Sunday, October 31, 2010

Bola Sepak Kelantan

Aku bukan jenis manusia yang selalu menyumpah or mencarut 24/7 tapi ada certain part korang ngan mudah jer akan dengar aku sebut "Shit..!!" dan seangkatan. Antaranya masa tengok match bola. Ya ya ya. Walaupun aku bukan menyokong tegar or kipas susah mati bola sepak tapi wei, aku ada mata then suka hati aku r nak tengok or tak. Rite?


So technically semalam aku layan gak KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN sesorang kat rumah aunt aku. Aku sokong NEGERI SEMBILAN r. Then korang pasti akan kata "Aj, hanya orang KELANTAN jer yg akan support KELANTAN..!!" Teet... Salah. Aku x da semangat anti-kenegerian cam tu r. Aku tak support KELANTAN last night bukan sebab pasukan dia tapi sebab perangai penyokong pasukan tu jer. 

Aku yakin kalau korang rakyat MALAYSIA then korang pasti dah biasa tengok kat TV each time kalu ada game penting melibatkan KELANTAN & unfortunatelly pasukan tu kalah then reaksi penyokong mereka sangat XTREAM r kan? Tak sah r kalau tak ada yang tercedera terkena mercun, balingan barang2, gaduh-gaduh ngan team lawan etc.

Realitinya menang dan kalah kan dah adat permainan then tak kan r kita nak team kita asyik memang each match r kan? Tak realistik. Sama gak kalu dalam hidup. Kita x leh espek yg kita akan on top dan live in glory sepanjang masa. SHIT do happens wokey. Just kena terima realiti. Terima kekalahan ngan terbuka.







Lebih SUCKS bila peminat jer yang extra bersemangat fanatik kesukanan sedangkan pemain angggap benda tu cam game jer. Dah itu mata pencarian mereka then nak wat cam ner r kan? Sama gak politik, after sumpah seranah kat dewan dan depan TV mereka berkawan jer cam biasa. Leh lepak-lepak sama kat kedai mamak dan gelak ketawa cam biasa. Tapi peminat plak terlebih-lebih nak serang itu ini.. Hmmmm













Then terfikir: what if KELANTAN kalah last night. Ada lagi ker yang akan terkorban? Terkorban semasa fanatik sokong team masa lawan bola tak leh define as mati syahid r kan? Hmmm...

Thursday, October 28, 2010

Tips of The Day

Memulanya aku nak kuarkan satu segmen baru dalam blog aku tentang TIP & TRICK yang aku belajar setiap hari sejak bekerja as OPERATOR TM ni dari sekecik-kecik perkara yg korang mungkin buat each time korang cakap ngan operator sehingga r benda-benda besar yang korang perlu tahu tentang hak korang bila korang jadi customer diaorang. Tapi sebab aku still baru sangat then takut nanti aku jadi hangat2 tahi ayam jer so nanti r aku kuarkan that segmen. Hmmmm


Recently ni bila gi mana-mana then musti ada orang either ahli keluarga, kekawan or kenalan-kenalan akan tanya soalan wajib: 

Diaorang : Buat apa sekarang ni Aj? 
Aku : Kerja operator telefon jer (aku sangat suka ngan jawapan nih)
Diaorang : (ngan nada rasa bersalah dan x tahu nak kata apa) Better r daripada x kerja apa-apa. Nanti ada peluang mintak r kerja bagus lagi. Hmmm..



Entah kenapa aku sangat enjoy menjawab aku kerja as OPERATOR pasal bunyiknya sesangat r down to earth and humble jer. Dan mostly orang yang dengar aku aka AJ kerja as OPERATOR jer then garenti akan terkejut. Aj tu belajar jer tinggi-tinggi tapi kerja OPERATOR jer. Hmmm.. 











Then either korang terfikir yang aku dah sangat desperate sebab ekonomi sangat lembab then sanggup kerja tu walaupun berpendidikan tinggi.. Sanggup bekerja jawab telefon orang yang membebel tentang masalah telefon diaorang jer.. Hmmmm












Poor rite? Tapi bukan poor pada aku tapi poor pada korang sebab limitkan otak ngan hanya dengar nama post OPERATOR jer. 
















So kerja rumah hari ni ialah cuba korang servey tentang post nih. Then aku garenti mungkin korang akan berhenti kerja yg korang tengah buat sekarang semata-mata untuk dapat title OPERATOR jer... Mungkin tapi cukup pasti korang tak akan kasihan sebab ada yg pilih untuk kekal jadi OPERATOR. Hmmm...

Tuesday, October 26, 2010

Hei Operator

Ada beberapa sebab kenapa certain blogger dah tak mengupdate blog sekerap as sebelumnya. Antara sebabnya:


a) Si blogger dah kembali bercouple
or
b) Si blogger dah kembali bekerja

Aku suroh korang pilih untuk aku.


















Ya ya ya
Jawapannya bukan A... Hmmmm

Tuesday, October 19, 2010

The Road Not Taken

Tengah syok-syok tidur petang tadi suddenly ada soundtrack Aku Skandal by Hujan plak. Damn. Itu bunyik handphone aku r. Terus jer aku tukar kepada mode bangun serta merta then jawab telefon tu. Bagusnya plak bila minah kat other line tu terus jer cakap omputeh. So dalam keadaan separa tidur tu, aku pun layan je r cakap omputeh skali ngan broken sepenuhnya. Peduli apa aku. Mat salleh kat negara omputeh pun grammer depa tak betul, kita plak terhegeh-hegeh nak jadi perfectionist dalam bahasa diaorang sedangkan bahasa sendiri pun tak betul. Okey, aku dah start merapu..


That call regarding ngan first interview aku dulu tu. Yap, aku berjaya. Aku kena report dutty next Monday ni. Entah kenapa aku yakin sangat yang tak lama lagi akan ada next call bagitahu yang aku pun akan berjaya gak dalam second interview tu. Cuma aku x dapat nak gi interview ketiga ni sebab kebetulan ia akan dijalankan on the next Monday ni gak. Walaupun ia akan jadi the coolest job ever tapi hey, kebarangkalian untuk aku berjaya sangat nipis sebab ia melibatkan ujian fizikal. Aku tak dapat menipu in fizikal punya test as aku leh menipu ngan mudah dalam interview. Hmmm..

Cuma sekarang ni agak berserabut dalam otak aku yang berkapasiti kecil ni: apa yang aku perlu buat kalu dapat call dari second interview tu? Adakah aku perlu stay ngan kerja ni or pilih untuk kerja kedua tu. Oooh rasa cam dalam puisi The Road Not Taken by Robert Frost plak. Sorry cause I cannot travel both..



So biar aku buat kronologi ringkas tentang kerja-kerja ni dulu:

KERJA KETIGA yang bakal aku tak hadiri ni kalu aku dapat ia akan jadi kerja yang cukup selamat. Kerja government. So tahu-tahu r skim dan gaji government yang ada pangkat dan tangga gaji tertentu kan. Setiap tahun mesti naik dan as time goes by perut pun main menaik gak aka boroi. Hmmm. May be sebab tu aku tolak sebab ia sangat cam berada di comfort zone sesangat melainkan kerja tu bunyiknya sangat-sangat cool plus ada uniform yang siot cool pulak tu. Hmmm...

KERJA PERTAMA yang bakal aku report dutty ni plak as aku bagitahu dulu ialah jadi TELEFON OPERATOR jer. Wakaka. Yap, it sound cam kuno sesangat. Kalu tengok iklan hitam putih cam kerja amoi cucuk-cucuk wayar kat lubang-lubang mesin kat dinding. Hmmm.. Tapi realitinya kerja ni agak 50-50 terjamin gak r. Ia under GLC: half govern. So no 100% comfort zone sangat r. Walaupun status aku sekadar pekerja kontrak 6 bulan jer tapi sejujurnya karier dalam bidang ni leh gi jauh. Gaji walaupun x naik setiap tahun tapi still woke r. Kira gaji kedua terbesar yang pernah aku terima. Hmmm..

KERJA KEDUA ni plak ialah kerjaya impian aku. Impian yang pernah gagal before dan suddenly ada plak peluang kedua muncul. Ia sangat-sangat x ada comfort zone sedikitpun. Ia bukan status kontrak or tetap tapi I will be myown boss. I will pay myown salary. Aku akan diberi 6 bulan penyeliaan dibawah sorang mentor dalam bidang sama then bila tamat aku akan buat pinjaman ngan nilai RM ribu-ribu r. So kalu aku malas then aku x ada income dan worst case scenario: aku leh diistiharkan muflis. Hmmm..










Hidup ialah tentang pilihan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga kebesar-besarnya. Aku berdiri di dua simpang. Simpang pertama ialah laluan yang digunakan smua orang. Laluan yang aku yakin di mana penghujungnya. Tapi laluan kedua sepertinya tak pernah dilalui sesiapa pun. Kalu aku guna laluan tu then aku lah yang pertama. So tak akan ada sesiapa pun yang akan tahu apa dipenghujungnya. Tapi sejujurnya aku sangat sukakan cabaran tapi risikonya terlalu tinggi. Oooh Tuhan... apa yang perlu aku buat...?





Robert Frost, 1920
The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.



I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I...
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.





 
 
 
 
 
 
 
Kena buat Solat Istiharah ni. Tuhan jauh lebih tahu mana yang terbaik untuk aku. Hmmm...

Murtad

Teringat zaman universiti dulu, salah satu teori tentang aku yang bagi aku sangat lucu ialah bila masa ada satu masa tu sorang kawan leh tanya aku soalan ngan nada sangat serius "Aj, ko ni muallaf ker?" Semuanya sebab mereka kata muka aku cam Chinese look (iya r tu. Cina hitam kot) then hujung nama aku plak ada ABDULLAH. Wakaka. 


Bercakap-cakap r ngan sorang kawan ni. Dah lama gak kenal. And dah lama gak kami cerita tentang masalah dia. Dia cukup senang untuk share her story with me. Dia baru je kahwin. Sekitar 2 tahun lebih gak r. Tapi husband dia ni memang DAYUS yang teramat r. Baru ada anak sorang dah nak pasang 2. Hal keluarga tak dipedulikan, pukul2 dia, nafkah tak bagi etc. Tapi bila mintak cerai, si suami tak nak lepaskan. Bila dia cerita her bad story, aku memang naik hangin r. Tak suka bila ada kawan yang jadi mangsa lelaki yang rasa isteri tu cam hak milik tetap mereka jer.
.
.
So sepanjang tempoh dia bercerita aku just boleh dengar jer. Sesekali aku bagi pandangan dan nasihat r. Aku cukup-cukup nak dia bahagia. Kawan yang pernah gelak ketawa sama wei. Tak sanggup aku nak dengar her bad story anymore. Kalu boleh biar r penderitaan dia berakher..



Sehingga last few day, dia sah sangat-sangat tak tahan dan suruh aku gi carik bomoh yang leh bagi sihir suruh si suami mati. Semuanya sebab si suami ni suddenly nak ambik anaknya dari sisi dia. Leh plak r kan. Kami cakap dan cakap lagi sehingga ayat terakhir dia: "Andai aku sah bercerai and anak aku akan jadi hak aku then aku mungkin akan convert. Mungkin. Doakan aku, Aj.."






Jujur aku kata yang selepas event tu, almost setiap kali selepas solat aku berdoa agar bebanan dia berakhir dan kemudian dia akan tukar agama seperti mana yang dia nak.















Then korang pun kata ngan nada marah " Are you crazy, Aj? Ko leh biarkan kemudian berdoa agar kawan ko tu MURTAD?"












Dude, dia tu bukan ISLAM r. Dia just MURTAD dari agama asal dia dan berpindah ke ISLAM. She MUALLAF gonna be laa... Hmmm

Sunday, October 17, 2010

The Other Guys

Kronologi 3 cerita yang berlaku pada aku lately:


1. THE OTHER PSORIASIS
Recently ni ada sorang mamat ni komen kat post pertama aku: BUDAK MERAH. Dia juga seorang PSORIASIS seperti aku. Based on his comment, keadaanya seems kurang menyebelahi dia. His PSORIASIS turn worst dan dia hanya terkurung di rumah. So dia nak sangat jalani hidup as normal person. And worstlynya dia assume yang aku pulak berbeza apabila dia kata aku jalani kehidupan as orang normal lain yang sepatutnya.

Dear bro Abdul Rahman Hafidzi,
As aku balas balik komen ko ngan kata there are no such thing as normal untuk kita. So aku tak jalani hidup as orang normal lain seperti yang ko sangka. Sebaliknya aku just jalani hidup as PSORIASIS lain seperti yang sepatutnya. Plus x ada beza pun antara kita dan manusia lain. Sebab normal tu hanya ada pada nama. Cuma pada pandangan mata orang lain sahaja yang melihat kulit kita as kita berbeza. Yap, discrimination kills. Hmmm..

As a PSORIASIS, bagi aku (or kita) apa yang benar-benar aku mahukan since dari dulu ialah penerimaan oleh masyarakat nonPSORIASIS secara terbuka dan samarata. Walau betapa kesakitan pada luaran kulit kita cukup hebat tapi derita yang lebih jauh ada pada dalam perasaan. It not fair kepada PSORIASIS yang masih kecil or remaja diadili dan dihukum pada something yang mereka tak minta. Nightmare yang tak akan pernah ada penamat. Hmmm..

Mungkin sebab sekarang aku dah boleh terima dan sayang kulit aku sepenuhnya. Sehingga aku tak pedulipun how people judge me. Aku tak pedulipun cam ne penerimaan mereka. Aku tak peduli pandangan mereka pada kulit aku. Aku tak peduli kata-kata mereka lagi sebab ia tak akan menyakitkan aku lagi. And  miraclelynya kehidupan aku banyak berubah since that day. Mungkin ketika kita telah menerima diri kita sepenuhnya, orang lain pun akan mulai terima diri kita seadanya jugak. Hmmm..

So aku sangat2 tak nak ko or mana-mana PSORIASIS always rasa down all the time. yap, kitaran psoriasi sangat-sangat tak menentu dan emosi kita pun ada masa tak menentu jugak akibatnya. And may be that why kita sentiasa perlu support dari satu sama lain. Dan as ko kata lagi, ko ada kawan dan keluarga yang banyak memberi sokongan. So kita patut bersyukur sebab banyak PSORIASIS di luar sana yang tak bertuah as kita.

Last but not least, sentiasa ingat walau dunia ni SUCKS tapi jangan sampai ia menjadikan kita as SUCKS jugak. Love your skin dan kata kat orang-orang yang declare themself as normal tu ngan statement 'Normal is boring..!!' Wakaka



2. THE OTHER CAPRICORN
Aku tak tahu entah kenapa setiap kata-kata dia, perbuatan dia and even pemikiran dia membuatkan aku teringatkan diri aku sendiri. It seems apa yang aku fikirkan akan keluar di mulut  dia terlebih dahulu. I know it sound freak tapi may be as sorang kawan ni pernah kata each time dia lihat aku then dia akan teringatkan diri dia sendiri. And at that time memang r aku kata dia freak tapi bila ia berlaku balik pada aku then I start to know how freak does it feels. Hmmm..

Mungkin aku belum kenal ramai lagi manusia lain or may be sememangnya kau ada terlalu banyak persamaan ngan aku.

Sehingga aku baru tahu rrupanya ko juga berbintang CAPRICORN. Membuatkan aku terfikir: Hei, you may be orang yang dikatakan dalam ramalan tu (sound so jews). Tapi as time goes by, aku mulai sedar yang kau sekadar orang biasa yang akan datang dan pergi dari hidup aku tanpa beri apa-apa effect besar pun. Sorry bro, you re not the one. Hmmm..


3. THE OTHER GAY GUY FRIEND
Suddenly aku baru realize hint-hint yang ko tunjuk pada aku selama ni. Buat aku terfikir: Gosh.., You re GAY too? Damn.. cam ner aku baru perasan. Selama ni each time kita lepak-lepak kuar aku layan ko so straight sebab aku assume ko straight. Semua hints yang sangat jelas tu seems cam biasa jer before. Baru aku teringat balik bila setiap lelaki yang pernah kuar statement or hints cam tu the end rrupanya mereka GAY. Damn...

Im not HOMOPHOMIC but seriously Im tired of this GAY stuff thing. Baru last few week handling the same stuff things dan sekarang ko plak. Ya ya ya.. still ia tak akan mengubah persahabatan kita melainkan ko nak kita beralih ke tahap seterusnya.. Hmmm.. wtf

Saturday, October 16, 2010

Trick or Treat

Teringat masa mengajar dulu-dulu, dalam satu monthly exam ni aku tangkap sorang student dalam percubaan dia nak meniru. Then dia persoalkan aku cam ne aku leh detect ngan mudah yang dia nak meniru. So aku kata r yang aku dulu pun used to be a student then aku paham r trick-trick yang students usually do masa exam. Tapi realitinya aku hanya tahu yang dia nak meniru apabila dia start tanya aku cam ne aku tahu yang dia nak meniru. So dia sendiri yang dedahkan kelemahan diri dia. Tapi freaklynya ada student plak yg kata aku ada psikik power. Hmmm...


Kalau aku kata yang hidup ini ialah permainan siapa yang mempermainkan siapa then korang pasti akan setuju. Korang setuju either korang pernah menjadi pemangsa or worst: mangsa. Dont worry sebab it is normal. Manusiakan dikelaskan as haiwan sosial. So tindakan tersebut sama je cam tindakan haiwan-haiwan lain kat dalam hutan yang salah satu cara mereka or kita untuk survival kat hutan batu dalam dunia yang penuh mencabar ni. Backstab orang dari depan or belakang. Iya r tu..







Last night ni ada satu situasi berlaku hampir sama cam saat student aku exam dulu. Cuma kali ni tak ada student, x ada uniform sekolah dan tak ada ujian. But ia melibatkan seorang kawan yang nak buat something yang almost sama cam menipu. Cuma kali ini aku tak nak tanya dia apa-apa. Sebab aku tak nak dia melatah dan kemudian 'terdengar' jawapan sebenar dari dia.  










Mungkin sebab aku dah letih bermain permainan tu sehingga aku lebih rela memilih menjadi mangsa daripada pemangsa. Cuma as miss SYAZWANI kata kat FACEBOOK tadi:  hidup ni seperti bola so ada masa si mangsa juga akan jadi pemangsa. So kawan, berhati-hati sebab aku rasa ko sekarang bukan lagi pemangsa tapi ko dah jadi mangsa. Dan masalahnya ko tak sedar pun. Poor of you. 
















Aku cuba berjanji yang aku tak akan get involved in mana-mana kehidupan org lain lagi tapi suddenly aku sedar hei, you're my friend so technically aku dah batalkan perjanjian tu. Hmmm..

Monday, October 11, 2010

Ilmu Pengasih

Hari ni tadi aku pergi satu lagi interview, then tengah-tengah dengar taklimat dari peng-interview then ada mesej dari kawan. Chat punya chat rrupanya curiousity kami tentang satu issue ni terjawab. Rrupanya ada orang tu sebenarnya guna ilmu pemanis aka ilmu pengasih selama ni. Hmmm....


Dalam dunia serba moden ngan IT or jalur lebar or IPhone 4 etc memang cukup sukar untuk kita nak percaya tentang perkara-perkara mistik cam santau, pembenci, minyak dagu, saka etc. Bagi kita that such thing hanya wujud sekitar zaman datuk nenek kita jer. As time goes by cerita yang bunyi cam mengarut tu hilang digantikan ngan cerita moden cam sekarang ni.

Susah gak nak cakap either percaya or tak benda ni. Melainkan ia benar-benar berlaku kat depan mata kepala kita sendiri. Hmmm...

Emak aku pernah cerita yang her father aka datuk aku memang ada pelihara that such thing. Then start r kuar cerita cam tak ada gunting yang leh gunting rambut dia or x da picagari yang leh inject dia melainkan dia benarkan. Then dia susah nak mati melainkan lepas dia turunkan ilmu tu pada ahli keluarga. That is SAKA sebab ia diwarisi.

Last few month kulit bapak aku ttiba mengembang.. Setiap kali time MAGHRIB then dia akan jadi sangat mengantuk tapi lepas tamat jer masa MAGHRIB or lewat malam mata dia tak dapat nak tidur langsung. Then pergi berubat ngan salah seorang saudara then dia kata ada yang hantar 'something'. Masa tu gak dia baru je kuarkan something dari rumah sorang patient ni: sepasang patung tembaga yang di tanam depan rumah nya. Hmmm..

Before puasa, my sis ANGAH plak asyik kena sound, marah plus cam dibenci oleh bos dia walau dia tak buat apa-apa pun tapi kawan sekerja dia sorang ni plak bwat salah cam ne,  guna duit office untok urusan peribadi etc still bosnya tak kisah and even still disayang. Bila check-check rrupanya ANGAH aku kena ilmu pembenci dan dia plak guna ilmu pengasih. Bila dah berubat ttiba officemate ANGAH cam leh tahu dan tak tegur ANGAH lagi. Cam betul plak apa yg disangka. Hmmm..

Belum masuk issue ada family member kena penunduk oleh isteri, kekawan lagi yang ada special gifted sebab warisan keluarga etc.. Hmmm..





...





Akhir-akhir ni kami start syak something pelik r berlaku yang offce lama aku ni. Satu persatu kawan aku mulai rapat ngan sorang makhluk tuhan ni. Aku terfikir gak r yang may be selama ni aku tak kenal dia sangat then may be dia tu sebenarnya baik. Tapi semua officemate tempat kerja dia sebelum ni asyik kata yang perangai makhluk tu memang cam SIAL SHIT. Tak ada orang yang suka ngan dia..

Tu buat aku bertambah heran. Even kawan aku yang selama ni asyik sumpah seranah dia depan aku suddenly kawan aku kata dia sangat rapat plak ngan dia. Sehingga r sorang kawan ni pergi berubat ngan sorang witch doctor ni r. Rrupanya si makhluk SIAL SHIT ni menggunakan ilmu pemanis aka ilmu pengasih supaya orang suka kat dia. Si bomoh tu kata dia letakkannya dalam gula kat pantry office. Then semua yang akan minum suka r kat dia..


Aku kasihan plus simpati betul r ngan orang-orang cam ni. Dah r rupa huduh then perangai pun dua kali lima huduh. Dah tahu perangai tu tak baik then jangan r harap orang leh suka kat ko. Then bila orang tak suka maka start r guna ilmu-ilmu penunduk ni. Tak ingat balasan akhirat ke ko ni? Agama jer Islam tapi perangai sebijik cam anak setan.

Aku sedih pada kkawan aku yang jadi mangsa setan cam tu r. Orang kata sekali kita kena ilmu pengasih ni susah nak buangkan. Kita kata cam ne sekalipun tetap dia kata orang tu r yang terbaik gak.
















Setan r ko then semoga kena laknat..!!!

Sunday, October 10, 2010

What The Palat?

Kalu aku kata aku leh kira berapa banyak kali aku menyumpah dalam masa setahun then korang musti tak akan percaya that such statement. Then aku perluaskan skop menyumpah as tak termasuk each time aku sebut SHIT, WHAT THE FUCK, FUCKING SHIT, FUCK YOUR OWN ASS or seangkatan (before ia menjadi statement berbaur separa racist). Sebabnya aku bukan lahir as an anak omputeh then aku tak maksudkan sumpah seranah omputeh as menyumpah tapi ada masa bila aku kata DAMN SHIT jer kekadang aku maksudkan. Tapi most of the time tak r. Hmmm..


Slogan dari KAMI The Movie: Hidup ni memang PALAT tapi esok masih ada. Yap that realiti. Tak pernah ada yang kata "Wei, hidup ni totally cam fairy tales. Dulu aku kena dera oleh mak tiri aku tapi satu hari tu aku terjumpa ngan sorang putera raja dan sekarang kami kahwin dan hidup bahagia sehingga ke anak cucu"

What The Fuck rite?

Realitinya either statement tu dikuarkan oleh seorang selebriti yang either belakon 1 or 2 drama or penyanyi ngan 1 album tapi tak ada satu lagu pun pernah didengar or paling koman penyampai berita yang digila-gila sorang kerabat raja sebab kecantikannya. Dan bila kahwin terpaksa jadi isteri nombor 2,3 or 4. Paling tak dia jadi isteri nombor berapa sorang Yang Berhormat then kena masok mahkamah dan bayar berapa ratus jer sebab kahwin tanpa kebenaran isteri pertama. Hmmm... Cerita yang tipikal rite?



Wokey aku dah start mengarut. Kembali ke topik sebenar. Last week ada beberapa insiden r berlaku dalam hidup aku. Cukup pasti ia bukan kali pertama berlaku. Banyak kali dah. Kawan depan kita bukan main baik lagi tapi selepas kita dah tak ada kepentingan lagi untuk dia then dia kencing plak kita dari belakang. Then ada kawan yang bermuka2. Banyak kes lagi r. Just malas nak share..., menambah dosa yang sekian ada dah banyak jer (wakaka)

Then aku chat r ngan sorang kawan ni (tapi kali ni bukan tru FACEBOOK r) share tentang issue ni. Tentang issue sapa leh percaya anda sapa tak. Then tukar-tukar pandangan dan cerita. Then menambahkan lagi list sesapa yg x leh nak percaya ni. Realitinya Im not in shock r. Cuma rasa sedih sebab ia melibatkan orang yang aku anggap as kawan.

May be as aku kata before yang aku mungkin terlalu lurus (ya ya ya) untuk ambik tahu what korang punya secret agenda pada aku. May be sebab aku kawan korang tanpa agenda tersembunyi then buat aku terfikir korang pun cam tu gak. As aku sayang ko as kawan then aku fikir ko pun akan fikir yang sama gak. Tapi as you choose to do that shit thing to me, damn aku tak terfikir nak bwat yang sama pasal aku aku x nak sama tahap pemikiran cam ko gak.. (Gosh.. aku almost mencapai tahap NIRVANA tak lama lagi ni)..

Sebab aku tak nak hilang kawan. Kalu boleh, nak je aku buat cam tak ada berlaku tapi hei.. benda berlaku.. tak kan r nak buat buduh jer cam nothing happen or pepura happy tapi realitinya sucks.. rite?




Ya, aku akui yang life is SHIT tapi aku tak akan biarkan that such shit akan menjadikan hidup aku shit. You are SUCKS tapi aku tak akan jadikan diri aku as sucks as you. Aku tak akan berhenti hidup dan tak akan berhenti cari kawan baru. May be that new life and that new friends akan as SHIT or as SUCKs as before tapi aku akan teruskan hidup dan mencari kawan-kawan baru sehingga aku berjumpa someone else yang better..








Dan kau jangan risau sebab what ever perkara yang kurang elok ko buat sekalipun or what ever BIG SECRET yang ada pada ko akan hanya ada antara kita dan tuhan sahaja yang tahu. Aku tak akan dedahkan pada sesapa, tak akan iklankan kat blog, FACEBOOK or kat mana sekalipun..























Aku hanya perlukan sedikit masa untuk bersendiri dan masa akan sembuhkan aku as ia pernah buat before. Cuma setiap luka walau sembuh cam mana sekalipun still akan tinggalkan parut kan...?

Saturday, October 9, 2010

Interview

Aku yakin korang pasti pernah mendengar bebelan ayat-ayat dari makhluk tuhan cam ni: Apsal r kalu aku tunggu bas then bukan maen lama lagi plus bus yang datang setelah sejam aku tunggu tu pasti penuh sehingga bus driver tu x nak berhenti. Tapi kalu aku tak tunggu bas then guaranty bas setiap lima minit akan melintas sambil kosong jer bus tu.. Hmmm... wtf rite?


Sama gak cam kes yang bakal aku share ni. Aku kan penganggur tahap terhormat. Bukannya aku x pernah apply mana-mana kerja tapi tak ada reply balik satu pun. Timbul gak dalam hati memang aku ni ditakdirkan untuk menganggur ke arah tahap yang jauh lebih tinggi lagi r. Terima seadaanya je r. Rezeki bukan kat tangan aku or mana-mana manusia. Tapi atas tangan Allah. Dia yang menguruskan semuanya. Aku just boleh berusaha sebaik mungkin jer

Tapi entah kenapa kebelakangan ni suddenly ni perkara sebaliknya plak berlaku. Satu persatu surat and call aku terima suruh gi interview. Dari kerja yang biasa-biasa sehingga r ke kerja yang pelik-pelik. Semuanya ada. Sehingga perkara yang aku apply kalu x silap last February of March, baru ada reply minggu ni. Dah almost setengah tahun tu. Even aku dah lupa apa ke benda yang aku apply tu.








Cuma terfikir plak kedian. Apa yang sedang berlaku ni? Ada someone tengah prank aku ke?

















Tapi still harap r each interview tu berjalan lancar. Then kalu semua berjaya at least aku leh pilih which one yang terbaik.. Chaiyoook untuk aku..

Friday, October 8, 2010

Polong

Kalu aku kata aku seorang yang berani then aku tipu r. Mostlynya aku or mana-mana manusia akan takut with something yang mereka tak tahu especially benda-benda misteri nusantara jauh daripada benda-benda ghaib yang wajib kita berimankan. Yap. That reality. So nak share r gak cerita tengah malam ni. Seram gak r.


Tadi ALONG aku lepak r rumah. Most weekday dia akan menemankan aunt aku sejak my late grandma past away. Aku plak mostlynya akan bermalam kat rumah tu on weekend melainkan aku kuar outing ngan kkawan (yg mostlynya aku akan guna reason tu untuk escaped tidur situ.. wakaka)

So tadi ALONG share are satu cerita ni. Cerita yang asalnya bagi aku biasa jer r melainkan selepas dia dan BAPAK eloborate. Ceritanya ialah last night sekitar tengah malam or awal pagi, ALONG aku still berjaga r. Suddenly dia dengar bunyi anak ayam buat bising kat depan rumah. Bunyinya agak kuat dan ia bergerak depan rumah then sunyi terus. So bagi aku yang malas berfikir ni kata r: so what wrong kalu ada anak ayam depan rumah malam-malam ni?

Betapa aku ni belajar jer tinggi-tinggi tapi tak leh guna akal yang waras. Secara logiknya buat apa r anak ayam terlepas dari emaknya tengah-tengah malam. And kalu even siang pun, mana ada jiran-jiran yang pelihara ayam.

Then BAPAK aku sambung: kalu ikut cerita orang-orang tua, kalu kita dengar bunyi anak ayam tengah buat bising malam-malam then ia bukan a real anak ayam. Ada something else. POLONG.






...






Tadi (sekitar 12 tgh malam ni r) aku lepak r sesorang kat dapur sambil cari jajan yang leh dimakan llayan boring nih. Nak tidur mata tak mengantuk akibat siang melantak tidur memanjang. Then aku teringat cerita ALONG siang tadi. Rasa seram gak r. Then aku fikir ngan jenaka berbaur separa lucah dalam otak sama ada aku pernah dengar bunyi yang sama tak kat rumah ni.

Then aku lega r sebab tak pernah plak dengar bunyi anak ayam kat rumah ni tapi kalu bunyi anak burung lain r..  Selalu gak dengar bunyi tu malam-malam kat atas atap kat dapur..


Then aku terhenti. Otak aku yang malas berfikir suddenly buat satu kesimpulan baru..






Mana ada beza bunyi anak ayam ngan anak burung? Bunyi anak burung sama je r ngan bunyi anak ayam. Macam r aku leh bezakan apa-apa bunyi yang hampir sama pun sebelum ni. What the fuck apa yang ada atas atap dapur aku malam-malam before tu?








Jujur aku kata, goosebum yang teramat sangat la aku sekarang ni. Sesekali aku akan toleh tingkap kat belakang aku. Dah r ada ruang yang tak rapat.. Malam-malam selalu plak dengar bunyi benda berlanggar kaca tingkap. Aku fikir positif as angin jer.. Hmmm...











Then terfikir cam ne nak kuar outing balik pagi-pagi nih? Dah r aku ni penakut... Duh....

Thursday, October 7, 2010

Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri

dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya

dan aku dari golongan orang Islam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ameeen.

Tuesday, October 5, 2010

I Love You, Man

Apabila kau kata kau cintakan seseorang tapi that person kata tidak then it doesnt mean that person tak suka kau tapi dia tak dapat menerima cinta kau. Aku juga berdiri pada prinsip yang sama: doesnt matter either that person perempuan or lelaki sekalipun, ia akan tetap sama. Apabila aku kata tidak pada sesuatu lamaran, bukan atas sebab aku tak suka kau (or atas apa-apa sebab lain yang boleh terfikir oleh kau) ianya cuma sebab aku tak dapat terima cinta kau.


Aku harap kau ialah seorang lelaki yang matang pada luaran dan dalaman. Then ko leh fikir semuanya ngan penuh keterbukaan. Aku tak menolak ko bukan hanya atas sebab ko seorang lelaki (ya, aku tak pernah ada perasaan cinta ngan lelaki sebelum ni). Sekalipun jika dia ialah seorang perempuan yang melamarkan cinta kepada aku tapi jika aku tak mencintai dia then aku akan kata tak. Atau mungkin aku tak bersedia menerima cinta dari dia or dari sesiapa pun.

Sebab kau bukan lelaki pertama yang pernah menawarkan cinta kepada aku. Ada beberapa orang sebelum kau dan aku yakin ada lagi selepas kau yang akan buat perkara yang sama. Dan mereka semuanya dulu hanya kawan. Kawan berkongsi cerita, kawan gelak ketawa. Sama sahaja seperti kau dan aku. Dan entah bila perasaan mereka mulai berubah kepada cinta. Dan apabila mereka luahkan kepada aku dan aku tolak so mereka tak dapat terima. Jadi aku hilang kawan dan kawan dan lagi dan lagi.

Mungkin semuanya kerana aku akan pentingkan persahabatan lalu aku tak nak hanya kerana aku menolak cinta kau then kita akan putus persahabatan.






















Dan semalam aku terfikir, alangkah bagus jika aku mampu mencintai kau dan lelaki-lelaki yang lain then tak akan ada hati-hati yang bakal terluka. Mungkin sekarang aku tak mampu tapi akan datang aku tak tahu.















Maafkan aku sebab menolak cinta kau..

Monday, October 4, 2010

How Does It Feel To Be A Gay?

Ketika kau mempersoalkan yang aku tak akan faham sedikitpun bagaimana perasaan kau ketika tu, aku just tergamam. Tergamam bukan kerana tak mampu menerima pilihan kau (sebab aku boleh menerima orang lain sebelum kau atas pilihan yang sama) tapi tergamam sebab aku tak dapat nak faham perasaan kau masa tu. Aku rasa sangat bodoh yang teramat sangat sebab ketika ko tengah bergelut ngan emosi ko tapi aku langsung tak mampu nak faham how does it feel to be a gay. Sorry....


Aku boleh jer kiss a guy passionately or aku tak kisah pun untuk having a seks ngan lelaki (being top or bottom) tapi still aku tak dapat paksa perasaan aku untuk mencintai mana-mana lelaki. Aku ada ramai kawan dan kenalan lelaki tapi semuanya aku anggap as kawan and even perasaan yang paling jauh aku boleh bawak pun ialah setakat brotherhood. Tak pernah lagi sepanjang 25 tahun aku hidup aku pernah jatuh cinta ngan salah seorang dari mereka. Walau betapa orang lain kata mereka as kacak or hot cam mana sekalipun still aku hanya lihat mereka as lelaki sama cam aku. Jujur, aku tak tahu perasaan ko tu macam mana.

As aku kata: kalau perasaan kekasih tu (no matter lain or sesama jantina sekalipun) jauh lebih kuat daripada rasa sayang aku cam abang pada sorang as adik cam ko then aku tak dapat nak buat apa-apa. Sama cam kalau ko memang dah nekad nak kekal jadi gay then aku tak dapat nak buat apa-apa. Aku hanya leh respect dan terima setiap keputusan ko seadanya. Aku tetap akan anggap ko as lelaki yang sama yang aku hanya kenal untuk masa yang singkat tu. Aku akan layan ko sama as aku layan kawan-kawan lelaki lain. Tak akan ada diskriminasi hanya kerana pilihan ko. Aku tak akan benci ko walau sedikitpun.

Tapi kau sendiri gak yang kata yang kau tak selesa ngan diri ko. Ko sendiri gak kata yang kalu boleh ko operate ko akan buang that gay part. Ya, aku tak akan faham sebab aku tak pernah mencintai lelaki tapi then apa yang kau nak sebenarnya? It seems ko belum lagi muktamad ngan pilihan ko sendiri: you r not yet choose either wanna be a gay or neither be a straight. Mungkin kerana tu kau tak rasa selesa.








Aku boleh bersumpah atas nama tuhan kau jika ia sama dengan tuhan aku yang air mata aku mengalir, tangan aku mengeletar dan hati aku sangat takut bila kau kata kau pilih untuk jadi gay. Aku tak tahu kenapa perasaan tu boleh muncul sedangkan ketika kawan-kawan lain memberitahu perkara yang sama, aku leh terima mereka dengan tangan yang terbuka.

Mungkin semuanya kerana kau berbeza sebab kau seorang yang ada masa depan, kau ada pelajaran tinggi dan paling penting, kau ada agama. Kau bukan seorang yang liar or hidup bebas bersosial. Sebaliknya kau boleh jadi modal insan yang bawak perubahan besar pada orang lain. Sedikitpun aku tak berniat nak bebankan kau ngan rasa bersalah or tanggungjawab tapi aku takut bila memikirkan betapa besar dugaan yang Allah swt berikan kepada kau dan andai kau tersasar dan gagal.....









Plus aku rasa cam sangat-sangat bodoh dan tak berguna sebab aku tak dapat nak buat apa-apa. Or at least aku tak mampu pun nak meringankan bebanan dan kekusutan yang ada dalam otak ko sekarang ni. Tak sedikitpun. Dan aku menyesal sebab aku tak pernah sempat kenal kau benar-benar dahulu. Maafkan aku sebab tak membantu.













Tapi aku nak kau tahu yang what ever sekalipun pilihan kau, aku akan sentiasa ada di sini. Mungkin aku tak mampu membantu apa-apa tapi at least aku boleh berkongsi dan mendengar. Hmmm...

Sunday, October 3, 2010

As Freak As Schmucks

Ikut teori PSIKOLOGI, it is normal untuk satu individu menandakan satu ruang khas dalam satu tempat as 'ruang selamat' untuk mereka. Contoh masa korang kuliah universiti dulu-dulu, korang akan duduk kat satu seat tu boleh kata sepanjang tempoh korang belajar kat situ. It seems korang dah menandakan seat tu as seat khas ko. But ttiba satu hari sorang budak lain duduk situ then ko terpaksa dudok seat lain. Akibatnya korang akan rasa gelisah, tak dapat fokus dan seribu satu feel yang tak best lagi. Dont worry. Korang bukan FREAK hanya kerana korang rasa cam tu. It is normal (as psikologi yang kata).


Nilaikan situasi di bawah then katakan yang aku betul untuk berfikir sedemikian.

Dia: Aku lebih cenderung untuk berada di sebelah kanan in most event. Waktu belajar dulu pun duduk kat sebelah kanan dewan kuliah.

Aku: Sama r. Aku kalau sembahyang Jumaat kat Jamek pun duduk sebelah kanan de...

Dia: Sebelah kanan, depan, dekat dengan tiang. (jawab ngan selamba)

Aku: Ha? (hairan)

Dia: Aku tahu sebab aku sembahyang betul-betul di belakang ko setiap minggu. .!! 

Aku: (start rasa FREAK) Hei aku cam kenal r perempuan tu (try mengalih cerita.. wakaka)



Aku rasa FREAK semacam sebab:
Wei, dia selama ni di belakang aku, setiap minggu tapi tak pernah sekali pun dia try nak tegur aku. It still okey sebab orang pergi masjid untuk beribadah bukan untuk berbual-bual. But still ia rasa agak pelik bila ada someone yang dikenali duduk secara bersembunyi (aka kita tak tahu kwujudan mereka) dan dia berada dibelakang kita setiap minggu. Then timbul soalan cam penuh curiga 'Apa yang dia buat belakang aku selama ni? Apa yang dia lihat pada aku dari belakang ni?' Hmmm..


Walaupun aku yakin dia bukan GAY dan tak akan terfikir untuk buat 'something bad' to me (lurusnya aku). And even kalu dia dare untuk berfikir 'something kotor' kat rumah tuhan then memang terlaknat r dia. Cuma aku agak kurang selesa bila ia melibatkan lelaki. Yaa.. that FREAK..!!

I know it sound stupid apabila ada seorang lelaki boleh fobia (tak r sampai tahap tu) bila ada lelaki yang aku kurang kenal then cuba rapatkan badan ngan aku or mengesel-geselkan diri ngan aku. Ingat lagi last year ada satu event tu, ada r beberapa orang lelaki tu ngan ttiba jer terus peluk aku. Aku terus bertukar jadi patung cendana: jadi kayu ngan dalam hati sangat... hanya tuhan sahaja r yang tahu. Sama gak kalu ko (lelaki r) try jalan pegang bahu aku then korang tengok r betapa leher aku akan bertukar jadi leher kura-kura.. wakaka...




Then korang pun tanya ngan ayat super duper jahat "Aj, ko musti pernah kena liwat lelaki and that why r ko fobia ngan lelaki..!!" What The Fuck..!!!







Dan untuk kawan yang aku maksudkan di atas tadi, andai ko terbaca then aku nak ko please jangan pergi tempat lain. Just stay situ sampai bila-bila. Ia masih 'tempat selamat' aku dan akan kekal malah jadi jauh lebih selamat apabila ada kau kat situ. Sebab aku yakin pada ko. Yakin 200%. Sekurang-kurangnya aku akan rasa jauh lebih selamat apabila aku tahu yang ko akan sentiasa ada di belakang aku sama ada aku sedar ataupun tak either di masjid ni or kat mana-mana sekalipun.. Hmmm...













And even aku tak kisah kalu ko pilih untuk tikam aku dari belakang. Sekurang-kurangnya ia dari engkau, bukan dari orang lain yang aku tak kenal..

Split Identity

A few day before kuar are ngan sorang kawan ni. Just lepak makan-makan sambil cakap-cakap kosong. Realitinya baru jer kenal rapat ngan kawan tu. And even keluar berdua pun baru beberapa kali. Mostlynya kuar ngan group of friends r. Tapi kuar berdua pun not such a big deal r. Malah each time kuar berdua kami akan lebih banyak masa share cerita-cerita nonsense berbanding kalu kuar ngan ramai kekawan lain. Plus dua-dua kami lelaki. What worse thing could happens? Mengandung and ada baby next 9 month? Naaa...


As aku kata tadi most of the time kami akan cakap nonsense things nonstop. Sama r malam tu kami share a freak story about salah satu imaginasi liar kami r. So ada part dalam imaginasi dia timbul satu watak wanita aka heroin cerita dia r. Plot jalan cerita dia aku leh bayangkan dalam otak kotor aku tapi walau betapa dia cuba perjelaskan tentang watak tu still otak aku x dapat nak cipta imej wanita tu. Wanita tu ada pertentangan identiti yang jelas. Just imagine a hot chick tapi tak pernah pakai seksi, seorang yang taat perintah agama tapi hidup liar etc. Last-last dia kuarkan ayat terakhir: SPLIT IDENTITY. Baru aku leh paham.

Tapi kemudian aku tengok dia. Tersenyum. Aku baru dapat jawapan untuk soalan yang dah beberapa bulan bermain di kepala otak aku. Watak imaginasi dia seems menjelaskan tentang diri dia sendiri. Hmmm...



As aku kata before (sekali lagi) aku kenal kawan tu betul-betul sekitar 6-7 bulan r. Tapi sepanjang tempoh aku kenal dia, aku sangat-sangat tak faham few thing tentang diri dia. Bagi aku ia agak pelik dan aku tak pernah jumpa pada sesapa lagi sebelum dia. Sejujurnya aku bukan lah pemerhati yang baik tapi still aku ada mata then aku leh judge pada apa yang aku lihat.

Ada part dia sangat warm tapi ada part lain dia sangat cold. Then ada masa dia sangat lupa events yang kami berdua pernah buat or hadiri bersama tapi pada masa yang lain dia leh mention moment-moment kami ngan penuh detail siap ngan emosi lagi. Plus ada time jumpa dia akan jadi sangat ceria ngan jenaka spontan dia tapi pada masa tertentu plak, dia akan tengok kita cam stranger. Hmmm...


Then korang akan kata "Wookeey. Aj dah kembali pelik semula. Tapi ko harus terima hakikat yang emosi manusia boleh berubah setiap masa. Kalu mood orang baik then dia ramah r tahap dewa tapi kalu dah moody then haram jadah r nak tegur. Takut melayang semua benda kang..!!"




Ya ya ya.. Aku akui yang korang may be betul. May be semuanya sekadar imaginasi aku akibat terlebih banyak membaca dan menonton filem-filem sains fiksyen barat yang seterusnya menjejaskan kuasa penaakulan dan mempengaruhi fikiran waras aku.




Tapi still aku nak persoalkan korang sesuatu: Korang pernah tak tengok seseorang dengan betul. Maksud aku as korang tengok mata dia betul-betul. Setiap perasaan, emosi or what ever dalaman orang tu akan dijelaskan dengan mata dia. Korang leh jelaskan which individu are jujur (hmmm), which one sedang mengharap something from you, which one pura-pura happy, which one are kaki gatal etc.

Then korang tengok plak kawan aku ni. Tengok dia dalam tempoh 1 hari. Sesuatu pada matanya seolah-olah korang leh perasan yang dia yang kini bukan lagi dia yang sama sebelum ni. Cukup hanya ngan lihat mata dia. Seolah-olah memberitahu yang dia ialah dua individu yang berbeza. Berkongsi satu badan.















Teori Split Identity yang totally freak...!!!

Friday, October 1, 2010

Dunia Orang Normal

Last few week berchat r ngan sorang kawan ni (ya ya ya tru FACEBOOK) cakap-cakap tentang perkembangan kerjaya masing-masing. Then aku kata r ngan jujur yang aku ni menganggur jer. Plus aku kata yang aku perlukan satu motivasi selain duit (before aku as desperate as today r) untuk kerja. Cakap punya cakap then dia buat kesimpulan yang semua punya masalah aku start with one thing: aku x ada cita-cita. Aku akui dia memang benar. Then aku balas ngan dia kata: tak semua orang berhak bercita-cita dan tak semua orang berhak untuk bermimpi.


Seorang saudara tadi datang ke rumah. Mengadu tentang nasib malang anaknya. Anaknya menghidap PSORIASIS sama cam aku. Cuma kini keadaanya dah jauh lebih teruk. Dia dah tak dapat nak berdiri. Dah tak dapat nak berjalan lagi. Sebab kaki dia mengembang dan effect pada tulang dia makin teruk. Dia baru jer resign kerja atas nasihat doktor. Realitinya dia masih muda. Sekitar 40-an. Dia menghidap PSORIASIS seawal usia 13 tahun.

Ketika dia bercerita, aku hanya tersenyum. Selang seketika aku hanya mengangguk, mendengar dan bersetuju pada setiap ceritanya. Sedangkan dalam diri aku sedang ketakutan. Aku hanya menunggu masa untuk menjadi seperti dia. Atau jauh lebih teruk.





Kepada kawan yang aku chat hari tu or kepada sesiapa sahaja yang membaca. Ketahuilah bahawa cita-cita atau impian hanya untuk orang yang normal. Hanya orang normal sahaja yang boleh merancang untuk memiliki kereta mewah, memiliki rumah besar, berpasangan, berkahwin dan berbahagia sehingga ke anak cucu. Sebab dunia ini hanya untuk orang normal.


Then ko akan kata "Aj, jangan putus asa. Jangan fikir negatif. Just jumpa doktor dapatan rawatan.."





What the fuck apa gunanya doktor kalau mereka hanya bagi ubat sapu or bebelas biji pil yang mereka sendiri awal-awal dah bagi warning yang pill tu akan bagi effect pada jantung aku, buat aku mandul etc. Or korang still leh fikir tentang cita-cita or impian tak kalu pada saat ni ko dah tahu yang beberapa tahun akan datang ko mungkin akan bergerak guna kerusi roda or worst korang just terbaring atas katil. Or korang leh terfikir nak beli rumah besar or kereta mewah jika kajian perubatan antarabangsa kata penyakit ko akan buat ko hidup separuh dari hidup manusia normal? Hei, apa yang korang leh buat dalam masa kurang 20 tahun tu ha?



Aku menghidap this PSORIASIS dari usia aku 2 tahun dan sekarang aku dah berusia 25 tahun. It effect most every part of my body. Dah lebih 80% pun. Aku tak pernah lihat perkara ni as negatif. Sebaliknya aku berjaya sehingga tahap sekarang ni ngan fikiran positif aku. Aku sayang kehidupan aku. Aku berdiri pada realiti. Aku pilih untuk tak nak ada cita-cita dan impian. Sebab ia umpama mimpi or fantasi yang kemudian hari akan buat aku jatuh. Lebih baik hidup pada realiti yang menyakitkan dari fantasi yang hanya membuatkan kita terus berharap pada something yang x akan muncul.










Sebab bagi aku, mereka yang abnormal cam aku or mereka-mereka seangkatan ni tak perlukan semua benda tu pun. Sebaliknya kami perlukan satu motivasi: sebab untuk terus hidup pada esok hari. Hmmmm