Korang mesti pernah dengar orang kata "Kalau buku ilmiah penuh ngan gambar mesti best. Tak cam yang ada sekarang ni. Penuh ngan ayat demi ayat jer. Sooo boring..!!" Kan? Rasanya kalau buku ilmiah penuh ceria then pasti rakyat kita dah jadi masyarakat bijak pandai sekarang ni (hmmmm). Sama cam ceramah agama or majlis ilmu gak. Terlalu banyak ruang 'abstrak' yang tak leh nak relate ngan realiti oleh masyarakat. Akhirnya masyarakat kita jadi kaki angguk-buat ibadah jer tanpa banyak soal.
Aku bukan orang yang percaya bahawa motivasi boleh didapati dari motivator or program motivasi. Waktu form 6 dulu aku pernah argue ngan cikgu kelas aku bila dia paksa seluruh ahli kelas gi kursus motivasi yang diadakan di sekolah. Motivator yang dijemput lah motivator yang cukup famous satu Malaysia ar. Tapi aku satu-satunya student yang bantah tak nak pergi. Last-last dia kata kalau tak nak gi gak then aku tak akan masuk kelas dia lagi. So akhirnya aku mengalah. Aku bayar duit dan hari tu aku datang tapi 2 jam cam tu jer aku terus blah. Hmmm..
Hari ni pada usia 27 tahun aku leh gi 2 majlis ilmu dalam satu hari tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa pun. Majlis ilmu tu lak dianjurkan oleh pertubuhan agama. So ia 2 benda yang aku tak akan buat in realitinya tapi kalau ko nak kata aku dah kembali ke pangkal jalan then nasihat aku: please gi hentak kepala korang dalam mesin basuh ar.
Sarawak Islamic Information Center (IIC) ialah agensi kerajaan yang berperanan menyebarkan maklumat tentang Islam terhadap masyarakat bukan Islam (bukan nak convert non Muslim to Muslim ar). Kalau tengok senibina bangunannya ada ciri-ciri Cina dan pribumi Sarawak. Even sana pun ada masjid yang menjalankan Solat Jumaat di mana setiap minggu khutbahnya menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.
So 2 program yang berlangsung hari ni pun antara nak menjayakan matlamat IIC. Walaupun tajuknya Al Quran dan second topicnya: Jesus in Islam tapi pengunjung yang datang sebahagiannya non-Muslim. Sebab matlamat 2 majlis ilmu ni ialah untuk memberi maklumat yang benar tentang Islam. Sebab masyarakat kita lebih suka dengar dari sumber ketiga yang tak sahih faktanya so event ni try nak bagitahu maklumat dari sumber fakta yang sahih terus dari mulut ke mulut.
Menjadikan majlis ilmu ni lebih best ialah apabila penceramahya ialah Bro Shah Kirit. Dia sorang penceramah yang sangat open. Akibatnya aku sangat banyak tanya soalan. Even rasanya aku yang paling banyak tanya soalan kot. Soalan yang kalau manusia tipikal akan kata as soalan bodoh tahap budak darjah satu or kalau kita tanya soalan tu kat parents kita then mereka akan syak kita nak murtad or kalau kita tanya ustaz ustazah kat sekolah then kita akan kena hukum berdiri atas meja sambil dia membebel kata "Kamu nak jadi kafir laknatullah ke tanya soalan cam tu...?"
Realitinya soalan aku tanya tu soalan logik yang rasanya dah tiba masa untuk kita bukan sekadar ikut bulat-bulat sesuatu tanpa mempersoalkannya. Soalan yang kita nak tanya tapi tak berani. Contohnya masa part Nabi Muhammad mungkin individu yang menulis Al-Quran. Tapi salah satu ciri yang menidakkannya ialah apabila Nabi Muhammad tak pandai menulis or membaca. Then aku mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad bermula pada usia 40 tahun dan meninggal pada usia 63 tahun, para sahabat tahu membaca dan menulis then tak kan tak ada para sahabat yang nak mengajar nabi menulis or membaca sikit pun? Nabi Muhammad tu? Bukannya orang biasa-biasa.
Then bro Shah explain ngan jawapan yang sangat-sangat jelas. Buat aku cukup-cukup respek kat dia sebab dia sentiasa ada jawapan untuk setiap soalan aku. Sebab bagi aku hanya 2 orang je yang leh bagi jawapan sehebat tu. Either dia seorang yang penuh ngan ilmu or dia penuh ngan kelentong.
Event kedua lak tentang Isa al-Masih. Part ni lebih panas sebab lebih ramai yang datang even Pastor Kristian pun ada gak. Akibatnya ruang untuk non-Muslim tanya soalan sangat banyak dan aku cuma sempat tanya 1 soalan jer. Tapi informasi event kedua ni lebih mantap dan aku sangat-sangat suggest tipikal Malaysian untuk dengar. Sebab orang Melayu kat Malaysia ni sangat fobia bila perkara melibatkan Jesus. Seolah-olah ia leh harm korang. Even bila Jacqueline Victor nyanyi with phrase Jesus pun leh buat korang nak sambung perang salib lagi. It seem like orang Melayu kita ni sangat menganaktirikan Jesus. Sedangkan beriman kepada para nabi dan rasul ialah salah satu rukum iman then korang nak excludekan Jesus lak ke? Hmmmm
4 comments:
ape beliau jawap utk soalan tentang nabi muhammad tu..?
29:48
miss senget: panjang gak ar jawapan dia tapi memang menjawab soalan ar. hmmmm
megat: Dan engkau wahai Muhammad tidak pernah tahu membaca kitab pun sebelum turunnya al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tanganmy (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulh ada alasan bagi orang-orang kafie yang menentangmu akan merasa ragu-ragu tentang kebenarannya
:-) apa yg dimaksudkan dengan menulis dan membaca itu.mungkin dikasudkan sebagai 'syair'.
Sebelum kedatangan nabi,masyarakat arab mmg terkenal dengan penyair-penyair yg membaitkan ayat-ayat indah ttg ketuhanan.
Selepas turunya al-quran.ramai yg mengakui kerasulan nabi kerna ayat-ayat al-quran terlalu indah dan tidak pernah didengar oleh mereka.
Jadi itulah yg dimaksudkan dengan maksud,adakah nabi pandai membaca ? Yups mungkin ya. ( kerna nabi berurusan sebagai seorang pedaganh).
Tapi untuk pintar menulis syair,dan membaitkan sebuah kitab..itu diluar kemampuan manusia biasa.hanya terkecuali jika beliau adalah benar seroang rasul.
Post a Comment