Monday, September 24, 2012

Memori Dalam Mimpi

Orang kata mimpi ialah refleksi atas apa yang kita lihat dan kita rasa sepanjang tempoh kita berjaga. Yap, kekadang memang make sense gak tapi most of the timenya tak. Hmmmm..


Malam tadi (or realitina dah pagi pon) aku mimpi arwah Nek Chik aku. Nek Chik ialah nenek saudara aku dan disebabkan aku dah x ada nenak ori lagi so dia ar orang yang aku anggap as nenek. Memang waktu siangnya aku teringatkan dia. Ada incident berlaku 4 tahun lepas yang cukup hitam yang buat aku menanggis teresak-esak cam budak kecik yang sedang menyusu then ditarik botol susunya. Cuma dalam mimpi pulak waktu tu ketika dia tengah sakit. Yap, in real life dia memang jarang sakit kecuali waktu sakit tu: it just takes 2 minggu untuk dia sakit sebelum berjumpa Sang Pencipta. Dalam mimpi aku berbaring disebelah dia dan dia mengusap rambut aku perlahan. Sama cam waktu aku menanggis dulu cuma sekarang dalam keadaan dia sedang terbaring sakit.

Then came part tak logiknya pulak. Suddenly datang sorang lelaki seusia aku yang aunt aku kata as cousin aku yang datang pun nak jaga nenek kami gak. Aku tak pernah jumpa mamat ni tapi suddenly dia jadi watak penting pulak dalam mimpi aku. Kening dia tebal, mata dia bulat, kulit dia gelap, badan berketul-ketul dan kombinasi muka dan badan dia totally cam jenis kaki buli kat sekolah. Cuma dalam mimpi ni dia sorang yang sangat baik dan full of manner. Dan part yang peliknya lagi leh pulak dia bawak awek sekali nak jaga nenek kami. Hmmm..

Kedian mimpi tu melangkau few day after, aku bawak dia jalan kat flea market ni. Kat situ ar beberapa orang kawan yang dah lama tak jumpa leh tetiba buat cameo pulak. Antaranya sorang kawan ni yang dah lama sangat kami gadoh dan aku nak sangat memperbaiki hubungan kami balik tapi dalam mimpi pun kami masih gengam ego kami yang tinggi  tu sekali mengakibatkan both kami tak kuar dialog bila berjumpa. Hmmmm.

Next aku terlintas satu kedai jual barang second hand ni then entah apsal aku ternampak 2 kamera digital aku. Satu kamera Kodak pertama aku dan second kamera Canon yang aku pakai sekarang. Chop: jujor aku katakan yang since aku ada handphone pintar yang mampu snap gambar ngan kualiti yang leh gak tu aku dah agak tak peduli sangat pon pada kamera aku tu lagi. Ia dah jadi cam barang yang terabai. Tapi dalam mimpi tu aku mati-mati merayu nak balik kamera tu sebab there must be somebody yang curi-curi jual kamera aku tu. Sebab kamera is not just a kamera je bagi aku. It is a benda yang penting yang aku tak akan jual semata-mata aku tak ada duit. Dan aku rasa aku penganggur gak dalam mimpi tu sebab aku x mampu nak beli kamera tu balik. Hmmmm..



















Kemudian ada bunyi annoying yang muncul entah dari mana. Bunyi yang berulang kali bergema sehingga langit dalam mimpi aku seem pecah dan bertukar hitam sedikit demi sedikit. Then aku buka mata dan menutup alarm phone aku. Tiba masa untuk solat Subuh. Hmmm..













Ada kajian kata: once kita bangun tidur, kita akan lupa sebahagian daripada apa yang kita mimpi kemudian few minute later kita akan lupa keseluruhan mimpi tu. Tapi bagi aku mimpi adalah satu memori yang cukup berharga untuk dilupakan. Kekadang aku mampu ingat setiap corak permukaan yang halus pada props dan setting dalam mimpi aku sehingga kadang-kadang aku keliru antara memori realiti dan memori mimpi. Hmmmm


2 comments:

Shila said...

malam tadi aku mimpi,

aku mandi wajibkan sorang cina.. lelaki..

hmm.. smpai kepala dgn tangan2.. bawah2 tak sempat.. :p

tgk..aku pn sibuk nk cerita mimpi aku kan...

Aj Abdullah said...

miss senget, ingatkan jenis mimpi yang terpaksa buat mandi wajib tapi mimpi mandi wajibkan orang lain pulak. huhuhu