Sunday, September 11, 2011

Things Change

Tiga tahun aku tinggalkan bumi semenanjung Malaysia (realitinya last 2 month aku dah pergi KL tapi it just literally jer sebab aku tak sempat ke mana-mana pun waktu tu sebab after that kami: aku ngan emak terus je ke Pahang) Tapi kali ni berbeza. Even matlamat datang kali ni pun lain. Atas sebab kerja. Hmmmm..


Aku sengaja meninggalkan Sarawak lebih awal. Sebab aku plan nak jumpa cik Nor Diana Saupi yang dah 2 tahun x jumpa plus dah lama x jalan-jalan area KL nih. Flight aku ambik jam 11 malam dan tiba di KLIA jam 12.40 am cam tu. Rindu feel awal-awal pagi di KLIA yang tak pernah sunyi ngan manusia. So sepatutnya cik DIDI ambik aku tapi sebab as usual that girl akan ambik masa yang sangat lama nak make-up, fikir baju nak pakai etc plus aku sangat tension menunggu 10 jam di airport so aku bertolak keluar je guna bus sana.

First destination aku pergi ialah KL Central. Last two month punya projek between ngan monorail belom lagi siap (cam lah leh siap dalam masa 2 bulan jer projek besar cam tu) so aku x nak naik monorail sebab jauh dan aku perlu bawak 2 beg lagi. KL Central makin padat. Pembaharuan yang aku suka ialah sebab dah ada BURGER KING.. Wakaka..

Even laluan train pun tak ada perubahan selama 3 tahun ni. Aku tak perlu tanya sesapa or tengok peta laluan pun. So naik PUTRA then transit ke MASJID JAMEK naik STAR ke TITIWANGSA. Then beli tiket kat PEKELILING. Totally tak ada yang berubah kecuali pembangunan di luar lah.

Then kat sana jumpa DIDI yang totally aku x jumpa effect make up berjam-jam melainkan dia nampak jauh lebih kurus ketika aku jauh lebih gemok. Wakaka..

So kedian kami jalan-jalan ke pasar malam jalan TAR. Sebab aku sangat rindu ngan puding karamel or puding telor yang dijual kat sana masa zaman belajar dulu. Tapi sayangnya kami tak jumpa plak warung dia. Either warung tu dah tak wujud lagi after 3 year or dia tak bukak kedai semalam. Hmmm..











Sepanjang 2 jam aku cakap-cakap itu ini ngan DIDI. Dia masih lagi orang yang sama yang aku pernah kenal selama 3 tahun di universiti dulu tapi pemikirannya dah berubah. Pendiriannya. Sama cam aku gak. Menuju kedewasaan.












So tak semua benda berubah kan?














X sabar esok mode kerja hari pertama.. Wohoho

1 comment:

pinafore purple said...

yup. paling jelas perubahan kau ialah sudah tidak ada lagi baju belang-belang. diganti dengan baju kotak-kotak. kita dah besar, syg~ :(