Thursday, September 29, 2011

In the age of 26

Cuba korang (lelaki) bagitahu sorang perempuan dari lapisan umur yang berbeza as gemok so then:
a) Kanak-kanak perempuan selalunya akan terus menanggis balik rumah, mengadu dengan parents, berkurung sambil kembang mata dalam bilik tidor or worst akan salahkan tuhan sebab jadikan fizikal dia besar.
b) Remaja perempuan pula akan buat reaksi muka cam tak ada apa-apa berlaku tapi kemudian berazam untok kuruskan badan ngan tahan lapar, muntah balik lepas makan, makan pill kurus badan, semata-mata sebab tak nak orang panggil dia as gemok.
c) Dewasa perempuan pulak dengan rileks leh kata ‘Sangat rugi para lelaki yang hanya melihat aku dari luaran sedangkan mereka tak sempat kenal siapa aku di dalam’.

So kalau ada seorang perempuan dewasa yang menanggis bila orang panggil dia gemok then dia adalah seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa. Hmmmm..

Aku sangat bersimpati pada kanak-kanak or remaja yang terlalu nak menjadi dewasa sehingga mereka berpakaian or buat what adult did sehingga mengakibatkan mereka hilang era kanak-kanak or remaja mereka. Ia sama sahaja cam aku bersimpati pada orang dewasa yang dewasa pada luaran tapi bertindak or berfikiran seperti kanak kanak. It seem pertumbuhan fizikal mereka tak seiringan dengan mental mereka aka yap, mereka terperangkap dalam diri seorang dewasa. Hmmm..





Aku bukan seorang lelaki yang gagah perkasa. Aku x ada 6 pack. Perut aku boroi. Aku x ada muscle. Aku ada psoriasis. Aku ada arthritis. Aku tak mampu bawak barang berat-berat. Aku tak mampu nak jadi cam lelaki-lelaki idaman semua wanita as dalam cerita Korea etc.




Then kalau korang kata itu adalah kelemahan aku or korang try sedaya upaya untuk tenangkan hati aku sebab aku kuarkan statement tu then aku kata "WTF yang korang sedang buat ni? Itu bukan kelemahan aku ar tapi ia adalah siapa aku"








Im 26. If you can't accept me as what I am then aku sangat bersimpati pada korang..











As sorang Indian uncle yang ator paip kat rumah sewa abang aku kata "Luaran manusia just cam pakaian. Kita boleh guna pelbagai jenis pakaian untuk mengaburi pandangan orang terhadap diri kita tapi apa dalaman kitalah yang menjadikan siapa kita.." kan?

No comments: