Wednesday, September 7, 2011

Lelaki Berpendirian

Ada proverb in English bagitahu Lelaki ialah makhluk yang cukup hebat dalam buat peraturan or bab-bab pendirian ni tapi dalam masa sama lelaki jugak ialah makhluk yang cukup gemar melanggar peraturan or pendirian yang mereka cipta sendiri. Hmmm.. Btw bab mana Englishnya proverb nih?


Aku melihat perempuan yang berpendirian as seorang perempuan yang sangat HOT. May be it is because it hard untok jumpa girl yang buat pendirian dan bertahan sehabis mungkin atas pendirian yang dia buat. Bukan tak ada tapi tak banyak dan susah nak jumpa. Because mostly girl yang biasa-biasa ni memang ada pendirian tapi then bila kita ayat-ayat or cucok-cucok sikit then terus rapuh jer pendirian tu.

Aku pernah attracted ngan few girl ni yang punya pendirian yang cukup kukuh. Ada yang bertudung walau apa situasi sekalipun. Ada yang akan solat walau kat mana sekalipun kalau dah masuk waktu. Ada yang tak nak kuar malam. Ada yang sangat patuh pada rules by parents dia. Ada yang tak nak jalin any relationship selagi tak tercapai misinya. Bla bla bla..









May be that why orang kata lelaki ni suka benda yang susah nak dapat. Kalau perempuan diibaratkan seperti ayam then girl biasa-biasa kira cam ayam daginglah yang banyak dalam kandang. Kita hanya perlu bagi pengemuk, suntik hormon itu ini then beberapa minggu dah boleh sembelih. Even ia dah tak dapat bergerak pun sebab gemuk sangat. Then pergi KFC, Mc D or pasar-pasar basah biasa leh dapat ngan mudah. Rasa empuk, gebu etc. Usia 30 tahun check hospital dah ada sakit pelik-pelik yang tak tahu asal dari mana entah.

Ayam kampunglah diibaratkan seperti perempuan yang berpendirian. Kita lepaskan bebas then ia akan berkeliaran seluruh kampung then tahu-tahu petang nanti dia dah balik semula ke kandang dia sendiri. Kita tak perlu bagi ia makan sebab ia tahu nak cari makan sendiri. Dan bila nak tangkap ar bab paling azab sekali. Tapi bila dah makan then dapat rasa 'Ia berbeza'. Hmmmm...




...




Ada orang kata peraturan ni menyusahkan. Sama cam agama Islam dikatakan meyusahkan sebab banyak sangat yang tak boleh. Arak tak boleh, babi tak boleh, anjing tak boleh, hubungan sejenis tak boleh, sentuh bukan muhrim tak boleh, riba tak boleh aka pendek katanya terlalu banyak yang tak boleh dari yang boleh. Betul ke? Or statement ni biasanya dikeluarkan oleh orang yang melihat benda tak boleh jer dari yang boleh sebab banyak benda yang boleh dibuat dalam Islam apa..?

Aku ada seorang kawan dari agama yang berbeza. Dia suarakan tak puas hati dia pada agama dia sebab kata dia terlalu banyak mazhab-mazhab baru yang muncul dari agama dia. Terbaru last few year ada seorang lelaki bermimpi nabi aka tuhan anak dia bagitahu supaya kuarkan mazhab baru. So ada lagi rumah agama baru dibina ngan peraturan baru digubal. Dari dulu hanya lelaki-perempuan jer leh kahwen sekarang lelaki-lelaki or perempuan-perempuan pun leh kahwen. Even kitab agama pun boleh diubah ikut kesesuaian waktu. Membuatkan aku berfikir: itu ke orang kita nak? Pendirian yang boleh diubah-ubah ikut suka hati kita?





...






Aku tak pernah kata lelaki ada tanggungjawab lebih besar berbanding perempuan or lelaki pemimpin dan perempuan dipimpin etc. Both ada tanggungjawab yang sama. Contoh dalam bab pendirian ni, aku memang pernah jumpa lelaki yang ada pendirian dan mempertahankan kuat pendirian mereka. Tapi lebih banyak lelaki yang aku jumpa tak ada pendirian langsung. Yang kononnya free thinker yang tak nak terikat dengan mana-mana peraturan. Lahir-makan,tidor-kawen-buat anak dan anak-anak korang teruskan recycle tu sampai bumi ni musnah. Sebijik cam haiwan.














Aku ada pendirian walaupun pendirian tu taklah sebesar mana or sehebat mana pun tapi aku sedaya upaya untuk mempertahankannya. Cuma aku tak boleh berpura-pura tak ada apa-apa berlaku kalau memang ada sesuatu yang berlaku. Hmmmm...

2 comments:

Anonymous said...

hmm. okay. ini sgt menyedarkan. harapnya sy jadi gadis yg berpendirian.

Aj Abdullah said...

yap. saya pun harap saya pun akan sama jadi cam tu gak.. huhuhu