Wednesday, September 5, 2012

Aku Bukan Cina Ar Wei...

Gosh, aku sangat-sangat malas recently nak update blog. Last month aku cuma upload berbelas post jer sekaligus pageviews aku agak menjunam jatuh. Bukannya aku x ada idea nak tulis tapi sangat x da mood nak on labtop, nak klik mouse dan tekan punat-punat pada keyboard. Mungkin sebab puasa kot menjadikan aku agak malas sikit nak buat dosa mengata benda pelik-pelik kot. Wakaka.


Aku seorang yang x suka judge people (walaupun tanpa sedar kekadang aku pon terbuat gak) as much as aku tak suka orang judge aku sebab mostly orang selalu akan ter-misjudge aku. Lupakan benda yang besar-besar ar, even benda yang kecik-kecik tentang aku pon leh di-misjudge-kan cam umor aku, asal aku or yang paling selalu: bangsa aku.

1.
Aku x kata aku muda sebab bagi aku 27 tu lebih dekat kepada 30 berbanding 20 tapi orang selalu kata umur aku still awal 20-an yang masih belajar kat kolej or universiti. Mungkin sebab perwatakkan aku yang ceria dan happy go lucky jer mereka nampak kot yang menjadikan aku cam muda. Even kekadang tu junior aku sekolah dulu bila jumpa mereka nampak sangat tua dan ada yang kata aku pulak junior mereka. Memang ar good partnya kita nampak muda tapi not so good partnya orang treat kita cam budak hingusan yang no nothing jer. Hmmm..


2.
Kalau orang tanya aku asal mana then aku suroh teka, memang tak ada satu pon tekaan mereka yang tepat selama ni. Mostly akan bagi pilihan paling banyak as Indonesia atau Sabah. Next mereka akan kata aku ialah orang Kedah, Perak dan ada sorang pensyarah zaman belajar aku dulu kata aku orang Singapura. Even kalau orang Sarawak tu di luar Sarawak pon mereka tak akan dapat teka aku ialah seorang Sarawakian. Hmmm..


3.
Aku anak yang paling hitam dalam adik beradik. Uda dan Angah memang dari kecik lagi orang dah kata as anak Cina. Even sampai besar Angah pakai tudung pun orang leh kata yang Angah ialah Muallaf. Disebabkan muka aku dan kulit aku berbeza dari adik beradik lain so aku x mengalami perkara tu sehingga zaman aku belajar kat UKM. It started bila budak-budak Melayu (mostly Pantai Timur) create a gap, orang tanya soalan pelik-pelik cam aku mix ker, apsal roomate Melayu etc sehingga ar beberapa episode bbudak Cina cakap Mandarin ngan aku then baru aku tau yang mereka fikir aku Cina.

Aku tak ar sampai kata: Wei, aku bangga jadi Melayu or aku malu ar orang kata aku Cina ker. Aku lebih kepada: Oooh okey, it not such a real big deal pon. Aku kekadang cuci berak pakai tisu pon kalau tak ada air kan..? Walaupun situasi tu berulang-ulang kali berlalu, aku just handle it ngan jenaka cam: tak peduli muka Cina ke, India ke, Melayu ke: kita kan Malaysians.










Cuma kekadang tu part yang tak best tu bila ada certain people ni mewujudkan double standard layanan based on ciri-ciri luaran tu. Contoh cam week before Ramadhan tempohari aku gi tengok wayang. Cerita tu hallnya dah bertukar tapi tak ada yang pihak management yang bagitau so al kisahnya aku termasuklah ke hall yang salah tu. Tengok dalam cerita lain then aku kuar dan kebetulan ada pekerja cinema tu kat situ. Belum sempat aku nak tanya terus dia sound aku ngan nada tinggi "Wei, apek, lu tara baca notis bawah kaa? bla bla bla.." 
 
So aku just jawab ngan spontan dalam dialek Melayu Sarawak ar yang aku tak tahu.Apa reaksi dia? Dia mintak maaf sebab fikir aku Cina. Buat aku terfikir kalau dia terus tak tahu yang aku ni Melayu then dia akan terus layan aku ngan kurang beradab ar sebaliknya sebab aku sama bangsa ngan dia then dia mintak maaf? Apakah...?













Tadi aku ke bandaraya Kuching naik motosikal. Perjalanan balik tu hujan agak lebat so aku bawak labtop terpaksa ar berhenti kat mana-mana tempat yang leh berlindung. Tak lama lepas tu ada motorcyclist sebijik lagi park gak dan masuk kat tempat aku tu. Dan aku pulak memang ada habit suka tegur orang yang aku x kenal so aku tegur ar then reaksi dia just senyum jer. It takes a while gak ar baru dia bukak mulot balik tegur aku ngan word "Lu bla bla bla..." sehingga bila aku balas balik dan dia tanya "Bukan Cina ker...?" Hmmmm...














Leh tak kalau kita layan semuaorang sama rata tanpa pedulikan cam mana luaran mereka? Hmmmm

4 comments:

Peeka Syuhada said...

hoh..samalah, malas nak update blog . neway, we should against racism . Malaysia is for malaysian . not only for malay, or chinese or indian or other ethnic . but for us, malaysian . so sad la !

recent post: Akhirnya

>Misz Farah..?< said...

sorry, maybe komen ni luar alam sikit. tapi anda sangat kelakar. hehe.. =D

skulluv said...

aku sokong kau bro. sebab tu aku malas dengar orang-orang bercakap sekarang..hehe

Aj Abdullah said...

Shafika, mungkin sebab kita selalu sangat diingatkan tentang Malaysia ialah Melayu, Cina & India jer all the time tapi tak ada sesapa pulak pernah bagitahu kita being Malaysian tu apa.

Miss Farah, saya pon nak kata something yang diluar topik gak: terima kasih

skulluv, tu ar. rasa cam nak pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulot jer all the time kan? Hmmmmm