Sunday, March 22, 2009

NORMAL

(aku dan Psoriasis) Semalam smasa amik wudhu b4 semayang Jumaat ttiba aku terhenti. Selama ni aku x perasan. Mungkin sbb aku malas nak bukak lampu bilik air stiap kali amik wudhu or aku terlalu buzy sejak dua menjak ni ngan persediaan as a cikgu (termasok buzy hari2 layan AF 7). Something berlaku pada kaki aku. Aku dah mulai nampak warna kulit sebenar. Aku akan jadi normal ke?

Apa definisi normal untok korang? Muka lengkap ngan pakej mata, hidong & mulot, tangan ada 2, kaki ada 2 n otak leh berfikir ngan waras.

Walupon aku punya semua pakej 2 tp aku x pernah rasa diri aku ni normal. Mungkin sbb cara manusia sekitar layan aku masa kanak2 n remaja dulu x macam org normal then sampai sekrang aku x pernah rasa aku d terima as sorang yg normal. Sbb sakit psoriasis aku menjadikan aku as sorang yg berbeza.

Ingat masa br masok zaman remaja dulu aku selalu menanggis n persoalkan tuhan kenapa dia jadikan aku x sama cam abang2 aku, x sama cam org2 laen. Kenapa org x leh terima perbezaan aku as keistimewaan tp sebaliknya jadikannya sumpahan? Kenapa org jadi sangat takot pada something yg x sama cam mereka? Dan mereka teros menghukom n menghukom aku pd sesuatu yg aku x bwat salah sikit pon. Hingga banyak kali aku berharap masa 2 agar tuhan jadikan aku… NORMAL.

Aku dulu slalu fikir. Jadi normal musti best. X perlu makan 12 bijik pil sehari. X perlu amik darah 3 kali seminggu. X perlu ulang alik pergi hospital bwat rawatan. X perlu kuar duit banyak beli baju n seluar panjang (yg harga jaoh lebih mahal dr baju n seluar pendek). X perlu kena marah tiap kali gunting rambot (pasal dia akan kata aku bwat pelanggan laen lari). X perlu ponteng sekolah tiap kali sakit aku jadi terok. Then aku boleh makan semua seafoods. Aku leh pakai apa2 jenis pakaian aku nak tnpa perlu bimbang effect dia. Aku leh bwat apa2 aktiviti tanpa bimbang kulit aku berdarah. Aku leh cakap ngan sesiapa tanpa bimbang org lebih fokus pd kulit aku dr aku. Aku leh salam ngan semua tanpa bimbang mulot jahat mereka cakap ttg kulit aku.

Bak kata satu watak dlm movie ‘SECOND HANDS LION’ yg maen last Wednesday kat 8TV: kita musti percaya pd sesuatu walaupon ia sebenarnya palsu. Aku sentiasa percaya bhw 1 hari nanti aku boleh jadi normal. Semua yg ada pada kulit aku ni akan hilang kelak. Walupon pd reality doctor sentiasa ingatkan aku bhw sakit aku ni x akan ada ubatnya. Dan ia akan bersama aku sampai ke akhir hayat aku. Ada ketika ia akan berkurangan dan kemudian ia akan bertambah terok. Sampai kaki aku bertukar jadi biru. Sampai sangat sakit untok berdiri. Terbaca 1 rencana bagaimana sorang pak cik ni jadi lumpoh n terbaring jer pasal sakit yg sama. Membuatkan aku hilang harapan.

Sakit ni dah terlalu lama bersama aku. Ia mengajar aku untok x percaya pada sesiapa. Mengajar aku untok membenci. Mengajar aku untok x percaya pada cinta. Mengajar aku untok teros tersenyom walupon x gembira. Ia membuatkan aku betol2 jatoh. Tp ia jugak pernah membuatkan aku betol2 bangon. Mmbuatkan aku pergi sejaoh ni. Membuatkn aku jadi lebih kuat. Menjadikan aku spt aku hari ni.

“…Aku ingin merasakan air yang mengalir sejuk itu membasahi kaki aku ini. Mengalir perlahan. Membasahkan ia perlahan-lahan. Biar kesejukan itu jauh menusuk ke dalam tulang temulang. Biar kesejukan itu memakan daging-dagingku. Aku ingin merasakannya. Aku juga ingin menolak gelombang dan arus yang kuat itu. Bersama gelak ketawa ramai. Kerana selama ini aku sekadar pemerhati. Pemerhati yg setia. Melihat semuanya ketawa…”

Semasa mmbuat mini ceramah pd kelas PENULISAN KREATIF atas jemputan khas Dr MAWAR, ttiba ada sorang student tanya sama ada apa yg aku tulis tu based on reality pasal ayat dia sangat meyakinkan. Aku jadi kelu. Teros Dr Mawar pintas kata mmg sbahagian penulis based on reality tp dia yakin aku pasal aku terlalu normal untok watak 2. Sedangkan watak cerpen aku tu terlalu hina.

Dan perengan tu ialah based on kenangan di HULU YAM bersama KELAB TEATER SAMUDERA. Ketika mereka sedang sibuk ketawa n bermain hanya aku sorang yg dudok d atas batu. Jaoh dari air. Sekadar melihat. Dan bila mereka tanya aku jwb yg aku x bawak seluar lebih. Duh…







Then teringat kata sorang pak cik masa di hospital dulu. “Tuhan jadikan kita berbeza sebab Dia sayangkan kita lebih dari yg laen. Dia nak focus lebih sedikit pada kita dari yg laen. Dan dia nak ampunkan semua dosa2 kita yg laen…!!” Aku tersenyom. Andai kata sakit aku ini akan semboh 1 masa kelak, adalakah maknanya kasih sayang tuhan pd aku dah bkurangan aka sama cam org2 laen? Kalu mcm tu aku lebih rela sakit ini berterusan pd aku sampai bila2….








Untok penghidap PSORIASIS di MALAYSIA or sesapa yg paham tulisan aku ni, call aku di 017-2366468, e-mail aku bullimer@yahoo.com. Entah kenapa aku rasa ubat kali ni berkesan. Ia dah sembohkan sorang pesakit psoriasis yg laen sbelom ni… x salah rasanya untok kita percaya bhw sakit ini mmg akan ada ubatnya dan normal adalah keajaiban untok kita kan?

3 comments:

Anonymous said...

salam...j,aku pernah rs apa ko rs ni j..jujur ar beb....time sekolah dulu cara org lyn seseorg yg mereka rskan x sempurna mcm mereka..but just go to h**l with those people yg x tau nk melayan manusia lain...just dont be fren with this kind of people...just campak diorg jauh2 dlm otak kite n teruskan hidup asalkan Allah masih bg peluang utk kite bernafas dan menambahkan pahala dengan dugaan Nya...kdg2 dugaan itu diberikan utk menebus dosa dan menambahkn pahala kite...Dia datangkan dugaan sebelum beri kita keistimewaan...di samping itu jgnla kau lupe meng'link' blog baru aku ni...www.ceriterashima.blogspot.com...ni blog baru aku ar weh..link tau..mintak2 masalah feedburner aku tu dh xde dh...huhu

Aj Abdullah said...

blog baru lagi? Duh...!! Apa blaku yg terdahulu. wokey jer aku bukak

Anonymous said...

blog lama dh padam ar lps aku godek layout dia..ko link blk ar j...aku nk tgk ok x klu ko link...