Monday, March 2, 2009

Aku vs MOTIVASI

Kalu org bagitau yg aku sorang lelaki yg bermotivasi then aku akan ketawa depan org tu sampai muntah2. Pasal aku sorang makhluk yg x ada binatang peliharaan bernama motivasi. Masih ingat masa form 6 dulu, cikgu kelas sangat susah untok paksa aku pergi mana-mana program motivasi. Siap boleh panggil bapak aku pergi sekolah lg untok pastikan aku pergi ke 1 kem motivasi ni tp akhernya aku x gi gak. Even kursus motivasi yg melibatkan sorg pakar motivasi (yg cukop terkenal 1 Malaysia) pon aku sekadar tunjok muka pagi tu then rehat minom pagi aku teros blah. Dan keesokan harinya terpaksa kena menghadap cikgu kelas sekali lg pasal dia dah tau aku blah awal (dia hantar spy plak ari tu cari mana aku). Duh…

Aku bwat benda2 cam 2 bukan pasal aku sengaja nak tunjok belang tp pasal aku x pernah percaya bhw motivasi akan datang mlalui kursos2 or seangkatannya. Bak kata Ali (jiran tahun 3 di U dulu), pakar motivasi ni kebetolan punya kemahiran bercakap dengan baik dan org suka dengar apa di cakap so org sangop bayar mahal semata-mata nak dengar apa dia cakap je. Bukannya pakar motivasi ni nak bwat pon apa yg dia cakap. Duh…!!

Pasal apa aku kuarkan post ni? Pasal dlm tempoh 2 minggu lepas aku sangat2 hilang motivasi. Sangat2 x ada mood. Sepatotnya dah start praktikal tp management tempat aku belajar tu amat %$%^@ (ayat yg x leh dtonton oleh kanak2) sekali. Minggu first ada 5 org je yg dapat pasal diaorg ada link ngan org dalam. Then minggu lepas cuma tinggal 3 org je yg x ada tmpat praktikal dan aku antara 3 org tu. Bukan maen putos asa dah aku. Dah bbrapa kali ualang alik handle benda tu. Last2 ari Jumaat lepas, miss yg handle praktikal pelajar tu senang2 je kuar statement “Maaf ya Naziruddin, kami masih belom dapat tempat praktikal untok awak. Kalau RTM dan BOULEVARD awak nak tak?”. So jawapan aku yg dah putos asa “Letak lah saya mana2. Saya redha…!!” Duh…….!!!!

Plus banyak lg unfortunate event blaku sepanjang tempoh 2 minggu lepas. Ngan rokok Bensons aku slalu hisap x ada then beli rokok yg x pernah beli yg rasa sebijik cam Gudang Garam. Hampeh. Then try beli pizza local (yg dah 3 tahon x makan) yg kawan promote sedap tapi reality rasa cam makan roti ngan air ngan nanas ngan tuna (pasal semua benda tu unsur yg terasing). Then Uda membebel dlm telefon (kakak ipar, please suroh suami anda bputos asa). Then jumpa kawan sama sekolah yg dah nak tukar kereta bwat kali ke-2. Then jumpa other kawan yg sama sekolah yg nak bercuti kat London, nak amik master. Kalu aku tulis semua then motivasi aku akan teros hilang lg.

Tp start beberapa hari lepas something happens… Bak kata sapa yg aku x tau tp dia cakap sesuatu bunyi cam ni “Kalu 1 pintu tertutop then tuhan akan bukak pintu2 laen untok kita”. Entah apsal bila aku dah tawar hati sangat pada kursus safety ni yg makin membuang aku makin jaoh ttiba aku ddekatkan ngan banyak pilihan baru. Start ngan kursos biasiswa ni, then kawan bgtau ttg 1 kerja kosong ni, then aunt bgtau ttg other kerja then kawan call ttg other kerja, apiz ninja msj bg 1 peluang kerja ni plak yg semuanya aku minat. (X lupa aku bwat patty burger stebal 0.8 inchi x diameter 4.5 inchi. Duh.. sedap)

Dan br tadi ada call untok temuduga atas e-mail resume yg aku hantar berebot2 Jumaat ni tadi (n tarikh akhernya hari ni dan aku x pasti ia akan sampai). Yang lebih melucukan ialah bila masa kat resume tu aku letak statement “Saya seorang siswazah yang berMOTIVASI TINGGI”….!! Mungkin statement tu yg bwat dia tertarik pada aku kot. Wakaka.. sejak bila aku ada binatang motivasi ni?

4 comments:

Anonymous said...

hmm membebel si uda..thats ur brother.. u know him well... ask him to give up?? huiyo! imposible tu..

so safety still mnjdi tujuan hidup aj? but the knowledge still usefull untuk kerja nt.. at least not so dumb bila org ckp pasal safety or anything on safety engineering...rite?

so hows the new opportunity? what are the opportunities? 1 pintu tutup pintu lain terbuka.. just grab it before its too late.. yg lain terserah la pada Qada n Qadar..

chayok2 bro in law..

razy san™® said...

motivasi tinggi??tinggi stakat mne..
aku pn xtau la..
motivasi tu de je dlm diri stp org..cme ko nk gne or x kn..
wei a.j skg aku tgh slm proses memotivasikn diri hantu2 aku nt ni
wakaka

Anonymous said...

baby~~

tak kire ape berlaku..anda tahu aku dibelakang anda..

menyOkOng setiap langkah anda sampai kiamat~~

Aj Abdullah said...

Sis, bebelan abgku itu perlu dihentikan...!!!

bro, belanja tiket aku as hantu jemputan...!!

baby, belakang aku? sampai kiamat ker?