Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 & Fail Geography

Korang tengah lepak pagi-pagi ngan kawan korang kat kedai mamak. Kedian kawan korang tu kuarkan satu soalan yang berbunyi "Wei, EURO ni ko sokong team mana ar...?" Ko ngan suasana pagi yang hyper dingin tu pun ngan penuh keyakinan kata "Aku mesti ar sokong Manchester United. Die hard fan nih...!!" So kawan ko tu dengan sepintas lalu terus terguling-guling kat tar jalan tanpa peduli sepatah haram (or Najib say as Haram Jadah) mapley kerja situ.


Setelah keadaan kembali normal then ko pun terus tanya balik soalan yang sama pada kawan kau tu "Kau team mana pulak...?" Dengan gaya poyo cam Rosyam Noor sambil tangan kanannya memegang rokok jenama murah dia berkata "Aku yakin Mexico mesti juara lagi ar kali ni.." seraya dia mengangguk yakin.

Korang ingin jer nak gelak sama cam dia tapi tapi disebabkan korang ada harga diri yang tinggi sedikit dari dia so korang just diam dan pura-pura mengangguk sambil dalam hati ko kata: Biarkan dia, next time orang tanya soalan tu dan dia jawab Mexico then baru tau dia cam mana reaksi orang ketawakan dia balik. Hmmmm..




























Then few girl yang baca post ni sepatah haram x paham apa yang sedang berlaku. So aku kata ngan penuh gaya gentlemen "Cik, Manchester United tu kelab then EURO ni perlawanan negara-negara di Eropah.." Kedian dia tambah lagi soalan "Habis tu? Mexico tu bukan kelab then kenapa pulak...?" Aku paham apa yang sedang berlaku "Mesti cik ni tidur masa kelas geography ar kan? Sejak bila Mexico tu kat Eropah ar...!!"

Dia masih x puas hati kata "Habis tu Christiano Ronaldo kan orang latin jadi kenapa dia leh lawan untok Portugal pulak...?"

That what happens kalau sesetengah perempuan yang x pernah tahu rupa bentok bola then kedian rasa tahu cam mana rupa bentuk bumi ni. Hmmmm

Sunday, October 31, 2010

Bola Sepak Kelantan

Aku bukan jenis manusia yang selalu menyumpah or mencarut 24/7 tapi ada certain part korang ngan mudah jer akan dengar aku sebut "Shit..!!" dan seangkatan. Antaranya masa tengok match bola. Ya ya ya. Walaupun aku bukan menyokong tegar or kipas susah mati bola sepak tapi wei, aku ada mata then suka hati aku r nak tengok or tak. Rite?


So technically semalam aku layan gak KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN sesorang kat rumah aunt aku. Aku sokong NEGERI SEMBILAN r. Then korang pasti akan kata "Aj, hanya orang KELANTAN jer yg akan support KELANTAN..!!" Teet... Salah. Aku x da semangat anti-kenegerian cam tu r. Aku tak support KELANTAN last night bukan sebab pasukan dia tapi sebab perangai penyokong pasukan tu jer. 

Aku yakin kalau korang rakyat MALAYSIA then korang pasti dah biasa tengok kat TV each time kalu ada game penting melibatkan KELANTAN & unfortunatelly pasukan tu kalah then reaksi penyokong mereka sangat XTREAM r kan? Tak sah r kalau tak ada yang tercedera terkena mercun, balingan barang2, gaduh-gaduh ngan team lawan etc.

Realitinya menang dan kalah kan dah adat permainan then tak kan r kita nak team kita asyik memang each match r kan? Tak realistik. Sama gak kalu dalam hidup. Kita x leh espek yg kita akan on top dan live in glory sepanjang masa. SHIT do happens wokey. Just kena terima realiti. Terima kekalahan ngan terbuka.







Lebih SUCKS bila peminat jer yang extra bersemangat fanatik kesukanan sedangkan pemain angggap benda tu cam game jer. Dah itu mata pencarian mereka then nak wat cam ner r kan? Sama gak politik, after sumpah seranah kat dewan dan depan TV mereka berkawan jer cam biasa. Leh lepak-lepak sama kat kedai mamak dan gelak ketawa cam biasa. Tapi peminat plak terlebih-lebih nak serang itu ini.. Hmmmm













Then terfikir: what if KELANTAN kalah last night. Ada lagi ker yang akan terkorban? Terkorban semasa fanatik sokong team masa lawan bola tak leh define as mati syahid r kan? Hmmm...