MACAI ialah slanga yang merujuk kepada individu yang maniacally a fanatic fan of someone or something. So macai politik ialah sarcasticallynya ialah golongan 'as-siddiq' kepada parti or ahli politik tertentu sepertimana otaku yang terlampau die hard fan tahap obsess pada anime. Dan kalau korang ikut blog aku dari mula (or even recent) then korang akan realize yang aku politically lebih condong kepada anti-governmnt. Salah satu punca utamanya ialah disebabkan oleh parents aku yang totally MACAI BN. Hmmm..
Parents aku wujud ketika era television baru-baru datang ke Malaysia. Jadi mereka percaya bahawa setiap apa yang keluar kat TV ialah benar sepertimana generasi-generasi sekarang tengok internet seraya berkata 'If it on the internet then it must be true'. Yap, Upin-Ipin ialah salah satu agenda Yahudi untuk menyesatkan otak anak-anak kita kat Malaysia sebab ada post kat FACEBOOK kata macam tu. Lagipun sumber maklumat parents aku hanyalah dari berita RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang isnya lebih kurang copy paste je. Aku dapat menilai betapa tenatnya keadaan situasi Malaysia sekarang melalui analisis politik oleh mereka. Unfortunately macai BN di Malaysia ni bukan hanya melibatkan golongan berusia 60-70 tahun as my parents je. Malah ada ramai golongan-golongan muda yang punya akses maklumat tanpa had dan punya lebih 100 milian sel otak yang masih saling berhubung a.k.a boleh berfikir yang memilih jalan menjadi macai tegar otak di kepala lutut. Hmmm..
Then kau mempersoalkan:
"Aku BN supporter tapi tak adalah sampai tahap macai. Aku masih lagi tahu membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Jadi macam mana aku nak tahu aku sekadar supporter biasa, macai biasa-biasa or macai tahap kritikal?"
So biar saya bantu anda menyelesaikan persoalan tersebut berdasarkan situasi-situasi berikut.
1. Pakatan Rakyat (PR) kata Najib masukkan dana 1MDB dalam akaun peribadi. Reaksi anda?
a. Dah namanya pembangkang. Semua benda nak dibangkangkan je. Kalau betul, sediakan bukti dulu baru rakyat boleh percaya.
b. Macam mana pembangkang boleh dapat teori tu? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Tunggu what next dulu.
c. Kalau Pakatan dah kata macam tu maka betullah setiap apa mereka kata. Kita kena jihad menentang Najib ni. Takbir. Allahu Akhbar..!!
2. Wall Street Journal (WSJ) dah keluarkan bukti-bukti kukuh. Pak menteri kata itu semua fitnah. Reaksi anda?
a. Menteri kita ada CGPA 3.85 then tak kan orang belajar pandai-pandai nak menipu. Orang putih ni semuanya nak tengok kita jatuh. Dakyah Kristian ni. Lagipun zaman sekarang semua bukti boleh diphotoshop ar. Najib pun dah kata yang dia nak saman WSJ hari selasa kelak jadi Najib dipihak yang betul ar. Cumanya tak tahu selasa bila dia nak start saman ar.
b. Makin menarik ni. Tapi kena buat research dari sumber asal dulu ni.
c. Wall Street Journal mesti betul. Allahu Akhbar...!!
3. Muhyiddin Yasin dilucutkan dari jawatan timbalan perdana menteri disebabkan beliau mempersoalkan Najib dalam isu 1MDB. Reaksi anda?
a. Rombakkan kabinet adalah untuk memantapkan pasukan bagi menghadapi next pilihanraya sekaligus untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Ia tak ada kaitan langsung dengan 1MDB. Pembangkang memang dah tak ada idea lain lagi ni.
b. Muhyiddin, ketua hakim negara, malah semua yang mempersoalkan atau terlibat dalam siasatan 1MDB diberhentikan. Macam ada yang tak kena ni.
c. Keadilan untuk Muhyiddin Yassin. Allahu Akhbar...!!
4. Another menteri keluarkan statement. RM2.8 billion dalam akaun peribadi Najib bukanlah hal besar. Reaksi anda?
a. Menteri dipilih dikalangan mereka yang zuhud, Kalau mereka kata RM2.8 billion bukan hal besar maka ia bukanlah hal besar.
b. RM2.80 barulah tak besar. RM2.8 billion tak besar then memang masalah berat dah ni..
c. Menteri LGBT. Allahu Akhbar..!!!
5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akhirnya memperakui yang memang ada RM2.8 billion dalam akaun peribadi Najib tapi ia ialah wang derma. Reaksi anda?
a. Najib ialah perdana menteri yang disegani dan disayangi ramai. Patut ar ramai yang bagi derma. Entah-entah ada putera Arab yang bagi. Pembangkang cemburu ar tu sebab tak ada orang luar yang nak derma duit kat pemimpin mereka.
b. Mula-mula kata tak ada tapi sekarang ada tapi duit derma pulak. Siapa yang nak derma RM2.8 billion dan masuk dalam akaun peribadi. Makin pelik ni,,
c. JIHAD...!! ALLAHU AKHBAR..!!!
Keputusan:
1. Sekiranya pilihan anda banyak A maka anda berkemungkinan besar sama ada seorang rakyat Malaysia yang mampu hidup dengan BR1M selama setahun, orang kampung yang hanya memerlukan kurang RM42 sebulan, sentiasa bersyukur setiap kali harga minyak naik atau dengan lebih tepat lagi anda seorang yang positif kerana hanya melihat kebaikkan yang ada pada pemimpin sahaja.
2. Sekiranya pilihan anda banyak B maka anda berkemungkinan ialah seorang keyboard warrior yang banyak mengeluarkan ketidakpuashatian di ruangan post atau komen di Facebook, membebel setiap kali terpaksa bayar GST tapi tetap akan pangkah BN sebab kerja gomen atau anda berpotensi untuk menjadi kambing hitam dan dihantar ke ISA atau mana-mana akta yang lebih kurang sama dengan nama yang berbeza.
3. Sekiranya pilihan anda banyak C maka anda berkemungkinan ialah salah seorang dari team Mahathir or team Anuar ataupun salah seorang rakyat marhaen yang tak tahu bersyukur kerana Malaysia masih lagi aman sampai sekarang. Malah sekiranya anda berbangsa Cina atau India maka anda digalakkan untuk kembali ke negara asal anda.
So, korang masuk kumpulan mana?
1 comment:
sad but true jawapan aku semua b...hahaha...tapi aku bukan keyboard warrior eh...aku bincang isu isu mcm ni dalam group whatapps kawan rapat jer...haha...
tapi aku gelak kat soalan no 4 jawapan c...hahaha...
Post a Comment