Kami hanya berada di Kuantan sekitar 8 hari jer. Adam pun dah sembuh sepenuhnya dan kebetulan Angah ada kursus di KL pada 23hb ni. So rasanya Abang dan Puteri (nephew and niece) dah ditinggalkan terlalu lama berasa datok mereka. Tapi kami tak balik terus ke Kuching sebaliknya melencong aka balik ke kampong di Johor plak.
Kami naik bas ekspress dari kuantan sekitar jam 9 pagi. Dan entah apsal aku leh mabuk dalam perjalanan 3 jam tu. Mungkin sebab jalannya berbeza daripada perjalanan KL-Kuantan yang lebuh raya. Perjalanan ker Mersing lebih kepada jalan kampung jer. Tapi positifnya di kiri kanan penuh ngan pemandangan yang cantik-cantik. Kami tiba di Mersing sekitar 12.30 pm. Aku realitinya baru 2nd time jejak kaki di Mersing. Jumpa beberapa orang yang ramah sementara menunggu 1 jam before bas bertolak ke Kota Tinggi (kami berhenti di simpang Felda Tenggaroh r).
Tiba di simpang Tenggaroh, Abah Haji aka Bapak aka abang emak aku dah lama tunggu. Even bila sampai rumah dia, lebih ramai lagi ahli keluarga yang dah menunggu. The end of petang tu Bapak bawak kami ke Tenggaroh 2 sebab Bang Hadi aka cousin aku ngan isteri plus Kak Jannah (kakak dia) ngan suami ngan anak-anak dia pun ada bukak stall kat pasar malam sana.
Dan disebabkan ahli keluarga ni semuanya sangat pandai memasak then makanan yang dihidangkan untuk kami sangat-sangat terlampau. Bang Hadi jual makanan kat pasar malam so setiap benda yang dia jual akan dihidangkan kepada kami terdahulu. Mee rebus, me bandung, lotong, keropok, kerepek dan banyak lagi r jadi hidangan sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, malam, supper lagi. Memang kembong sebab belum sempat lapar dah dipenuhkan ngan makanan lagi dan lagi.
Dan buat first timenya jugak aku merasa satu makanan exotik iaitu DAGING LANDAK. Erk.. Disebabkan kelapa sawit baru ditanam so banyak landak liar yang menyerang so most of peneroka akan pasang perangkap then banyak r landak yang ditangkap. Dan bila dah dimasak rasa susah nak masuk tekak. Walaupun realitinya rasa daging landak ni tak jauh beza ngan daging lembu tapi otak asyik terfikirkan benda comel tu jer so tak selera nak makan plak.. Hmmm
Hari ke-3 di Johor kami balik kampong di Belahan Tampok. Before tu singgah-singgah diberapa rumah sedara mara yang dah lama tak balik. Chicek dan Mak Ngah (kakak emak) masih lagi sihat kecuali telingga jer yang kurang berfungsi. Kak Niah (cousin aku yang hampir seusia ngan emak) dan suaminya sangat kurus. Faizul (anak buah aku yang seusia aku) pulak dah hampir normal after excident teruk dulu.
Pekan Rengit pulak dah jauh berbeza. Sebab dah lama sangat tak balik sini. Kedai-kedai kayu Cina lama dah banyak berganti ngan kedai simen 3 tingkat. Tapi paling nostalgia ialah masa masok kampong. Aku rindu bau tanah gambut dan bau kelapa yang dah membusuk yang naik masuk hidung. Bila tengok rumah arwah Mak Long ngan rumah arwah Pak Uda lagi nostalgik. Tempat tu tempat kami adik beradik ngan sedara mara main kecik-kecik dulu. Most of ingatan masih kuat lagi di situ. Tapi bila tengok sekarang ni ada part dah mereput dan dah disewa ngan orang Indonesia.
Bila aku perasan bukan kat sepanjang perjalanan jer malah kat kampong aku sendiri, Johor dah jadi negeri kelapa sawit. Dulu kiri kanan penuh ngan pokok kelapa or nenas tapi sekarang semuanya kelapa sawit. Family aku sebelah sini pun dah buat perkara yang sama gak. Tapi bila harga kelapa biasa naik then bising plak.. Hmmmm..
Masuk jer sempadan Pontian (sebelah bebenor kampong aku) limpas sekolah agama Bugisiah. Emak aku kata dia pernah bersekolah kat sana waktu kecik dulu. Dan sebelum tu Mak Ngah aku kata dia rela sekolahkan cucu-cucu dia kat sekolah yang jauh daripada menyekolahkan mereka kat situ sebab sekolah tu banyak orang Bugis. Dan kami plak orang banyak.. Memang racist r statement tu. Tak sampai 5 minit limpas sekolah tu tengok kat depan ada motosikal jatuh 2 orang pelajar. Sorang tu dah penuh berdarah. Entah hidup entah tak lagi. Kereta yang melanggarnya ada menolong. Kami just berlalu pergi. Standard rakyat Malaysia r tu.
Balik dari kampong kami terus ke Skudai: rumah Cik Jah (kakak ipar emak aku). Setiap kali balik Johor start dari waktu kecik or even zaman universiti dulu pun mesti akan singgah ke rumah ni tak kira sekejap or lama. Ini kira tempat permainan kedua after di Belahan Tampok (include Rengit rumah Andak) pada masa kanak-kanak dulu. Walaupun arwah Pak Cik Ramli dah pergi almost 9 tahun tapi kami tetap kembali ke situ atas kenangan bersamanya dulu.
Hari terakhir di Johor, berlaku satu episode air mata gak r. As usual aku akan selalu mengeluarkan kata-kata tanpa otak aku sempat nak tapis dulu. Waktu tu emak tengah tengok gambar-gambar arwah kat dinding rumah then aku tanya "Muka arwah pak cik Ramle cam muka Atok Haji or Emak-Emak r?".Lama emak membisu then dia jawan "Entah.." tapi ada something pada intonasi suara dia. Buat aku yakin yang aku dah cakap sesuatu yang tak betul pada masa yang tak betul.
Then aku ikut emak ke dapur, yap dia menanggis. Rasanya ini kali pertama emak menanggis di rumah ni sebab arwah di hadapan Cik Jah. Selama ni it seems semuanya tak nak cakap tentang perkara tu. Semuanya pilih untuk buat cam tak ada apa-apa yang berlaku. Sebab kalu korang tengok hiasan rumah ni dari dulu sehingga sekarang sama jer. Cuma ada sikit-sikit jer perubahan berlaku. Tapi susunan perabot, hiasan dinding masih sama. Cuma tak ada lagi bau asap rokok dalam rumah tu, atau tak ada lagi arwah di seat yang biasa dia duduk dulu dan tak ada lagi suara arwah kedengaran.
Sewaktu emak menanggis, dia suarakan betapa dia rindu pada arwah, cerita kenangan bersama arwah. Dan jujur, mata aku berkaca. Tapi Cik Jah as isteri tenang jer..
That how the journey end.. Hmmm