Wednesday, July 4, 2012

Keluarga Iskandar: TV Review

Recently aku agak banyak beralih kepada menonton drama TV tempatan (lah sangat) dan semalam aku dah menambah satu lagi rancangan yang mostly aku akan ikuti setiap minggu iaitu Keluarga Iskandar di saluran 104  (or 105) ASTRO dan malam tadi ialah episode permulaan yang  bagi aku ia cukup berjaya secara keseluruhan. Hmmmm..


Keluarga Iskandar ialah sebuah drama yang berkonsep dokumendrama seems like The Modern Family (or Keeping Up with the Kardashians) kat US where al kononnya the whole members of this family ni segala perbuatan mereka akan dirakam oleh seorang jurukamera then the end mereka akan ditemuramah on what happens on it.

Cerita ni as apa yang aku katakan tadi adalah berkisarkan mesej kekeluargaan. Cuma aku x pasti Iskandar yang dimaksudkan dalam cerita ni either Iskandar anak kecik si Azhar Sulaiman tu or Azlan Iskandar lakonan Zain Ruffedge sebab ia tak bagitahu secara jelas sangat pada episode pengenalan ni. Tapi cukup pasti ia dirakamkan kat Johor dan mesti ar ia tak secara kebetulan berkaitan ngan Koridor Iskandar Malaysia kat Johor ar kan? Wakaka

Bab yang paling best bagi aku ialah pada keluarga lakonan Susan Lancester dan Sobri Anuar yang lebih relax  bersahaja dan tak tipu memang sangat menjadi. Susan Lancester ar kan ngan accent mat salleh dan muka blur then tambah pulak ngan skrip yang sangat lawak then memang menjadi ar. Sobri Anuar pulak yang selama ni selalu buat lawak dalam drama ni agak serius sedikit tapi sesuai pulak ngan watak dalam cerita ar.

Kedian aku suka gak part cerita ni bila tema kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan tu boleh relate ngan real life event ar. Contoh cam episode pertama ni tentang majlis kawen si anak yang tak nak dikawal oleh plan si Ibu ngan tak nak ada pelamin, tak nak itu, tak nak ini sehingga mengakibatkan si ibu merajuk lalu event tu terpaksa dibuat oleh adik beradik ngan ipar duai penuh kelam kabut. Ia totally buat aku teringat pada majlis kawen cousin aku kat Kota Tinggi nih. Cousin aku tu memang tak nak buat majlis kenduri ar ngan banyak alasan sehingga dari tempoh akad nikah ngan majlis bersanding tu beza masanya lebih dari 6 bulan (family kami selalu kuar statement nanti atas pelamin perut dah kembong bawak baby kang. 6 bulan tu wei. Lama). Uncle aku bukan maen merajuk lagi tak nak gi hantar pengantin ar, x pedulik majlis ar. 

Tapi disebabkan anak so dia x jadi merajuk. Anak kawen bukan selalu ar. Family kami ni Banjar tapi isteri uncle aku Jawa then ambik tema Jawa so pepaham ar betapa meriahnya majlis kawen Jawa. Majlis memang satu hari suntok ar. Bila fikir-fikir balik may be  salah satu sebab dia x nak majlis bersanding ialah sebab dia berkawen ngan janda anak satu so faham-faham ar.













Back to drama, cuma bagi aku part yang tak best ialah ada pelakon yang agak terkawal (or other wordnya: control ayu/kacak ar) cam Azhar Sulaiman, Anita Baharom dan Zain Ruffedge yang rasanya agak meng-gagal-kan part dokumendrama tu ar sehingga menjadikan ia cam lebih kepada lakonan dari cam nampak dokumentari. Kedian kualiti video tu pulak sangat cantik kualitinya dan lancar pergerakkannya sehingga mood dokumendrama tu fail ar. Sebab rasanya Malaysian sekarang ni dah terlebih biasa dijamukan ngan drama-drama lain ngan kualiti gambar yang sama cam dari drama-drama Michael Ong. So mungkin kalu kualiti video tu di downgradkan or paling tidak jurukamera ambik video a bit amatur ngan pergerakkan tak bterkawal then ia akan nampak lebih realistik lagi ar.

Kemudian episode pengenalan semalam cam ada missing partnya. Ia bermula ngan persediaan majlis kahwen yang riuh rendah ngan kelam kabut sana sini dan kemudian tetiba ambik gambar atas pelamin. So what happens in the middle? Mana rewangnya? Mana ahli keluarga yang besar kononnya wajib datang tadi? Mana meriahnya majlis tu? May be sebab nak save budged tapi kenapa x pinjam majlis kawen sebenar ke then baru penonton ambik feel meriah majlis kawen nih.. Kan?





Dan part paling fail dalam Keluarga Iskandar ni ialah: cerita ni berlaku di Johor tapi mana part 'Johor'nya? There something  missing in it kan Johorians?

2 comments:

Anonymous said...

i love your review..but i personally think Keluarga Iskandar is one of the best tv show Malaysia has ever produced,dont you think so?kalau nak compare dgn comedy2 lain yg berlambak dekat stesen tv lain,malaysia's very own modern family ada quality and jalan cerita yg menarik,and kesinambungan cerita mudah di fahami..i normally tak tgk lgsg comedy show yg astro tayang,sebab selalunya tak best..and lets hope epsiodes yg akan dtg akan jadi lebih menarik..keep it up

Aj Abdullah said...

fisrt episode okey tapi yang kedua kureng pulak. harap next episode dan seterusnya will be better ar. hmmmm

btw tq atas pujian tu. huhuhu