Saturday, July 28, 2012

UKM Usanglah Sangat Kot

Pelakon Nazim Othman (duh, seriously kalau tengok nama jer aku x tau sapa) recently kuar statement kat twitter mengatakan rasa simpatinya pada bangunan UKM yang usang dan nampak cam rumah hantu then kemudian dia mendapat feedback yang kurang best ar. Then si Nazim ni pulak balas balik ar twitt tu ngan sindiran demi sindiran yang lastnya membawa kepada perang emosi yang rasionalnya x perlu kot.


Aku ingat lagi waktu kali pertama masuk UKM. Waktu tu aku rasa yang teksi yang bawak kami tu dah termasuk ke dalam terowong masa yang bawak kami balik ke era 70-an gitu. Mana taknya tengok kiri kanan cam berada dalam era mak bapak aku pakai seluar besar kat kaki ngan rambut yang hippies jer. Then kemudian as time goes by aku realize yang realitinya nak tak nak aku kena habiskan 3 tahun aku disitu untuk segulung ijazah yang sebenarnya x digulung pon. Hmmmm..

UKM known as antara universiti terawal sekaligus antara yang tertua di Malaysia seiring ngan UM gak ar. Plus menjadikan UKM ni menampakkan ciri-ciri penuaan yang lebih jelas bila bangunan yang dibina around 40 year past tu still dikekalkan reka bentuknya. Sehingga kalau korang jejak kaki dalam UKM as aku kata tadi korang leh feel UKM awal pembukaannya dulu ar ngan seni bina, hiasan, reka bentuk etc. Plus x terkecuali ia menimbulkan impak angker, seram, creepy ar or sememangnya ia angker, seram dan creepy sebab dah banyak sangat event berlaku kot. Hmmmm









Dan buat bebudak UKM pulak mereka a bit ashamed ar ngan keadaan bangunan yang cam x ikut perkembangan terkini. Tapi percayalah, kalau korang dah graduated nanti then korang akan terlebih sayang ngan UKM. Contoh cam bila ada orang yang pelakon tadi ar yang bagi komen yang sebenarnya biasa-biasa jer tapi once korang dah jadi UKMians then feel sayang tu pasti ada ar. Bak kata orang dulu-dulu: tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat gelak ketawa ar kan?


Plus masa aku belajar dulu gak ada beberapa orang kawan sama sekolah dulu gi UKM sama ada atas urusan pelajaran or peribadi then pasti akan kata yang: UKM ada feel universiti. Sebab apa? Kalau korang gi ar mana-mana universiti baru yang rekabentuk bangunan lebih moden then ia akan buat korang ada feel cam nothing big deal ar sebab sekolah rendah kat Malaysia sekarang pun punya rekabentuk yang sama or jauh lebih advance dari universiti moden sedia ada.

Or korang tengok ar universiti-universiti tua di dunia ni. Banyak mengekalkan ciri-ciri asalnya sebab ia seems cam imej universiti tu. Plus ia menjadikan universiti tu ada kelas tersendiri dan special.







Kemudian kalau korang bebudak UKM then aku pasti korang akan setuju kalu aku kata disebalik keusangan UKM tu ada beberapa port or part yang sangat special di UKM. Bagi aku antaranya cam area surau bawah PTSL dan kawasannya yang bersambung ngan PUSAN. Bagi aku kawasan tu totally cam terasing dari dunia luar, aman, misterius. Aku pun suka area tandas dan tempat ambik wudhuk dalam surau tu yang totally rekaannya cam tandas yang ditutup penggunaannya yang ada hantu pompuan dalam cerita Harry Potter tu. Hmmmm.










Bagi aku bebudak UKM tak perlu ar melatah dalam issue ni plus si pelakon pun kena pandai pilih ayat ar. Rasanya frasa 'simpati' tu memang totally x sesuai ar. Sapa yang suka diberi simpati hanya sebab luaran je ar kan? Hmmmm

2 comments:

Raz said...

usang tu bagus.. antik n vintage ;)

Aj Abdullah said...

Bak kata Chef Ismail "Orang yang suka barang antik tu laa orang modern sebenarnya. "