Tuesday, December 22, 2015

Being 30

Pada usia 30, sebahagian besar kawan-kawan or individu yang kau pernah kenal dah kahwin dan mostlynya yang perempuan annoyingly akan selalu update gambar anak mereka kat FACEBOOK. Gambar anak senyum, anak gosok gigi, anak senyum, anak pakai baju baru, anak lepas mandi, anak senyum, anak senyum dan lagi dan lagi. Manakala baki sebahagian lagi it either in relationship, desperately wish to be in relationship tapi sangat mengharapkan keajaiban agar the right guy/girl untuk turun dari langit or ketiga: mereka terlalu sangat selesa hidup solo. Tapi mostly number 2 laa. Hmmm..



Ada orang kata hidup bermula pada usia 30 tahun. Kalau ia belum bermula lagi then wait untuk another 10 year sebab ada bijak pandai lain (sapa entah) yang kata live starts at 40 (and some say at 50). Tapi bagi aku, 30 ialah satu episode baru yang totally berbeza berbanding chapter-chapter umur sebelum tu. Aku selalu mengibaratkan hidup ni macam sebuah novel dimana ia bermula ketika kita lahir, melalui beberapa klimaks (jangan fikir guna otak kotor) dan tamat ketika hidup kita tamat kelak. Dan entah kenapa it seem 29 ialah penamat buku yang lepas dan 30 ialah buku sequel kepada yang lepas. Sebabnya 30 ialah permulaan baru yang berbeza dan aku bermula dari level yang cukup rendah. 

Aku hidup bersama PSORIASIS selama sekitar 29 tahun. Pada usia 29 tahun it covered around 95% of my body. Surprisingly ia tak memberikan effect teruk kepada aku at least not as worst as the arthritis part yang aku sangat tak tahan. So aku dapatkan rawatan pakar, makan pill yang long term effectnya akan jadi lebih teruk dan pada usia 30 tahun, suddenly my PSORIASIS completely gone. Buat pertama kalinya aku rasa cukup pelik apabila pegang kulit aku sendiri. Sebab aku tak ingat or tak tahu macam mana rasa kulit manusia sebenar. It suppose to be the happy ending part but.. there alway be but.

Things are suppose to get better and Im suppose to be happier tapi entah kenapa ia tak berlaku macam tu. Ia bagi effect yang sangat besar kepada emosi aku. Berlaku 3 kali serangan dalam selang beberapa bulan. Aku menanggis untuk seminggu tapi alasan yang rasional bila fikir-fikir balik, Im avoiding everyone, jadi hyper moody dan lastly aku almost try to hurt myself. Dan semuanya aku tak dapat kawal. So aku dapatkan rawatan psychiatry dan being diagnose with depression & anxiety. So sekarang ni selang beberapa bulan aku perlu hadiri terapi dan setiap malam aku perlu telan pills untuk memastikan aku dapat tidur dan supaya otak aku tak terlebih berfikir sangat. And few month after, satu event pelik pulak berlaku. Aku jadi terlebih ceria, terlebih bertenaga, hyperactive in everthing untuk sekitar seminggu dan sekali lagi aku tak dapat nak kawal diri aku. Bila aku bagitahu doktor then aku diagnose with symptoms of bipolar pulak. Hmmm..


Last few month, projek novel aku yang sepatutnya keluar 2 tahun lepas dan setahun lepas then dapat update yang kedua-duanya kena reject atas alasan perubahan management. Entah kenapa semuanya macam dah dirancang dengan cukup kemas. Satu demi satu berlaku dan it totally not helping laa. As doktor kata pill yang membantu sekitar kurang 30% je so awan mendung yang memayungi aku bertambah gelap dan hitam.








Maka pada usia 30 aku ialah seorang lelaki yang jobless, hopeless, full of negativity, anti social, emotionally unstable, mentally unstable bla-bla-bla. 








Andai hidup aku bermula pada usia 30 tahun maka ia bermula dari level yang cukup bawah. Yap, thing can get worst tapi kalau jatuh pada peringkat ni then rasa sakitnya tak berasa sangat. Plus, I have nothing so I got nothing else to loose. Chapter 31 akan bermula tak lama lagi, as Im wishing all the best for you guys dengan harapan korang akan doakan perkara yang sama untuk aku juga. Bye.

Saturday, November 7, 2015

Musykil A Book Review

Doubt by Bissme S ialah antara buku terbaik yang pernah aku baca. Selepas aku buat reviewnya, aku dan author berkenalan dan jadi sahabat kat FACEBOOK. Dia seorang yang baik dan cool. Tapi apabila aku dapat tahu projek buku yang sama akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu then aku rasa berbelah bahagi. Feel yang sama berlaku masa aku kat MPH ketika nak cari buku keduanya Bitter yang tak ada sebaliknya buku terjemahan Musykil pula ada. Dan aku cukup berbelah bahagi sama ada untuk beli atau tak. Tapi the end aku beli gak.


Feel baca buku Doubt dulu once aku baca satu-satu bab then aku akan berhenti untuk cooling down period sebab ketakutan dan lepas tu baru boleh baca balik. Tapi untuk Musykil, bila aku baca satu bab then aku berhenti dan nekad tak nak baca lagi tapi of coz aku baca lagi then dalam keadaan tanpa rela aku paksakan diri terus membaca dan membaca. Realitinya ia tak lah seteruk mana sangat pun. Even it not fully catastrophe disaster. Ada dua orang translator which aku tak tahu which one translate which part tapi ada part tu memang boleh buat kita sensara jiwa ar. 

Kau tahu jenis budak universiti (tak tahu sekarang masih buat lagi or tak) yang suka buat assignment last-last minit dan cukup terdesak sehingga copy statement terus dari website dan paste kat mana-mana page yang leh translate BI to BM dan kemudian tanpa edit-edit terus hantar benda tu kepada pensyarah? Or kau pergi Low Yat dan jumpa sorang mamat Cina tengah promote gadjet terbaru diaorang (statement stereotype racist kan?) Kau paham apa isi objektif mereka nak kata tapi ayat yang keluar dari mulut dia either totally terlalu skema or terlalu haru biru. Itulah rasanya aku masa baca certain part dalam buku tu. 

Aku terfikir: Takkan ar tak ada editor yang edit kerja akhir dalam buku ni before print kot sebab banyak typo error berlaku, tatabahasa Bahasa Melayu tak betul, ayat tak gramatis and even ada certain ayat tu langsung tak boleh faham macam guna copy paste kat Google Translate je bla bla bla. Kecewa kot apabila sebuah karya yang hebat bila diterjemah jadi tak ada apa-apa feel. Hmmm..




Mungkin sebab aku seorang berbangsa Melayu yang mother tongue aku ialah Bahasa Melayu dan kebetulan pula aku ambik STPM Bahasa Melayu (yang sangat berbeza dari BM dari darjah 1 hingga form 5) dan kebetulan satu lagi yang aku ada ijazah sarjana muda dalam Linguistik (walaupun realitinya bahasa Melayu aku pun hancus gak). Or atas sebab kedua: aku tak pernah suka buku terjemahan sebab hampir semua buku terjemahan yang aku jumpa mostly sucks..!!

Or mungkin apa yang dilakukan oleh penterjemah tu ialah cara yang betul menterjemah buku sebenar. Aku hampir nak buat minor dalam terjemahan masa universiti dulu tapi tak jadi jadinya aku tak tahu rule and regulation dalam penterjemahan.










Then korang kata "Aj, kenapa kau menulis terlalu kejam, penuh unsur negatif sangat ni? Kau ada big issue ngan penulis tu ke?"


Honestly aku tak nak tulis pun review ni sebab dia kenalan aku sebaliknya dia sendiri yang nak aku tulis seiklasnya.











So, perlu ke kau beli Musykil? Ya sebab tak semua orang punya pendapat yang sama tentang satu-satu perkara. Mungkin apa yang aku suka ialah apa yang kau tak suka dan sebaliknya.











Wednesday, October 28, 2015

Buaya oleh Aj Abdullah

Teringat zaman universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni (penulisan kreatif) dan antara berpuluh-puluh budak kelas yang dah 2 tahun belajar kesusateraan Melayu then penulisan aku yang terpilih as terbaik dan disiarkan kat salah satu majalah Dewan Bahasa dan review yang ditulis oleh pensyarah a.k.a juga seorang penulis terkenal negara sebagai seorang yang punya bakat seperti penulis era 70-an negara membuatkan aku rasa 'terbang'. Lepas tu era Blogging muncul dan ada pulak orang yang out of no where yang aku tak kenal follow dan puji gaya penulisan aku so aku makin 'terbang'


Years after, selepas kali terakhir aku berhenti kerja, zaman buku alternatif timbul dan aku cuba kembali nak menulis. Aku hantar manuskrip dan ketiga-tiganya diterima. TAPI novel pertama keluar jadi major disaster, yang kedua selepas setahun baru publisher teringat nak bagitahu yang ia dah kena reject dan ketiga pula kena reject dengan cara yang penuh budiman (which is aku akan promote lepas ni). So ketika aku yang sedang asyik 'terbang' selama ni tadi terus menjunam jatuh ke bumi. Semuanya seolah-olah membuktikan yang aku tak ada apa-apa bakat langsung pun selama ni. Terasa diri ni macam Najib yang berdiri dalam kelompok menteri-menteri pembodek je tanpa ada sesiapa berani bagitahu aku yang rupa-rupanya majoriti rakyat Malaysia langsung tak suka aku pun selama ni. Hmmm..


Then korang kata 'Aj, jangan putus asa. Kau tahu tak J.K. Rowling a.k.a penulis terkenal Harry Potter which is pernah jadi penulis paling kaya di dunia tu pernah kena reject lebih 12 kali. Dia tak putus asa dan kau tengok mana dia sekarang...?"

Jawapan aku 'Talk to the hand, please..' (in annoying English accent)






Btw novel yang kena reject dengan cara budiman tu sekarang dah keluar kat Wattpad. Just search FIXI or buaya or Aj Abdullah or kau klik je link ni: BUAYA. Ia akan diupdate setiap Isnin, Rabu & Jumaat sehingga tamat. 4 novel yang senasib dengan aku dikeluarkan sekali tapi hanya 1 novel yang ada ramai reader, vote, viewer etc sahaja yang akan diterbitkan dalam bentuk buku fizikal. Yap, it does sound like Hunger Game (or worst: Akademi Fantasia). Jadi korang boleh check penulisan aku kat situ dan kalau kau ialah seorang ketua mafia yang punya ramai anak buah then kau boleh paksa diaorang vote novel tu. Paling tidak pun kalau kau budak IT then tolong hacks laman web tu supaya bilangan reader aku naik mendadak. Hmmmm


Wednesday, October 14, 2015

Review Pendek Filem Terkini

Amaran: Post kali ni mengandungi banyak spoiler yang akan buat korang yang belum tengok akan hilang mood dan sterusnya mati pucuk untuk terus menonton filem yang dinyatakan. Thanks

Kakak ipar aku recently beli DVD player. Ia buat aku terfikir 'Bila kali terakhir aku beli CD?' atau soalan lebih mencabar 'Bila kali terakhir aku beli CD dan ia adalah CD original?'. Sebabnya first) labtop aku tak ada slot untuk masuk CD, second) aku tak ada kerja so aku tak ada duit untuk beli benda membazir tu dan paling utama, kita berada pada zaman teknologi which is hampir semuanya boleh dapat secara percuma selagi korang ada duit untuk bayar internet. Banyak masa aku dihabiskan dengan mendownload filem, drama series, 'that kind of film that you know wat' etc secara atas talian sehinggakan ada masa aku download terlalu banyak dan aku tak sempat nak layan semua pun lagi. Ya,ya, ya it illegal..


Dalam tempoh kurang sebulan, aku ada download beberapa filem yang tak lah baru mana sangat (sebab aku tunggu versi clear terlebih dahulu so baru start download torrentnya) tapi still aku nak buat review ringkas sebab ada filem tertentu tu aku rasa agak tak puas hati dan untuk korang yang belum tengok then kiranya ini adalah amaran awal ar kiranya. Hmmm..


1. Tomorowland (2015)


Mungkin sebab aku dah selalu sangat layan drama macam Game of Thrones, True Detectives, How To Get Away With Murders or kisah-kisah benar dalam Crime Scene Channel etc yang everyone killing everyone, everyone have a sex with everyone, titties, nudity, more titties, less moral values jadi bila aku layan Tomorowland (which is trailernya nampak sangat cool) ia sama macam feel layan Robocarpoli or Thomas & Friends bersama anak-anak waktu cuti sekolah. Ia sebuah cerita yang bleh dikelaskan sebagai terlalu 'bersih' dan suci macam guna ubat gigi Zaitun je. Cukup sayang sebab ideanya kita boleh tahan gempak gak ar. Kalau suruh Christopher Nolan arah dibawah penerbitan lain then ia akan jadi macam Inception tapi disebabkan ia di bawah Disney maka ia mengecewakan sepertimana John Carter of Mars or mana-mana filem yang dikeluarkan oleh KRU production. Lagipun filem paling ganas di bawah Disney pun Pirates of Caribbean and still tak ada setitik darah yang mengalir sepanjang 4 filem tu berlangsung 

p/s: kalau kau ialah seorang lelaki yang umur macam aku dan punya 'otak' macam aku then kau akan setuju kalau aku kata ada certain part kau akan naik geli pada George Clooney sebab filem ni seem menyokong pedophile pulak. Hmmm.. 



2. Jurassic World (2015)


Korang dah tengok Jurassic park 1,2 and 3 sebelum ni? Then nasihat pertama dan terakhir aku ialah kau tak perlu bazirkan masa 2 jam lebih tengok filem ni untuk expect melihat perkara yang berbeza. Ia totally adalah filem yang sama seperti trilogi sebelum ni cuma dengan barisan-barisan pelakon yang baru je. Even kalau kau tak pernah tengok filem sebelum tu pun kau dah boleh jangka apa akan berlaku. Seperti biasa manusia yang handle theme park tu fikir mereka boleh control keadaan, then seperti biasa juga dinosaur akan terlepas dan start kejar dan makan manusia and lastly Chris Pratt, heroin dan anak-anak buahnya selamat. Kalau kau pergi youtube dan search Everything Wrong With Jurassic World then korang akan setuju semua point penting mereka. Jujur aku cakap kalau buat cerita tentang theme park (which is sangat cool) tu je tanpa dinosaur terlepas pun dah kira best. Berdasarkan ending then mungkin akan ada sequel yang kita dah terlebih dahulu boleh jangka macam mana ia akan berlaku kelak.

p/s: Kalau Theme park macam tu betul-betul wujud dan suddenly ada dinosaur makan daging (dan manusia ialah daging) terlepas then tolong bukak high heel yang kau pakai tu terlebih dahulu please. 



3. Mission Impossible Rogue Nation (2015)


Filem misi mustahil ni sejujurnya tak termasuk dalam kumpulan yang mengecewakan. Part aksi tu totally best, Simon Pegg sangat lawak dan watak paling best, Rebecca Ferguson sangat hot dan best, susun atur jalan cerita yang ada pergolakkan dalaman pun berbeza which is best dan Tom Cruise pula ialah Ethan Hunt or Jack Reacher or mana-mana watak hero yang dia pernah bawak dalam mana-mana filem aksi dia pernah berlakon. Kan? Watak dia lebih kurang sama je. Cumanya surprisingly bila kau dapat tahu pak cik yang buat stunt sendiri tu dah umur 53 tahun ia akan buat kau tabik spring ar kat dia. Expect the unexpected? Naa. Mission tu tak ar mustahil mana untuk Ethan Hunt dan korang akan tahu yang orang jahat akan kalah, orang yang berlagak pun akan kalah dan once again hero and the team akan menyelamatkan keadaan sekali lagi untuk sekian kalinya. 

p/s: Part apa yang paling aku tunggu-tunggu dalam setiap filem Mission Impossible? Waktu dia tanggalkan topeng plastik samaran kat muka or part keluar bunyi Teng-teng-teng-te re-teng-teng-teng-teng, Te re reng.... Ha ha ha



4. Me & Earl & The Dying Girl (2015)


Aku rasa filem ni tak keluar kat pawagam Malaysia kot (mungkin gak aku salah). Based on tajuk macam sangat panjang tapi realitinnya ia boleh disingkatkan jadi Me & The Dying Girl je sebab Earl sekadar watak seperti dalam dalam filem kemerdekaan Malaysia yang nak tak nak kena ada bangsa Cina dan India sekali yang sekadar nak cukup syarat je. OMG aku berbunyi sangat racist. Tapi kalau tak ada watak Earl then cerita ni tak akan jadi tak lengkap kot. Jujur aku kata, kalau aku jadi pengarah then ini ialah filem yang aku akan hasilkan. Ia tak terlalu artistik dan tak terlalu komersial. Jenis filem yang korang akan kata 'Lama lagi ke cerita ni nak habis?' or 'Boleh refund balik duit ke kalau aku nak keluar awal dari hall ni?' sebab ia berjalan agak mendatar yang selang seli ada surprise tapi endingnya ia tak berjalan seperti yang kita jangka kan. That the best partnya.

p/s: Kalau korang layan filem ni then once terdengar terma 'co-worker' then ia adalah istilah yang cukup cool dan spoiler utama: perempuan tu mati no matter beberapa kali dia kata sebaliknya. Hmmm..



5. Terminator Genisys (2015)


Kalau kau membesar pada tahun 90-an dan kau tak kenal siapa Sarah dan John Conner or apa Skynet dah buat pada manusia zaman akan datang then it either kau tipu tentang umur kau or kau terkurung dalam gua sepanjang masa tu. One thing tentang pengembaraan masa dan filem yang terlalu banyak sequel ialah ia akan buat kepala kau cukup pening untuk menghubungkaitkan dot-dot tu semua or paling tak pun otak kau akan bercelaru nak ingat setiap muka John Conner yang berlainan umur yang dibawa oleh pelakon-pelakon berbeza. Ia bercelaru especially Terminator Salvation yang terlalu banyak missing link yang nak dihubungkan oleh sel-sel otak. Dan satu perkara bila tengok filem ni ialah aku rasa macam pernah tengok minah yang bawak watak Sarah Corner tu. Rerupanya awek Game of Thrones tu rupanya.

p/s: So apa yang best tentang mana-mana filem Terminator sebenarnya? Part Arnold bercakap ke? Hmmm



6. Paper Town (2015)


Aku tak suka cerita romantis, cerita romantis remaja or cerita romantis remaja yang punya happy ending. So filem The Fault In Our Stars ialah sebuah cerita yang adil untuk aku. So filem Paper Town which is adaptation dari penulis dan diarah pengarah yang sama pasti bagi impak yang lebih kurang sama kan? Yap, not totally a cerita romantis remaja yang punya happy ending. Kenapa aku cukup anti dengan filem romantis remaja? Sebab bebudak hingusan especially girl bila bercouple pasti akan fikir mamat tu adalah segalanya dan ia ialah cinta sejati mereka dan bila parents tak suka then menanggis macam dah mati emak pulak. Filem ni lebih kepada 3 orang kawan lelaki quite nerd yang dah nak habis sekolah. Dan korang akan setuju yang lelaki tu memang typically budak lelaki dan budak perempuan zaman sekolah sangat kejam (hmmmm)

p/s: Filem ni buat kita rasa betapa bestnya jadi remaja kat US sebab boleh drive bawak kereta jauh-jauh and parents seem tak peduli pun. Dan Cara Delevinge. Hmmm..






Selamat menonton filem tu dan kata korang pun setuju dengan aku.

Saturday, September 26, 2015

Nasib Malang Seorang Pelakon Watak Sampingan

Imagine satu hari, kau bangun awal dan dalam keadaan separa mengantuk kau terpaksa gak mandi air sejuk, sarapan saki baki makanan kau beli kat pasar malam tadi yang tak habis, pakai balik kemeja sama yang kau dah pakai selang dua hari lepas, naik kereta pergi ke tempat kerja dan macam hari-hari yang lain pagi tu kau terperangkap dalam jam teruk, dengar DJ radio membebel dengan pilihan lagu yang entah apa-apa entah dan tiba-tiba kau rasa ada beberapa siri hentakkan yang kuat. Kau tengok orang kat luar menjerit dan berlari lintang pukang. Kau keluar dari kereta dan tengok rerupanya ada seekor raksaksa besar dan Ultraman sedang bergaduh. Dan tak lama lepas tu bangunan sebelah kereta kau mulai condong dan menghempap kau. Kau mati. Tamat imaginasi.


Aku ada satu perangai apabila tengok filem atau drama then aku akan terfikir dan seterusnya bersimpati kepada watak-watak kecil dalam cerita tu. Yap, bayaran mereka sangat ciput plus nyawa mereka pun langsung tak ada makna. Contohnya macam dalam cerita James Bond, Mission Impossible or cerita ada tembak menembak then anak-anak buah penjahat ni sekali tembak oleh hero je terus KO. Sedangkan hero dan ketua penjahat punya ar liat nak mati. Beratus-ratus peluru ditembak guna senjata secanggih mana dengan jarak sedekat mana sekalipun tak ada satu yang akan terkena kat diaorang. Hmmm..

Aku selalu terfikir yang anak-anak buah penjahat tu sebenarnya bukannya jahat manapun. Diaorang hanya pekerja kolar biru yang jadi mangsa keadaan je. Aku imagine diaorang tu mesti pelajaran tak setinggi mana, nak kerja ofis tak ada pengalaman or paling komen tak kenal orang dalam, ekonomi negara pulak susah, pemimpin korup, GST buat barang naik sana sini (macam pernah dengar je kes ni kan?), kos sara hidup makin tinggi, anak yang bersekolah ada 2 orang, isteri dah memboyot dan bila-bila masa lahir pulak anak ketiga bla-bla-bla. So jumpa sorang kawan sepermainan masa kecik dulu offer kerja bodyguard jaga boss or jaga gudang, kerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu siap boleh buat overtime dengan gaji double lagi. Daripada jual maruah jadi amature porn star so dia terima tawaran tu. Kemudian tiba-tiba hero datang, sekali tembak terus mati katak. Nak claim insurans tak lepas. So apa nasib anak bini diaorang?


Or kau tengok cerita Ultraman. Setiap kali gaduh je mesti buat kat tengah kawasan bandar yang berkepadatan tinggi. Setiap episode pulak tu. Agaknya dah berapa banyak bangunan musnah dan nyawa terkorban setiap kali Ultraman bergaduh? Nak tak nak kerajaan Jepun terpaksa gak buat bangunan baru tinggi-tinggi then gaduh so roboh lagi. Macam dah tak ada tempat lain bergaduh. Tak boleh ke buat kat dalam hutan, padang pasir ke? Still orang Jepun nak agung-agungkan Ultramen anggap dia hero. Sedangkan kalau kau tengok trailer Batman vs Superman then orang kat Metropolis buat demo besar-besaran dengan sepanduk suruh Superman berambus keluar dari situ dan even siap masuk mahkamah suruh ganti balik kemusnahan bandar dan nyawa penduduk yang tak bersalah terkorban dalam perlawanan dia ngan Zod as in Man of Steel dulu. Dasar makhluk asing tanpa izin tak sedar diri. Datang bumi cari gaduh je memanjang. Hmmm









Then kau ketawa seraya berkata "Aj, releks ar bro. Diaorang berlakon je ar tu. Semuanya effect CGI ar.." lalu aku tersenyum balik dengan senyuman seindah suria sambil mengangkat jari tengah aku.










Seriusly, tolong kata korang pun pernah fikir benda yang sama macam aku gak setiap kali layan drama or movie untuk memastikan yang aku bukan satu-satunya manusia pelik yang ada di atas muka bumi ni. Ha ha ha

Friday, September 25, 2015

Selamat Tinggal Enche Misai

Aku seorang lelaki yang punya kadar pertumbuhan misai yang agak subur berbanding dengan bulu-bulu aku yang lain. Ia agak mengannoyingkan apabila aku terpaksa cukur misai sehingga 3-4 kali seminggu. Sehingga aku pernah terfikir nak makan pill hormon perempuan untuk memperlahankan pertumbuhan misai tu (just kidding).  So last pagi raya Aidilfitri lalu ialah kali terakhir aku guna pencukur. Sebulan berlalu, misai aku dah hampir sama tebal ngan kening aku (yap, kening aku tebal tahap Hagemaru). 2 bulan berlalu, aku either boleh menyamar jadi anak Datuk K or adik kepada Wak Doyok walaupun realiti sebenar misai aku tak ar tebal mana sangat pun. Tapi disebabkan ini kali pertama aku tak cukur misai untuk lebih 2 bulan then rasanya lain sikit.

(pedulikan rambut rosmah mansur tersebut)

Macam mana rasanya ada misai panjang? Imagine setiap kali cakap then akan ada je bulu-bulu kasar masuk sekali ke dalam mulut tapi of coz laa tak tertelan or kalau naik motorsikal atau ada angin kuat then selain rambut kau sesekali akan menampar manja pipi kau then bulu di atas bibir kau tu pun nak main sama. Ataupun setiap kali kau makan ice cream or makan benda-benda berkuah then misai kau akan bertukar warna dan rasa sekali. Paling aku suka ialah tangan dan bibir-bibir aku akan sentiasa gagal je nak main dengan misai tu. Untuk perempuan yang tak faham situasi tu then imagine waktu korang suka pintal-pintal hujung rambut korang yang panjang tu tapi kali ni aktiviti tu bertukar kepada misai. Hmmm..


Dan sepertimana tajuk post kali ni, setelah 2 bulan 12 hari berlalu, aku akhirnya mengalah dan menggunakan pencukur untuk menghapuskan misai tu walaupun niat dalam hati nak simpan sampai tamat tahun ni. Sebabnya? Bukan aku dah dipinang tapi atas beberapa faktor ar. Beberapa hari lepas selepas shopping untuk persiapan raya, aku terserempak dengan seorang lelaki kurang siuman yang rambutnya lebih kurang sama panjang rambut aku, misai dan janggutnya pun hampir gak ngan misai dan janggut aku dan bila aku tengok cermin kat rumah betapa rumah aku sangat kurang human friendly or in other wordnya kalau berlaku kes pecah rumah, rogol, liwat bersiri then tanpa soal siasat then aku garenti akan terus kena sumbat dalam penjara. Hmmm..




Setelah proses pencukuran penuh berlaku (sebelum tu aku cukur bahagian tepi dan tinggalkan yang tengah buat ala-ala Hitler dan ia nampak sangat lawak sehingga aku ketawa sorang-sorang, emak aku kehairanan tapi aku tak nak tunjuk gambar tu, takut nanti korang akan peras ugut aku pada masa depan masa aku jadi artis popular kelak) so aku nampak sangat suci seperti seorang lelaki yang langsung tak pernah tengok porn selama hidup 30 tahun di dunia yang fana ni. Hmmm..

Sunday, September 13, 2015

Pola Kaki Hutang

Gosh betapa lately ni aku makin tak aktif mengupdatekan diri kat blog. Sehingga bulan Ogos yang lepas aku hanya upload purata 3 post je sebulan. Tapi it much better dari tahun lepas which aku upload purata 2 post je sebulan. Sejujurnya blog aku yang hidup segan mati malu-malu kucing ni tak adalah sehebat mana tapi miraclely (wujud tak ejaan ni?) masih sentiasa ada visitor (or word lebih eloknya - Stalker) kat blog aku ni. Walaupun bilangannya semakin merundum jatuh seperti Ringgit Malaysia tapi ia tetap masih ada. Sedikit sebanyak (sikit sebenarnya) ia membuatkan rasa bersalah timbul dalam hati hitam aku ni. Sebab ia membuatkan aku teringat betapa terseksanya menanti your favourite former porn star untuk kembali buat comeback. Jadi aku uploadkan post baru. Hmmm..


Recently sorang mamat ni upload post kat FACEBOOK. Beberapa malam lepas tu aku termimpi another mamat ni (bukan mimpi basah). Dan kedua-dua mereka mengingatkan aku kepada another makhluk tuhan ni. Persamaan antara mereka bertiga? HUTANG.


Alhamdulillah sehingga pada usia 30 tahun ni aku tak pernah berada dalam posisi aku  benar-benar 'tak cukup duit'. Mungkin ia bermula dari parents aku yang punya sistem pengurusan kewangan sendiri yang agak stabil jadi aku applied teori yang sama. As emak aku pernah kata ia bukan tentang banyak mana duit kau dapat tapi banyak mana kau mampu kawal duit tu or in other word jangan sampai duit tu yang kawal kau. So bila aku ada duit then aku dah set sebanyak mana yang tak boleh disentuh, sebanyak mana boleh belanja dan sampai part mana aku kena stop berbelanja. Tapi aku tak nak besar cakap ar, masa depan tak siapa tahu ar kan? Kot-kot esok lusa keluar paper muka aku terpampang dengan tajuk besar lelaki perut boroi ditemui mati dalam keadaan berbogel dipercakai hutang along. Waktu tu baru kau boleh gelak besar pulak kan? Hmmm..


So berbalik kepada topik asal, kaki hutang ni ada pola-pola yang agak ketara tau. Dibawah aku buat senarai pendek dengan ulasan konon-kononnya ada ciri-ciri ilmiah. 

1. Mula-mula mereka cakap baik-baik nak pinjam RM50 dengan alasan itu ini. Lepas tu dia datang balik selepas seminggu tak nampak muka dan bayar RM10 dan kata itu je dia mampu bayar masa tu, nak bayar ansur-ansur dan dia cakap baik-baik lagi dan nak pinjam another RM50. Seminggu lepas tu dia datang dan bayar RM20 dan nak pinjam RM100 pulak. Yap dia bayar tapi jumlah yang dia hutang makin bertambah. Logik disebalik kaedah tu?


2. Kaki hutang ni biasanya berbelanja lebih mewah dari kau sendiri (dan of coz laa menggunakan dari sumber duit kau tu). Dia bawak awek makan order mahal-mahal (peliknya dia bawak kau dan kawan-kawan lain lepak semeja sekali), aksesori pada motosikal dia pulak sentiasa bertambah, check FACEBOOK tengok gambar dia beli itu ini, makan itu ini, melancong sana sini. Kau yang tak pernah berhutang pulak tengah layan FACEBOOK sambil makan mee maggie untuk kali ke berapa bulan tu sambil fikir bila seluar dalam kau yang dah berlubang tu akan bertukar ganti. 


3. Dia selalu buat muka sedih depan kau kata dia sentiasa ada masalah duit. Bila kau nak kongsi petua pengurusan kewangan then dia buat-buat tak layan. Kau siap kata kau sanggup jadi advisor percuma untuk dia dan reaksi dia hanya ketawa acuh tak acuh. Bila keluar dia nak beli itu ini  which is jauh di luar kemampuan dia, kau nasihat then dia melenting dan marah 'Aku bukannya tak ada duit pun..!!' dan kau telan air liur sambil berkata dalam hati 'Masalahnya duit tu duit aku..!!' Hmmm


4. Bila lepak dengan another kawan lain rerupanya bukan kat sorang je dia hutang duit. Malah duit yang kau leburkan tu tak seberapa dengan jumlah kawan-kawan lain yang dia dah pau. Dan disaat tu juga kau mulai sedar bahawasanya kau sememangnya tak akan dapat duit tu balik sampai bila-bila. No wonder Along tu semuanya marah-marah belaka. Nak pinjam senang tapi part bayar.., haram.




TAMAT.




p/s: Masalah utama pemuitang pulak? Kita terlalu typical Malaysian yang punya rasa malu setiap kali nak tuntut hutang. Punya ar kita dah susun ayat berbunga-bunga nak cakap depan dia tapi last-last dia pulak yang berjaya pau duit kau lagi untuk sekian kalinya. Reaksi kau? Redha sambil tersenyum lalu dalam hati berkata 'Aku tak sabar kat akhirat kelak tengok muka kau terbakar dalam api neraka sebab jangan harap aku nak halalkan semua duit tu.!!' or paling tak kau berharap agar waktu ajal dia kelak then semua yang berlaku dalam series Tanah Kubur akan menimpa dia. HAHAHA..!!!

Thursday, August 6, 2015

Anda Macai Tahap Mana?

MACAI ialah slanga yang merujuk kepada individu yang maniacally a fanatic fan of someone or something. So macai politik ialah sarcasticallynya ialah golongan 'as-siddiq' kepada parti or ahli politik tertentu sepertimana otaku yang terlampau die hard fan tahap obsess pada anime. Dan kalau korang ikut blog aku dari mula (or even recent) then korang akan realize yang aku politically lebih condong kepada anti-governmnt. Salah satu punca utamanya ialah disebabkan oleh parents aku yang totally MACAI BN. Hmmm..


Parents aku wujud ketika era television baru-baru datang ke Malaysia. Jadi mereka percaya bahawa setiap apa yang keluar kat TV ialah benar sepertimana generasi-generasi sekarang tengok internet seraya berkata 'If it on the internet then it must be true'. Yap, Upin-Ipin ialah salah satu agenda Yahudi untuk menyesatkan otak anak-anak kita kat Malaysia sebab ada post kat FACEBOOK kata macam tu. Lagipun sumber maklumat parents aku hanyalah dari berita RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang isnya lebih kurang copy paste je. Aku dapat menilai betapa tenatnya keadaan situasi  Malaysia sekarang melalui analisis politik oleh mereka. Unfortunately macai BN di Malaysia ni bukan hanya melibatkan golongan berusia 60-70 tahun as my parents je. Malah ada ramai golongan-golongan muda yang punya akses maklumat tanpa had dan punya lebih 100 milian sel otak yang masih saling berhubung a.k.a boleh berfikir yang memilih jalan menjadi macai tegar otak di kepala lutut. Hmmm..


Then kau mempersoalkan:
"Aku BN supporter tapi tak adalah sampai tahap macai. Aku masih lagi tahu membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Jadi macam mana aku nak tahu aku sekadar supporter biasa, macai biasa-biasa or macai tahap kritikal?"


So biar saya bantu anda menyelesaikan persoalan tersebut berdasarkan situasi-situasi berikut.


1. Pakatan Rakyat (PR) kata Najib masukkan dana 1MDB dalam akaun peribadi. Reaksi anda?

a. Dah namanya pembangkang. Semua benda nak dibangkangkan je. Kalau betul, sediakan bukti dulu baru rakyat boleh percaya.
b. Macam mana pembangkang boleh dapat teori tu? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Tunggu what next dulu.
c. Kalau Pakatan dah kata macam tu maka betullah setiap apa mereka kata. Kita kena jihad menentang Najib ni. Takbir. Allahu Akhbar..!!


2. Wall Street Journal (WSJ) dah keluarkan bukti-bukti kukuh. Pak menteri kata itu semua fitnah. Reaksi anda?

a. Menteri kita ada CGPA 3.85 then tak kan orang belajar pandai-pandai nak menipu. Orang putih ni semuanya nak tengok kita jatuh. Dakyah Kristian ni. Lagipun zaman sekarang semua bukti boleh diphotoshop ar. Najib pun dah kata yang dia nak saman WSJ hari selasa kelak jadi Najib dipihak yang betul ar. Cumanya tak tahu selasa bila dia nak start saman ar.
b. Makin menarik ni. Tapi kena buat research dari sumber asal dulu ni.
c. Wall Street Journal mesti betul. Allahu Akhbar...!!


3. Muhyiddin Yasin dilucutkan dari jawatan timbalan perdana menteri disebabkan beliau mempersoalkan Najib dalam isu 1MDB. Reaksi anda?

a. Rombakkan kabinet adalah untuk memantapkan pasukan bagi menghadapi next pilihanraya sekaligus untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Ia tak ada kaitan langsung dengan 1MDB. Pembangkang memang dah tak ada idea lain lagi ni.
b. Muhyiddin, ketua hakim negara, malah semua yang mempersoalkan atau terlibat dalam siasatan 1MDB diberhentikan. Macam ada yang tak kena ni.
c. Keadilan untuk Muhyiddin Yassin. Allahu Akhbar...!!


4. Another menteri keluarkan statement. RM2.8 billion dalam akaun peribadi Najib bukanlah hal besar. Reaksi anda?

a. Menteri dipilih dikalangan mereka yang zuhud, Kalau mereka kata RM2.8 billion bukan hal besar maka ia bukanlah hal besar. 
b. RM2.80 barulah tak besar. RM2.8 billion tak besar then memang masalah berat dah ni..
c. Menteri LGBT. Allahu Akhbar..!!!


5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akhirnya memperakui yang memang ada RM2.8 billion dalam akaun peribadi Najib tapi ia ialah wang derma. Reaksi anda?

a. Najib ialah perdana menteri  yang disegani dan disayangi ramai. Patut ar ramai yang bagi derma. Entah-entah ada putera Arab yang bagi. Pembangkang cemburu ar tu sebab tak ada orang luar yang nak derma duit kat pemimpin mereka.
b. Mula-mula kata tak ada tapi sekarang ada tapi duit derma pulak. Siapa yang nak derma RM2.8 billion dan masuk dalam akaun peribadi. Makin pelik ni,,
c. JIHAD...!! ALLAHU AKHBAR..!!!





Keputusan:
1. Sekiranya pilihan anda banyak A maka anda berkemungkinan besar sama ada seorang rakyat Malaysia yang mampu hidup dengan BR1M selama setahun, orang kampung yang hanya memerlukan kurang RM42 sebulan, sentiasa bersyukur setiap kali harga minyak naik atau dengan lebih tepat lagi anda seorang yang positif kerana hanya melihat kebaikkan yang ada pada pemimpin sahaja.

2. Sekiranya pilihan anda banyak B maka anda berkemungkinan ialah seorang keyboard warrior yang banyak mengeluarkan ketidakpuashatian di ruangan post atau komen di Facebook, membebel setiap kali terpaksa bayar GST tapi tetap akan pangkah BN sebab kerja gomen atau anda berpotensi untuk menjadi kambing hitam dan dihantar ke ISA atau mana-mana akta yang lebih kurang sama dengan nama yang berbeza.

3. Sekiranya pilihan anda banyak C maka anda berkemungkinan ialah salah seorang dari team Mahathir or team Anuar ataupun salah seorang rakyat marhaen yang tak tahu bersyukur kerana Malaysia masih lagi aman sampai sekarang. Malah sekiranya anda berbangsa Cina atau India maka anda digalakkan untuk kembali ke negara asal anda. 



















So, korang masuk kumpulan mana?

Sunday, August 2, 2015

Aku Hidup Dalam Cerita Hantu

Malam tadi tengok cerita awal 80-an tajuk Rahsia lakonan Noorkumalasari dan arwah Syukry Hashim. Ingat dulu-dulu masa tengok cerita tu kat TV bukan main takut tak senang duduk langsung. Sekarang bila tengok asyik nak ketawa tanpa henti pulak. Tukar topik sekejap: last week aku terbaca kat satu site (yang aku tak ingat namanya) ni tentang perkara yang kita perlu belajar dari filem seram. Tukar topik sekali lagi: Deadpool ialah character komik yang tahu dia berada dalam komik. So imagine kalau kita tahu yang kita berada dalam filem seram (dan of coz kita pernah banyak kali tengok filem seram) so apa langkah bijak yang kita akan lakukan untuk menggelakkan diri kita terkorban.


1. Rumah Berhantu
It either kereta kau dan kekawan yang nak pergi melancong tiba-tiba rosak, or kau camping dan kemudian sesat dalam hutan tengah-tengah malam or parents kau beli rumah yang jauh dari penempatan manusia lain, kiri kanannya hutan, rumah tu pulak besar gila, cat warna putih yang dah usang siap dengan kulapok lagi. First rule yang boleh menyebabkan kau hidup sampai ke anak cucu ialah JANGAN MASUK..!! Tunggu dalam kereta sampai ada kereta lain lalu, merayu parents kau pindah ke rumah lain, kalau diaorang tak nak then kau je yang pindah ke rumah opah kau etc. Kebarangkalian rumah yang sah-sah nampak berhantu akan punya hantu dalam filem hantu ialah 100% dan hantu dalam filem hantu sangatlah merbahaya berbanding hantu dalam kehidupan sebenar. 


2. Barangan Berhantu
Kalau kau dah memang tak ada pilihan selain masuk rumah tu gak then second rulenya ialah: JANGAN KACAU BARANG PELIK-PELIK..!! Kau jumpa anak patung kat rumah yang dah lama ditinggalkan or cermin dengan ukiran tepi design makhluk unik or botol yang nampak pelik yang diikat dengan kain banyak warna or pita video yang tak ada tajuk or bilik yang terkunci yang sah-sah tertulis kat luar: AMARAN: DILARANG MASUK yang siap ditulis dengan darah lagi. Jangan sesekali masuk bilik tu, jangan peluk dan cium patung tu, jangan bukak penutup botol tu, jangan tengok video tu (kalau dah tengok then duplicate dan sila sebarkan kat orang lain secepat mungkin) dan jangan duduk tengah-tengah malam depan cermin, sikat rambut dengan lilin di sebelah. Manusia tangan gatal macam tu biasanya akan jadi orang pertama yang mati. Hmmm..


3. Budak Kecik.
Kalau korang bersama budak kecik then PERCAYA SETIAP APA YANG DIA KATA..!! In film, kids always can see ghost dan entah kenapa tak ada sesiapa yang percaya pada kata-kata mereka (walaupun in realiti bebudak suka buat-buat cerita untuk tarik perhatian orang dewasa). Lagipun kalau dalam cerita, budak kecik either paling akhir mati or diaorang survive. Yap, most adult akan mati dalam filem hantu. So percaya kata anak or adik korang kalau korang nak hidup lama (tapi dalam cerita je ar). 


4. Kawan Gila-Gila
Entah kenapa dalam cerita hantu remaja then pasti akan ada sorang mamat yang hyperactive dan perangai gila-gila, sorang girl yang feeling Paris Hilton, sorang nerd yang penakut dan kebetulan berminat tentang informasi paranormal dan sorang lelaki, sorang perempuan normal yang mostly akan jadi hero heroin dalam cerita. Sedang dalam realiti mereka-mereka tu tak mungkin sefahaman dan boleh jadi kawan. Biasanya hanya yang normal sahaja akan paling bertaha dan selamat. So be normal.


5. Jepun
Jangan pergi Jepun. Hantu Jepun ialah hantu yang paling kejam dan tak berperikemanusian (hmmm). Sebabnya kalau dalam cerita hantu orang puteh then masih ada lagi hero heroin yang terselamat. Tapi dalam cerita Jepun, tak kira betapa penting watak kau sekalipun or tak kira sekacak mana or sejelita mana kau then cukup pasti semua akan terbunuh. Kalau kau pindah Jepun then jangan beli rumah yang harga murah tak tentu pasal or at least buat kaji selidik dulu tentang rumah tu or jangan merajinkan diri jadi sukarelawan yang nak membantu orang tua kat rumah sembarangan melainkan kau berada dalam Scary Movie 4. 


6. The Dont Do List Thing
Jangan mulut cabul, jangan jadi terlalu berani, jangan terlalu nak tahu sangat (selain kucing, curiosity juga membunuh manusia), jangan berpecah dari kumpulan korang, kalau ada bunyi pelik then jangan bodoh nak pergi tempat tu, jangan berada dalam tempat gelap (agaknya semua lampu dalam cerita hantu rosak kot?), jangan mandi sorang diri especially dalam pool lama-lama, jangan ambik apa-apa dari orang mati, kalau kau perempuan then jangan pakai high heels sebab susah nak lari, kalau kunci pintu pastikan ia betul-betul berkunci (wait, macam ar hantu tak dapat tempus dinding), jangan terlampau rajin nak jengguk bawah katil, kalau kau nak guna kereta pastikan kau check seat belakang, mostly sentiasa ada hantu kat situ. Hmmm


7. Watak Sampingan.
Buat research, tengok cerita hantu banyak kali then tak ada watak sampingan yang akan hidup lama. So be hero or heroin of that film. Sama gak dalam realiti, jangan jadi watak sampingan dalam cerita hidup kita sendiri.




















Selamat hidup dalam cerita hantu. hohoho

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Monday, July 20, 2015

Manusia Yang Punya Tarikh Luput

Ada sorang kenalan ni, umur awal 20-an dan dia baru je kahwin beberapa bulan yang lepas. Sebelum ni dia selalu ada migraine dan kurang beberapa hari sebelum raya ni tadi dia jumpa doktor pakar dan disahkan ada ketumbuhan dalam otak dan dianggarkan hanya akan dapat hidup untuk 7 bulan macam tu je (bunyi macam drama Melayu je kan?). Reaksi aku (selain terkejut dan sedih) ialah jealous. Jealous sebab tak semua orang boleh tahu bila masa mereka akan pergi. It seem like tuhan dah bagi kita jawapan bocor tentang soalan yang terlalu rahsia yang semua manusia lain cukup terdesak nak tahu.



Kau pergi mall dan kau pilih satu sardin dan kau tengok tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Kau balik rumah, kehidupan berjalan macam biasa dan sedar tak sedar 2 bulan dah berlalu dan masa kau tengah nak kemas kabinet dapur tiba-tiba kau perasan kewujudan tin sardin yang terselindung disebalik set tupperware kau yang melambak. Kemudian timbul dalam kepala hotak kau "Nak kena buang ke ni? Membazir duit aku bayar GST kayakan first lady kedua tercantik di Asia je" so kau try buka. Rupa masih tak berubah. Kau cuba rasa hujung sudu dan tak ada apa-apa pun yang berbeza. Kau cuba panaskan dan makan. Beberapa hari berlalu dan kau tak pula mengalami kes cirit birit or keracunan makanan.

Or 

Kau pergi mall dan kau beli air susu kotak besar yang tarikh luputnya sebulan dari sekarang. Bila balik rumah kau buka dan minum seteguk dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Setiap selang sehari kau minum seteguk dan a week after bila kau minum ia dah rasa masam sikit. Even ada benda terapung-apung atas air tu lagi. Kau fikir "Tak mungkin basi kot sebab tarikh luputnya lama lagi. Malah ada banyak lagi baki susu dalam ni. Belajar U dulu aku dapat 3.85 then tak mungkin aku salah.." Kau teguk sampai habis, beberapa jam kemudian kau mulai masuk keluar toilet dan next few hour kau arwah. Tamat kronologi. Hmmm..




Realitinya tak semestinya apabila doktor kata kau akan mati 7 bulan kemudian then tepat hari ke 30 jam 12.01 am then kau terus arwah. Jawapannya mungkin berbeza kalau doktor tu ada Death Note then it totally a different kes. Mak cik aku ni dia ada ketumbuhan gak dan doktor estimate 2-3 bulan je tapi sekarang dah 5-6 tahun masih lagi sihat walafiat. Yap doktor bukan tuhan tapi kalau aku berada ditempat tu then reaksi aku bercampur baur antara sedih dan melonjak kegembiraan.

Korang ada layan cerita The Angriest Man In Brooklyn lakonan Robin William tak? Dia ada brain tumor dan doktor tersalah cakap yang dia hanya boleh hidup untuk beberapa jam je lagi. So dia bukan main gelabah dan cuba memperbetulkan setiap kesalahan yang dia pernah buat dalam masa yang cukup singkat. 

Kalau kita tahu the right moment kita akan di 'switch off' kan then kita pasti akan buat benda yang lebih kurang sama. Kita pasti akan ada Earl's List kita sendiri dari siapa yang kita perlu minta maaf, benda yang kita lama nak makan, tempat dah lama kita nak pergi dan paling last sekali of coz baru ingat tuhan dan beribadah 24/7 sehingga hari tu tiba. Or kalau kita ambik ia secara negatif then kita akan memberontak, maarah semua orang, moody sepanjang hari, have a sex with anyone, anywhere, anyhow without condom, bermurung dan menanggis atas katil etc.











Disebabkan tak ada sesiapa yang benar-benar boleh tahu bila mereka akan mati then semua orang sibuk nak update Instagram, letak hashtag sebanyak yang mingkin dan kutuk mana-mana selebriti perempuan yang masih lagi tak pakai tudung. What such a tipikal Malaysia ar kan? 

Monday, July 6, 2015

Melayu vs Puasa vs Valentine Day

Tahun ni tahun pertama Amber Chia berpuasa dan tahun ke empat untuk Soo Winci berpuasa. Rata-rata kata mula-mula memang susah sikit tapi lama kelamaan dah biasa dan tak bagi apa-apa masalah pun. Aku kenal sorang kawan non Muslim yang setiap kali Ramadhan tiba je then dia pasti akan join puasa sekali. And the great part tentang mereka ni ialah diaorang bukan je sekadar lapar tak makan dan tak minum je malah turut sekali jaga kata-kata mereka. On the other part of the universe pulak, orang kita (mostly muda-muda) makin tak malu menunjukkan diri mereka tak berpuasa. Merokok kat public, minun secara terbuka, makan tanpa segan silu dan bila ditanya sebab tak puasa then jawapan mereka "Tak tahan sebab lapar.." OMG..!!


Puasa memang ar kena lapar. Dah namanya pun proses menahan diri dari lapar dan dahaga so puasa memang ar lapar. Tapi masih lagi ada persediaan dengan sahur dan berbuka. Bukannya puasa ni tak makan langsung 24 jam sehari selama sebulan. Itu penyeksaan namanya. Then keluar pulak iklan produk-produk Melayu yang claim kalau makan barang mereka tu waktu sahur then tak akan terasa lapar langsung a.k.a kenyang je sepanjang hari. Itu lagi pelik. Puasa dengan matlamat tak rasa lapar langsung. Sedangkan salah satu kesedaran yang cuba dibawa oleh amalan puasa ialah agar kita boleh rasa sedikit sebanyak (sedikit je pun) berkongsi penderitaan manusia-manusia in other part of world yang terpaksa berlapar sepanjang hari tanpa sempat nak sahur or berbuka dengan membeli makanan kat Bazaar lagi. Hmmm.


Tak salah kalau aku katakan yang puasa ni dah jadi macam aktiviti tradisi orang Melayu je berbanding sepatutnya sebagai amalan umat yang mengaku dirinya Islam. Lebih kurang macam sambutan Valentine Day gak ar. Kenapa kita sambut Valentine Day? Sebabnya orang lain sambut, kat TV ada banyak filem sambut dan ia nampak so romantis, dan kebetulan aku ada awek so aku kena beli bunga, kad, keluar makan dengan dia tanda bukti aku sayangkan dia dan kalau tak dia akan marah etc. Sebab sebenar kenapa perlu sambut Valentine Day? Entah. Sama gak  macam kenapa kita berpuasa? Sebabnya emak bapak aku suruh aku puasa sejak kecik (kalau tak puasa maka tak boleh raya) so puasa ialah benda yang aku dah biasa buat, kat TV ada banyak cerita tentang orang puasa jadi makin ramai yang puasa so puasa ialah aktiviti yang so trending so aku kena joun plus masa puasa kena pergi bazaar, pergi buffet, sembahyang tarawih etc dan kalau tak buat rasa macam rutin tak lengkap pulak. Sebab sebenar perlu puasa? Entah.


Buktinya lagi, siapa yang tak pernah pergi bazaar dan tak pernah berlaku kes: karipap inti angin, rupa cantik tapi rasa macam tayar basikal, lauk dihiasi ulat, terberak-berak sepanjang malam sebab lauk dah basi, beli banyak tapi tak habis makan then buang, makan banyak sampai terlebih kenyang dan terlepas ibadah etc. Or kat FACEBOOK sentiasa je ada komen-komen lucah, caki maki bila tengok Rosmah tak pandai sarung kasut sendiri, Najib curi duit rakyat sekali lagi untuk sekian kalinya, tengok muka Ahmad Maslan tersenyum. Or terkini aktiviti keganasan bersama ayat caki maki menyerang Lim Kit Siang kat kedai kopitiam. Kata Islam agama keamanan, kata Melayu bangsa berbudi bahasa, Ramadhan pulak sepatutnya adalah bulan untuk fokus beramal ibadah. Jadi siapa yang buat semua benda tu? Atau paling koman ar siapa yang puasa penuh sebulan tapi sembayang langsung tak buat? Hmmm..















Kemudian pada 10 hari terakhir ni pulak ramai yang berharap Ramadhan cepat pergi. Sebab mereka dah tak sabar nak sambut raya. Pelik kan? Sepatutnya kita nak Ramadhan berterusan biar sampai setahun dan Syawal tak pernah muncul tiba sebab ketika Ramadhan je ar Tuhan jadi lebih pemurah untuk melipatgandakan setiap amalan. Tapi sebaliknya. Kan?

Monday, June 15, 2015

Tarawih vs Hunger Game

Iklan Yusuf Taiyob dah keluar (parodinya pun dah start keluar), jualan kain dengan sale yang merapu-rapu pun dah keluar, artis perempuan dah start pakai tudung untuk drama bersiri islamik, rancangan masakan oleh Sheila Rusly untuk season yang keberapa pun dah nak start, mak cik jahit baju dah tutup order manakala akak jual kuih dah start buka order dan paling penting para peniaga dah mulai bergaduh untuk berebut tempat strategik berjual kat bazaar. Do not ask me where is the corner but so sure Ramadhan is just around the corner (LOL).  


Aku paling suka Ramadhan. Walaupun aku rasa tahun ni aku kurang bersedia sikit tapi aku harap ia tak merosakkan sebulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Ramadhan buat mereka yang 'percaya' yakin yang pada bulan ni, sangat mudah nak kumpul pahala. Setiap benda sunat dibuat akan dapat pahala wajib manakala benda wajib digandakan pahalanya. So buat aku yang timbangan dosa-pahala yang stabil macam lambang dacing BN tu maka bulan ni ialah peluang untuk aku buat sehabis baik. I do believe in that. Makanya aku cuba untuk pastikan yang kali ni ia bukan sekadar sakit perut menahan lapar dan dahaga jer. Hmmm..

Part aku paling tak suka tentang Ramadhan pula ialah pada perangai-perangai manusia tertentu yang tak sabar-sabar menunggu ia tamat ketika ia baru je bermula. Sebabnya mereka hanya nak sambut raya je. Dan raya pula dah jadi pesta golongan mangsa kapitalis je. Sedangkan realitinya Syawal ialah kemenangan untuk mereka yang berjaya mengharungi sebulan Ramadhan. Apa yang mereka-mereka ni nampak pula ialah Syawal ialah hari kemerdekaan selepas terseksa selama sebulan. Hmmm..



Stop bab emo-emo. Back to main topic: Tarawih. Kita tak buat tarawih pada hari-hari biasa. Ia hanya berlaku pada malam Ramadhan je. Disebabkan aku seorang pendendam dan punya semangat anti sosial yang cukup tinggi so aku jarang buat tarawih. Kali terakhir aku solat tarawih ialah pada tahun 2008 (or 2007) masa belajar dulu je. Apa yang pasti tarawih kat Malaysia ni, mana-mana masjid pun keadaannya lebih kurang sama je: sama macam cerita Hunger Game.


Mereka yang tahu masjid UKM ni ia agak besar dan ada dua tingkat. Ia bukan je untuk bebudak UKM je malah untuk orang luar yang duduk sekitar. Tarawih malam pertama seperti feel solat Jumaat pada malam hari. Ia rapat, padat dan penuh sesak sehinggakan masa solat, tak ada setan yang dapat lalu celah-celah antara dua jemaah. Wait, lupa pulak yang setan dah kena kurung masa Ramadhan. Walaupun hari malam tapi terasa panas seperti air cond dan kipas tak berfungsi. Kereta parking sana sini. Selipar penuh kat tangga. Memang banyak ar punya manusia. Semangat hari pertama tarawih katanya.

Seminggu berlalu, bilangan manusia dah berkurangan tapi still masih banyak lagi. Separuh Ramadhan berlalu, separuh jemaah pun dah hilang sekali. Minggu terakhir, satu tingkat je digunakan. Hari-hari terakhir, satu baris je yangtinggal. Itupun bukannya satu baris penuh. Jemaah yang ada pun dah boleh dikira. Masjid dah jadi sangat gelap, sunyi dan menakutkan. 

Nak buat macam mana sebab bebudak universiti dah cuti dan balik kampung. Bandar Baru Bangi pun tempat orang datang so semuanya balik kampung memasing. Masalahnya ia bukan berlaku kat masjid tu je malah hampir setiap masjid di negara ni. Malah kampung-kampung tempat orang bandar balik pun pada minggu terakhir then garenti dah sunyi dengan jemaah. Sebabnya semua dah sibuk dengan sambutan raya sehingga lupa kelebihan solat tarawih hari-hari akhir yang cukup besar. 












Dalam Hunger Game, permainan bermula dengan 24 pemain dan as time goes by satu persatu meninggalkan permainan dan akhirnya yang tertinggal adalah the sole survivor (realitinya dalam Hunger Game, it better mati daripada jadi juara).











Tahun ni aku niat nak kembali bertarawih. May the odds be ever in my favor this time. Hmmm..

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?

Sunday, May 31, 2015

Filem Romantis? Eeew..

Pada usia 30 tahun dan ketika rakan-rakan seusia mostly dah kahwen dan punya anak sorang dua sedangkan kau pula masih setia bersendiri then filem-filem or drama berbentuk romantis ialah benda terakhir yang kau nak tengok. Bukan disebabkan ia akan membuatkan engkau rasa terlampau gersang or menjadikan kau rasa sedih sebab forever alone sebaliknya untuk mengelakkan kau rasa mual dan seterusnya muntah bila terjumpa budak hingusan yang belum habis sekolah menengah dah feel-feel romantis kat shopping mall ngan awek dan balak diaorang. Hmmm..

Aku bukan seorang lelaki yang suka layan cerita yang straight forward romantis. Sebab utamanya aku tak suka layan cerita yang happy ending. Yap, Romeo & Juliet best sebab dua-dua akhirnya mati. Lagi pula cerita romantis dalam filem or drama terlalu fictional sehingga tak dapat nak relate ngan dunia sebenar. Muka dan body hero-heroin punya ar mantop tak ada cacat cela. Or paling mudah tengok drama tempatan, garenti ada je jalan cerita mamat kaya suka minah miskin, mak mertua kejam, mamat playboy insaf etc. Teringat kata anak buah aku. Tajuk cerita Cinta dan Ibadah tapi tak pernah pulak nampak part diaorang beribadah. Hmmm..

Walaupun aku pernah tolak cinta orang-orang tertentu tapi ia taklah bermakna yang aku ni manusia berhati ais (or mati pucuk) sebab aku pun manusia gak. Aku layan gak filem-filem romantis tertentu tapi aku bukan macam perempuan-perempuan tertentu yang berharap life dia akan jadi sebijik sama macam dalam filem romantis tu. Wake up dan hiduplah di dunia realiti wahai para ladies. Dipendekkan cerita untuk mereka-mereka yang seangkatan aku yang cukup alergi untuk layan filem-filem romantis seangkatan adaptasi dari novel Nicholas Sparks etc then dalam post ni aku nak share filem-filem komersial yang aku kelaskan as romantis untuk aku yang korang boleh layan.



1. LABOR DAY (2013)


Aku baru je layan filem ni dan ia totally menginspirasikan aku untuk menghasilkan post ni. Ia bukan tentang asal usul hari pekerja or hari orang beranak sebaliknya tentang sorang banduan ni melarikan diri dan kebetulan jumpa sorang ibu tunggal ngan anak dia. Yap, mereka berdua dijadikan 'tahanan' kat rumah, banduan dan ibu jatuh cinta bla bla bla. Jalan ceritanya agak tipikal je sebenarnya tapi entah kenapa ia berjaya memberi sesuatu rasa. Lakonan Josh Brolin dan Kate Winslet serta muka tanpa emosi jelas oleh budak watak Henry tu berkesan ar. Or mungkin gak sebab ia adalah arahan Jason Reitman yang filem lain arahannya pun sangat best macam Juno, Up In The Air dan Men, Women & Children. Walaupun cerita ni berakhir dengan happy ending tapi aku suka sebab endingnya memang sepatutnya berlaku macam tu.



2. 500 DAYS OF SUMMER (2009)


Kalau kau seorang lelaki dan kau dah layan filem ni then garenti kau akan benci Summer tapi dalam masa yang tak tak mampu nak benci dia sebab Zooey Deschanel terlalu comel untuk dibenci. Sinopsis pendek: Tom love Summer tapi masalahnya Summer tak percaya cinta and she totally a bitch (a cute one laa). Yap, sounds familiar tapi selalunya watak lelakilah yang tak percaya cinta kan?. Dan korang akan jadi sangat bersimpati pada Tom melainkan kau ialah seorang feminist yang support 'Team Summer' then itu lain cerita. Cara filem ni dibawa bersama naratornya membuatkan cerita ni menarik dan berbeza. Walau kau tak berpuas hati sepanjang filem ni berjalan dan kau akan cuba sedaya upaya untuk teka endingnya macam mana tapi bila ia dah berakhir then kau akan setuju yang hidup ni adil sebenarnya. Hmmm..



3. ABOUT TIME (2013)


Imagine kalau kau ialah seorang lelaki yang sentiasa malang dalam bab cinta dan tiba-tiba suatu hari bapak kau bagitahu yang setiap anak lelaki dari salur galur keluarga dia (including kau) punya kuasa untuk time travel. Yap, that sound sangat ridiculous tapi kalau ia betul then sebagai seorang lelaki, then kau memang akan ambil kesempatan. Menjadikan cerita ni special ialah apabila ia berlaku kepada orang yang biasa-biasa dalam persekitaran yang biasa-biasa. Heronya bukan Channing Tatum or Zac Efton or Chris Hemsworth sebaliknya dilakonkan oleh watak abang kepada Ron Weasley. Tema cinta dalam filem ni juga cukup luas dan bukan sekadar pada cinta kekasih je. Malah sebab ia melibatkan ciri-ciri kekeluargaan plus komedi then menjadikan cerita ni cukup menyentuh hati. Plus endingnya akan buat kita menghargai setiap detik dan ketidaksempurnaan. Hmmm..



4. 
Aku dah malas nak taip. Tapi ada banyak lagi filem yang aku suka macam Atonement, Before Sunrise, Before Sunset, Before Midnight dan eeee.. itu je koleksi filem kelas romantis yang aku ada dalam beratus koleksi filem download haram aku. Hmmm. Jadi adakah kau fikir aku seorang mat bunga berdasarkan filem-filem yang aku kelaskan as romantis tu? Or korang ada cadangan filem-filem yang korang minat dan nak sahrekan kat aku.