Teringat zaman universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni (penulisan kreatif) dan antara berpuluh-puluh budak kelas yang dah 2 tahun belajar kesusateraan Melayu then penulisan aku yang terpilih as terbaik dan disiarkan kat salah satu majalah Dewan Bahasa dan review yang ditulis oleh pensyarah a.k.a juga seorang penulis terkenal negara sebagai seorang yang punya bakat seperti penulis era 70-an negara membuatkan aku rasa 'terbang'. Lepas tu era Blogging muncul dan ada pulak orang yang out of no where yang aku tak kenal follow dan puji gaya penulisan aku so aku makin 'terbang'.
Years after, selepas kali terakhir aku berhenti kerja, zaman buku alternatif timbul dan aku cuba kembali nak menulis. Aku hantar manuskrip dan ketiga-tiganya diterima. TAPI novel pertama keluar jadi major disaster, yang kedua selepas setahun baru publisher teringat nak bagitahu yang ia dah kena reject dan ketiga pula kena reject dengan cara yang penuh budiman (which is aku akan promote lepas ni). So ketika aku yang sedang asyik 'terbang' selama ni tadi terus menjunam jatuh ke bumi. Semuanya seolah-olah membuktikan yang aku tak ada apa-apa bakat langsung pun selama ni. Terasa diri ni macam Najib yang berdiri dalam kelompok menteri-menteri pembodek je tanpa ada sesiapa berani bagitahu aku yang rupa-rupanya majoriti rakyat Malaysia langsung tak suka aku pun selama ni. Hmmm..
Then korang kata 'Aj, jangan putus asa. Kau tahu tak J.K. Rowling a.k.a penulis terkenal Harry Potter which is pernah jadi penulis paling kaya di dunia tu pernah kena reject lebih 12 kali. Dia tak putus asa dan kau tengok mana dia sekarang...?"
Jawapan aku 'Talk to the hand, please..' (in annoying English accent)
Btw novel yang kena reject dengan cara budiman tu sekarang dah keluar kat Wattpad. Just search FIXI or buaya or Aj Abdullah or kau klik je link ni: BUAYA. Ia akan diupdate setiap Isnin, Rabu & Jumaat sehingga tamat. 4 novel yang senasib dengan aku dikeluarkan sekali tapi hanya 1 novel yang ada ramai reader, vote, viewer etc sahaja yang akan diterbitkan dalam bentuk buku fizikal. Yap, it does sound like Hunger Game (or worst: Akademi Fantasia). Jadi korang boleh check penulisan aku kat situ dan kalau kau ialah seorang ketua mafia yang punya ramai anak buah then kau boleh paksa diaorang vote novel tu. Paling tidak pun kalau kau budak IT then tolong hacks laman web tu supaya bilangan reader aku naik mendadak. Hmmmm
2 comments:
Hi I know this post is very very old but may I know apa jadi dgn story BUAYA ni? This is actually one of my fav story kat Wattpad dulu and I really really would like to read it again. Did you delete it or will you publish it one day?
Hi Anon,
Terima kasih untuk sokongan tu. Ya, Buaya di Wattpadtu dah dibuang. Tapi berita baiknya pula ialah ia dah diterbitkan semula oleh penerbit baru dibawah tajuk "Sumpahan Boyak". Banyak yang dah diedit agar bersesuaian dengan kehendak pembaca.. Dapatkan dikedai-kedai buku berdekatan ya..
Post a Comment