Saturday, September 22, 2012

3 Alasan Untuk Bangkit

Hari ni ada 3 event yang entah apsal membuatkan aku rasa cam mampu menaikkan semangat aku: membuka mata dan hati aku untuk berdiri, lari dari kurungan persembunyian aku. Hmmmm..


1. Near Miss Accident
Rasanya since kulit aku datang teruk tempohari, aku lebih selesa dengan mengurungkan diri dalam rumah. Rasanya dalam tempoh 3 minggu lebih tu aku just keluar ke bandar sekali jer last week sebab kawan ajak dinner sesama. Itupun aku x dapat nak tolak sebab dah 2 tahun x jumpa. But still itupun waktu malam jer. Akibatnya bila tengok cermin muka aku dah cam pucat plak. Hmmmm.

So petang ni tadi aku nak sangat keluar ke bandar Kuching. Plan nak beli Samurai Burger Mc D (duh, aku terlepas GCB) dan beli beberapa novel untuk bacaan walaupun resultnya aku tak berhentipun sebab entah apsal jauh dalam diri masih rasa cam Im not ready yet. Dan dalam perjalanan balik ketika aku drive lurus jer tetiba ada sebuah kereta terus keluar dari simpang. Jarak kami just few inchi jer lagi. Tapi thanks goodness aku seorang memandu motosikal yang mahir gak so aku elak dengan gaya macho ar.

Akibatnya dada aku berdetap-detup dengan kencangnya. Feel yang sama cam main roller coaster yang pengapit korang tetiba leh rosak. Waktu tu aku terfikir: what if aku memang accident masa tu dan saat ketika tu ialah waktu terakhir aku hidup then what will happen to my porn collection tu?. Naaa, aku tipu kalau aku kata aku fikir tentang porn masa tu. Tapi kedian aku tersenyum puas. Betapa aku rindu pada scene cam tu. Wakaka


2. Pengemis di Majalah 3
Dah lama sangat tak tengok Majalah 3. Even TV3 pun dah lama tak bukak especially sejak kempen aku memboikot Buletin Utama yang beritanya lebih banyak cerekarama dari fakta. Sebenarnya aku tengah layan Masterchef tapi sebab iklan aku terbukak TV3 dan topik Majalah 3 hari ni pulak pengemis. Realitinya topik tu rasanya dah basi pun sebab mostly kita dah tahu tentang wujud pengemis yang ada organisasi terancang ni tapi still kita ringan tangan nak bagi duit gak. Kita disitu merujuk kepada aku sekali.

Entah apsal aku ni jenis ringan tangan nak hulur duit. Tapi syukur gak sebab kat Kuching ni pengemisnya sikit jer. Mostly orang-orang buta jer. Selebihnya sorang mak cik Cina yang menyamar jadi lelaki muallaf dan pak cik lembut yang akan sumpah seranah kita kalau tak beli keropok dia yang tak sedap tu. Sebab kat Semenanjung peminta sedekahnya kira unlimited gak ar cam: aku lepak Mc D then ada geng bisu tu, kat KLIA ada girl yang kerja ngan sekolah autisme, keluar bank then ada minah juak buku agama, depan sikit mamat tahfiz kumpul dana, bank sana lagi ada ustaz Indon yang kumpul duit nak bina masjid, kat Masjid India lepas solat memang penuh mintak duit. Hmmmm..

Aku tak lah kata yang aku banyak duit tapi sebab bila tengok mak cik buta or adik-adik comot-comot tu aku terfikir what if itu ialah ibu aku or budak tu adik aku. Kedian minah-minah yang menipu ngan lebih teratur ngan surat dan gambar-gambar kesian pulak aku bagi duit walaupun aku tau dia sah-sah menipu still aku respect yang dia ada usaha nak dapatkan duit daripada aku yang still menganggur ni apa kes?

Plus rasanya aku x pernah pulak sedekah kat mereka-mereka tu menjadikan aku miskin sebaliknya walaupun aku x kerja still rezeki aku tak terhenti lagi. Hmmmm..



3. H&M Malaysia
H&M baru buka store diaorang di KL dan bila aku check web diaorang buat aku tersenyum sambil berkata dalam hati: duh, harganya murah jer. 


























Betapa tuhan punya cara sendiri untuk buat sesorang senyum dan tersedar kan..?














Dah lama x berblogging tetiba sedar yang Blogger dah ada muka baru yang agak sempit dan sukar sikit nak difahami. Plus thanks kepada yang support aku.

3 comments:

skulluv said...

aku pun lama tak layan majalah 3 n tadi tiba2 tengok kat rumah pakcik. macam kau kata, berita basi tapi ramai yang ringan tangan nak bagi. aku rasa sebab kita memang diajar dari kecik kot..

sepenaraya.blogspot.com

Muhammad said...

bila me sedekah.me tak niat nak kasi duit.
me niat ~ "moga rejeki aku ada lagi besok...untuk dikongsi".

kerna

tangan yang memberi itu...pun,sama mengais simpati dari tuhanya.

Aj Abdullah said...

Skulluv, majalah 3 tu buat aku terfikir: adakah dengan memberi tu menjadikan lebih banyak yang datang meminta sehingga menjadikan mereka malas nak berusaha? hmmmm

me, as tuhan pernah janji: lebih banyak yang kita bagi then banyak ar yang kita akan dapat balik. hmmmm