Saturday, November 28, 2009

Forbidden Love

In my yearly horoscope bagitahu bahawa aku harus lepaskan sesuatu yang bukan milik aku.

Apa bad habit korang yang pada permulaannya mungkin korang x perasan tapi kedian bila korang perasan, still korang x leh nak bwat apa2 untuk buang bad habit tu?

Aku mmg r ada banyak bad habit cam tu cuma kali ni nak share 2 jer (gila apa nak display ngan mudah semua benda burok dalam diri kat tenet).. salah 1 bad habit tu ialah tentang “Jatoh hati kat orang yang dah ada couple..!!” Hampagas..!!

Kalu korang jenis pemerhati bebas PBB, korang pasti ngan mudah dapat detect antara that individu is still solo, sedang angau, in relationship or baru putos cinta tanpa perlu check status diaorang kat FACEBOOK. It seem like org yang solo sangat2 berbeza berbanding ngan yang in relationship. Seolah2 mereka yang tengah in couple ni mengeluarkan bauan yang lebih wangi, muka yang lebih berseri2 sehingga mampu memikat orang2 cam aku. Mungkin atas teori yang sama gak, kkawan perempuan bagitau: entah apsal diaorang lebih tertarik ngan lelaki yang dah kawin daripada lelaki solo.

Jujor wei. Beberapa insiden dah berlaku. Sedang2 tengah layan2, cucok2 jarum sikit2, bila line dah wokey sikit ttiba dapat tahu yang dia rrupanya dah bertunang, dah ada balak.. duh.. hampagas..



Bad habit kedua plak “Jatoh hati kat couple kawan sendiri..!!” Hamster minom air bergas…!!

It start with an accident bila aku beberapa kali (bilangan dirahsiakan) berkawan ngan couple dan couple kawan2 aku. Mmula cam kkawan biasa je r. Aku x tau pon bila part diaorang mulai tertarik hati pada aku plak. Lucu r. Cuma bab yg x best ialah bila ia bagi effect besar pada persahabatan r. Aku x kuar ayat2 menggoda pon, cuma dia org yang rasa diri tergoda dek aku then nak salahkan aku ker? Hmmmm.. sehingga sekarang, bahananya terasa r bila kkawan tertentu tu x akan perkenalkan couple diaorang depan2 cam dulu untok mengelak rambutan berbuah dua kali.. just tunjok gambar je r..

Cuma ada part setan dalam diri ni buat bad habit tu as game yang addicted gile r. contoh cam last few week sorang kawan ni secara x sengaja memperkenalkan awek dia. Waktu tu r setan nak cucok2 aku: suroh buktikan sapa yang lebih power antara aku or kawan tu. So aku tolak r perasaan gila tu jaoh2. Positifkan dalam diri kata “Minah ni awek kawan aku sendiri..!!” Dan sesapa yg tau accident yang happen beberapa hari kedian tu langsong x ada dalam plan jahat aku untok bwat apa2 kat diaorang. Sumpah pengakap r..!! (sejak bila aku join pengakap ni?)


So apa pengajaran dari post ni?
1. Jangan jatoh hati kat orang yang dah ada couple then couple tu plak kawan ko sendiri yang punya (apa punye ayat daa)
2. Kalu couple ko kena cilok kawan baek ko sendiri apa r rasa ko? Wa cilok couple lu then lu cilok couple wa. Adil ka? Lu fikir r sendiri..!!



Btw, apsal aku kuarkan post ni ek?
Pasal sorang kawan aka tunang orang tu akan kawin ahad depan. Mungkin jodoh kami hanya terhenti setakat kawan je r. aku doakan yang terbaek untok dia. Semoga dia berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin..

Sunday, November 22, 2009

Gangguan Tekstual

Korang pernah x merasa ‘kesan hangat’ umpama termakan cili after membaca sesuatu text? X paham? Cam bak kata peribahasa Melayu : Sapa yg makan cili then dia r yg tau rasa pedasnya berbanding org yg x makan cili. Hanya based on text yg x hidop saja dah leh buat effect yg pelbagai pada emosi dan kedian mempengaruhi rasional kita. Just imagine betapa kuatnya kesan ayat yg power kan? Lately, ayat2 aku telah berjaya membuatkan seorang kawan ‘kepedasan’ dan sorang awek kepada seorang kawan ni mempersoalkan kesetiaan balak dia. Hmmm.. may be that y dalam Islam ada kata bahawa fitnah tu dosa dia sama cam membunuh orang.



Lately, ada seorang kawan perempuan ni dia menjadi bahan ‘gangguan’ seorang lelaki di tempat kerja. Effectnya, buat beberapa hari dia agak kemurungan. Dan as a kawan, aku pon rasa effect yang sama gak. Rasa meluat dan benci pada lelaki yg rasa ‘LELAKI’ sangat kalu buat cam tu kat mana2 perempuan. Cuma aku jadi sangat bodoh bila kawan dalam masalah. Aku sangat2 x tau nak bwat cam mana. Plus rasa lebih kecewa bila ada kkawan lelaki yang leh kuar statement bahawa kawan perempuan ni sebenarnya suka dibuat cam tu. Duh.. banggang ke apa statement cam tu.

As a lelaki aku rasa cam lelaki yang rasa sangat LELAKI bila bwat kerja2 cam ni dayus sangat2 r. Musti effect pasal layan BLUE MOVIE banyak sangat. Kira semua org akan ‘layan’ dia r pas tu. Duh…


Then teringat peristiwa yang sama berlaku kat kkawan lelaki masa kena ‘ganggu’ dek kakak2 senior kat office. Nampak sangat yg kkawan lelaki ni x happi in that situation. Tapi masa tu x da sesiapa nak heboh. X da sesapa pon yg kata dia kena serang or wat ever. Sebaliknya ramai yg ketawa. Sedangkan in reality x kira wanita or lelaki, kedua2nya dah kena label as gangguan seksual di tempat kerja. Pasal in both situation mereka x suka kena layan cam tu.. Cuma mentality masyarakat je yg x sedar.. hmmm…



So, my fellow Malaysians.. korang ni kategori yg mana? Hebat dalam bwat statement pedas or hebat buat aksi pedas? hmmm

Thursday, November 12, 2009

Dan Apabila Dia Pergi

Apabila Daos berhenti belajar pada tahun 2 semester 2 di Universiti dulu tanpa sebarang berita, aku x tahu apa perasaan aku waktu tu. Feel dia seperti dia x hadir ke kelas untuk tempoh yang panjang. So aku perlu pergi dan balik kelas sorang2. X tengok dia. X dengar lawak2 dia. Then apabila Didi mulai menjauh dan mencari2 kawan laen untuk rapat then aku start rasa marah. Daos buat Didi x ketawa lagi cam dulu. Aku salahkan Daos sebab dia tahu aku x cam dia. Cuma dia saja yg leh buat Didi ketawa sampai terkeluar bunyi pelik2 tu. Bukan aku.

Kemudian aku rasa cam Daos telah meletakkan bebanan untuk jaga Didi kat bahu aku. Walaupun kemudian bila masa berlalu, aku dan Didi mulai jadi rapat dan kami mulai ketawa dan ketawa bersama tapi aku sangat yakin tempat Daos x kan ada sesiapa yg leh ganti.




Bila masa dah berlalu, aku mulai faham apa perasaan tu.. Ia bukan rasa marah sebaliknya aku salahkan diri aku sebab x pernah cuba untok kenal Daos.



Apabila Radzi berhenti 2 hari lepas, aku x rasa feel yang sama masa Daos berhenti dulu. Mungkin sebab Radzi dah bagitahu awal2 lagi. Cuma feel sekarang ni cam dia x datang ke office sama cam hari2 dia cuti. So x ada kereta dia kat parking lot, x sarapan sekali, dia x melawat kat seksyen aku sambil menyakat2.. Cuma kehilangan dia benar2 terasa apabila aku melihat Koland dah x ketawa macam dulu lagi. Cuma dia saja yg leh buat Koland ketawa sampai keluar bunyi pelik2 tu. Bukan aku.





Apabila seorang kawan cuba menjelaskan kecelaruan tentang isu penipuannya, aku just dengar. Tapi dalam diri aku yakin sangat2 bahawa dia hanya sedang menambahkan siri-siri menipunya. Aku kecewa tapi sedikitpun x marah. Sebaliknya aku patut salahkan diri sendiri sebab x pernah cuba untok kenal dia. Apa yang aku buat kini hanya mengadili dan menghukum dia.








Kita seharusnya menghargai seseorang sebelum mereka pergi.. Im a jerk cause never try to do it sehingga something berlaku dan kemudian menyalahkan diri sendiri sebab x pernah cuba benar-benar mengenali mereka…

Tuesday, November 10, 2009

How To Be A Great Liar


Jangan selalu menipu
Kalu org menipu ko sekali then pasti r korang x akan percaya dia lagi sampai bila2 kan? So pengajaran yang paling senang ialah ‘Jangan Selalu Menipu..!!' Kalu orang yang selalu cakap jujor then sekali dia menipu, org x akan tahu pon nak membezakan penipuan dalam kejujuran dia berbanding dengan orang menipu yg ttiba nak try jadi jujor then x ada sesapa pon yg akan percaya cakap dia sampai bila2. Buat penipuan pada masa yg perlu je r..


Jangan ada Partner menipu
Walaupun Irwansyah selalu kata ‘berdua lebih baik’ tapi kalu bab nak menipu jangan r melibatkan org yg ramai. Even kalu boleh jangan ada partner sorang pon. Bukannya apa, kalu banyak orang then banyak mulot then banyak r ceritanya. Memang r ko kali kelentong tp kalu kawan2 ko x semestinya sehebat ko gak dalam buat2 cerita cerekarama ni. Kang2 asal2 nak buat partner as alibi tp kedian cerita jadi x sama pulak. Naya sendiri r.. Kesimpulannya: menipu sorang2 jauh lebih berjaya….


Jangan menipu melibatkan fakta
Most people hates math tp x menjadikan most people tu x ingat bab nombor2 ni. Contoh r: 3 bulan lepas ko kata harga TV ni RM 253.95 tapi sebab ko fikir semua org ni bebal bab nombor then bila org tanya 3 bulan kemudian ko jawab balik harga dia RM 325.59… Damn… then bila kawan check kat kedai plak harga dia jadi laen. Kalu nak menipu jangan r guna perkara yg org laen boleh check validity data dia tru internet ker, apa2 ker…


Jangan menipu melibatkan alasan desperate
Jangan sesekali guna alasan cam ‘mak aku sakit’, ‘bapak aku masok hospital’, ‘nenek aku dah meninggal’… Itu alasan lapok kira cam student x leh nak siapkan kerja sekolah jer.. Memang r reason tu leh guna tp at least sekali seumor hidop.. Kita hanya leh guna alasan tu kalu nak menipu benda2 yg dah x dapat nak dielakkan lagi. pasal kalu ko guna alasan yg sama berkali2 then org yg dengar pon dah naek meluat.. Or yang paling x best lagi bila terpaksa guna bab agama etc.. damn…


Jangan plan penipuan
Penipuan yang dirancang ialah penipuan yang paling senang yang dikesan. Penipuan yang baru dibuat2 juga penipuan yang paling bodoh kalu org x leh nak kesan. So cam ne nak menipu? Ayat paling pendek: terancang…!!

Genetically penipu
Perkara yg paling menyakitkan hati bab penipuan ialah apabila ada org sangat senang menipu tanpa dapat kena kesan sikitpon penipuan dia. Pasal apa? Muka dia baek.sangat.. each of his/her words sangat2 sopan santon. Muka plak innocent. Cam tengok watak puss dalam shriek yg bersinar2 suci bersih.. Some people born to be a good liar.. some were not…



Lastly


Practice make perfect
Kalu nak menipu kena belatih setiap hari r..






By the way.. apsal aku kuar post ni?
Pasal aku just a liar.. bukan mata duitan. Kalu aku penipu dan mata duitan then pasti dah lama aku cilok and tipu duit2 kkawan aku.. nokthah..

Sunday, November 8, 2009

Radzi, mr. Cousin dan Nombor

Post ini mungkin post terakhir yang akan melibatkan perkaitan Radzi dan mr. Cousin aku.

Hari ni tadi seperti yang dijanji, so aku pergi r dengar Radzi bagi ceramah. Entah apsal aku gila teruja bila Radzi bagi flyer ari tu. Ia bukannya pasal apa yg dia nak bagitau tapi feel kawan yang selama ni asyik berjenaka 18 SG plus susah nak serius ttiba leh nak buat mini ceramah. Rasa nak tengok dia serius tu bwat aku gi gak r ssorang. Cuma bila sampai sana a little bit x seperti yg dijangka r. Aku xpect kkira ada bebelas r tp Cuma ada 5 je. 3 clients, awek dia dan aku. Hmmm…

So Radzi menerang r sedikit sebanyak ttg UPTREND ni. Each time aku tengok dia aku rasa cam nak ketawa. Dia cam bukan Radzi yg cukop suka cakap mencarut setiap pagi kat meja makan café. Or mungkin gak dia terkawal sebab awek dia ada kat situ. Tapi cukop pasti dia buat aku teringat kat cousin aku.

Cousin aku pon join benda ni gak. Dalam tempoh 3 bulan pertama dia dah dapat RM6000 lebih. Antara rramai kkawan laen, dia called aku first. Dia kata sebab kami cousin. So aku dengar r penjelasan dia sama as aku dengar penjelasan Radzi tadi. Aku tahu dia tahu yg aku x akan join semua benda tu. Sebab dia tahu aku bukan mata duitan. Duit bukan benda yg boleh beri kepuasan pada aku.

Aku x tahu kenapa tuhan jadikan aku imun pada duit. Walau disogok dengan jumlah berjuta2 tp still aku lihat semua tu hanya nombor. Ia sama sahaja dengan nilai RM1.00. mungkin disebabkan ajaran parents aku, or cara aku melihat dunia sepanjang tempoh 24 tahun yg lepas.



Bila aku dengar Radzi berceramah, aku sangat2 teringat pada cousin aku. Dia nak duit yg banyak supaya boleh hantar parents pergi haji, beli kereta mewah2 untok parents etc. Mmg sama cam kata2 cousin aku. Aku sedikitpun x menghalang niat mereka. Mereka ada perancangan dan masa depan. Sedangkan aku, menurut kajian hanya boleh hidup separuh usia manusia normal dan mungkin akan lumpuh b4 umur tu. Then jika aku kejar duit, aku akan keciciran banyak benda laen yg lebih bermakna..


Duit boleh buat orang jadi buta, jadi gila. Buat kawan tikam kawan dari belakang.


Lastly Radzi thanks aku sbb datang. Then dia kata Selasa ni mungkin hari terakhir untuk dia di pejabat. Then dia akan ikot rombongan jadi speaker untok tour keliling Malaysia. Im wishing him the best. Cuma akan kehilangan seorang kawan yang nilainya x setanding dengan mana-mana nilai kertas yang tertulis nombor di atasnya.

Saturday, November 7, 2009

The Little Dajjal

Bagaimana jika Syaitan itu hadir dalam jasad yang sempurna bentuk fizikalnya, bersih, berserban dan berjubah putih. Mampukah kau membezakan kebatilan dalam fasih tutur katanya?


Atau

Bagaimana pula jika Malaikat hadir dalam jasad seorang pengemis, kotor dan serba kekurangan. Mampukah kau melihat setiap sisi kemuliaan yang ada padanya atau kau lebih rela memilih untok tak menoleh?

Wednesday, November 4, 2009

Sister

Pagi ni tadi kereta Angah buat hal so satu2nya cara nak gi kerja ialah naek motosikal aku. Aku tanya ar Angah dah berapa lama dia x naek motosikal. Even dia sendiri pon x ingat..

Teringat masa Angah tamat form 5 dulu, masa dia baru2 dapat lesen motosikal, kami selalu r ronda2 kampong malam2 sambil menyanyi dan menjerit kuat2 (dan bawak motosikal laju2).. Teringat gak masa gadoh2 ngan dia (rasa2nya adik beradik laen x pernah pon godoh besar2 cam kami dua) then dia pasti akan pujok balik. Setiap malam Jumaat pasti akan dengar dia baca Yaasin. Merdu sangat. Entah apsal lepas dia kahwin it seem semuanya dah berubah.



Teringat masa first date ngan kakak ipar (masa tu bakal kakak ipar r). Waktu tu kami makan KFC after try baju pengantin Uda. Baru je aku nak sentoh ayam tu teros kena sound kakak ipar. Dia suroh basoh tangan dulu. Terus ingat kat Angah. Dulu dia selalu ingatkan aku untok basoh tangan b4 sentoh makanan. Sekarang dia dah x buat lagi. Dia bwat pada anak dia plak…



Sekarang aku dah ada 2 sis. Aku sayang both. Sebab kami satu family.

Monday, November 2, 2009

Mata

Bercakap2 dengan sorang kawan ni tadi ttg sejauhmana kita melihat orang hanya based on luaran saja.

..

Teringat zaman Universiti dulu ada part sorang kawan ni dia tanya tentang kawan Cina yang selalu lepak ngan aku. Aku fikir lama2 siapa yang dia maksodkan sebenarnya. Duh.. rrupanya dia maksodkan Ting Hui. Pasal dah selalu sangat llepak ngan dia sampai ketika aku langsong x ingat apa bangsa dia. Jujor.. Memanglah Bahasa Melayu dia tonggang langgang tapi setiap kali bersama dia, aku langsong x ingat sapa dia dan sapa aku.. it seems that kami ialah sama.



Bila ada yg mengata ttg kkawan tertentu as bulu hidong terkeluar, bau badan hangit, hinggus dia sentiasa mengalir, dia sentiasa jilat bibir, punggong besar, gigi depan patah sikit, hidong besar sebelah etc bwat aku jadi blur mereka sebenarnya bercakap ttg siapa. Bila mereka dah dedah ia siapa then baru aku tahu rrupanya ciri2 tu ada pada orang2 tu. Selama ni walau dah lama bersama diaorang, aku x sedar pon. Even may b kalu x ada yg bagitahu selama tu lah aku akan lihat dia sempurna selamanya.



Kadang2 kita terlalu memanjakan mata kita untuk menentukan apa yang mata kita perlu lihat. Kita mewujudkan perbezaan antara kita dan individu2 yang lain hanya based on warna kulit, latar belakang, agama, fahaman, hingga ke perkara2 yang terlampau kecil. Then wujudkan semangat obsesi kenegerian yang terlampau, fanatik agama tahap radikal, penghapuskan etnik hanya sebab perebutan budaya etc. Why not kita fokuskan pada persamaan…? Bak kata 1 English proverb ‘ Sekali kita alihkan pandangan pada cahaya, then kita x akan lihat shadow anymore’.. Then aku yakin kita x akan wujudkan perbezaan lagi..

..

Kadang2 juga kita asyik memanjakan mata kita untuk mencari setiap kelemahan bagi mencapai kesempurnaan sepenuhnya. Jadi kita hanya akan lihat setiap keburukan dan kelemahan yang ada pada orang shaja. Kita sendiri tahu bahawa kesempurnaan hanya milik tuhan je. Even kita sendiri pon x sempurna mana pon. Then apa yang kita terhegeh2 nak perlekehkan setiap kelemahan orang?





Teringat kata2 dalam satu komik ni. Kartini tajuk dia. Selama ni kita hanya perasan bahawa orang yang kita lihat dalam cermin tu ialah kita. Sebenarnya ia bukan. Ia hanya refleksi. Jadi selama2nya kita x akan tahu bagaimana rupa kita sebenarnya. That y kita perlukan seorang kawan. Sebab hanya dia sahaja yang akan melihat kita dan menegur setiap kelemahan kita untok diperbaiki..



So macam mana nak lihat orang bukan hanya based on luaran? Bukan aku untok jawab. Aku pon masih lagi punya mata yang boleh membezakan yang mana cantik dan yang mana tidak. Mungkin kita hanya akan lihat orang lain bukan pada luaran jika kita tutopkan mata kasar kita dan mulai melihat bedasarkan mata hati… hmmmm