Saturday, November 28, 2009

Forbidden Love

In my yearly horoscope bagitahu bahawa aku harus lepaskan sesuatu yang bukan milik aku.

Apa bad habit korang yang pada permulaannya mungkin korang x perasan tapi kedian bila korang perasan, still korang x leh nak bwat apa2 untuk buang bad habit tu?

Aku mmg r ada banyak bad habit cam tu cuma kali ni nak share 2 jer (gila apa nak display ngan mudah semua benda burok dalam diri kat tenet).. salah 1 bad habit tu ialah tentang “Jatoh hati kat orang yang dah ada couple..!!” Hampagas..!!

Kalu korang jenis pemerhati bebas PBB, korang pasti ngan mudah dapat detect antara that individu is still solo, sedang angau, in relationship or baru putos cinta tanpa perlu check status diaorang kat FACEBOOK. It seem like org yang solo sangat2 berbeza berbanding ngan yang in relationship. Seolah2 mereka yang tengah in couple ni mengeluarkan bauan yang lebih wangi, muka yang lebih berseri2 sehingga mampu memikat orang2 cam aku. Mungkin atas teori yang sama gak, kkawan perempuan bagitau: entah apsal diaorang lebih tertarik ngan lelaki yang dah kawin daripada lelaki solo.

Jujor wei. Beberapa insiden dah berlaku. Sedang2 tengah layan2, cucok2 jarum sikit2, bila line dah wokey sikit ttiba dapat tahu yang dia rrupanya dah bertunang, dah ada balak.. duh.. hampagas..



Bad habit kedua plak “Jatoh hati kat couple kawan sendiri..!!” Hamster minom air bergas…!!

It start with an accident bila aku beberapa kali (bilangan dirahsiakan) berkawan ngan couple dan couple kawan2 aku. Mmula cam kkawan biasa je r. Aku x tau pon bila part diaorang mulai tertarik hati pada aku plak. Lucu r. Cuma bab yg x best ialah bila ia bagi effect besar pada persahabatan r. Aku x kuar ayat2 menggoda pon, cuma dia org yang rasa diri tergoda dek aku then nak salahkan aku ker? Hmmmm.. sehingga sekarang, bahananya terasa r bila kkawan tertentu tu x akan perkenalkan couple diaorang depan2 cam dulu untok mengelak rambutan berbuah dua kali.. just tunjok gambar je r..

Cuma ada part setan dalam diri ni buat bad habit tu as game yang addicted gile r. contoh cam last few week sorang kawan ni secara x sengaja memperkenalkan awek dia. Waktu tu r setan nak cucok2 aku: suroh buktikan sapa yang lebih power antara aku or kawan tu. So aku tolak r perasaan gila tu jaoh2. Positifkan dalam diri kata “Minah ni awek kawan aku sendiri..!!” Dan sesapa yg tau accident yang happen beberapa hari kedian tu langsong x ada dalam plan jahat aku untok bwat apa2 kat diaorang. Sumpah pengakap r..!! (sejak bila aku join pengakap ni?)


So apa pengajaran dari post ni?
1. Jangan jatoh hati kat orang yang dah ada couple then couple tu plak kawan ko sendiri yang punya (apa punye ayat daa)
2. Kalu couple ko kena cilok kawan baek ko sendiri apa r rasa ko? Wa cilok couple lu then lu cilok couple wa. Adil ka? Lu fikir r sendiri..!!



Btw, apsal aku kuarkan post ni ek?
Pasal sorang kawan aka tunang orang tu akan kawin ahad depan. Mungkin jodoh kami hanya terhenti setakat kawan je r. aku doakan yang terbaek untok dia. Semoga dia berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin..

1 comment:

Aj Abdullah said...

bagus3.. aku pon ada bberapa girls yang satu kes cam ya juak tp the probsnya lebih terok bila nya dah tauk that guys dah kahwin plus isteri tgh mengandong n dah ada anak bberapa org tp still x dpt lari dari still jatoh cinta ngan lelaki tu... hmmm... cinta buat mata jadi buta... hmmmm