Tuesday, October 9, 2012

Definisi Kawan

Kawan ialah satu episode yang cukup penting dalam hidup semua orang. A great friend bagi aku boleh disamakan as setaraf dengan family member sendiri walaupun mereka x ada hubungan darah sikitpun ngan kita. Hmmmm..


Aku seorang lelaki jenis yang cukup mudah buat kawan (kalau aku nak). Contoh kalau aku dudok kat bus station dan sebelah aku ada orang then kalau aku nak so aku leh jer jadikan dia kawan sehingga kalau betul chemistry kami orang akan kata yang kami dah kenal lama. As beberapa orang kawan aku pernah kata "Alaa, Aj dah ada kawan baru ar tu so dia akan lupa kita as kawan lama dia nanti.." sebab seems dimana sahaja aku berhenti, aku akan tinggalkan trail (or bahan bukti) iaitu kawan-kawan (melainkan kat tempat kerja yang terakhir yang aku still sampai hari ni tak faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga menjadikan ia benar-benar berbeza).

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak kawan tu aku hanya ada kawan yang betul-betul kawan yang sangat sedikit. Around 3 orang cam tu jer kot. Aku pun tak tahu kenapa jumlahnya sangat kecil. Aku rasa it normal kot pada emua orang yang  refer better quality rather than quantity ar kot. Even ada orang yang punya jumlah kawan yang besar tapi dia tak ada kawan yang betul-betul kawan tu pon. Sebab atas dasar kualiti tu ar. Kan...?


Kalau aku buat satu carta bulatan dalam bulatan so bulatan paling besar yang mewakili orang luar yang just tahu kewujudan aku tapi kenal sekadar pada nama jer then akan kata aku seorang yang sombong dan berlagak. Yap, I get it all the time. May be sebab muka aku ni jenis muka yang sombong ar. Kalu aku gi mana-mana, aku memang tak akan senyum sikit pun. Even kalau aku senyum pun orang akan kata yang senyuman aku tu sangat berlagak. Sebab mostly mereka tu yang kemudiannya jadi kawan aku akan kata "Laaa Aj, selama ni mati-mati aku fikir kau ni seorang yang sombong dan berlagak.." Hmmm..

Next bulatan sederhana mewakili kawan yang pernah keluar lepak Mc D, tengok wayang or lepak-lepak malam hari ngan aku. Kekawan dalam kelompok ni pulak akan kata aku seorang yang sangat happy go lucky, full of humor, sporting etc yang seangkatan. Rasanya mostly orang dalam group ni akan label aku as Aj yang selalu senyum or Aj yang tak ada masalah. Even rasanya kawan dalam kelompok ni memang berpotensi untuk misjudge aku ar. 

Lastly bulatan paling kecil bagi mewakili kekawan dalam bilangan sangat-sangat kecil yang melihat aku as Aj yang serius. Rasanya hanya orang-orang yang terpilih jer ar yang mampu lihat aku bercakap ngan serius pada issue-issue serius. Kawan pada peringkat ni melihat aku as manusia normal yang beremosi dan juga ada masalah sama cam orang lain.















Aku sangat yakin hanya orang yang bertuah sahaja yang punya kawan. Dan hanya orang yang betul-betul bertuah punya kawan yang betul-betul kawan. Hmmmm..

3 comments:

Shila said...

aku tak mampu nk tgk ko cakap dalam isu serius..

tp aku rs penulisan ko semua serius..

cemana..?

MORIBAYU said...

Kawan macam tiket loteri.
Kamu perlu betul-betul bertuah..utk mendapatkan yg benar-benar bernilai.

Aj Abdullah said...

miss senget, org kata kalau org yang suka berjenaka, disebalik jenakanya tu dia seorang yang serius. so kira cam tu lah kkot. huhuhu

me, kadang2 gave up gak nak cuba nasib main loteri tu sebab yang datang atas nama kawan tu rerupanya satu lagi sampah. hmmmm