing tu just too ordinary je. Hmmm..


Suicide Squad sepatutnya boleh jadi permulaan kepada sequel-sequel film-comic adaptation yang epic sayangnya in end up jadi terlalu biasa-biasa je. Trailers yang keluar sangat hebat, soundtracks 'heathens' sangat hebat, barisan pelakon bukan calang-calang hebat tapi bila dah layan, ia tak sehebat mana. Mungkin kalau ia ditayangkan sebelum filem Dark Knight or Heath Ledger tak pernah bawak watak Joker then cerita mungkin Suicide Squad akan berjaya dan jadi siulan ramai tapi unfortunately ia tak. 


Suicide Squad ialah sekumpulan super villain yang dipaksa buat task-task mustahil oleh organisasi kerajaan di bawah penyeliaan mak cik bernama Amanda Waller ni. Aku suka part bila Superman mati dalam film Batman vs Superman ditunjukkan dalam movie ni cuba nak bagitahu yang filem ni berada dalam satu DC universe selain ada part memperlihatkan Batman & Flash. Viola Davis memang pelakon yang hebat tapi sebab aku dah layan How To Get Away With Murder then watak tu macam orang yang sama a.k.a Annalise Keating berhenti jadi lawyer, tukar nama dan masok govern but still enjoy manipulate otak & perasaan manusia. 

Supervillain dalam filem ni pulak totally tak jahat langsung. Orang jahat sepatutnya tak boleh kalah dengan emosi. Ni macam dah tengok Dragon Ball apabila setiap (hampir) orang jahat the end akan insaf dan join Goku melawan orang jahat lain. Duh. Dalam Suicide Squad animated movie (Batman: Assault On Arkham), walaupun mereka dikawal dengan letupan kat kepala but still mereka melawan balik dan memperlihatkan  kejahatan mereka. Dalam filem ni, kejahatan mereka buat ialah Harley Quinn setakat pecah cermin kedai untuk dapatkan beg tangan, Captain Memerang (Boomerang of coz) curik anak patung unicorn and even sepanjang misi tu, mereka langsung tak cedera. Jared Leto pulak yang sebelum filem keluar wayang dikatakan ambik betul-betul feel Joker tapi bila tengok filem, boleh tergelak sorang pulak bila teringat balik. 

Filem ni terlalu banyak sangat babak cuba memperkenalkan watak kot menjadikan the real actionnya terlalu kurang. Mungkin diaorang boleh guna pakai konsep Marvel buat filem individu before gabungkan semua watak besar cuma masalahnya watak yang mostly non comic-geek kenal pun setakat Joker ngan Harley Quinn je pun. Bab dalam penjara tu pulak mostly melewah-lewah, nak kata lawak-tak lawak (DC bukan Marvel so tak perlu jenaka murahan kot) dan totally membuang masa sangat sehingga kualiti watak penjahat tu tak ada. Ada yang kata filem ni nak main emosi guna idea good bad guy which orang jahat adalah mangsa keadaan (macam Maleficent) tapi eerk.., pendekatan itu pun tak menjadi. Enchantress dan abang dia yang punya god-power yang punya experience beratus tahun, punya kuasa teleport, manipulate otak orang, create unlimited zombie army (melalui ciuman which is sangat meletihkan and unhygiene) etc senang-senang je dikalahkan dengan tektik budak tadika. Jujur aku tak tahu apa matlamat dia menari tarian tradisional lama-lama kata nak cipta senjata tapi hasilnya kosong. 


Penjahat sepatutnya jadi betul-betul jahat. Contohi Joker lakonan Heath Ledger. Kita tak tahu asal usul dia, apa motivasi sebenar dia tapi dia just serang-serang dan serang bertubi-tubi tanpa kita dalam expect apa yang akan berlaku seterusnya or at least penjahat mesti ada rasa hilang ciri-ciri kemanusiaan sehingga ia boleh bagi effect pada kita.


Plus kenapa mamat yang mencurik bank yang nun jauh kat Australia menggunakan boomerang boleh join team tu? Itu dikira sebagai meta-human gak ke? Watak dia mostly tak lawak dan tak bagi apa-apa fungsi kot.







Sekarang aku dah faham kenapa Rotten Tomatoes bagi bad review tentang movie ni









Kalau korang ada layan Batman vs Superman dan tak puas hati dengan filem tu then Zack Snyder (pengarah) kata itu bukan dia punya cut. So few week ago ada keluar ultimate edition with extra 30 minit. 30 minit tu memang memberi kelegaan (kecuali part code name:Martha yang still lawak) kepada penonton or at least aku. Tapi untuk Suicide Squad pulak, David Ayer kata lak itu ialah director's cut dia. Damn, betapa statement tu mengecewakan. Kalau ada pun, setakat 15 minit extra Joker part. Harap-harap bila version tu dah keluar then ia akan bagi effect kegembiraan sikit ar kot. Or not.. 








Part yang aku paling ingat? El Diablo keluar api serang manusia berkepala blackberries tapi itupun sekadar being there done that moment. Tapi watak paling berjaya ialah Harley Quinn lakonan Margot Robbie. Harap-harap Harley Quinn akan ada filem ia sendiri kelak dan ia diarahkan oleh Christopher Nolan. Wah..., harapan setinggi gunung betul.

Thursday, March 24, 2016

Batman vs Superman A Movie Review

Post kali ni mengandungi spoiler untuk sesiapa yang belum ke panggung wayang untuk menonton filem Batman vs Superman: A Down of Justice melainkanlah korang memang jenis nak baca review dulu dan kemudian angguk-angguk setuju masa dalam hall dan teringat review aku ni. Hmmm..

First word tentang movie ni: Messy. 


Masa diannounce filem Batman vs Superman akan keluar dulu then aku cukup teruja ar. Walaupun aku bukan die hard fan comic DC tapi dua-dua tu ialah superhero iconic kot. Plus dua-dua kira orang baik yang bergaduh sesama sendiri. Sebagai anak buah setan, syok apa. So sebelum filem tu keluar, aku awal-awal dah download dan tonton filem-filem animated tentang superhero utama DCs dan ternyata ia sangat best. Kemudian bila dibagitahu Ben Affleck akan bawa watak Batman then aku kecewa sebab dia nampak poyo kot tapi bila trailer demi trailer keluar then teringat versi komik Batman dah tua. And even masa cerita dah start, aku langsung tak ingat apa konotasi awal aku tentang mamat dagu besar tu.

Kenapa aku kata cerita ni messy? First sebab sehingga tamat 2 jam setengah then kita tak tahu apa sebab sebenar diaorang berdua ni bergaduh sebenarnya. Rasa benci Batman tu ada tapi ia tak sampai sangat. Macam plot-plot kecil dalam cerita ni yang nampak macam berebut dan semuanya nak dipadat semuanya dalam satu filem. Yap, susah kot nak pastikan kedua-dua superhero tu punya air time yang sama kot. Masalahnya bukan mereka berdua je malah nak masuk sekali Lois Lane (yang aku rasa agak penyebok tak bertempat) Lex Luthor & Wonder Women sekali. Seolah-olah ada terlampau banyak informasi yang nak dibagi dan ia dibagi sekaligus. Memang berserabut ar.

FYI, filem ni ialah sequel kepada Man of Steel so rasanya ia lebih berat sikit kepada Superman ar. Tapi sekali lagi semuanya nampak berserabut. Tekanan yang diberikan oleh masyarakat dunia (especially Metropolis) terhadap Superman pun tak sampai. Semuanya berebut. Even episode Batman berlawan dengan Superman pun tak bagi rasa puas sangat ar. 

Penjahat cerita ni pun tak seberapa mana sangat. Lex Luthor tu psiko tapi ia tak sampai (kecuali satu part ni), Doomsday pulak setakat beberapa minit berlawan dan kemudian mati. Mereka tak sepandai Joxer dalam Dark Knight yang buat kita resah tak senang duduk or macam Bane dalam Dark Knight Rises yang ada plan yang buat kita nak tahu apa akan berlaku seterusnya. Jesse Eisenberg tak seberapa sesuai kot untuk watak tu. Dia macam sama jer dengan mana-mana watak yang dia pernah bawak dalam mana-mana filem yang dia pernah berlakon sebelum ni. Budak nerd yang syok sendiri. p/s: sepatutnya Lex Luthor ada plan nak melaga-lagakan 2 superhero tu tapi plan dia hmmm.. seriusly?

Wonder Women pulak sekadar cameo tapi part dia berlawan scene habis tu best ar. Memang tak ada definisi gender bias kecuali part pakaian ar. Mana taknya, superhero lelaki hampir tutup semua kulit tapi dia memang tak syariah compliance pulak. Dah ar berlawan raksaksa pakai skirt pendek pulak tu. Tapi memang dia kena hentam habis-habis tanpa belas kasihan ar dan dia berlawan pun buat kau tepuk tangan gaya gentelmen. Part yang aku tak suka ialah bila dia bukak file dibagi Batman yang ada cameo other superhero yang seterusnya akan join  Justice League. Part tu sepatutnya best tapi macam 'aku nak letak scene tu tapi tak tahu kat mana then letak ar mana-mana'. Buat kita terfikir 'Malasnya sesiapa yang menulis skrip or mengarah filem ni..' Hmmm








So cerita ni tak bagus ar?







Tak ar jugak. Filem ni much better dari mana-mana filem Avengers termasuk Iron Man, Thor dan Captain America. Cumanya ia tak ar sehebat yang diimaginasikan otak aku selama bertahun-tahun ni. Or at least ia tak ar sehebat filem animasi Batman: The Dark Knight Return part 1 & 2 (kalau kau dah tengok animation ni then beberapa scene agak sama ar macam dalam filem) tapi dalam masa yang sama ia totally berbaloi dengan duit yang kau dah belanjakan untuk tiket wayang. 

Part aku suka tentang filem ni:
1. Bila The Flash buat cameo muncul dari masa depan dengan flashback apa akan berlaku pada masa depan. Yap, selain boleh bergerak laju, Flash juga boleh bergerak melalui jirim & merentas masa. Scene tu buat kau tak sabar dan nak tahu apa akan berlaku dalam next-next movie sequel. 

2. Part Nanny Peach Tea. Part tu totally tak disangka-sangka. Ingatkan kenapalah si senator ni tergagap-gagap dalam mahkamah dan kenapa Lex Luthor tak muncul-muncul. Ingatkan dia akan muncul dengan Kryptonite untuk lemahkan Superman di khalayak ramai rupanya KEBABOOM..!!!

3. Walaupun part pengenalan another superhero yang akan join Justice League tu lawak tapi dalam masa yang sama iabuat kita tak sabar untuk filem-filem DC's universe yang lain pada masa depan kelak. 





Between diaorang dua aku pilih siapa? Batman kot. Sebab dia bukan alien yang ada kuasa superhuman or bukan pahlawan Amazon yang juga punya kuasa superhuman or bukan anak kepada seorang queen or Atlantis yang ada kuasa underwater or dipanah kilat yang buat dia ada kuasa lari laju or punya cincin yang boleh jadi apa sahaja bentuk or half human half machine yang boleh buat dia tahu mostly everything about technology etc.