Sunday, August 2, 2015

Aku Hidup Dalam Cerita Hantu

Malam tadi tengok cerita awal 80-an tajuk Rahsia lakonan Noorkumalasari dan arwah Syukry Hashim. Ingat dulu-dulu masa tengok cerita tu kat TV bukan main takut tak senang duduk langsung. Sekarang bila tengok asyik nak ketawa tanpa henti pulak. Tukar topik sekejap: last week aku terbaca kat satu site (yang aku tak ingat namanya) ni tentang perkara yang kita perlu belajar dari filem seram. Tukar topik sekali lagi: Deadpool ialah character komik yang tahu dia berada dalam komik. So imagine kalau kita tahu yang kita berada dalam filem seram (dan of coz kita pernah banyak kali tengok filem seram) so apa langkah bijak yang kita akan lakukan untuk menggelakkan diri kita terkorban.


1. Rumah Berhantu
It either kereta kau dan kekawan yang nak pergi melancong tiba-tiba rosak, or kau camping dan kemudian sesat dalam hutan tengah-tengah malam or parents kau beli rumah yang jauh dari penempatan manusia lain, kiri kanannya hutan, rumah tu pulak besar gila, cat warna putih yang dah usang siap dengan kulapok lagi. First rule yang boleh menyebabkan kau hidup sampai ke anak cucu ialah JANGAN MASUK..!! Tunggu dalam kereta sampai ada kereta lain lalu, merayu parents kau pindah ke rumah lain, kalau diaorang tak nak then kau je yang pindah ke rumah opah kau etc. Kebarangkalian rumah yang sah-sah nampak berhantu akan punya hantu dalam filem hantu ialah 100% dan hantu dalam filem hantu sangatlah merbahaya berbanding hantu dalam kehidupan sebenar. 


2. Barangan Berhantu
Kalau kau dah memang tak ada pilihan selain masuk rumah tu gak then second rulenya ialah: JANGAN KACAU BARANG PELIK-PELIK..!! Kau jumpa anak patung kat rumah yang dah lama ditinggalkan or cermin dengan ukiran tepi design makhluk unik or botol yang nampak pelik yang diikat dengan kain banyak warna or pita video yang tak ada tajuk or bilik yang terkunci yang sah-sah tertulis kat luar: AMARAN: DILARANG MASUK yang siap ditulis dengan darah lagi. Jangan sesekali masuk bilik tu, jangan peluk dan cium patung tu, jangan bukak penutup botol tu, jangan tengok video tu (kalau dah tengok then duplicate dan sila sebarkan kat orang lain secepat mungkin) dan jangan duduk tengah-tengah malam depan cermin, sikat rambut dengan lilin di sebelah. Manusia tangan gatal macam tu biasanya akan jadi orang pertama yang mati. Hmmm..


3. Budak Kecik.
Kalau korang bersama budak kecik then PERCAYA SETIAP APA YANG DIA KATA..!! In film, kids always can see ghost dan entah kenapa tak ada sesiapa yang percaya pada kata-kata mereka (walaupun in realiti bebudak suka buat-buat cerita untuk tarik perhatian orang dewasa). Lagipun kalau dalam cerita, budak kecik either paling akhir mati or diaorang survive. Yap, most adult akan mati dalam filem hantu. So percaya kata anak or adik korang kalau korang nak hidup lama (tapi dalam cerita je ar). 


4. Kawan Gila-Gila
Entah kenapa dalam cerita hantu remaja then pasti akan ada sorang mamat yang hyperactive dan perangai gila-gila, sorang girl yang feeling Paris Hilton, sorang nerd yang penakut dan kebetulan berminat tentang informasi paranormal dan sorang lelaki, sorang perempuan normal yang mostly akan jadi hero heroin dalam cerita. Sedang dalam realiti mereka-mereka tu tak mungkin sefahaman dan boleh jadi kawan. Biasanya hanya yang normal sahaja akan paling bertaha dan selamat. So be normal.


5. Jepun
Jangan pergi Jepun. Hantu Jepun ialah hantu yang paling kejam dan tak berperikemanusian (hmmm). Sebabnya kalau dalam cerita hantu orang puteh then masih ada lagi hero heroin yang terselamat. Tapi dalam cerita Jepun, tak kira betapa penting watak kau sekalipun or tak kira sekacak mana or sejelita mana kau then cukup pasti semua akan terbunuh. Kalau kau pindah Jepun then jangan beli rumah yang harga murah tak tentu pasal or at least buat kaji selidik dulu tentang rumah tu or jangan merajinkan diri jadi sukarelawan yang nak membantu orang tua kat rumah sembarangan melainkan kau berada dalam Scary Movie 4. 


6. The Dont Do List Thing
Jangan mulut cabul, jangan jadi terlalu berani, jangan terlalu nak tahu sangat (selain kucing, curiosity juga membunuh manusia), jangan berpecah dari kumpulan korang, kalau ada bunyi pelik then jangan bodoh nak pergi tempat tu, jangan berada dalam tempat gelap (agaknya semua lampu dalam cerita hantu rosak kot?), jangan mandi sorang diri especially dalam pool lama-lama, jangan ambik apa-apa dari orang mati, kalau kau perempuan then jangan pakai high heels sebab susah nak lari, kalau kunci pintu pastikan ia betul-betul berkunci (wait, macam ar hantu tak dapat tempus dinding), jangan terlampau rajin nak jengguk bawah katil, kalau kau nak guna kereta pastikan kau check seat belakang, mostly sentiasa ada hantu kat situ. Hmmm


7. Watak Sampingan.
Buat research, tengok cerita hantu banyak kali then tak ada watak sampingan yang akan hidup lama. So be hero or heroin of that film. Sama gak dalam realiti, jangan jadi watak sampingan dalam cerita hidup kita sendiri.




















Selamat hidup dalam cerita hantu. hohoho

5 comments:

MORIBAYU said...

abahahahhahaa


yups.
luv point yg last tu.
selalu macam tu,
if jadi pelakon extra sure mati awal.

jade better jade hero dan heroin.
silap2 sampai sequel ke 10 boleh hidup lagi.

yang benar aku tak nonton filem hantu.

sebab aku pernah tanya seorang kawan yg suka nonton filem hantu.
tentang logika kitaran hidup seorang hantu

aku cuma bertanya kepada dia


"manusia bila mati jadi hantu
hantu bila mati jadi apa ?"

dan dia tak dapat jawap



:-(


kerna yg benar
hantu cuma delusi kepada manusia hidup

crescent said...

hahaha penat ketawa baca entry ni...on point semuanya...tapi aku suka perasaan trill tengok cerita hantu...walaupon dah tau mesti ade scene tengok bawah katil...hahaha...

Raz said...

hehhehehe cliche cite hantu kan.. still ... aku layan gak cite hantu

Aj Abdullah said...

Megat,
Boleh sampai 10 sequel tu. hahaha. Manusia cipta 'idea' hantu tapi kemudian mereka sendiri takut dengan ciptaan mereka. Hmmm

cresscent,
Antara aku dan ahmad maslan, siapa yang lebih lawak?

Raz,
Macam masuk rumah hantu gak. Dah tahu manusia yang menyamar jadi hantu dalam tu tapi masih lagi menjerit-jerit takut. hmmm

crescent said...

maaf aj tapi ahmad maslan lebih lawak...kau di tangga kedua...