Thursday, September 27, 2012

Ooh My Cicak

Aku seorang lelaki yang sangat anti, geli dan jijik pada haiwan yang bernama cicak. Even aku lebih rela berada dalam satu bilik yang dipenuhi ngan ular berbanding bilik yang hanya ada seekor cicak. Hmmmm..


Betapa aku tak suka cicak sehingga cerita Cicakman pun aku tak nak tengok (realitinya semua cerita KRU Pruduction aku tak layan pon). Kalau aku ternampak sekor cicak 2 meter di hadapan aku then aku akan berundur 4 meter ke belakang. 

Aku tak ingat pun bila feel ni bermula. Mungkin sebab cicak ialah haiwan yang suka lepak chill atas syiling rumah tapi mereka tak leh lawan teori graviti so dengan mudahnya beliau-beliau ni jatuh dan tempat landing utama diaorang pulak atas kepala. Kedian diaorang bukannya nak pergi lari tapi masuk baju ar. Ngan tubuh yang lembik tu, memang x leh diterima akal yang aras ar. Hmmmm..














Recently aku tidor rumah aunt aku ni. Rumah aunt aku ni pulak kira pusat pemuliharaan cicak domestik ar. Apa-apa jenis cicak ada kat rumah tu dari baby cicak sampai ancestor yang panjangnya around 7 inci. Lom cakap warna dari cerah, sedang-sedang, gelap ngan bintik-bintik lagi. Tokek apa-apa entah jer. 

Dan cicak rumah aunt aku ni pulak ada special port lepak iaitu toilet. Akibatnya setiap kali malam bila aku dah nak terkencing dan lihat cicak-cicak saiz baby biawak ni menjadikan niat aku sentiasa terbatal. Sekaligus menjadikan aku terpaksa menahan kencing sepanjang malam. Hmmmm..













Aku tak tahu kenapa aku nak upload post ni. Aku cuma nak share betapa sensaranya hidup fobia pada cicak. Hmmmm

2 comments:

Asyraf_Crescent said...

haha...kesian...bestfren aku pun fobia cicak...pernah skali tgh drive tetiba tak tau dari mana dtg cicak kat cermin depan...dia trus brek emegency and lari keluar kereta...bahaya gila...kene cari jalan untuk kurangkan fobia tu...hehe...

Aj Abdullah said...

Ooooh pernah berlaku pada abang aku (kami adik beradik fobia benda yang sama gak) masa tengah drive motosikal. Duh dia terus park motosikal tepi jalan dan gi jauh-jauh. hmmmmm.. bahaya tu