Friday, October 12, 2012

Telefon Public

Soalan cepu emas:
Bila kali terakhir korang pakai public phone?
a) Baru jer 5 minit lepas sebab tempat kamiorg tak ada coverage handphone.
b) Semalam kot itupun aku guna untuk ugut boss aku. Aku guna public phone supaya dia x dapat detect nombor tu.
c) 15 tahun lepas even aku siap simpan koleksi card phone lagi. Nostalgia habis ar
d) Public phone? Apa tu? Cam handphone gak ker? Guna touch screen tak?


Kali terakhir aku pakai public phone ialah tahun lepas. Kat East Coast Mall, Kuantan. Hari tu entah apsal aku leh tertinggal handphone kat rumah pulak. Dan hari tu aku shift siang so balik ngan Uda cuma masalahnya masa dan tempat Uda tunggu aku x sama setiap masa so dia akan update masa ke masa ar. Then nak pinjam handphone kawan sekerja lak waktu tu ar ada alasan tak da kreadit, tak da bateri etc. Last-last diaorg rekomenkan public phone..

Duh, waktu tu dalam otak aku terlintas sambil kata 'Wei, benda tu wujud lagi ke zaman sekarang ni..?'. Sebab aku mati-mati fikir yang benda tu dah terhapus seiring waktu (cam lirik lagi Hari Ini, Esok dan Seterusnya by Nirina Zubir lak) sebab adanya handphone yang mampu milik. Jujor wei aku fikir yang public phone dah dilupuskan around 4 tahun lepas cam tu. So aku gi ar ke arah yang dibagitahu. 

Bila dah jumpa public phone tu aku agak terkesima plus tergamam jap. Sebab terlalu banyak unfamiliar button yang rasanya sebelum ni kalau tak silap aku public phone suppose to cuma ada 12 button cam phone rumah jer. Sebaliknya button yang ada mengelirukan. Penemuan baru aku masa tu ialah rerupanya kita pun leh hantar SMS melalui public phone gak. Hmmm..

So aku ambik langkah basic. Aku masukkan duit syilling dan tekan nombor. Kemudian aku ngan gabra cari mana ar button call. Entah apsal aku rasa kadar kecerdikkan aku menurun sangat ar waktu tu sehingga bila dah habis cakap still aku leh cari button end call. Hmmm..








Sebenarnya ada satu lagi issue yang aku yakin ia berlaku pada semua orang gak. Nombor telefon. It either korang lupa handphone cam aku or handphone hilang or habis battery. Then korang nak call either guna public phone or pinjam phone dari orang sekitar. Dan masa tu ar masalah utama berlaku. Korang tak ingat nombor sesapa pun sebab dah jadi tabiat korang save number dalam phone.

Tapi thanks goodness waktu tu aku dah tulis awal-awal nombor-nombor penting dalam buku nota aku. Hmmmm..















Teringat masa kecik-kecik dulu ngan anak-anak flat polis akan guna public phone untuk call 999. Then bila operator jawab so terus letak balik dan ketawa puas puas. Duh, anak polis sendiri yang buat panggilan palsu. Hmmmm..

2 comments:

crescent said...

ketawa puas puas tu x boleh blah...semua org kot buat mcm tu...ke budak nakal jer???haha...

Aj Abdullah said...

anak polis ialah penjenayaghh paling besar or memang semua orang buat benda tu? wakaka