Sewaktu penonton Innocence of Muslim kat Youtube, aku sikitpun tak terdetik rasa marah. Even bagi aku ia satu video yang sangat lawak ngan cinematography yang sangat teruk. Bagi aku orang yang buat video tu totally tak represent Christianity, Jews or American sikitpun. Yang menjadikan aku tak paham dan marah ialah melihat reaksi certain masyarakat Islam seluruh dunia yang demonstasi bakar sana sini, rosak sana sini sampai ada yang nak bunuh orang Amerika or fasiliti Amerika. Sedangkan kita tau yang video tu totally tak represent Muhammad S.A.W dan Islam sikitpun tapi cara kita melatah cam membuktikan tuduhan tu memang benar pulak. Hmmmm..
Tapi bila ada sorang mahasiswa UKM dalam debatnya kata yang Mc D adalah punca Sarawak maju buat aku rasa marah pulak. Mungkin sebab waktu issue tu kuar sakit aku membuatkan emosi aku tak stabil tapi mungkin gak sebab dia guna status mahasiswa untuk kuarkan statement kurang bijak tu then ia start jadi issue.
Aku kalau di Semenanjung orang jarang dapat guess aku as a Sarawakian so kekawan mostly akan diajukan ngan soalan-soalan yang mencabar tahap cipan ar cam: Korang kat Sarawak dudok atas pokok or dalam gua ke? Korang hari-hari pakai cawat ker? Korang kalau nak berak then perlu gali lobang dalam tanah ke? Bunyi soalan tu sangat cam lawak sangat tapi kalau korang nak tahu soalan tu ialah jenis soalan yang ditanya oleh mahasiswa universiti waktu aku belajar dulu. Hmmmm..
Or waktu aku kerja kat Pahang last year masa ada sorang pekerja ni setelah dia tahu aku orang Sarawak then dengan penuh curious dan yakin dia tanya "Apsal korang (orang Sarawak) suka sangat makan biawak ek?" Biawak..? Seriously?
Buat aku teringat masa emak aku nak resign kerja around 40 tahun dulu then boss dia sangat-sangat halang. P/s: emak aku orang Johor. Boss emak aku kata Kat Sarawak perlu duduk dalam hutan dan mereka potong kepala.
Hei, lebih 40 tahun dah berlalu rerupanya soalan dan pandangan certain masyarakat tentang Sarawak masih tak beruah lagi kan?
Ia buat aku terfikir: cam mana lah agaknya dalam kepala hotak diaorang imagine Sarawak ni ek? Mesti Sarawak ni keseluruhannya adalah hutan tebal yang masyarakatnya hidup cam masyarakat Pandora dalam filem Avatar dan 2 pembangunan yang ada di Sarawak ialah statue kucing anak beranak (yang selalu kuar kat TV) dan Mc D jer kot. Hmmm..
Aku bukan seorang yang bersifat abbasiah, berkalibah or bangga pada bangsa atau asal tempat aku. Tapi bila benda cam ni leh berlaku then ia buat aku rasa sedih, kecewa, marah, dikhianati jer. Sedangkan aku dah pergi ke setiap negeri di Malaysia dan aku lihat miskin dan kaya tu ada disetiap tempat. Dan kalau nilai kekayaan tu hanya dinilai melalui berapa banyak duit yang kau ada or betapa mewah rumah kau then aku mengaku kalah. Hmmm
...
Last week aku kuar dinner ngan kekawan aku kat open space kedai makan ni ar. Kebetulan meja sebelah kami ada group of budak semenanjung yang totally belagak hebat sebab dalam kumpulan yang besar. Waktu tu issue ni masih panas lagi dan emosi aku tak terkawal so aku bertindak irrational dengan mengeluarkan issue Mc D dan semenanjung ni dengan kuat-kuat sehingga diaorang dengar dan terdiam.
Bila fikir-fikir balik aku sama jer cam certain Muslim yang bertindak ganas atas issue video Innocence of Muslim tu kan? Hmmmm..
No comments:
Post a Comment