Monday, November 2, 2009

Mata

Bercakap2 dengan sorang kawan ni tadi ttg sejauhmana kita melihat orang hanya based on luaran saja.

..

Teringat zaman Universiti dulu ada part sorang kawan ni dia tanya tentang kawan Cina yang selalu lepak ngan aku. Aku fikir lama2 siapa yang dia maksodkan sebenarnya. Duh.. rrupanya dia maksodkan Ting Hui. Pasal dah selalu sangat llepak ngan dia sampai ketika aku langsong x ingat apa bangsa dia. Jujor.. Memanglah Bahasa Melayu dia tonggang langgang tapi setiap kali bersama dia, aku langsong x ingat sapa dia dan sapa aku.. it seems that kami ialah sama.



Bila ada yg mengata ttg kkawan tertentu as bulu hidong terkeluar, bau badan hangit, hinggus dia sentiasa mengalir, dia sentiasa jilat bibir, punggong besar, gigi depan patah sikit, hidong besar sebelah etc bwat aku jadi blur mereka sebenarnya bercakap ttg siapa. Bila mereka dah dedah ia siapa then baru aku tahu rrupanya ciri2 tu ada pada orang2 tu. Selama ni walau dah lama bersama diaorang, aku x sedar pon. Even may b kalu x ada yg bagitahu selama tu lah aku akan lihat dia sempurna selamanya.



Kadang2 kita terlalu memanjakan mata kita untuk menentukan apa yang mata kita perlu lihat. Kita mewujudkan perbezaan antara kita dan individu2 yang lain hanya based on warna kulit, latar belakang, agama, fahaman, hingga ke perkara2 yang terlampau kecil. Then wujudkan semangat obsesi kenegerian yang terlampau, fanatik agama tahap radikal, penghapuskan etnik hanya sebab perebutan budaya etc. Why not kita fokuskan pada persamaan…? Bak kata 1 English proverb ‘ Sekali kita alihkan pandangan pada cahaya, then kita x akan lihat shadow anymore’.. Then aku yakin kita x akan wujudkan perbezaan lagi..

..

Kadang2 juga kita asyik memanjakan mata kita untuk mencari setiap kelemahan bagi mencapai kesempurnaan sepenuhnya. Jadi kita hanya akan lihat setiap keburukan dan kelemahan yang ada pada orang shaja. Kita sendiri tahu bahawa kesempurnaan hanya milik tuhan je. Even kita sendiri pon x sempurna mana pon. Then apa yang kita terhegeh2 nak perlekehkan setiap kelemahan orang?





Teringat kata2 dalam satu komik ni. Kartini tajuk dia. Selama ni kita hanya perasan bahawa orang yang kita lihat dalam cermin tu ialah kita. Sebenarnya ia bukan. Ia hanya refleksi. Jadi selama2nya kita x akan tahu bagaimana rupa kita sebenarnya. That y kita perlukan seorang kawan. Sebab hanya dia sahaja yang akan melihat kita dan menegur setiap kelemahan kita untok diperbaiki..



So macam mana nak lihat orang bukan hanya based on luaran? Bukan aku untok jawab. Aku pon masih lagi punya mata yang boleh membezakan yang mana cantik dan yang mana tidak. Mungkin kita hanya akan lihat orang lain bukan pada luaran jika kita tutopkan mata kasar kita dan mulai melihat bedasarkan mata hati… hmmmm

No comments: