Monday, September 19, 2011

Kaki Wayang

Technically dah seminggu aku bekerja dalam satu bidang baru yang tak pernah aku kerja or tak pernah aku terfikir akan bekerja: cinema. Aku pegang post Assistant Manager. Tapi untok 6 bulan terawal ni title aku just trainee jer dulu. Gila apa kalau masok jer terus buat semua benda-benda yang tak pernah dibuat selama ni then jadi assistant terus. Boleh jer kalu nak company ni bankrupt. Wakaka.

(typo plak. Sepatutnya Kaki Wayang tapi jadi lain plak)

So sepanjang tempoh 6 bulan ni aku akan buat dari sebasic2 perkara sehingga ke kerja assistant. Untuk minggu pertama aku duduk jadi ticketing or word dalam Golden Screen Cinema (GSC) aka tempat kerja aku ni as Box Office (BO). Maka melalui pemerhatian selama kurang seminggu tu aku boleh kelaskan penonton wayang ni kepada beberapa kumpulan:

Kaki 'Kaki' Wayang
Sejauh mana kekerapan korang menonton wayang? Seminggu sekali or sebulan sekali? Kalau korang kelaskan diri korang as kaki wayang then korang lom jumpa lagi mereka jenis ni. Sebab jenis kaki ‘kaki’ wayang ni menonton wayang setiap hari. Ulang sekali lagi: SETIAP HARI. Just imagine kalau dalam sebulan ada 9 tayangan then mereka akan menonton satu cerita sehingga 2-3 kali sebab setiap hari muka mereka saja yang beli tiket. Sehingga jurujual tiket siap dah tahu nama dan latarbelakang mereka. Kadang-kala heran gak tengok mereka ni cam tak ada social life or tak bosan ker?Nak buat cam ne ar kan kalu dah ketagihan kan?

Hidup Mati Wayang
Sejak bila korang start tengok wayang? Usia 10 tahun, 20 tahun or 30 tahun? Dan pada usia bila plak korang fikir akan berhenti tengok wayang? 50 tahun, 60 tahun or after balik dari haji? For most people, wayang sekadar wayang tapi bagi golongan hidup mati wayang ni lain. Mereka ada terlalu banyak memori dalam panggung wayang. Parents mereka bawak waktu kecik, jumpa awek kat wayang, melamar kat wayang (berlaku sehari sebelum aku lapor diri) bawak anak pertama tengok wayang bla bla bla.. So golongan ni terlalu susah nak melepaskan diri dari wayang or kesetiaan mereka dapat dilihat bila dah tua-tua cam mana sekalipun mereka masih rela beratur panjang nak beli tiket walau seuzur mana sekalipun. Dah hidup mati wayang nak buat cam mana lah kan? Hmmm..

Penonton Wayang Biasa
Cam mana nak kata ek? Better aku buat flow chart ar. Mereka datang kaunter-mereka pilih movie-mereka pilih seat-kalau seat tu tak ada then kita recommendkan seat lain pun mereka tak kisah-mereka bayar-mereka blah. Sangat-sangat command ar. Kumpulan ni sangat-sangat biasa dan sangat-sangat banyak.

First Timer Wayang
Bagi certain orang, wayang ialah alternative lain untuk mereka menonton cerita selain beli DVD pirate or tunggu tayangan filem tumasa raya nanti tapi bagi certain orang lain plak, wayang ialah tempat yang sangat mewah. Then nak pergi setahun sekali pun sangat ar susah. Mereka ni nak gelak susah nak simpati pun susah gak. Bila sampai kat kaunter then mereka sampai berpeluh dahi. Kita tanya movie apa then mereka balas balik ngan soalan yang sama. Pendek kata ia akan ambik masa lama sangat nak entertain mereka. Kalau ada jurujual yang baik akan tunjok satu persatu ar tapi kalau yang malas nak layan then sumbat jer dudok seat paling depan. Itu belum lagi part diaorang masok hall lagi.. Hmmm..

Penonton Diraja
Dalam customer service, customer is a king tapi golongan penonton di Raja ni plak jenis yang nak kita layan dia sebagai raja jer sepanjang masa. It seem jurujual ni cam hamba abdi yang tak ada perasaan or kedudukan sangat rendah dalam struktur masyarata yang ditugaskan khas untok layan mereka jer. They dont care feeling jurujual ni. Kalau satu hall tu dah penuh dan yang tinggal seat depan screen jer then mereka nak gak duduk seat tengah or belakang. Bila kita kata seat tu dah penuh still mereka tak percaya. Even sempat nak ugut panggil manager lagi. Belum masok bab muka yang masam jer all the time. Sangat malas nak layan mereka.

Penonton Keliru.
Ada penonton yang sangat sekejap berada kat kaunter sebab mereka dah awal-awal tahu apa nak tengok, jam berapa, seat mana etc. Tapi tak semua custumer cam tu. Ada customer sangat susah nak tentukan filem apa nak ditengok. Mereka ni sangat lama kat kaunter. Sehingga jurujual rasa cam bersalah plak pada mereka yang beratur panjang dibelakang. Dah lah mereka ambik masa lama buat satu keputusan filem apa yang nak ditengok then nak pilih masa lagi or then seat lagi memang berjanggut nak tunggu. Belum masok part bila dah buat satu keputusan then tak jadi then buat sekali lagi then cancell lagi. Aaaargh...!!

Penonton Booth Telephone.
Ada penonton yang terlalu susah nak berenggang dengan telefon. Mereka jadikan telefon lebih daripada gadjet then to them ia cam teman hidup mati mereka jer. So jenis penonton cam ni pun menyakitkan hati gak. Mereka datang kaunter sambil bergayut ngan handphone then buat signal suroh kita tunggu jap. Then seminit berlalu masih lagi bercakap tanpa henti. Bila dah berhenti then mereka buat pilihan movie then tak pasti berapa tiket nak beli or seat nama nak duduk then mereka call lagi for few minutes. Sangat-sangat sengal dan meyakitkan hati gak..




Sebenarnya ada banyak lagi type of penonton nih yang malas nak tulis semua. Tak ada masa. Sebab aku dah nak masok kerja few minute nih. Kali ni pun aku dapat blogging guna wifi free STARBUCK. Contoh penonton lain cam jenis yang belagak hebat bila kuar ngan awek, penonton yang datang dalam group yang besar then masing-masing dengan perangai pelik then nak bayar dan ambik masa lama kumpol duit sorang-sorang, penonton yang cuma ada duit RM1 dan syiling, penonton yang loner yang setiap hari habis kerja akan menonton sesorang, penonton yang setiap kali datang akan bawak awek berbeza etc.



















A week di sini memang syok. Ada rakan sekerja yang woke dan ada gak yang SHIT. Plus aku ada jumpa kawan baru yang aku rasa aku akan ada kawan baik baru lepas ni. Tak sabar nak masok kerja.
















So jumpa next time dan buat pembaca yang berada di bandar Kuantan then jangan lupa gi East Coast Mall dan tegor aku. Mana tau aku leh bagi tiket wayang free ar kan?Hmmm..

2 comments:

en.zass said...

lah.. ko keje kat ECM ker???

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

wakaka.. cam gitu le cikgu ali.. datang ar menziarah... huhuhu